"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, February 21, 2014

[Aniq : 3yo] Catatan Buat Aniq

Bismillahhirrahmannirrahim..


9.05 am 21/02/2014

Cut a long birth story short, Muhammad Aniq Mikail pun lahir..Alhamdulillah harini dah masuk 3 tahun.


Masih ibu tulis post ni, jam 5 pagi..birthday boy tgh lena dibuai mimpi :)

Aniq dah pandai cakap sket, gabungan perkataan pun dah banyak..pampers waktu siang dah tak pakai..malam je aniq pakai. Tadi waktu maghrib aniq tunjuk kt ibu yang aniq dah  boleh pakai seluar sendiri selepas buang air, alhamdulillah..tadi pun aniq tak mengaji, ibu bagi cuti hujung minggu..hehe..aniq masih di buku alfurqan 1, dan dah sampai huruf hijaiyah dengan baris depan (dhommah)..sikit lagi kita dah boleh pindah buku 2 yer nak. No rush, keep calm orang skarang kata ;)..tapi kene bersegera..ibu ada cakap kt aniq esok birthday aniq, nanti ibu beli kek untuk aniq ye, mungkin tunggu ayah balik minggu depan untuk kita sambut sama-sama. Tahun ni ibu tak buat majlis hari jadi macam tahun lepas, sorry ye nak. Ibu dah belikan aniq birthday present, tapi belum sampai lagi. Nanti dah sampai, kita main sama-sama ngn adik aqeela tau. Aniq kene sayang adik aqeela, big hugs n kiss always ok..ibu sayang kalian berdua. Semoga membesar menjadi anak yang soleh & sentiasa dalam lindunganNya..


Ibu sayang Aniq

Thursday, February 20, 2014

Pentingnya Kita Mempelajari Sejarah

Kenapa Arwah saudara Ahmad Ammar memilih untuk mempelajari sejarah di Turki? 

Bila pertama kali saya Tanya arwah  mengapa  mmilih Turki dan belajar  sejarah. Jawapan arwah  "Turki  dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tiada kuasa dunia yang  lebih lama daripada itu. Negara lain pun respect dan tunduk kepada Turki, mengapa  kita tidak  bangga ?  Itukan sejarah kita. Kita boleh kembalikan  sejarah itu.  Lepas kita  belajar tinggi-tinggi  akhirnya  org yg kurang belajar  pula control kita. Atas sebab itulah  ana belajar sejarah". Cukup tersentak dgn jawpan tajam beliau.
 saya petik dari sini

Dalam buku Sultan Muhammad Al Fatih, Pakcik kepada Sultan Muhamad Al Fatih iaitu Panglima Tharhan ada menekankan kenapa sejarah mesti dipelajari & dikuasai

"Mengigati sejarah membuatkan kita lebih mencintai tanah air kita (Islam). Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan lalu" 
Panglima Tharhan 

Apakah bahan bacaan yang dikongsikan oleh ibu Ammar sewaktu beliau diwawancara?




Inilah bahan2 bacaan yg telah saya sebutkan dalam sesi2 perkongsian ibu Ammar berkaitan buku bersiri yg telah dibelikan untuk anakandanya pada usia sekitar 8-9 tahun. Mudah2an dapat dimanfaatkan.

SIRI TOKOH CENDEKIAWAN ISLAM


Terbitan : Dewan Bahasa & Pustaka
Penterjemah: 
Siri 1-20 : Abdul Karim Mustafa (Terbitan 1998)
Siri 21-33 : Mohd Fakhrudin Abd Mukti &
Mohd Fauzi Jumingan(Terbitan 2002)

1. Ibnu’N-Nafis (Penemu Sistem Peredaran Darah)
2. Ibnu’l Haitham (Pakar Optometris)
3. Al-Biruni (Ahli Geologi & Astronomi)
4. Jabir bin Hayyan (Ahli Kimia)
5. Ibnu’l-Baitar (Ahli Botani)
6. Ibn Battutah (Pengembara Islam)
7. Ibn Sina (Pakar Perubatan)
8. Al-Farabi (Ahli Falsafah Islam)
9. Al-Khawarizmi (Ahli Matematik)
10. Al-Idrisi (Ahli Geografi)
11. Ad-Dumairi (Pakar Haiwan)
12. Ibn Rusyd (Ahli Falsafah)
13. Ibn Majid (Pelaya “Singa Laut”)
14. Al-Qazwini (Ahli Geologi)
15. Ibn Yunus (Ahli Kaji Cuaca)
16. Al-Khazin (Ahli Fizik)
17. Al-Jahiz (Pakar Haiwan)
18. Ibn Khaldun (Ahli Sosiologi)
19. Az-Zahrawi (tiada dalam simpanan)
20. Al-Antaki (Ahli Farmasi)
21. Ibnu’l Awwam (Tokoh Pertanian)
22. At-Tusi (Pengasas Ilmu Trigonometri)
23. Al-Kashi (Perintis Ilmu Pecahan)
24. Al-Wazzan (Penulis Ensaiklopedia Afrika)
25. Ibnu’r-Razzaz (Tokoh Kejuruteraan Arab)
26. Taqiyyuddin (Tokoh Teknologi Kejuruteraan)
27. Ar-Razi (Perintis Perubatan Moden)
28. Al-Kindi (Tokoh Muzik Arab)
29. Al-Khalil (Tokoh Perkamusan Arab)
30. Ibn Hamzah (Perintis Ilmu Logaritma)
31. Az-Zarnuji (Tokoh Pendidikan & Pedagogi)
32. Yuhana bin Masawayh (Pakar Batu Permata)
33. Yaqut Al-Hamawi (Tokoh Ensaiklopedia Geografi)


credit untuk hana di atas perkongsian ini

Saya akan cuba dapatkan buku ini di kedai buku yang mengedarkan buku DAWAMA..kalau search di internet, harga sebuah buku ini bernilai RM8.00. Mungkin boleh dapatkan pada harga promosi jika beli di kedai-kedai buku. Untuk warga johor, boleh cari buku-buku ini di Kedai Buku BADAN (di Angsana)..

Insyallah dipermudahkan kita mengumpul sama-sama buku ini sebagai bacaan awal anak-anak kita kelak..disamping menambahkan ilmu kita yang dah tak berapa muda ni (sebab saya pun belum pernah membaca buku-buku yang dikongsikan)

Untuk langkah permulaan, saya sendiri telah mula membeli buku dari Koleksi Novel Sejarah Islam terbitan PTS, yang ditulis oleh Encik Abdul Latip Talib. Semoga saya dapat mengumpulkan lebih banyak bahan bacaan dari penulisan beliau kelak. Doakan saya istiqamah dalam membaca buku yang telah dibeli ini...




Wednesday, February 19, 2014

7 Formula Ayah Ahmad Ammar

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya ingin kumpulkan maklumat tentang Arwah Ahmad Ammar untuk archive sendiri sebagai pengajaran dan semangat saya bagi meneruskan perjuangan kecil saya dalam membina serta mendidik zuriat kuniaan Allah pada kami.

Disini ialah 7 formula yang dikongsi oleh ayah Ammar atau kita boleh panggil wawasan (vision) yang diterapkan oleh seorang ayah kepada si anak.

Penerangan selanjutnya mengenai formula dibawah ini telah diringkaskan di blog ini


Selebihnya, saya gemar mendengar sendiri perkongsian ayah dan ibu Ammar melalui video perbincangan di Youtube, "Kematian Yang Menghidupkan" yang akan saya sertakan link nya disini.


Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5


Semoga sama-sama mendapat manfaat buat kalian yang membaca..

Tuesday, February 18, 2014

The Power Of Vision

Bismillahhirrahmannirrahim..

Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kelas yang saya hadiri bersama suami iaitu Seminar Asas Menghafal Al Quran dari Bayi 'Kaedah DarwishDarwisya'. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana mungkin plot penceritaan saya yang agak berterabur sebab saya telah menghadiri seminar tersebut hampir 3 minggu yang lalu, jadi penyusunan hasil dapatan ilmu saya dari seminar berkenaan mungkin agak tidak teratur, dan diharap pembaca dapat mengambil setiap perkongsian saya yang saya labelkan 'Islamic parenting' pada senarai label saya di sebelah kanan blog ini.




Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah di bahagian pengakhiran seminar ini. Waktu itu suami kepada Puan Lina (ibu kepada darwish & darwisya) telah tampil dan berkongsi dengan kami tentang perkataan 'Paradigm' atau dalam bahasa melayu nya paradigma. Suami pn.lina sendiri menceritakan bagaimana perasaannya apabila darwisya meminta untuk memakai purdah. Betapa dia kurang selesa pada mulanya kerana paradigma nya kepada golongan yang berpurdah. Pada beliau, mengapa perlu berpurdah sedangkan muka bukan aurat wanita. Tetapi sedikit demi sedikit hatinya terbuka menerima dalam masa yang sama, tidak menghiraukan pandangan orang lain apabila dia berjalan dengan anaknya selepas itu.




Dia juga ada berkongsi tentang visi dan misi..dimana setiap apa yang kita lakukan di dalam hidup ini mesti ber visi. Apakah visi perkahwinan anda? Apakah matlamat akhir perkahwinan anda? Itulah persoalan yang agak terkejut bila diajukan kepada kami (saya dan suami terutamanya). Walaupun umur perkahwinan kami akan menginjak pada angka 4 tahun pada bulan mei nanti, tapi kami berdua belum pernah duduk bersama suami isteri dan berbincang tentang visi dan misi perkahwinan kami. Selama ini kami hanyut dalam urusan seharian, tanpa kami sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dirumah, yang bukan semata-mata mahukan makanan, pakaian, tempat tinggal dan maianan semata-mata. Betapa kami berasa rugi kerana tiada perancangan rapi dalam menuju visi kami. Sungguh lalai nya kami selama ini..




Dari seminar ini, kami mula mencipta visi. Supaya dengan visi kami boleh menyusun misi. Jadilah ibu bapa yang berpandangan jauh. Jauh dari apa yang ada di dunia ini dan segala isinya. Visi untuk anak menjadi tetamu Allah yang istimewa, terpilih dan berkedudukan. Berada di sisi Nya dan para Nabi yang lain. Kerana anak-anaklah saham akhirat kita. Alhamdulillah Allah buka pintu hati dan mata kami untuk mencipta visi baru kami ini. Semoga semangat kami ini menjadi ikutan dan inspirasi kalian juga, dengan rasa rendah hati ingin saya mengajak rakan-rakan pembaca semua bersama-sama kita mengejar mardhatillah dalam setiap perbuatan kita. Insyallah..




Setakat ini untuk perkongsian kali ini, insyallah akan saya sambung penerangan mengenai visi bapa dan ibu almarhum saudara Ahmad Ammar Ahmad Azzam yang telah menjadi tetamu Allah di bumi Turki untuk bersama-sama kita ambil ibrahnya. Sebagai perkaitan bahawa visi & misi yang jelas adalah sangat kritikal buat masa depan anak-anak. Insyallah..


Monday, February 17, 2014

Penyakit Bertangguh Dan Supplemennya

Ni adalah satu penyakit yang saya ada, tapi sampai sekarang belum jumpa lagi ubatnya.. segala jenis supplement dan makanan sunah dah ku telan..tapi penyakit ni susah nak hilang-hilang..haihhh la badan..haihh la nyawa..Sebenarnya bertangguh ni bermula dari sifat malas, Apa pun bentuk malas yang anda ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut Al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [Al-Nisaa' :142]

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Sumber dari sini


Ya Allah, memang kena jauhi la penyakit malas dan suka bertangguh ni. Permudahkan lah aku memperbaiki diri ini Ya Allah..Antara doa yang boleh diamalkan ialah satu potong ayat yang ada dalam bacaan Al-Mathurat. Camne kalau al-mathurat pun ko malas? ekk, please la..cuba lawan sket syaitonn tu..(bermonolog dengan diri sediri)






Sebenarnya punca saya tulis post ni sebab saya nak bagitau yang saya banyak bertangguh nak share ngn uols semua, tentang beberapa kelas yang saya ada attend sebelum ni, 2 minggu lepas saya ada pergi ke seminar asas menghafal Al Quran dari bayi kaedah darwishdarwisya dan seminar bangkit 2014 (yang free) pada hujung minggu lepas. Sedikit sebanyak inginlah saya berkongsi kat sini apa yang saya dapat dari kelas tersebut. InsyaAllah saya akan buang sifat buruk saya ini sedikit demi sedikit, sekaligus berkongsi ilmu dengan uols semua. Doakan saya ya..Ameen :)





Sunday, February 9, 2014

Vitalea Shaklee Adalah Multivitamin Ke-2 Terbaik Dunia

Dulu masa kecik-kecik, sapa yang pergi tadika kemas angkat tangan?!..hehe, ingat tak waktu tu yang setiap pelajar akan diberi multivitamin besar gedabak color pink..aduhhh, punye la seksa nk kene telan (yelaa..kan waktu tu tadika lagi).. Ingat lagi, masa tu multivitamin tu bila pegang lama sikit nanti warnanya akan luntur ke tangan. Selama ni, saya memang langsung tak tahu tentang vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik ni. Main makan je...

Sejak dengan Shaklee, baru lah study apa beza vitamin sintetik dan vitamin semulajadi pernah makan dulu rupa-rupanya vitamin sintetik. Insya Allah nanti saya akan kongsikan apa itu vitamin sintetik. Better late than never. Sekarang pilihan saya mestilah Shaklee, 100% SEMULAJADI dan HALAL.

Multivitamin Shaklee dikenali sebagai Vitalea. Merujuk kepada website Multivitamin Reviews and Comparison, Vitalea adalah MULTIVITAMIN KEDUA TERBAIK DI DUNIA. Alhamdulillah pilihan saya tersenarai sebagai
'TOP 2' berbanding 100 multivitamin yang dikaji.



Jom saya share sket FAKTA Tentang Vitalea
  • Multi-vitamin PERTAMA dan mineral pertama yang dicipta di dunia.
  • Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-Min" dan perkataan vitamin yang disebut kini adalah asalnya dari Shaklee.
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya daripada cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yg dikenali sebagai Vitalea.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.
  • Dihasilkan dengan kaedah teknologi terkini yang disebut "EXPLO-TABS". Apa itu explo tabs? Tunggu..post seterusnya saya akan mengupas selanjutnya mengenai explo tabs ini.
  • Tablet multivitamin yang PALING PANTAS DI DUNIA TERLARUT dalam air dan usus manusia.
  • Mineral dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas dalam usus kecil.
  • Ujian Klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakitnsebanyak 65%

credit to www.naturalvitamin2u.com
Jika diambil setiap hari, Vitalea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.


Vitalea Shaklee, sebotol 120 biji hanya hanya RM88.00 (Harga Retail). Pm saya 
Sebiji cuma RM0.75
Sehari anda cuma perlu laburkan RM1.50 untuk kesihatan menyeluruh secara optimum. 


Saya dah makan Vitalea ni hampir 2 tahun. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun ni tak pernah kena sakit teruk, tak pernah ke klinik kerana tak sihat. Pernah lepas proses menyusu Aqeela saya stop makan Vitalea ni, tapi memang rasa berbeza, sebab saya ni jenis HB rendah. Jadi memang tak boleh skip makan Vitalea ni disamping makanan sunah seperti madu dan kurma. Kita berusaha, sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati. Dan sentiasa ingat sihat & sakit itu datang dari Allah.



credit to nanny fai

______________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, February 7, 2014

Keluarga Kedua Saya

Pada permulaan blog ini diwujudkan, saya hanya berniat untuk mencatatkan perkembangan anak-anak saya..kira macam online diary untuk mereka..mungkin bila saya tiada lagi di dunia ini nanti, at least ada la something yang saya tinggalkan untuk mereka baca dan mengimbau balik kenangan meraka sewaktu kecil...adehh, tetiber sebak plak tulis cenggini..hishhh

Tapi lama kelamaan, setelah saya berkenalan dengan Shaklee, saya terpaksa menyelitkan kisah Shaklee yang dah menjadi sebahagian dari keluarga saya..pada mulanya, saya bercadang untuk membuat blog yang berasingan, tetapi saya tidak dapat bertahan lama untuk me'mantain' kan atau menjaga sampai 2 blog..hehe..tak berapa nak supermom la saya ni. Mungkin saya lebih sanggup luangkan masa bermain dengan anak-anak saya berbanding menulis di diari maya ini.

Jadi, inilah dia..blog diari anak+blog produk Shaklee..hehe..takpela, at least..saya jadi diri saya sendiri dan dapat berkongsi kehidupan seharian saya dengan semua pengguna dan bakal pengguna produk Shaklee di luar sana.

Post ni saya dah lama impikan untuk tulis, tapi baru sekarang saya berkesempatan untuk bercerita..selama ini hanya berada dalam draft di kotak minda sahaja. Seperti yang semua sedia maklum..saya berkenalan dengan Shaklee adalah melalui set penyusuan, seperti yang pernah saya ceritakan di entri ini. Saya tidak menjadi ahli Shaklee ketika itu.

Kisah saya menyertai Shaklee bermula apabila melihat rakan sepejabat, iaitu hana mula menjadi pengedar Shaklee di pejabat. Sedangkan waktu itu saya telah terlebih dahulu mengambil produk Shaklee sebelum dia. Melihat dengan perkembangan jualan dia yang sangat memberangsangkan, saya tanyalah dia macam mana nk join member bawah dia. Pada waktu itu, bukan niat saya untuk berniaga sangat (sebab dia telah menguasai market di pejabat). Apatah lagi untuk membeli produk Shaklee dengan harga ahli (sebab waktu tu juga saya boleh beli Shaklee guna keahlian suami). Tetapi saya macam rasa ada 'something' yang luar biasa pada group Shaklee yang hana join. Macam best je..macam menarik je..lagipun saya boleh dapat keahlian percuma kalau saya beli produk lebih RM600, kebetulan pula waktu tu saya memang hendak me'restock' supplemen yang saya makan sendiri. So, why not we give a try kan..rezeki tu kan ditangan Allah.

Dari situ, baru saya tahu saya di bawah group JUTAWAN, dalam group kami..susur galur diatas atau biasa kite dengar 'upline' akan dipanggil sebagai, mak, nenek, moyang dan seterusnya. Nanny saya ialah fai, 'orang luar' yang kini dah macam keluarga sendiri. Kecil orangnya dan lebih muda dari saya, tapi selalu membuatkan saya kagum dengan kewibawaan dan kesabarannya tidak jemu untuk membawa kami cucu cicitnya menjadi yang terbaik. Dan yang paling saya kagumi ialah moyang saya iaitu Presidential Master Shareeza a.k.a P.M Cery..orang biasa, yang mempunyai kuasa magika yang luar biasa. Telah menyuntik banyak jiwa dan membantu ramai warga Jutawan Shaklee untuk sama-sama berjaya macam dia. Dalam Shaklee anda boleh mendapat income lebih dari mak, nanny, atau moyang anda sendiri sekiranya anda rajin, tekad dan tidak berputus asa. Ini istimewanya Shaklee berbanding company MLM yang lain. Anda diberikan bonus berdasarkan susah payah anda sendiri, bukan atas usaha orang lain.

PM Cery, Fai, Hana & Saya ketika di Sesi Magic Sharing, Melaka


This is the best thing ever happened to me (selain dari kejayaan berkahwin dan berkeluarga laa)..berada di bawah susur galur yang sangat best. Saya belajar macam-macam, bukan sekadar bisnes dan marketing..tapi yang lebih penting kami di group ini dah macam keluarga besar yang saling ingat-mengingati dari segala perkara termasuk amalan 'rohani'. Bukan sahaja saya dapat vitamin untuk kesihatan fizikal, malah vitamin jiwa pun turut diterapkan. Saya rasa sangat bertuah dan merasakan Allah telah salurkan saya pada ruang dan peluang yang betul untuk saya memperbaiki diri saya supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam.

Itulah sedikit sebanyak kisah saya dengan keluarga kedua saya iaitu Keluarga Jutawan Shaklee..jika anda berminat untuk sertai kami. Jangan segan silu tau, saya sedia menerima anda dengan tangan terbuka. Saya sedia memberi dengan sebanyak-banyaknya. Bak kata Dr Azizan Osman, "More You Give, More You Will Get Back". Insya Allah...




Thursday, February 6, 2014

[Info Produk] Multivitamin Tertua Di Dunia


Dalam dunia serba moden ni.. nak taknak... tak boleh nak lari daripada makanan tambahan.. dari vitamin. nak tahu tak... sebenarnya dalam banyak2 vitamin... saya paling tak suka dengan multivitamin... tu dulu lah.. sebelum saya tahu hakikat dan fakta sebenar tentang multivitmin ...Jika anda semua nak tahu, dlm banyak-banyak vitamin,multivitamin lah vitamin yg paling penting.. asas... ala2 tiang rumah.. kalau takde tiang. runtuhlah rumah.. yer tak..multivitamin ni makanan sel.. memenuhi ruang2 kosong2 nutrien yg diperlukan badan.jadi jangan skip mkn multivitamin tau...dan sekarang, ia jadi vitamin yg tak boleh saya miss selain bcomplex dan vitamin C, 3 serangkai orang kata..so, harini saya nak share dengan semua tentang produk yang tengah promo bulan ni iaitu Multivitamin & Multimineral VITA-LEA IRON FORMULA Shaklee...hamboi..nama nak panjang ajer..hahaha..skati Shaklee la kan.




Promosi Februari 2014
 anda juga boleh dapatkan sebotol pada harga promosi, hanya pm/whatsapp saya k ;)

Tapi kali ni sy bukan nak cerita kenapa kita perlukan vitamin.....tapi sy nak cerita dalam banyak2 brand mutivitamin, kenapa saya pilih jenama Shaklee. Kenapa saya tak beli je multivitamin yg melambak kat farmasi, or amik yg kat klinik or hospital..why oh why...

Berikut saya nyatakan 3 Perbezaan Mutivitamin Shaklee yg menjadikan multivitamin Shaklee the best among the best. ini dia saya senaraikan.. 
  1. Disokong oleh tujuh kajian klinikal (tujuhh tuuuu)
  2. Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.(kalau larutkan dlm air, tak sampai 5minit ia larut.. terbaekkkk)
  3. Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan (banyakk tuuu ujian berkualiti dibuat... no wonder, hasilnya mmg bestt)
dan yg membuatkan saya bangga memilih multivitamin ini adalah kerana..ia merupakan salah satu multivitamin tertua didunia... Tahukah anda... pada 1915, Dr Forrest C.Shaklee mencipta Vitalized Minerals..waahh.. bestt..oh ya Multivitamin Shaklee dikenali sebagai Vitalea Iron Formula..Kenapa nama nya deberikan sebegitu? Kerana ia diformulasikan khusus dgn 28 vitamin dan mineral penting yg diperlukan oleh kita..


Gambar menunjukkan Vitalize-Mineral dalam bentuk cecair
(90 tahun dahulu) iaitu sejak 1915 lagi!


Itulah sebabnya.. saya telah memilih Shaklee, yg terbaik antara yg terbaik... Bagaimana dgn multivitamin pilihan anda. Anda tahu kenapa anda memilih brand pilihan anda instead of Shaklee?... Well.... Pilihan di tangan anda...Kalau nak join saya dan ramai lagi pengguna Shaklee yang lain utk memilih yg terbaik..jangan lupa untuk hubungi saya ;)

sumber dari sini


Harga VITALEA Shaklee ialah RM88.00 untuk harga retail. Pm saya untuk harga promosi.
Satu botol mengandungi 120 biji tablets, untuk penggunaan 2 bulan 
Untuk konsultasi dan harga terbaik, jangan segan silu untuk hubungi saya. 
Selamat mencuba
_______________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Wednesday, February 5, 2014

Ubat VS Supplement

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.


RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....


MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

source dari perkongsian group kami

Tuesday, February 4, 2014

Aniq Si Bijak Jumpa Pediatrician

Pada 28hb Januari yang lalu, saya bawa Aniq berjumpa dengan pediatrician di HSA..setelah membuat appointment sebulan sebelum tu...

Saya dan suami dh lama berbincang untuk bawa Aniq berjumpa doc, disebabkan kerisauan kami melihat Aniq agak special berbanding sepupu-sepupunya yang hampir sebaya yang lain. Kami ingin mendapatkan kepastian bahawa dia tiada 'kekurangan' apa-apa..dan mungkin doc boleh referkan Aniq ke speech therapist sekiranya dia memerlukan bantuan. Pada penilaian kami, dia kurang berkomunikasi, tapi pandai bab mengingat dan membaca.  Jadi sebulan sebelum birthday Aniq 3 tahun, akhirnya dapat juga saya berpeluang membawa Aniq berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak.

Pada hari tersebut, saya memang mengambil cuti sehari untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Saya tidak mahu tergesa-gesa pulang ke opis. Kami sampai ke hospital lebih kurang pukul 9.15 pagi..selepas breakfsast di kafeteria, kami di panggil masuk berjumpa doktor dalam pukul 11pagi.

sewaktu menunggu giliran

Aniq masuk ke bilik doktor macam biasa (sebab 1st time masuk, so dia tak tahu tu blk apa kn). Doktor ajak dia duduk, dan  macam biasa kalau dier pegi ke klinik, dia akan nangis (read: meraung!). Nasib baik doktor yang bijak tu dh sediakan siap-siap block2 alphabet kt atas meja dia. Terus la Aniq berhenti nangis dan capai huruf peberet dia iaitu huruf A. Dia dengan eager nya pegang huruf B pulak..excited la katakan..dia "juga memanggil-manggil saya "Abu..abu (Aniq panggil saya abu)..A..A"..sibuk nak tunjukkan huruf ditangannya. 

Aniq bawa buku numbers yang dipinjam dari cousinnya

Doktor yang attend Aniq tu terus amazed dengan Aniq.."Eh...pandai je!"..."Apa masalah ni ibu, I tengok anak u ok je.."

Ekk..terdiam plak saya bila doktor tanya cm gitu..so, taknak nampak saya ni 'over worried mum' dan gelabah sangat..saya jawablah "Saya lihat dari segi komunikasi doktor, cousins dia semua dh pandai cakap..anak saya macam lambat sikit..kalau ABC, 123 (Alif Ba Ta pun pandai jugak, tapi saya tak inform doktor ni sebab dia doktor cina..hehe) semua dia dh tahu..tapi komunikasi tu kurang"

"Ok, kat rumah dia ni duduk dengan siapa?"...saya explain la dier ada adik..dan ketika saya bekerja,dia duduk bersama-sama pengasuh dan adiknya di rumah

"Dia main tak dengan adik dia, atau dia main sendiri?"..saya jawab "Main...tapi banyak juga bergaduh"..

"See...gaduh is one of the communication..he's doing well ibu..kalau dier gaduh dengan adik dia, means dia berkomunikasi laa.."...oooo,gitu...baru ibu yang naive ni tahu..huhu

Doktor tu explain lagi.."I tengok dia pandai je..dier tunjuk kt u huruf tu pun means dia tgh berkomunikasi juga..".."Dia panggil u abu..abu..kan.."

Saya yang masih taknak nampak macam kurang ilmu ni sibuk nak tanya lagi pada doktor "Saya ada baca doktor, kalau budak autisme pun kadang-kadang pandai juga doktor..dan ada yang lebih pandai dari rakan sebaya mereka, that's why saya just nak make sure baby boy saya ni ok..takde apa2"

"Ohh, kalau budak mcm tu...dia memang akan tahu dan main dengan block ABC, tapi dia main sorang2..dia takde interaksi dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain.."..."ohhh, baru la saya paham apa bezanya"..

"Yess, saya lihat anak puan bagus, ada eye contact..dan tiada masalah..lambat cakap tu mungkin kerana puan kurang bercakap dengannya"..opss, amek sedaas saya kena.."Ye, betul la tu doktor..saya selalu biarkan anak saya menonton televisyen"..."saya akan banyak bercakap dengan dia lepas ni.."..senyum sendiri saya memikir kesalahan diri.

"Takpela, kalau puan risau..saya akan buat satu lagi temujanji 6 bulan dari sekarang..ok, tu je.."...saya pn ajak Aniq keluar dan sebelum tu dia bersalaman dengan doktor dan nurse tersebut..Aniq sangat behave dan patuh dengan arahan saya..."Terima kasih banyak2 doktor.."..

Keluar dari bilik tu..dengan tersenyum, saya berasa sangat bersyukur..dengan tak sabarnya, saya terus menghubungi incik husband untuk menceritakan tentang perbualan saya dalam bilik doktor tadi. Kami sama-sama merasa lega kerana kerisauan kami selama ini tidaklah benar.

Saya berasa amat bersalah kerana telah membandingkan Aniq dengan cousins2 nya yang lain. Itu adalah kesilapan saya paling besar. Nasib baik saya sedar ketika anak-anak masih kecil..selepas ini, saya tidak akan membandingkan anak-anak sesama adik-beradik meraka, cousins mahupun dengan anak orang lain. Setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa..kenapa perlu dibandingkan dengan yang lain..raikan kelebihan yang mereka ada.


Ingat...raikan kelebihan!


Monday, February 3, 2014

[Testimoni Produk] Sesi Mengurut Memang Memalukan Kalau Perut Ada Stretch Mark

Ni kisah minggu lepas, disebabkan bibik sibuk sangat nak panggil orang urut badannya yang letih-letih berkerja kt rumah saya..terpaksalah saya panggil orang datang mengurut ke rumah mertua (kebetulan saya balik ke rumah mertua waktu tu)..

Saya yang memang dah lama tak berurut pun tak lepaskan peluang..sekali sekala apa salahnye kite reward diri yer tak..Pandai juga kak erna (nama tukang urut) itu mengurut, kuat sungguh tenaganya. Saya sebenarnya part paling malu masa mengurut ini adalah terpaksa membuka anggota tertentu untuk tatapan si tukang urut (sila jaga fikiran anda)..anggota yang saya maksudkan ialah perut ya!

Almaklumlah, saya ni bukan jenis orang yang rajin nak pakai cream-lotion-baby oil bagai untuk stretch mark sewaktu kehamilan. Sebab biasanya, waktu mengandung takdela obvious sgt kt perut tu rupa kulit limaunya, tapi setelah habis waktu pantang..stretch mark diperut masih juga tidak hilang sepenuhnya. Rutin berpantang dan berbengkung tidak cukup untuk mendapatkan kembali rupa kulit perut yang asal semasa anak dara..huhu

Dah tentu lah bukan gambar perut saya..hehe


Tapi kali ni lain sedikit, kak erna tu siap puji melihat perut saya yang agak pudar stretch mark nya..masih ada, tapi sudah tidak jelas 'keburukkan' nya (tidak seteruk sebelah kiri seperti gambar diatas)..Alhamdulillah, ini mungkin berkat saya minum ESP lebih kurang hampir 2 tahun, yang pada tujuan asalnya hanyalah untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu kepada anak saya Aqeela. Susu pun pekat, dapat bonus hilang stretch mark lagi.

Resepi favourite saya, ESP + Pati Kurma


Saya taknak overclaim yang sebulan selepas minum ESP anda akan terus dapat perut yang cantik tanpa stretch mark. Tapi penggunaan yang konsisten memang sangat-sangat membantu. Yang penting, penyusuan susu ibu harus diteruskan sehingga anak 2 tahun seboleh-bolehnya...kerana percayalah, itu adalah faktor utama kenapa perut ibu-ibu lepas bersalin kembali kepada asal. Insya Allah..


1001 Kebaikan ESP Shaklee

Kini ESP adalah teman setia saya...walaupun saya sudah tidak menyusukan Aqeela lagi. Sebab ia mempunyai 1001  khasiat yang lain. Sesiapa yang telah terjebak dengan ESP pasti akan repeat order. Anda tak percaya? Jom try sekali!

ESP juga berfungsi sebagai pelengkap untuk setiap set vitamin

Protein yang lengkap, yang baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat.


Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
Untuk konsultasi dan harga terbaik, jangan segan silu untuk hubungi saya. Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...