"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, April 25, 2013

[Testimoni Produk] After a Week with Ostematrix Shaklee

Pada post yang lalu, saya ada maklumkan pada uols tentang semangat baru saya untuk mula mengambil vitamin tambahan dengan consistent. Jadi hari ni dengan rela hati saya nk kongsi kelebihan yang saya alami selepas seminggu selain dari menambahkan susu ibu.Excited tau uolss..

Ok..1stly mestilah benda yang nmpk hari-hari kesannya. Huhu..sudah semestinya pasal berry (istilah utk pembuangan air besar). Berry saya dengan relahati nya akan keluar paling tidak sekali setiap hari. Saya memang jenis bermasalah part berry ni. Jenis 2 3 hari sekali baru keluar dengan kuantiti yang tidak sedikit. Jadi, satu masalah dapat diselesaikan.

Masalah kedua ialah rambut gugur. Yang ni incik husband pun perasan ada perubahan. Kalau dulu, setiap kalisaya bukak ikatan rambut dan sisir rambut, rambut yang gugur tersangatlah banyak. Sampai rasa kepala macam dah nak botak dah. Pelbagai jenis shampoo telah dicuba. Even orang yg keje kt saloon pun tegur bila basuh rambut saya gugur bnyk sgt. Tambahan pula dengan hormon yang tak menentu selepas bersalin, mungkin tu antara penyebab rambut gugur dengan meriah. Selepas seminggu makan supplement tetapi masih mengekalkan shampoo yang sama, saya dah boleh kira berapa helai rambut yang jatuh. Kira obvious la kurangnya tu. Serius tak tipu.

Sememangnya untuk mengubati apa jua jenis penyakit, ia mestilah bermula dari puncanya atau akarnya. Bak kata Prof. Muhaya.dalaman kita menentukan dunia luaran. Jadi untuk masalah seperti rambut gugur, kandungan zinc dalam vitalea dan ostematrix telah memperbaiki masalah keguguran rambut. Alhamdulillah.Saya rasa setakat ni jela 2 perubahan yang saya rasa betul-betul pasti untuk dikongsi. Saya tak nak nanti org kata saya claim lebih-lebih dan tipu. Ni just cerita dari pengalaman sendri jek.

Jadi kalau korang rasa badan dah tak berapa tip top keadaanya mungkin akibat kerja, pemakanan yang tidak dijaga, kurang bersenam dan usia yang semakin meningkat. Saya cadangkan korang ambil la apa2 pun makanan tambahan untuk topup balik mana yang kurang. Badan kita kan nak pakai lama lagi. Kalau kita tak sihat, siapa nak jaga keluarga kita? Yer dak..

Wednesday, April 24, 2013

Catatan Untuk Aqeela

Anakku Nur Aqeela Mayesa..

Rasanya baru semalam ibu melahirkanmu..pengalaman melahirkanmu memang sesuatu yang baru, berbeza dengan abangmu. Akan terpahat di minda ibu selama-lamanya..

Kecil dan genit nya Aqeela tak pernah menyusahkan. Kurang meragam dan tidak pernah bermasalah pada malam hari. Teringat kembali ibu sepanjang tempoh berpantang. Istilah tak tido malam jarang sekali ibu guna. Kau sangat mudah terlena dan jarang terjaga walaupun abang mu merengek bising inginkan susu. Memang sangat-sangat istimewa.

Kau suka tersenyum dan jarang menangis. Hati ibu cukup sayu bila setiap kali lepas mandikan mu, ibu terpaksa membuat physiotherapy terhadap tangan kirimu yang tersangkut sewaktu kau dilahirkan. Suara kecilmu menangis mendayu-dayu akibat sakit diperlakukan begitu. Mujur Hjh.Normala yang mengurut ibu semasa tempoh berpantang cepat membetulkan masalah tangan itu. Cuma terseliuh sedikit katanya.Kau melalui fasa merangkak dengan cepat pada usia mu masuk 8bulan. 11bulan pula sudah berani melangkah. Kau memang anak yang cepat.

Sesungguhnya kau sangat cepat membesar. Boleh dibilang dengan jari bilangan hari kau mendapat rawatan di klinik dalam tempoh setahun ini. Ibu sangat pasti susu ibu yang dapat ibu berikan kepadamu atas izin Nya selama ini telah membina daya tahan penyakit Aqeela menjadi sangat baik.

Kau sangat sayangkan abang mu. Tak mengira ketika, kau akan terkedek-kedek mengekorinya kemana sahaja. Naik tangga, keluar rumah, pusing meja makan, panjat gelongsor, mahupun ketandas. Walaupun seringkali di langgar sama ada tidak atau dengan sengaja oleh abang mu. Kau tak pernah kecil hati. Tetap setia mengagumi abang mu itu. Pernah sekali ibu lihat kau kebil-kebilkan mata sambil tersenyum comel, langsung membuat abang mu ketawa gelihati, dan kau ulang perbuatan mu itu untuk ke sekian kali. Kau yang masih kecil sudah pandai mengambil hati. Subhanallah.

Ayah masih bekerja di laut. Sejak kau dilahirkan sehingga sekarang. Masih mencari kerja lain untuk lebih dekat dan bermain dengan anak-anak. Belum ada rezeki lagi buat masa ini. Ayah adalah superhero pertama bagi mu. Walaupun jarang berjumpa, kau akan pastikan ayah tidak lupa mendampingi mu tanpa gangguan abang aniq dan ibu. Kau akan hadiahkan ayah satu senyuman yang berbeza dari yang biasa ibu dan abang aniq dapat. Ibu selalu lihat itu, sangat mesra, sangat lain. Hubungan yang sangat bahagia.

Syukur kepada Allah atas kesihatan dan kemudahan  menjaga mu.Alhamdulillah hari ini genap setahun kelahiran mu, Cahaya Terbaik Yang Anggun..anugerah terbaik buat kami sekeluarga.

Ibu doakan Aqeela menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah dan Rasulullah. Semoga kau menjadi srikandi harapan kami apabila bertemu dengan Maha Pencipta di sana nanti.

Tuesday, April 16, 2013

Penting Ke Supplement?

Saya menghampiri satu booth ujian kesihatan pada awal bulan ni yang diadakan di tapak pesta konvo di tempat ku bertugas. Mereka melakukan ujian pada tapak tangan dengan satu mesin yang ada aliran elektrik kecil. Ia seakan mengaplikasikan kaedah acupuncture. Tujuan asal mereka adalah untuk mempromosi kan produk kesihatan mereka yang diantaranya ialah tuala wanita berubat.

Termanggu saya seketika apabila banyak hasil diagnosis melalui tapak tangan yang dilakukan memberi keputusan agak kurang baik. Kawasan yang dikenalpasti 'bermasalah' adalah di kawasan perut dan jantung. Sejarah keluarga yang menghidap darah tinggi terus menjadi alasan kukuh yang saya boleh meneruskan sakit warisan ini jika tidak menjaga makanan dari sekarang.
Dengan perasaan sedikit sedih(drama..huhu), saya blk ke opis. Rakan-rakan opis mencadangkan saya mengambil ujian darah sebenar di klinik yang mana keputusannya lebih tepat. Tapi saya belum berkesempatan lagi utk buat pemeriksaan kesihatan buat masa ini.

Saya akui yang saya mmg tidak menjaga pemakanan selama ini. Mungkin kerana saya di zon yang selesa. Menggunakan alasan tubuh badan yang sederhana kurus dan menyusukan Aqeela membuatkan saya makan sesuka hati tanpa rasa bersalah.

Bermula dari hari itu, ia seakan 'turning point' utk saya kembali sedar. Supplement yang selama ni saya makan acuh tak acuh ikut suka dah mula saya ikut aturannya. Sumber makanan seperti telur telah saya tukar kepada jenis omega. Dan untuk kesan yang lebih baik, saya terus mendapatkan Omega guard dari Shaklee. Selama ini saya dapati beberapa opismate ada mengambil omega guard, lebih2 lagi shaklee baru mengadakan promosi omega pada bulan lepas. Tapi saya tak pernah ambil peduli tentang pil tersebut disebabkan harga nya yang agak mahal sikit.

Sekarang saya adalah pengguna baru omega guard ni. Melalui pembacaanku dari incik google, minyak ikan ini bukan shj dpt mengurangkan kadar kolestrol pada saluran darah tetapi saya turut mendapat extra faedah. Ia bagus untuk otakku yang dh mcm makcik tua nyanyuk dan juga menambah kebaikan susu yang saya bekalkan untuk Aqeela. Diperkayakan lagi dengan DHA dan EPA. Sila Google la ek menatang ape 2 beradik DHA ngn EPA tu.

Menjawab kepada tajuk post saya hari ni. Ia adalah penting, dan sama pentingnya dengan memiliki insuran.huhu.. Takkan sok saya dh kene darah tinggi baru aku sibuk cari supplement kan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.





Saya sekarang mengambil secara konsisten makanan tambahan Vitamin C, B Complex, Vitalea,  Alfafa,  Ostematrik, ESP dan yang terkini Omega Guard.  

Wednesday, April 10, 2013

Playmore Learnmore

Alhamdulillah dapat kami sediakan sedikit kawasan untuk anak-anak bermain di dalam rumah, hajat asal ingin menjadikan satu bilik khas di tingkat bawah sebagai bilik permainan mereka. Tapi disebabkan kami sekarang mempunyai pembantu, jadi terpaksalah membatalkan hasrat tersebut disebabkan bilik itu digunakan oleh pembantu rumah kami.

Disebabkan rumah kami tiada tanah di luar, ruang kosong yang lain yang kami ada hanyalah di bawah tangga, jadi terpaksalah Aniq & Aqeela bermain di bawah tangga yang kadang kala mengakibatkan kepala mereka terhantuk terlanggar tangga..hehe..kesian anak-anak ibu.


Inilah 'playground' kecil kami. Khemah fun fair tu beli di ikea, slide beli 2nd hand, kolam dan bola beli kt tesco jek. Kami memang sangat berhajat untuk membelikan Aniq gelongsor sebab dia sangat suka jadikan kaki kami sebagai gelongsor bila kami duduk di sofa. Akibat kesian, incik husband sanggup beli dan bawak balik gelongsor Aniq dari Kuala Lumpur dengan seseorang yang kami hubungi di mudah.my. Alhamdulillah, rezeki anak-anak itu ada.

Tuesday, April 9, 2013

Very 1st Step

Berikutan entri saya sebelum ni, saya sudah mula mencari dan mendalami sedikit demi sedikit ilmu dari blog Pn.Lina ibu kepada Darwish & Darwisya. Saya belum dapat membaca keseluruhan post dalam blog beliau, tapi saya dah membeli set permulaan mengaji untuk bayi berumur 12 bulan keatas yang mereka jual dalam website islamicparenting. Terdapat 2 buah Buku Permainan Minda, 1 Set Al-Furqan, 1 VCD Siri 1 Mengenal Huruf Hijaiyah, 1 VCD Siri 2 Mengenal Huruf Hijaiyah, 1 CD Juzu' Amma & Yasin, 1 VCD Lagu Al-Furqan dan 2 Set Kad Imbas.





Sampai je produk yang mereka post ke rumah, saya dengan terujanya terus memasang VCD belajar huruf hijaiyah kepada Aniq & Aqeela, Aniq yang turut gembira bila saya memasang VCD 'lagu' yang baru dapat juga bertahan sampai ke penghujung CD sebelum terlena (sebab waktu tengahari waktu tidurnya).





Buku-buku yang disertakan juga turut saya baca untuk mendapat kesan pengajaran yang lebih kepada anak-anakku. Semoga 'keterujaan' ini akan dapat berterusan untuk saya mendidik anak-anak secara wasatiah dan istiqamah. Semoga Allah permudahkan jalan ini. Amin





Monday, April 8, 2013

Tahniah Aqeela

Si budak comel ni belum lagi masuk umur satu tahun..tp alhamdulillah, dah dapat 'kaki'..Bukan main lincah lagi berjalan..'slow and steady' je..dari ruang tamu ke dapur..dari dapur ke ruang tamu..kadang kala kaki yang penat akan berhenti berehat..di jatuh kan punggungnya lalu merangkak seketika..kemudian, bangun berdiri dan mnyambung perjalanannya semula..tidak kenal erti putus asa..harapan ibu Aqeela akan bangun semula setiap kali terjatuh..tidak kira apa jua dugaan yang bakal Aqeela tempuhi dewasa kelak..Ibu bangga dengan Aqeela.



Tahniah Aqeela!

Sunday, April 7, 2013

Aniq's New Haircut

Aniq dah botak skang..sbb kt telinga belah kanan dia ada naik bonjol angin dh dekat 3weeks..so lastweek saya bwk gi jumpe Dr.Naveen. Rupanya kt rmbutnya ada naik eczema, akibat rambutnya yg dah pnjang sebab dah lama tak potong. Dr.Naveen ada 'explain' satu ilmu kt kami, kalau ada bonjol angin di belakang telinga, bermaksud pesakit ada jangkitan di sekitar kepala. Kalau di bawah ketiak, bermaksud pesakit ada jangkitan di kawasan tangan dan jika bonjol angin di kawasan pinggang/pelvis, bermaksud pesakit ada jangkitan di sekitar kaki. Aniq diberi satu ubat allergic dan satu antibiotics augmentin. Minggu ni Dr nk jumpa balik utk tgk progress.

Tuesday, April 2, 2013

Bersegeralah..Sebelum Kesibukan Melalaikanmu

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. 

Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)


credit from PN. Lina Karim

Aku: Ya allah..aku bersyukur Kau telah temukan aku dengan catatan seorang ibu yang telah berjaya menjadikan anak-anaknya penghafaz Al-Quran mu..Semoga aku belum terlambat dalam mendidik amanahmu..dan ku mohon Kau permudahkan jalanku dalam setiap amalanku..Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...