"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, April 22, 2014

[Testimoni Produk] ESP Jadikan Susu Ibu Pekat

Nak share testimoni sendiri.. Semoga ianya bermanfaat untuk semua...

Sebelah kiri tu susu perahan selepas Fai minum ESP..
Sebelah kanan, susu perahan tanpa ESP..

Nampak pekat kan? 





Kenapa minum ESP susu jadi lebih PEKAT??

Kerana ESP ni PROTEIN SOYA.. Komponen UTAMA susu ibu terdiri daripada protein. Bila badan dapat sumber protein yg CUKUP, penghasilan susu akan jadi lebih pekat. Secara tidak langsung akan buat baby rasa CEPAT KENYANG...

Keunikkan ESP Shaklee ni, ialah ianya PROTEIN SOYA SEMULAJADI yg menepati 7 kriteria pemilihan protein soya terbaik... Sebab itu tidak hairan ESP ni adalah OUR BEST SELLER sepanjang tahun. Setiap hari ada jer customer yang akan repeat order ESP.. Yang bestnya, ESP ni bukan sahaja untuk ibu menyusu, ianya untuk KESIHATAN MENYELURUH. Untuk dapatkan kulit cantikkk, flawless dan bebas jerawat.. Untuk yang nak DIET.. Untuk ENERGY BOOSTER.. banyakkk lagi la benefit ESP ni.


** Testimoni ini saya ambil dari upline Shaklee saya sendiri di blog beliau disini.

Saya sendiri telah mengalami kehebatan ESP Shaklee ini, susu badan lebih banyak dan pekat. Anak lebih lena tidur di malam hari, dimasa yang sama saya dapat tidur yang berkualiti kerana tidak perlu bangun kelaparan dimalam hari. Alhamdulillah.. Kini saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana yang ingin mendapatkan susu ibu yang berkualiti untuk si manja anda. Jangan segan silu untuk PM saya tentang ESP, saya bersedia melayan anda pada bila-bila masa, Insyallah



Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk ESP dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540



*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Thursday, April 17, 2014

[Info Produk] Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Kejang Betis Ketika Hamil

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
3. Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

______________________________________________________________

TESTIMONI PENGGUNA OSTEMATRIX KETIKA HAMIL





_____________________________________________________________

PENGALAMAN PERIBADI

Teringat dulu waktu saya mengandungkan Aniq, saya kerap kejang kaki waktu tengah-tengah malam. Terjerit-jerit suruh encik husband bangun sebab sakit sangat. Waktu tu ilmu tentang kepentingan kalsium amat kurang. Saya yang biasa membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan, tidak didedahkan tentang kepentingan kalsium selain dari pembinaan tulang untuk bayi dalam kandungan. Waktu tu, suplemen kalsium juga tidak dibekalkan (2011)..sekarang saya tidak pasti. Nurse hanya menyuruh saya minum susu setiap hari, itu sahaja. Tanpa memberikan maklumat tentang kepentingan lain kita mengambil kalsium.

Waktu mengandungkan anak kedua, saya telah mendapatkan sendiri suplemen kalsium di farmasi, waktu tu agak kurang berlaku kejang kaki di waktu malam. Tapi tidak lah hilang sepenuhnya.

Sekarang tidak lagi, sebab saya dah ada ilmu. Walaupun saya sudah tidak menyusukaan anak lagi, saya tetap memastikan pengambilan kalsium yang cukup untuk menggantikan kalsium seharian saya yang hilang. Lagipun saya bukanlah penggemar susu. Jika saya membuat aktiviti senaman, saya pasti mengambil kalsium yang cukup sebelum tidur. Ia akan menyebabkan tidur saya lebih berkualiti dan tidak sakit-sakit badan lagi bila bangun pagi keesokan harinya.

Kalsium pilihan saya tentulah Ostematrix. Hanya RM61 untuk 120 biji (retail). Kerana ia bukan sekadar kalsium, Ostematrix juga terdiri dari gabungan Vitamin D, Magnesium, Boron, Mangan, Zinc & Cooper untuk memberikan penyerapan dan kebaikan yang terbaik kepada pengguna.

Ingin membeli Ostematrix pada harga ahli? Jom la sertai keluarga besar Jutawan Shaklee. 
Hanya RM65 seumur hidup. 

Pembelian bersama saya, anda layak mendapatkan:
1. FREE AFTER SALE CONSULTATION FOR LIFETIME
2. FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR MY CUSTOMER

Shaklee adalah suplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan.

___________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Monday, April 14, 2014

[TESTIMONI PRODUK: VIVIX] Batu Karang Keluar Seketul Bila Membuang Air Kecil

SERAM smpi meremang bulu roma!!!


Hari ni saya dikejutkan dengan cerita seorang pelanggan tegar saya. Dia ni mmg la byk penyakit & awal-awal masa dia beli satu produk Shaklee ni dengan saya, saya dah maklumkan bahwa dia kena sabar dengan semua 'HEALING CRISIS' yg akan dialami...dia ok je pada mulanya.

Selepas seminggu makan produk tersebut, dia demam teruk & kena gatal-gatal merenyam...saya pujuk suruh teruskan dan dia bersetuju. Bila minggu kedua, datang pulak penyakit gout sehingga dia tak boleh jalan! Masa tu dia dh mula marah "Tak nak makan lagi, sebab habis semua penyakitnya keluar!" 
Saya jawab "Jangan macam tu, kalau nak sihat, kena banyak bersabar, beri peluang untuk penyakit awak sembuh"...pada masa yang sama saya turut memohon pada Allah untuk sembuhkan apa saje penyakit customer saya ini....Itu sahaja yang saya boleh buat untuk membuatkan dia tetap dengan pengambilan VIVIX

Seminggu selepas itu, dia mengadu sakit kepala pula...saya nasihat sabar lagi...sehingga saya takut nk promote pada customer lain takut saya dipersalahkan bila keluar semua Healing Crisis tu...Healing Crisis ni kita boleh ibaratkan seperti paip air lama yang telah mendak kotoran didalam paip tersebut, bila kita salurkan suplemen atau sabun dalam paip tersebut (untuk contoh perbandingan yang saya beri)..air yang kotor akan keluar dahulu untuk membersihkan paip yang telah lama kotor dengan mendakan. Ini lah yang diperbandingkan dengan 'Healing Crisis'. Lama kelamaan barulah air yang mengalir akan menjadi bersih. Harap perbandingan saya ini cukup untuk membuat pembaca paham apa itu healing crisis.

Hari ni belum sebulan customer whatsapp saya satu gambar. Allahu Akbar inilah kali pertama sy lihat BATU KARANG yg real..fuh!!! Menakutkan macamana boleh keluar ye...Customer saya ni perempuan...cuba anda bayangkan sendiri...dia bagi tahu saya, masa nak buang air tiba-tiba air kencing dia seperti tersekat & dapat rasa ada benda tersekat...bila di korek tu la seketul yg keluar! Adoiiii ngerinya saya dengar dia cerita...

Bila saya tanya dia sama ada dia sakit sewaktu membuang air kecil? Dia jwb dia tak rasa sakit atau demam. Sebelum ni kalau nak keluar macam pasir je pun dia boleh demam dan sakit sampai nak pengsan...alhamdulillah masa batu ni keluar sikit pun tak rasa sakit...

Sebelum ini dia pernah menjalani proses laser batu karang yang makan belanja sehingga RM 5000...katanya kalau batu karang sebesar ini, mahu memakan belanja sehingga RM10k!!! Alhamdulillah dengan izinNya terbukti Shaklee bukan sekadar makanan tambahan yang berkesan, malah ia dapat meningkatkan kualiti hidup dengan kos yang sangat minima. Kepada customer sy ni,jangan berhenti jika ingin terus sihat...minum air banyak-banyak & saya juga tidak akan berhenti berdoa untuk semua customer saya.



Ini adalah kisah seorang customer salah seorang ahli dalam keluarga Jutawan Shaklee. Credit kepada Lyn untuk testimoni customernya.


Harga Sebotol VIVIX Shaklee ialah RM475.00 untuk harga retail.
Satu botol tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk VIVIX dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540


*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Wednesday, April 9, 2014

Manfaatkan Alpha Mode Dalam Mengajar Al Quran

Sebelum saya bercerita panjang mengenai kaedah mengajar Al Quran dalam waktu gelombang Alpha, 

Meh sini saya story sikit apa itu Alpha Mode? 

Alpha – Gelombang ini terhasil semasa kita berada dalam keadaan rehat atau santai. Gelombang yang dihasilkan berukuran 8 – 12 Hz. 

Inilah gelombang ikhlas yang kita cari. Orang yang sedang rileks, melamun, atau berkhayal gelombang otaknya berada pada frekuensi ini. Orang yang berada dalam gelombang ini adalah yang berjaya memasuki subconcius mind (bawah sedar). Contoh orang yang berada pada gelombang ini adalah orang khusyuk berdoa sehingga menangis terutama di waktu tahajjuj. Tanpa gelombang ini, jangan bermimpi untuk masuk ke alam subconcius mind. 


Orang yang berada dalam keadaan gelombang Alpha mampu menyerap pemahaman ilmu dengan cepat, cerdik dan genius. Dalam keadaan gelombang Alpha otak merembeskan hormon serotonin, kontisol dan endorfin yang menyebabkan seseorang merasakan rasa nyaman, tenang, dan bahagia. Hormon ini membuat sistem imun tubuh badan meningkat, pembuluh darah terbuka lebar, denyutan jantung menjadi stabil. Dengan kata berada dalam tenang dan tubuh badan sihat. Inilah gelombang orang berfikiran positif iaitu gelombang kesihatan.


credit dari sini
Waktu mana kita hendak menyerap gelombang Alpha ini? Ia ada kaitan dengan Hadis Nabi iaitu waktu-waktu mustajab berdoa iaitu waktu 2/3 malam (sembahyang tahajuj), dalam waktu sujud solat, waktu awal Dhuha, semasa membaca Al Quran, waktu hujan turun, waktu antara dua kutbah hari jumaat, waktu malam Lailatul Qadar, sepanjang tawaf kaabah, waktu membaca Al Quran dengan tartil tajwid yang betul, waktu bersin dan carilah lain-lain waktu mustajab seperti Nabi Sabdakan.

Nak tahu kenapa waktu ini waktu mustajab berdoa? Ini adalah kerana hukum tarikan gelombang itu sendiri iaitu menarik gelombang yang sama jenisnya. Waktu ini gelombang alam adalah gelombang Alpha, jadi ucapan doa bergelombang Alpha akan di tarik oleh gelombang Alpha alam naik dengan tiada hijab. Hanya hak Allah saja memperkanan doa kita itu.

Nabi Rasulullah sudah faham gelombang ini sejak 1400 dalu lagi tetapi beliau tidak menceritakan dalam bentuk saintifik kerana megelakkan fitnah majnun ketika itu. Cuma Nabi menyatakan waktu-waktu tersebut adalah waktu yang mustajab berdoa. Jadi, mintaklah sebanyak-banyaknya, kerana Allah sebaik-baik pemberi. Insyallah 

Artikel di atas saya petik dari sumber: http://zaipermairesources.com/wp02/?p=666


Bilakah waktu Hypnagogic Moment?

waktu ini ialah waktu antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.


Mengajar Al-Quran Sewaktu Anak Tidur

Dengan penerangan tentang gelombang alpha di atas, kita sebagai ibu bapa boleh menggunakan 'waktu mahal' tersebut untuk menyerapkan Al Quran dalam minda anak-anak kita. Kita masukkan Al Quran dalam hati dan MINDA anak ketika SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS baru bangun dari tidur.

Bagaimanakah Caranya? Ambil peluang ini dengan memasang alunan ayat Al Quran secara perlahan untuk dibawa ke alam tidur mereka. Apa yang otak kita fikirkan atau niatkan sebelum tidur, akan meresap di dalam alam bawah sedar sepanjang malam tanpa disedari dan akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita selepas bangun nanti.

Kajian sains menyatakan, semasa tidur otak manusia tetap menghasilkan gelombang-gelombang secara aktif sebagaimana manusia terjaga. Tidur juga sangat penting kerana pada waktu ini badan menerima arahan daripada otak untuk proses tumbersaran, pemulihan dan pembelajaran.

Jadi, pasanglah ayat-ayat Al Quran ketika anak-anak sedang tidur. Biasakan yang luar biasa untuk menjadi luar biasa. Saya ketika ini masih memasangkan CD Juzuk Tabarak yang mengalunkan ayat-ayat seperti Ar- Rahman, Al Kahfi dan Al Mulk..anda boleh dapatkan CD nya disini. Selepas ini, jika anak-anak sedang dalam proses menghafaz surah-surah tertentu..saya hanya perlu pasang surah tersebut berulang-ulang sampai pagi sehingga tamat proses hafazan surah tersebut.

Setakat ini perkongsian saya pada hari ini. Semoga bermanfaat. Insyallah.

Tuesday, April 8, 2014

Toleransi 1: Cut The Noise

Hari ini saya berkesempatan nak berkongsi dengan pembaca yang budiman tentang sharing yang saya dapat dari kelas Pn Lina pada seminar yang pernah saya ceritakan sebelum ini di sini.

Sebenarnya catatan saya pada hari ini lebih kepada pembacaan nota yang saya sendiri dapat waktu seminar berkenaan dijalankan disamping untuk 'refresh' balik apa yang saya belajar. Maklumlah, fitrah manusia kan mudah lupa. Harap dapat memberi manfaat kepada semua ibu-bapa diluar sana.

Sebagai ibu bapa, saya sendiri tidak terlepas dari menghidangkan anak-anak saya dengan kartun untuk mengisi masa lapang mereka, dalam masa yang sama saya mengabaikan tanggungjawab saya untuk bermain secara fizikal dengan mereka, kerana mereka telah asik dengan televisyen.

Perkara pertama yang Pn. Lina tunjukkan pada kami ketika seminar itu berlangsung adalah dakyah utama musuh islam dalam menyebarkan atau dalam erti kata lain merosakkan anak-anak kita dari dalam rumah kita sendiri. Ia bermula dengan rancangan televisyen yang kita hudangkan sehari-hari di kaca mata anak-anak kita. Lihatlah sendiri video di youtube dibawah ini dan nilaikan lah perbuatan kita sebagai ibu-bapa. Semoga dengan kekhilafan saya selama ini menjadi ikhtibar kawan-kawan pembaca sekalian. Anda boleh search dan lihat sendiri di youtube dengan kata carian 'cartoon have the secret message'




Terdiam saya melihat apa yang telah dihidangkan kepada kami pada waktu itu. Terus nekad dalam hati saya akan sedaya upaya untuk pilih apa yang ingin saya hidangkan untuk tatapan mata anak-anak saya di rumah selepas seminar itu.

Bak kata Prof Muhaya dalam ceramah nya yang saya dengar di radio ikim, kita selalu pakai barangan nak branded. Kenapa kita tak pilih yang bermutu/branded juga untuk ditayang pada anak-anak kita. Hidup kita, apa kita dengar, apa kita lihat...Kita yang tetapkan. (lebih kurang macam ni la maksudnya yang saya paham)

Memang ia adalah langkah yang paling besar & paling susah bagi saya, kerana anak-anak saya memang seharian duduk di rumah dengan pengasuh dan televisyen sahajalah sumber hiburan mereka. Memang saya tidak nafikan yang anak-anak saya juga turut belajar abc, 123 dan perkataan bahasa inggeris dari rancangan kartun kegemaran mereka seperti Hi-5 dan Mickey Mouse. Tapi saya nekad untuk cuba 'Cut The Noise' sebanyak mungkin dirumah. Apalah gunanya jika saya pergi berguru dengan Pn. Lina tetapi saya tidak mahu mengamalkan ilmu & tunjuk ajar guru saya.

Langkah pertama yang saya buat adalah mendapatkan sebanyak mungkin CD interaktif yang berkaitan Iqra dan kartun-kartun yang membawa mesej agama. Beruntunglah Pn. Lina sendiri telah banyak berkongsi dan menjualkan pelbagai CD interaktif yang boleh kita beli di laman web islamic parenting disini.

Kemudian, saya cari fungsi 'Parental Lock' pada astro beyond saya untuk saya sekat sedikit demi sedikit (filter) channel tv yang saya benarkan anak saya tengok. Anda boleh lihat step nya disini. Saya mulakan dengan menyekat Disney Channel. Stepnya sangat mudah. Cubalah!

Anak anda pasti meraung dan menangis berguling-guling untuk dibukakan channel kartun kegemaran mereka. Ia juga turut berlaku pada anak-anak saya. Seboleh-bolehnya, mulakan lah 'cut the noise' ni sedari anak kecil lagi dan belum pandai menonton kartun. Tapi jangan risau, tiada istilah lambat untuk ibu-bapa yang ingin berubah. Anda perlu teguhkan hati, kuatkan semangat dan niatkan perbuatan anda demi Allah dan doalah semoga semuanya dipermudahkan. 

Jangan takut untuk berkata "NO" dengan anak.

Hari ini, setelah hampir 3 bulan selepas seminar yang telah saya hadiri. Alhamdulillah, saya telah berjaya menyekat rancangan televisyen sehari-hari yang ada. Saya telah convert astro saya kepada astro NJOI, dimana saya hanya perlu membayar RM99 dan tiada bayaran bulanan selepas itu. Saya bebas bayaran bulanan astro sekarang! Walau bagaimanapun, televisyen saya masih tidak dapat memaparkan channel yang terdapat dalam pakej NJOI sebab saya belum menukar kabel HD kepada kabel yang lama. Jadi anak-anak saya hanya mendapat hiburan dari CD interaktif sahaja setiap hari sehingga hari ini.

Kenapa perlu 'Cut The Noise'?

Antara kesan buruk televisyen kepada anak-anak (selain yang dipaparkan pada video di atas) ialah kelalaian kanak-kanak menonton tv dan terpengaruh dengan rancangan yang dihidangkan di mata mereka. Mereka juga tidak biasa mendengar ayat Al-Quran dan menyebabkan ayat Al-Quran adalah asing dan membosankan. Disamping itu, ia juga boleh menyebabkan masalah pertuturan kepada anak-anak, masalah penglihatan (lazy eyes) dan masalah kegemukan.

Itu adalah salah satu usaha saya untuk mendekatkan anak-anak saya dengan Al-Quran, saya akan berkongsi lagi tips-tips lain yang saya dapat dari Mentor Pendidikan Awal Al-Quran kepada anak-anak iaitu Puan Lina Karim, dengan anda semua di post yang lain nanti. Insyallah. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan.


Monday, April 7, 2014

[APRIL 2014] Ostematrix Suplemen Kalsium Shaklee



Siapa yang perlukan Ostematrix?


  • Wanita mengandung
  • Wanita yang menyusukan
  • Wanita yang mengalami senggugut yang teruk
  • Lelaki/wanita yang selalu sakit-sakit badan, pinggang dan sering 'cramp'
  • Lelaki/wanita yang berumur yang memerlukan tambahan kalsium dalam diet
  • Lelaki/wanita yang patah/retak tulang
  • Lelaki/wanita yang mengalami masalah pembuangan yang susah (buasir)


Lebih daripada Sekadar Kalsium


OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.




Oklah..kalau anda ingin mendapatkan Suplemen Kalsium atau OSTEMATRIX..mehla pm kita..
Harga murah je, RM61 sebotol (Retail)..ada 120 biji..tahan 1 bln (kalau ambil 4 biji sehari) atau 2 bln (kalau ambil 2 biji sehari)..saya sekarang consume 2 biji je sehari..sebab dah stop menyusukan anak :)

__________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121



*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Sunday, April 6, 2014

[SHAKLEE] Syariah Compliance Atau Tidak?

Apa itu Multi Level Marketing (MLM) yang Menurut Shariah?

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat. Dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih, mereka boleh mendapat komisyen lebih daripada upline nya.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


sumber:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

_______________________________________________________________

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana join Shaklee dibawah Group Jutawan. Kami diajar mendekatkan diri dgn Pencipta, Mengharap dan bermohon dgnNya shaja. Tiada lain. Saya juga tidak diajar menayang bonus duit, kereta atau mencari downline untuk keuntungan semata. Upline saya hanya menyuruh saya BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE. 1st time join pada bulan pertama kedua tiada sales pun tidak mengapa. Kerana amalan rohani yang digalakkan sudah pasti diberi ganjaran oleh Allah.

Mentor Kejayaan & Kekayaan saya :)


INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.

..ternyata dari pembacaan saya, Shaklee antara Syarikat MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

Wednesday, April 2, 2014

[Info Produk] Kalsium Dapat Melancarkan Proses Kelahiran

Masih teringat lagi waktu proses melahirkan anak saya yang kedua iaitu Aqeela, saya tidak dapat meneran dengan baik dan terpaksa dibantu dengan alat bantuan kelahiran iaitu vacum. Aqeela juga tidak bernasib baik kerana bahunya tersangkut ketika proses kelahiran...atau dalam bahasa kedoktoran ialah 'shoulder distocia'.

Antara sebabnya mungkin kerana Aqeela adalah baby yang besar sebab nya beratnya ketika dilahirkan ialah 3.5kg. Antara faktor lain juga mungkin akibat dari pengambilan makanan saya yang kurang zat kalsium. Saya memang tidak suka minum susu semasa mengandung dan tidak mengambil mana-mana suplemen kalsium ketika itu. Pada waktu itu, doktor di klinik tempat saya membuat pemeriksaan kesihatan hanya menekankan tentang kepentingan kalsium terhadap pembinaan tulang bayi sahaja. Saya tidak tahu yang kalsium boleh mengurangkan komplikasi semasa meneran.

Semasa proses berpantang, saya juga mengalami masalah untuk membuang air besar. Saya sampai menjadi trauma kerana terpaksa mengambil 'ubat' setiap kali mahu membuang. Setelah saya berkenalan dengan OSTEMATRIX atau SUPLEMEN KALSIUM dari Shaklee, barulah saya tahu kepentingan sebenar kalsium dalam diet wanita mengandung & menyusukan anak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kepentingan kalsium dalam diet ibu hamil, saya telah memetik satu artikel dari surat khabar KOSMO seperti yang telah saya salin dari laman web asalnya seperti dibawah.



APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.



Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.



Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.


Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2xiTjRtxG 
Hakcipta terpelihara 


Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my





Oklah..kalau anda ingin mendapatkan Suplemen Kalsium atau OSTEMATRIX..mehla pm kita..
Harga murah je, RM61 sebotol (Retail)..ada 120 biji..tahan 1 bln (kalau ambil 4 biji sehari) atau 2 bln (kalau ambil 2 biji sehari)..saya skarang consume 2 biji je sehari..sebab dah stop menyusu. :)

___________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121


*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...