"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, October 9, 2015

Grey Socks Vs Pink Robe: Baby No.3 Birth Story


Jam dah berinjak ke pukul 3pagi, tapi mata masih tak boleh nak lelap..mungkin sebab saya dah tertidur lama petang tadi. Dapat tidur berkualiti tanpa gangguan aniq & aqeela sangat-sangat dihargai. Petang tadi kebetulan cuaca mendung dan hujan, seronok la 2 beranak tu tidur dengan adik saya. Saya pun ambil kesempatan melelapkan mata sama lah. Lagipun, susu dah agak penuh. Terpaksa berjaga untuk dikosongkan..alang-alang dah tak boleh nak tidur ni, kita buka laptop untuk memenuhi janji, mencatat segala inci peristiwa kelahiran anak ke3 kami sebelum wayar2 di otak si ibu ni tak berhubung dan lupa..huhu

Pada hari jumaat malam sabtu 2 minggu yang lalu, iaitu pada 25hb Sept '15. Saya ajak encik husband pegi ke Pandan City untuk cari dvd yang dikirim kawan-kawan sekerjanya. Memang malam tu saya rasa letih sikit nak berjalan, dan dah mula terasa sakit-sakit pinggang sikit. Tapi masih cuba memujuk baby untuk keluar on EDD which is 5hb (4 hari lepas), sebab banyak lagi kerja opis yang masih tak siap. Balik ke rumah dalam pukul12, anak-anak dan husband bleh layan movie minion sampai pukul 3pagi. Si ibu ni join jugak sekaki, tapi join tidur jela. Mata dah ngantuk sangat..tak larat nak hadap. Tapi still lepak ngan diorg kt hall sampai movie habis baru naik tidur di bilik. Malam jumaat hari sebelumnya tu, sempat berborak dengan mak di telefon. Mak ada kata yang saya kene prepare awal sbb pengalaman bersalin aniq dulu pun awal seminggu. Haihhh, hati dah sedikit cuak, sebab selalunya kata-kata mak ni selalu makbul. 

Pagi esoknya, dalam pukul 6.30 pagi, saya terjaga untuk bangun solat subuh. Buang air dan nampak ada tompokan darah dan sedikit lendir pada panties. Terus kejut husband dan bersiap untuk solat subuh. Usai solat berjemaah, minta maaf dengan husband siap-siap..kebetulan pada harini kami ada planned macam-macam agenda. Terpaksa arrange balik sebab saya dah nak bersalin. Agenda pertama, iaitu white studio photoshoot..saya kengkunun nak amek gamba untuk hari raya (kan cuti hari raya korban waktu ni) dan maternity sekali la since saya takde gamba dengan perut baby no.3 ni yang proper kan. (Macam la preggy sebelum ni ada photoshoot bagai)..hahaha..ngidam la kunun sebab dah no.3 kan. Terpaksa mesej owner studio kat skudai tu untuk cancel photoshoot. Seb baik dia pun ok je, katenya nanti rezeki bergamba dengan baby pulak. InsyaAllah.

Agenda kedua pula, kami ada deal dengan cleaner biasa yang selalu bersihkan rumah kitorang untuk datang spring cleaning rumah sebab saya dah nak start bercuti dan kami akan pindah sementara ke Lumut sepanjang cuti bersalin dan cuti menjaga anak nanti. Encik husband minta mereka datang awal, dalam pukul 9 mereka dah sampai dan mulakan aktiviti pembersihan. Saya pun dah call mak saya siap-siap soh datang ke jb harini juga, untuk mnta tolong jagakan 2 beradik ni dan jaga saya berpantang di rumah sendiri. Kali ni kali pertama mak saya nak jaga saya berpantang sebab dia dah pencen. Sebelum ni memang saya berpantang di rumah mertua di perling.

Encik husband sambung tidur kejap lepas subuh tadi, bangun dan keluar pergi beli breakfast. Dia siapkan aniq & aqeela mandi sambil saya melayan contraction. Saya dengan tenang mandi air panas untuk kurangkan sakit contraction dan mula bersiap dalam pukul 10. Lepas tu makan breakfast yang suami beli. Nasi beriani mamak siap ayam madu tu dia belikan. Dia kata makan berat terus karang nak push bersalin banyak tenaga. huhuhu..Saya juga buat ESP sejuk untuk topup tenaga. Sementara menunggu akak cleaner tu mengemas, saya dok tersengeh-sengeh (saya ada subscribe email dari group bersalin alami, sender tu kata..bila sakit contraction kita kene senyum...sebab ia akan buka jalan di perinium dengan mudah dan meningkatkan hormon ocytocin katanya) melayan contraction yang lebih kurang 5 minit sekali. Encik husband dah mula cuak, katanye ok ke..tak payah gerak ke hospital lagi ke.

Saya rasa macam sakit tu bearable lagi, so macam mungkin petang kot baru bersalin. Dengan kompiden je cakap ngan husband ok je...tunggu sampai kak sal abes kemas. Kak sal abes mengemas dalam pukul 12.30. Waktu tu sakit contraction dia memang dah sangat kerap dan makin sakit, saya yang agak tak tahan terus cari Ostematrix, sebab saya pernah makan oste waktu senggugut memang ia dapat kurangkan sakit. Tapi tak berani nak telan banyak, saya makan 2 biji je. Masa kami nk gerak ke HSI tu, saya dah suruh husband call adik dia untuk ambil aniq & aqeela di HSI terus. Saya dah start risau, takut we can't make it untuk hantar diorang ke rumah mereka di perling dan berpatah balik ke HSI untuk hantar saya pula. Saya pula refuse bila husband kata nak hantar saya dulu dan terus hantar anak2. Saya taknak sebab saya nak dia masuk tengok saya di labor room. Ini juga adalah kali pertama kami rancang untuk dia masuk teman saya deliver sebab waktu aniq dulu ayah tak boleh masuk teman ibu bersalin (polisi HSA) dan time aqeela pula dia tak dapat teman juga sebab tak sempat (time tu dia kerja offshore).

Sampai di HSI dalam pukul 1, saya beri buku mengandung untuk pendaftaran di bilik saringan. Walaupun saya agak skeptikal dengan HSI, kali ni saya memang dah berdoa dari masa mengandung lagi 'birthplan' macam mana yang saya nak. Saya specific minta pada Allah, walaupun saya tidak dapat memilih jantina doktor yang akan membantu saya ketika bersalin (kerana saya bukan bersalin di hospital swasta dan takkan saya nak demand macam-macam bila bersalin di hospital kerajaan) saya minta semoga dipermudahkan bersalin dan doktor perempuan sahaja yang akan merawat saya. Alhamdulillah, syukur sangat doa saya dimakbulkan.

Di bilik saringan, seorang doktor wanita india yang memeriksa bukaan pintu rahim. Dah 6cm katanya. Dia suruh saya tukar kain pink dan terus ada nurse tolak saya dengan wheelchair ke bilik bersalin. Bilik no.11 kalau tak silap saya. Saya sempat melambai encik husband supaya masuk sekali dengan saya. Tapi kelihatan aniq & aqeela masih bersamanya. Mungkin dia akan sedikit lewat menunggu adiknya sampai. Masuk ke labor room, terus nurse tadi pasangkan ctg (mesin yang monitor degupan jantung bayi) pada perut saya. Kemudian dia keluar. Saya melayan contraction yang semakin sakit selepas doktor india tadi memeriksa dilation. Waktu ni saya gunakan teknik J breathing (rujuk link video) untuk mengurangkan rasa sakit.Ilmu ni pun saya dapat dari perkongsian ibu-ibu di group hypnobirthing (bersalin alami). 2 kali contraction, air ketuban pecah sendiri..debushhh rasa dia kat bawah tu..hahaha..alhamdulillah, tersenyum dalam sakit saya waktu tu sebab air ketuban pecah sendiri.

Dalam 5 minit lepas tu, baru masuk sister @ midwife (baju biru) kalut menyediakan perkakas dia atas meja tepi katil bersalin tu (ada sebungkus kertas biru je saya perasan time tu). Masa ni saya masih melayan sakit dan tak berani mengangkang..kengkunun nak hold dulu sebab encik husband tak sampai-sampai lagi..hahaha..ada sorang nurse berbaju putih datang..tanya saya dah rasa nak meneran, jom saya tolong. Terus dia suruh saya kangkang dan suruh saya pegang tumit kaki. Hurmm, kalau dah rasa nak terberak, takkan nak tahan lagi kan. Memang saya push jela sekuat tenaga. Nurse tu suruh saya stop untuk ambil nafas..walaupun saya rasa masih boleh lagi teran..saya ikut jela cakap dia. Time ni ada terangkat buntut sket sebab reflek sakit tu dan katil bersalin ni flat...dia tak incline sikit pun. 2 kali teran, selamat adik aniq & aqeela atas dada saya. Laju je nurse nama Mimperhah Bt Samli tu buat keje. Baru berangan nak minta DCC, sekali tengok dah selamat potong dah tali pusatnya..hehe..nurse tu sedut segala kahak baby waktu baby atas perut saya. Skin to skin kata geng bersalin alami tu. Eh, tapi time tu saya tengah pakai robe pink kot..xdelah skin to skin sangat..hehe..

Nurse tu bawa keluar baby untuk dibersihkan dan diambil ukuran semua, dia masuk balik untuk jahit skinnick. Katanya ada koyak sikit sebab saya ada angkat buntut tadi. Kalau tak, tak koyak. Takpelah nurse,  saya redha je. Next time saya akan buat lebih baik (ewahhh, dah plan untuk next time :p) hahaha..baby MAM keluar pada 2.00pm, 26hb September 2015 bersamaan 12 Zulhijjah 1436 (hari qurban ke 3). Berat 2.94kg. Panjang 49cm. Sambil dia jahit part bawah tu, dia borak-borak gak la ngan saya..tanya kenapa lewat datang, saje eh..saya jawab saje..dia tanya lagi, tak takut terbersalin kat rumah ke. Ekk, time ni baru terpikir, seram juga if terbersalin kat rumah kan. Tula, tak terpikir pula pagi tu..huhu...Nurse pun ada bagitahu husband dah azan kan baby di luar. Husband saya sampai ke laa dia tak masuk ke labor room. Takde rezeki dia lagi kali ni. Takpelah. Nurse bawak masuk baby untuk menyusu, baby MAM sangat pandai. Terus je dia latch mulut dia kat nipple dah terus menghisap. Nurse pun puji cakap dia pandai. Alhamdulillah. Sementara tu, nurse tu siapkan report menggunakan pc sebelah katil bersalin tu. HSI memang hospital baru yang mengamalkan paperless. Saya sempat tanya nurse, tak payah masuk branula atau air ke? Nurse tu explain, tak payah la. Dia tengok saya ok je, so tak perlu. 'Masuk air' tu untuk kecutkan rahim. Alhamdulillah.

Adik hantar gambar di group wasap Aniq & Aqeela syok main dengan Rafiq
waktu kami tumpangkan mereka disana

Dalam pukul 3.30 keluar dari labor room dan dipindahkan ke ward kelas 2 (bilik 4 orang) katil no.5. Lepas tu minta encik husband belikan air milo. (dalam labor room tak dapat air milo). Saya tidur sekejap sementara darah banyak keluar. Risau juga macam nak pitam, nurse soh rehat dan makan je dulu. Sebelum encik husband pulang (habis waktu melawat pukul7), dia sempat tolong saya tukar pad di toilet dan bawa saya check jahitan di bilik doktor. Dia juga ada belikan 2 biji pau untuk di makan. Tapi saya dah perabih makan pau tu awal malam. Waktu tengah malam perut berkeroncong menahan lapar. Terlupa pula hospital kerajaan tak menyediakan supper. Nak call husband, minta bawakan makanan macam kesian pula. Nasib baik ada bekalan kurma yang saya bawa untuk boost tenaga. Jadilah bekalan makanan saya malam tu kurma je, dapatlah bertahan laparnya. Oh ya..biasa lah dok hospital dengan baby memang payah nak tidur, Malam paling panjang saya rasa waktu tu. Dengan 2 orang lagi penghuni yang baru masuk. Memang tidur-tidur ayam jela malam tu. Esok paginya lepas doktor membuat lawatan, saya dan rakan sebilik semuanya boleh discharge. Cepat-cepat call husband suruh datang ambil. Dalam pukul12 jugalah kami selesai semua procedure dan selamat berangkat pulang ke rumah.

Bergambar dengan pink robe & grey sock sebelum discharge

Setakat dah ada 3 orang anak ni..Alhamdulillah, ni lah birth story yang paling cepat dan mudah yang saya alami. Semuanya rezeki dari Nya, kita jangan putus asa untuk berdoa yang terbaik. Sentiasa positif ketika mengandung. Jangan fikir yang bukan-bukan.

Lagi satu tips yang saya nak kongsi, sewaktu mengandung..bila penat letih buat kerja rumah tu. Cuba buat dengan seikhlas hati (sebab kalau tak ikhlas, kita dapat penat je..kerja rumah nak tak nak still kene bereskan, btul tak) dan mohon doa dengan Allah, semoga segala kepayahan ini kau balas la balik dengan kesenangan ketika melahirkan. InsyaAllah dipermudahkan. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...