"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, February 26, 2013

Aniq : 2 Yrs Old

Alhamdulillah..dah masuk 2 tahun anak teruna aku..
Bersempena birthday aniq yg ke2..saje aku propose hasrat kat incik husband untuk wat majlis smbutan hari lahir kecil-kecil..mestilah kene wat proposal dulu..nk mntk budget dari menteri kewangan la katekan.kalo tak lepas kang, sape plak nk kluar duit beli makanan sume..huhuhu..ingat nk smbut skali birthday mak aku dan mil..sbb diorg nye birthday pn sama-sama bulan februari..tp disebabkan ayah aku kene hadiri majlis di klcc, so terpaksa lah mak aku batalkan hasrat untuk join birthday party ni. Walaupun tak hadir, malam sebelum majlis sempat lagi call aku tanye takde buat pulut kuning ke.. -_-'..huhu..sape yang excited lebih tah..

Majlis ni kitorang plan buat pada hari ahad, 24 Februari 2013..tak dapat buat pada tarikh birthday aniq sebab 21hb tu kn hari rabu..so,buat weekend je senang..tak jemput ramai tetamu pun..cuma keluarga incik husband, rakan rapat kami dan jiran tetangga selang beberapa rumah..

birthday boy

Tujuan asal lebih kepada berkenal-kenalan dengan jiran tetangga yang selama ni dok senyum je bila berselisih pandang..aku balik kerja paling awal pun dah pkul 5.30..selalunya mesti lajak ke pukul 6.00..jadi bila balik dah tak sempat nk join aniq main kt luar..aku akan sibuk bersiap mandi sebelum maghrib..aku akan biarkan aniq bermain dengan anak-anak jiran keliling ditemani bibik..dan masuk je pukul 6.30..aniq akan ku suruh masuk sebab upin ipin kt tv9 dah start..

deko tmpat hidangan..makanan lupe amik gmba

Menu aku pada majlis tersebut ialah meehoon/mee/nasi impit sup..haha..3 dalam 1..sonang keje..itu pun takde la senang mana..bersengkang mata gak la aku menyiapkan resepi nya..tapi sayang satu gamba makanan pun aku tak ambil..sibuk sangat amik gmbar anak..sampai lupa nak abadikan makanan yamg meriah tu...mak masak sendiri uolss!..hari ini dalam sejarah tau..*psst..tp dibantu oleh bibik la gak...haha..main tipu kan aku..berganti-ganti masak sambil menjaga budak 2 orang yang sibuk sama hari tu..

cik aqeela yg sgt bz haritu
Makanan sampingan pencuci mulut aku order je..ada cream puff, apam polkadot, ngn mini coklat cuppies...dadih aku buat sendiri..dan kek beli je kt secret recipe..hajat hati si ibu nk beli kek upin ipin untuk si aniq..tp memandangkan incik husband nmpk aku berjam-jam ngadap laptop untuk decide kek upin ipin yang mana, terus dia hangin -_-'...dengan kuasa veto nye..terus suruh aku beli kek secret recipe jek..hahahahha..

Tetamu aku jemput datang seawal pukul 3..tapi pukul 2 jiran cina aku dah datang, sebab dia nk balik singapore ptg tu untuk celebrate capgomeh malamnya. Aku pn layan jela..jemput makan sume. Tapi si aniq pulak buat hal..sbb pelik ramai2 budak perempuan main permainan dier..aku pujuk2..last2 masuk buai dan terus tido..upenye ngantuk nk tido..huhuhu

Jiran-jiran aku datang sikit-sikit..family incik husband muncul dh dekat pukul 4..dalam 4.30 baru acara potong kek dibuat..tu pun setelah bersusah payah memujuk aniq yang mengamuk sebab baru bangun tido dan culture shock sket sbb tgk umahnye ramai orang...selepas warming up, barulah dier senyum nak potong kek..legaaaaaaaa...

ohh..sesi potong kek la sangat..huhu

Dah abis sesi potong kek dan makan-makan pada pkul 6..ada banyak lagi makanan yang lebih..aku pun dengan laju nye sibuk membungkus..terus encik husband hantar kt pakguard..ader 6 bungkus besar, semua diorg sapu..siap cakap "oh..ni rumah yang buat majlis tadi ya.."..takpela..ader rezeki lebih, dapat la diorg merasa..kita kene berbaik dengan mereka, sbb diorg dh banyak tolong jaga rumah kita kn...

Mlm tu lepas maghrib..sesi bukak adiah plak..seawal jam9 semua dh mengaruk nk tido..termasuk ibu nye skali..hehe..penat woo..esoknya kerja


berebut adiah -_-'

Wednesday, February 20, 2013

Aniq : 23 months, 29 days

Esok adalah hari lahir Muhammad Aniq Mikail, genaplah umurnya 2 tahun..Alhamdulillah, syukur dengan kurniaan mu ya Allah..setiap hari-hari yang dilalui bersama seorang anak yang bernama Aniq menjadikan aku hambamu lebih berguna dan lebih menikmati sekecil-kecil perkara yang berlaku disekelilingku. Moga Kau pinjamkan Aniq padaku sehingga ku menutup mata ya Allah, amin...


my 1st attempt..not bad

ni kerja aku mlm smlm smpai pukul3 pg..huhu

Gambar adalah sedikit persediaan untuk majlis makan-makan kecil bersama keluarga dan jiran terdekat..in sya allah bakal berlansung hujung minggu ni..

Monday, February 18, 2013

Shaklee In The House

Aku rase ruang lingkup aku skarang ni bersepah orang dok promote dan consume supplement under brand shaklee..bukan hanya di internet/facebook je aku nampak shaklee ni..kt opis aku pn tak kurang..sejak2 member opis aku skarang dah jadi member shaklee, jadinya satu opis pn dah terpengaruh untuk ambil vitamin tambahan ni.

Mungkin juga umur aku sekarang dh sampai umur-umur mereka yang perlu makan makanan tambahan untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai proses penuaan seperti kurangnya pengambilan makanan yang berzat kepada badan, lebihan berat badan serta mengatasi penyakit yang datang dari persekitaran mahupun makanan yang kita ambil sehari hari. Setiap orang mempunyai alasan tersendiri untuk makan supplemen ni.

Aku berkenalan dengan vitamin shaklee ni waktu sedang berpantang aqeela, dalam bulan mei 2012..waktu tu aku ternampak seseorang post status tentang ubat yang boleh meningkatkan produktiviti susu badan. Aku terus menghubungi penjualnya yang kebetulan senior aku di sekolah menengah dulu. Sejak kegagalan aku menyusukan aniq secara eksklusif sebelum ini, aku nekad untuk ambil set 3M yang terdiri dari ESP, Ostematrix, Alfafa, Vita-Lea, Vit-C dan B-Complex..silalah google sendiri yek khasiat-khasiat vitamin-vitamin yang aku senaraikan ni. Harapan aku, untuk menyusukan aqeela sampai 2 tahun secara eksklusif..amin.

utk protein dan kalsium
b-complex, vitamin c, alfafa, iron formula

Alhamdulillah..Allah telah bagi aku peluang sampai hari ini untuk aku membekalkan susu ibu kepada aqeela..kadang-kadang aku rase sedih sebab aku tak berpeluang berkenalan dengan set penyusuan ni lebih awal iaitu semasa aku menyusukan aniq dulu. Sebab waktu tu pn, pengalaman masih kurang dan tiada rakan-rakan yang menyusukan anak secara eksklusif walaupun berkerja.

hasil pump pepagi

Disebabkan aku bukan pemborong tetap produk shaklee (set 3M yang ku beli masih bertahan sampai hari ini, sebab aku bukan pengguna yang wasatiah..huhu..bila susu ku merudum, baru semangat berkobar-kobar untuk makan ubat..jangan tiru yek! ;p )..jadi aku tak pernah berminat untuk mendaftar sebagai ahli. Tetapi setelah melihat aku membeli produk shaklee, incik husband beritahu yang dia pernah jadi ahli shaklee waktu kami sama-sama belajar di utmkl dulu. Jadi pergi tanya pada stokis shaklee sama ada nama nya masih lagi ahli atau tidak, dan aku diberitahu yang keahliaan adalah seumur hidup. Rupa-rupanya keahliaan incik husband pada tahun 2005 dulu masih boleh diguna pakai.

Jadi, selepas ini..kalau vitamin-vitamin aku tu dah habis, boleh la aku terus ke stokis dan beli menggunakan keahlian incik husband. Sekiranya ada kawan-kawan berminat nak beli, leh la contact aku.Aku tolong korang belikan,ikut harga ahli.Korang bayar postage je.Takpun google je kat mana pengedar shaklee terdekat, mesti boleh hantarkan shaklee ni kat muka pintu umah korang.Tu saje bebelan aku hari ni.Selamat bershaklee ye semua.Bye

Saturday, February 16, 2013

Evamatic Murah

Aku tahu tikar ni harga RM15 satu kalau beli kt Sarawak, tapi aku ni ada kt Johor..
Aku beli 2 gulung tikar ni pada harga RM50, so jatuh RM25 satu. 
Pada aku dah cukup berbaloi dah. 


Kedai nya ada di kawasan Bank Rakyat Masai..sederet ngn kedai mamak-aku-tak-ingat-nama..


Sibuk la si aniq beria nak angkat tikar-tikar tu masuk dalam rumah..nasib baik ringan je


 Sesetengah objek kt tikar tu banyak yang dia dah kenal..cm aeroplane..drum..eye..hurmm, eksited lettewww.. 


Aqeela pn sama nk test drive tikar baru..huhuhu


Lagi satu tikar gambar zoo..pelbagai binatang ada..Aniq suka!


Tgk tu..berjalan kehulu kehilir..jerit-jerit tunjuk elephant ngn tiger..hehe

Pasni boleh la bentang tikar ni time makan kt depan tv..takdela carpet aku masuk serpihan makanan yang tak dapat di vacum..nti tetiber gatal-gatal badan sebab kene gigit semut..setel satu masalah! :)



Friday, February 15, 2013

Berbakti Pada Tanah

Projek ni adalah hasil idea incik husband setelah dimomokkan dengan kekayaan seorang sahabat kepada sepupunye..yang telah berjaya menuai hasil dari tanaman gaharu..kebetulan mak ku mempunyai sebidang tanah seluas 1ekar yang tidak diusahakan..memang terbiar menanam hutan, jadi incik husband pn menggunkan peluang yang ada.

Pada permulaannya, projek tanaman nya ini, ingin dikongsi dengan rakan-rakan sekerja yang tiada tanah untuk diusahakan..lagipun tanah emak ni bersebelahan atau berkongsi luasnya dengan tanah maklong ku yang berjumlah hampir 2ekar lebih..jadi incik husband akan menggunakan tanah emak, manakala kawan-kawanya ingin memajak tanah maklong ku. Emak dan ayah ku mengambil jalan tidak mahu campur tangan.

Setelah mendengar penerangan dan faedah penanaman gaharu oleh seorang yang mahir dan lama berkecimpung dalam bidang ini, (mereka sanggup datang dari kelantan sampai ke melaka)..mak dan ayah aku bertukar fikiran..Mereka pula yang ingin berkongsi modal dengan incik husband untuk projek ini. Terpaksalah kawan-kawan incik husband cari tanah lain untuk diusahakan.

Projek ini bermula pada pertengahan tahun 2010, dengan mengupah jentera meratakan kebun ayah aku yang lebih mirip kepada hutan sekunder, sebab sebelum ini ayah pernah meratakannya disebabkan ingin mencari batu sempadan. Tetapi telah naik hutan semula disebabkan tiada aktiviti yang dijalankan disitu..Ayah pernah berangan untuk menanam kayu jati pd suatu ketika dahulu, tapi terbantut begitu sahaja disebabkan kesibukan kerja seharian. Waktu projek ini dimulakan, aku sudah mengandungkan aniq.

Penanaman dilakukan pada awal tahun 2011, tiada gambar dirakamkan sebab masa ni aku bersalin dan beranak kecik. Sekali-sekala waktu cuti dan pulang ke melaka, incik husband akan pergi menjenguk kebun.




gambar diambil pada 22/12/2012, sebelum pembersihan. Rumput naik sangat meriah sebab musim hujan dan lembap. Terpaksa panggil kontraktor untuk mesin semua hutan-hutan yang dah membanjiri kawasan tanaman









Ini gambar terkini yang diambil pada cuti raya cina yang lalu..incik husband yg macam mandor kat laut tu suruh aku ngn bos kecik aniq masuk hutan..mak ayah dan adik laki aku terpaksa la ikut. Tgk hasil kerja yang kontraktor janjikan. "Lepas ni encik dah boleh berlari di antara pokok-pokok..!" katenye..

Alhamdulillah, hasil kerja memuaskan..tapi ada beberapa batang pokok telah didapati dipotong sekali semasa sesi pembersihan. Hurmmm, kene report kt boss ni.

Last but not least, kalau sesiapa yang berminat tentang penanaman gaharu kat area melaka ni, sama ada bermodal besar ataupun ciput je, boleh la contact aku atau incik husband. Mana tau kitorang boleh bantu apa yang patut..nk tanya kat mana beli pokok ke..cmna nk tanam ke..berapa modal ke..tanah cmne nk tanam ke..kitorang inn sya allah akan bantu mana yang termampu.

Thursday, February 14, 2013

Aqeela: 9 months

Dh lama aku tak update pasal perkembangan aqeela..disebabkan pelajar-pelajar aku tengah bercuti panjang raya cny, dikesempatan ni boleh la aku update sikit perkembangan anak perempuan aku yang pertama tu..


Aqeela memang si kecil molek yg comel..dia murah senyuman terutama dengan orang yang dah biasa dengannya..kalau yang jarang jumpa tu, mungkin kene 'warm up' sket dulu la..contohnya kalau aku balik ke melaka..hari kedua baru nk dia depa tangan didukung oleh mak aku (nenek aqeela)..panggil je nama "Aqeela.."..mesti mulut nya akan ternganga senyum sambil menampakkan 4 batang gigi yang dh tumbuh..2 dibawah dah tumbuh masa umurnya baru 5bln..yang lagi 2 batang di atas baru je menerjah gusi bulan ni..dapat sekali dengan merangkak dan memanjat..sangat cepat perkembangannya..






Dahi kecil dan mulutnya dah berapa kali cedera akibat jatuh tertumus ketika cubaan entah keberapa kali untuk mengangkat buntut dan memulakan rangkak nya...dahi itu juga pernah sujud pada almari televisyen dan sofa sebab gigih nak memanjat dan berdiri..




Aqeela masih takut-takut lagi untuk lepas tangan..hanya sesaat dua tangan dilepaskan, terus dia turun merangkak..tak berani lagi untuk memulakan langkah. Tapi aku dapat rasakan yang aqeela akan 'dapat kaki' lebih cepat berbanding aniq..mungkin sebelum umurnya setahun. Alhamdulillah syukur..


Bila aqeela pegang biskut atau pensil, dia akan pegang menggunakan hanya jari telunjuk dan ibu jari sahaja. Comel sangat jari-jari kecilnya kulihat. Tangan kirinya yang pernah bermasalah ketika lahir dahulu sama aktif dengan tangan kanannya. Alhamdulillah tangan kiri aqeela memang pulih sepenuhnya pada pandangan mata kasar. Cuma doktor di HSA masih lagi mahu berjumpa dengan aqeela yang comel untuk melihat perkembangan tangan kirinya itu apabila umurnya masuk satu tahun pada bulan 4 nanti.

Alhamdulillah..Kau kurniakan kami rezeki anak-anak yang tiada galang gantinya ini..Syukran Ya Allah.


p/s: Jumaat lalu, anak perempuan jiran ku telah kembali ke rahmatullah..bayi berumur 6 bulan itu meninggal akibat lebam dikepala dipercayai jatuh dari buaiannya. Kesian dan sayu aku lihat si ibu menangis mencium baju bayi perempuannya tatkala jenazah dibawa pulang dari hospital. Sesungguhnya daripada Allah dan kepada Allah la jua tempat kita kembali.

Wednesday, February 13, 2013

Aniq: 23 months


High spirits
Your 23-month-old is a study in motion. He's running, he's jumping, he's throwing, he's shouting. All the fine- and gross-motor skills he's been working on for the past two years are starting to come together, and it shows. It's next to impossible to keep your toddler sitting still for longer than a few minutes, which can make it hard to dine out, shop, or even run to the post office. But it's a wonderful time, too, as long as you have realistic expectations. Watch your utterly unself-conscious toddler twirl and jump and spin in the middle of the playground, and you'll discover the meaning of pure joy.

Versi Aniq:
Aniq mmg membesar bagai johan..sejak makan ubat lepas checkup dgn paediatric kt pakar puteri haritu, dier belum pnah demam lagi..kene simptom 'resdung' kate doktor..mungkin lepas ni akan cuba alternatif atau makanan tambahan lain untuk aniq..sbb aku mmg xpnah beri aniq makan pape supplement pn sblm ni..antara pilihan yang ada ialah minyak ikan kod atau milkshake keluaran shaklee.

Tengok aniq berlari kehulu kehilir memang penat mata ni memandang..diam 2 3 minit..disambung lari lagi..kelakar pn ada jugak..comel sangat bontot tu terkedek-kedek berlari.

Kelmarin di melaka (umah mak aku)..boleh plak dibantai melompat gembira atas katil yang aqeela tgh syiok tido..masa tu dh pkul11 lebih..lagi dimarah, lagi dibantai gelak..siap terhantuk kt dinding lagi..lepas aku sapu2 sket kepalanya..terus sambung balik melompat..nasib baik la masa tu cik aqeela mmg tido pengsan..takde la terjaga..last2 kene mntk tlong mak aku tidokan aniq dlm buai..baru la nak tido.

What you can do:
Give your toddler plenty of opportunities to run off steam. A local park, a children's museum, or a tumbling class are great places to let your toddler be a toddler. No one will bat an eye when he jumps, twirls, or yells in delight. After a day of exercise and running around, he's sure to sleep like a log, too.

If mealtimes have become a whirlwind of activity, shaking up your child's routine might help. Consider feeding him while he sits in a toddler-sized chair at a small, low table, and serve a variety of finger foods that he can handle by himself with ease. If he just can't sit still for the duration of an adult meal, feed him first and then let him play while you relax and enjoy eating with the rest of your family.


Versi Aniq:
"Aniq ni outdoor boy!" kata bapa mertuaku a.k.a tok abah (kepada aniq & aqeela)..mmg satu perkataan yang tepat nak describe anak sulung lelaki aku ni.

Tiap-tiap petang..bila dengar je bunyi keretaku atau pintu pagar dibuka..dier akan terjerit-jerit di muka pintu besi rumah..nk mintak belas kesihan untuk keluar dan naik kereta..sedangkan bibik baru je bawak dier balik dari playground...kalau aniq tak sambut aku dimuka pintu..mcm pelik jer..aku akan masuk dan carik aniq..dan kebiasaannya..sama ada dia tidur petang ataupun tengah tgk upin ipin di tv9..hahaha..ibu dh hafal rutin aniq.

Antara perkataan awal yang aniq dah pandai sebut ialah car untuk kereta, shuu untuk kasut, suu untuk susu, epol untuk epal, ahyah untuk ayah dan bol untuk bola. Lihat, semua perkataan ada berkaitan dengan dunia luar!..disuruh sebut ibu..hurmm..kesudah dia taknak.

Time makan pulak..aniq mcm rakan-rakan sebaya nya jugak..memang memilih..tapi kalau makanan tu betul-betul sedap, dia akan rela diri hulur mulut untuk disuap.."dap" katanya..aniq memang selalu disuapkan makan..kalau makanan tu pejal mcm biskut/roti canai/kentang goreng/donut yang dicubit kecil-kecil baru aku beri dia pegang dan makan sendiri

Other developments: Clinginess and more
If your happy-go-lucky, I'll-try-anything child has become a clingy toddler, you may wonder what's going on. At this age clinginess can be the result of his imagination getting the best of him. He may fear that the vacuum cleaner can swallow him whole just like it sucked up a small toy. Or that he'll go down the drain with the bubbles and the bath water. These fears may seem irrational to you, but to a child who's just starting to "step out" on his own, they're very real.

Acknowledge his fears rather than dismissing them. "I know the water goes down the drain, but look, I can't even fit my hand in the drain." And talk to him about what's upsetting him. Remember that your toddler has a big imagination and a limited vocabulary, so it's up to you to figure out exactly what's going on. When you need to be away from him, continue to treat your leave-taking the way you have in the past. Always say goodbye, tell him where you're going and who will be watching him and keeping him safe. If possible, get him involved in an activity with the sitter before you go.
Versi Aniq:
Aniq sgt takut dengan air..seperti yang aku cerita di entri yang lepas..hurmm..cmne la nk atasi masalah ni ek..tgh pikirkan beberapa cara untuk dia tak takut air..satu telah dikenalpasti ialah mandi air panas..sbb time kt umh mertua atau rumah mak aku..dier kurang jerit2 sbb kt umah diorg ader heater..umah kitorg takde lagi..leh wt proposal kt incik husband ni..untuk budget bulan depan..

Minggu ni kan minggu raya cina..aniq akan berlari ke arah aku atau naik keatas sofa bila dengar letupan mercun yang asik memekak je di area rumah aku tu..klakar je tgk biler dier terperanjat dan kelam kabut...hurmm,penakut sangat la anak lelaki aku ni aii..


p/s: 7hari lagi genaplah aniq 2 tahun..ya allah,cepatnya masa berlalu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...