"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Korea Selatan. Show all posts
Showing posts with label Korea Selatan. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Ke Korea Kita (4) : Tips Menggunakan Stroller Di Seoul Korea

Kat sini saya nak share sikit la pada parents yang bercadang nak bawa stroller bagi anak kecil untuk berjalan di sekitar Seoul, Korea. Harap bermanfaat.

1. Kalau ada duit lebih, invest la pada stroller yang ringan, kecil dan handy macam Babyzen Yoyo ke. Senang sikit nak lipat, simpan, angkat jika laluan tu takde lift atau anak tetiber rajin nak berjalan. Agak leceh bila nak jaga anak yang tengah seronok nak berjalan sambil tangan kita kena handle satu stroller gabak. tapi saya & suami tak guna pun stroller mahal tu, kami pakai apa yang ada je. Jenis umbrella fold, brand halford dan combi. Redah jela.

2. Kepada yang rasa anak masing-masing ringan dan biasa wearing diorang, that is the best option berbanding stroller. Kami memilih stroller sebab anak kami memang kami tak larat dah nak dukung, dan mereka suka nak tidur dimana-mana ikut suka. Jadi agak payah kalau mereka mengadu penat, mengantuk dan nak tidur kalau takde stroller.

3. Menggunakan stroller a bit tricky untuk naik subway di Seoul. Kita takleh simply nak lalu memane exit, kena cari yang ada lift. Dan TAK SEMUA SUBWAY ADA EXIT YANG MENGGUNAKAN LIFT, terutamanya subway train lama seperti line 1. Untuk subway lama, diorang gunakan mesin lift tepi tangga macam kat KLCC tu, untuk kegunaan wheelchair sahaja. Bukan lift biasa. SETIAP ESCALATOR ADA PENGAHADANG UNTUK STROLLER. Yang ni memang kena bagitahu awal-awal. Sesetengah subway, kami terpaksa lipat stroller dan bawak anak-anak naik tangga/escalator. Lagi-lagi kami bawa 2 stroller, memang agak gigih angkat sorang satu, tapi nasib baik kami masih fit..hahaha. Itu wajib ok. Orang Korea payah nak jumpa yang gemuk, semua kuat jalan. Dari yang kecik semua sah diajar jalan kaki. Boleh kira dengan jari orang pakai stroller baby, yang ada pun dalam bangunan je. Untuk pengetahuan semua, LIFT EXIT SUBWAY HANYA UNTUK AHJUMMA & DISABLE PEOPLE...dan kami la join diorang. Saya tak jumpa pun parents bawa stroller naik train. Mungkin yang pakai stroller diorang tak guna train kot. Memasing pakai kereta maybe.

4. Amaran, subway train di Seoul pintu dia cepat gila tutup..dalam 30 seconds kot..hahahaha..pengalaman sungguh, 2 kali kami terpisah 2 disebabkan kisah pintu train. Pintu subway dia bukan cam lrt kita, terlanggar dia buka balik. Takde nak layan der, lambat ko naik next train la. Pertama kali, saya tak ingat di subway mana dah..saya, mil dan anak-anak dah masuk train, husband nak tolak stroller masuk kedalam train (agak payah sebab ada gap antara train dengan paltform). Stroller lepas, tapi dia tertinggal. Aniq boleh pulak lambai-lambai ayah dia dari dalam..hahaha..Nasib baik kami dah bincang dimana next stop. Jadi kami hanya perlu tunggu di perhentian yang dirancang. Kali kedua waktu tu hendak turun di satu station, tapi mil & aniq terlambat keluar. Terus suami bagi isyarat supaya turun di next station. Mil memang muka cuak nak nangis dah time tu. Husband naik train dan ambil mil di station selepas itu. Saya tunggu di station asal. Sila bincang dengan ahli rombongan/pasangan untuk turun di station mana, supaya lebih bersedia sekiranya berlaku perkara tak diingini macam kami. Kalau bawa anak-anak, sila pegang betul-betul tangan/dukung mereka kalau larat supaya boleh bergerak cepat & pantas. Lebih baik kalau dia stay je atas stroller, tapi paham-paham la anak kecil. Masuk je train, mula la nak turun stroller. Takkan nak biar je dia nangis dan menjerit kan. Adehhh..


Train kosong, tapi memang tak sempat nak duduk Laju dan cepat.

5. Sila naik train menggunakan pintu untuk disable people. Pintu masuk OKU macam kat lrt Malaysia. Sebab tempat macam tu, platform dia lebih rata dan sesuai untuk kita tolak stroller. Kemudian ada tempat khas ditepi pintu masuk untuk kita parking stroller kita. Kalau pintu masuk biasa (bukan untuk OKU), kita kena bersesak-sesak sikit untuk parking stroller. Agak payah sikit, dan nanti macam orang pandang slack..hehe..yang pasti ahjumma & pakcik-pakcik tua je suka tengok & tegur gelagat anak korang. Yang muda-muda macam orang Malaysia gak, jeling seh kalau anak kau wat bising gelak-gelak, lompat-lompat dalam train. Wat dek jela.

6. Pakai kasut selesa seperti kasut sukan atau sneakers. Ni mungkin sama je tips kepada semua pelancong yang berjalan menggunakan kaedah free & easy. Tak kira kemana pun anda berjalan, jangan berangan nak pakai kasut ladylike high heels bagai. Tapi pump shoes atau croc pun dah okay untuk kaum ibu.

7. Ada beberapa tempat seperti ke Namsan Tower yang anda kena naik bas, sila ambil bas yang agak kosong kalau anak-anak anda taknak turun dari stroller. Bas banyak lalu, selang 10 minit kalau tak silap. Dalam kes kami, time tu la anak-anak saya nak tidur. Tak boleh nak suruh mereka turun dan kita lipat stroller. Dah mengantuk sangat la tu. Kat apartment taknak tidur. Excited naik turun tangga. T_T

Panjat bukit Namsan Tower dengan 2 stroller...ibarat nak putus nyawa..huhu

Hahh, cuba tengok anak-anak saya..sedap mereka tidur time kami nak panjat bukit. Yang ni, kalau ambil pakej pelancongan pun still kena panjat bukit gak. Orang kurang upaya pun naik dibantu orang lain (ahli keluarga mereka). Tiada kenderaan awam/individu yang boleh naik. Kalau ada, dah kompem kami naik. Boleh imagine tak kalau nak kene dukung mereka. Tak sanggup nak oi..nasib baik bawak stroller.

**Untuk update (terima kasih kepada yang berkongsi, saya akui saya sendiri tak berapa banyak research waktu nak ke korea ni. Jadi saya termiss pasal Cable Car untuk menaiki Namsan Tower ni, mungkin cara itu lebih mudah dari cara kami. Rasanya saya sudah bertanya pendapat kawan-kawan saya yang menaiki cable car, beliau mencadangkan saya untuk menaiki bas berbanding cable car kerana selepas menaiki cable car kita mesti panjat beberapa anak tangga juga sebelum sampai ke kawasan menara. Wallahualam. Saya tak berapa pasti kebenarannya sebab saya tidak study pasal cable car. Anda boleh dapat tips menaiki cable car di sini atau di sini.. Atau anda boleh google dari blog-blog yang story pasal ni.

Itu jela setakat ni tips yang saya teringat untuk share, kalau ada yang saya terlupa dan ingat kembali. Saya akan update. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh la tinggalkan komen. Saya akan cuba membantu jika saya tahu. Kalau ada sesiapa ada tips lain, boleh la kongsikan yer.

Sudilah tinggalkan komen atau jejak anda sekiranya anda rasa entri ini bermanfaat walaupun hanya dengan ucapan terima kasih. Terima kasih juga kepada anda kerana sudi membaca blog saya. :)

Monday, October 13, 2014

Ke Korea Kita (3): Penginapan Apartment Ala Homestay Di Korea

Saya nak minta maaf banyak-banyak kat pengunjung blog saya yang teruja nak baca kisah saya ke korea, tapi tak berapa informatif sebab banyak hutang cerita yang tertangguh..hehe

Ok lah, post kali ni saya nak cerita dengan lebih lanjut pasal apartment tempat kami menginap di Korea. Apartment ni saya survey dan sewa melalui website Airbnb, pembayaran dan deposit bergantung kepada pemilik apartment dan bayaran yang dikenakan juga adalah mengikut tetapan yang tertera pada website tersebut. Untuk apartment yang kami pilih ini, harga anda boleh lihat pada resit yang saya sertakan di bawah. Nilai dalam Euro untuk 4 hari 3 malam, convert la sendiri untuk nilai matawang terkini.

Kelengkapan rumah seperti toiletries, sabun basuh, towel dan wifi bergantung kepada owner rumah itu sendiri. Macam kita sewa homestay kat Malaysia la juga kan. Apa owner tu nak bagi, ikut suka dia la kan. Oh ya, rumah kami ni takde rice cooker, jadi kami masak je manual guna periuk biasa. Jangan lupa bawak sabun tahirah untuk samak menyamak peralatan dapur sebelum digunakan. ;)

Incik asben saya kata, alang-alang dah ke korea, nak gak rasa camne dok ala korean, ewahh. Tapi taknak version rumah lama pintu kayu tidur atas lantai tu. Feeling modern sket la. Terpengaruh movie korean kat One HD la ni..hihi. Tu incik asben saya la kate, takpe..dia bayar kan. Sebenarnya banyak lagi pilihan apartment lain. Anda boleh memilih mengikut bajet yang bersesuaian. Selamat mencuci mata kat website tu yer. Seronok sungguh pilih-pilih tempat penginapan sambil click-click masuk wishlist. Berangan kan free :p



Apartment kami betul-betul 5 minit berjalan kaki ke istana Gyeongbukgung. Betul-betul terletak di bersebelah dengan bangunan polis kerajaan, dan satu blok di belakang Gwanghamun Square. 1 minit berjalan kaki ke Subway station Gwanghamun (Line 5). Sangat dekat tetapi tenang. Tiada terdengar langsung kebisingan bandar. Sangat selamat dan selesa. Cuma bagi mereka yang ingin mencari tempat makanan halal, tempat ini mungkin tiada kemudahan sebegitu. Anda kene memilih tempat di kejiranan Itaewon kerana di sana ada masjid dan tempat makanan halal. Kami memang merancang untuk masak sendiri sepanjang berada di sana. Cuma ada sekali makan di Muree Muslim Food di Itaewon, anda boleh rujuk entri bagaimana untuk pergi ke restoren ini disini. Saya tak sempat nak ambil gambar sebab paham2 la, berjalan sambil menolak 2 stroller bukan keje mudah. Lebih-lebih lagi dikawasan berbukit di Itaewon. Jangankan nak pegang kamera, pegang handphone pun tak sempat..huhu

Ok, ni gambar ni diambil masa memula masuk ke dalam apartment..excited sungguh anak-anak dapat bilik bertangga, nasib baik anak-anak saya memang pakar naik turun tangga rumah..ibu ayah nye pun teruja sama. Cuma cover2 je, maklumla..ada mak mertua..hihi

Dok turun naik tangga, tapi kena beware sikit sebab tangga agak curam
  
Ni kawasan tempat tidur kami anak beranak

Ni pandangan dari atas tangga, bawah tu katil tempat tidur mil..
bilik sepah sikit..biasalah ada kanak-kanak aktif.

Kami tak ambil pula gambar dapur, toilet dan wardrobe. Tapi anda boleh refer gambar penuh bilik di website. Kami sampai di apartment dalam pukul5-6 petang. Kat sana dah nak macam maghrib. So kami cepat-cepat menyelesaikan solat zohor & asar. Waktu di korea awal 1 jam dari Malaysia, jadi takdela 'jet lag' sangat. Malam tu kami makan lauk yang kami tapau waktu dalam flight AA sebelum tu. Sebab kami order 2 set makanan. Jadi satu set tu memang untuk makan malam kami.

Malam tu lepas dah siap-siap mandi, incik asben ajak kami keluar jalan. Nak tengok-tengok persekitaran bandar dan survey-survey jalan untuk ke subway. Kami tak naik subway pun malam tu. Sempat juga la kami berjalan di Gwanghamun Square sehingga ke Cheonggyechon Stream.


Ada gerai jual juice, Incik asben & mil ambil orange juice, saya pilih pisang 

Satu cawan tu KRW3000 = RM9..nak rasa nye pasal..huhu

Cheonggyechon Stream

Pancuran air & menara siput
Sebenarnya, incik asben ajak saya cari tempat makan macam kak kiah cerita kat blog beliau disini. Tapi sebab dah malam, then kami baru je pestime sampai..tak jumpa plak exit subway yang dia explain tu..adehh, takde rezeki..next time insyallah..ehh.. :p

Kami tak turun kebawah kawasan di sepanjang sungai disebabkan ada jalan-jalan yang agak berbatu dan tak sesuai untuk stroller lalu. Lagipun takde apa sangat, tempat bercengkerama pasangan muda mudi korean je. 

Dan tiba-tiba kami dah di shoplot Myeongdong..ekk, kami main jalan je..time nak balik baru perasan jauhnye kami jalan..huhu..tapi semua shoplot dah tutup, waktu tu dah dekat pukul10pm..sempat juga kami masuk satu kedai eksesori dan beli barang souvenir sikit. Nasib baik saya bukan gila makeup korea, so saya tak kesah sangat pun untuk bershopping kat tempat ni.

Masing-masing tertido, syok naik stroller

Saya beli wallet untuk diri sendiri dan mak..murah je..yang lelong2 je..
hati-hati dengan kulit pig tau..hehe

Kedai yang dah tutup

Pashmina pun ada jual..hehe


Selepas tu kami pun balik ke apartment, jalan kaki ok..haha..tempat sejuk tak rasa penat sangat. Sampai di apartment lebih kurang 12.30pm..banyak gak terserempak dengan warga korea yang mabuk-mabuk..tapi mereka tidak mengganggu kami..banyak juga polis di kawasan apartment kami disebabkan ada embassy dan kawasan polis.

Saya rasa, mesti orang korea tu kompius kenapa ada yang bawak anak-anak kecil lagi memalam ni. Kami buat macam kat Malaysia pula kan, selamba je berjalan malam-malam..hihi..Ok la, cukup la sampai sini. Nanti kita sambung lagi post yang berlabel 4ATrip2Korea yer.


Friday, June 20, 2014

Ke Korea Kita (2): Tempat Penginapan Di Korea

Disebabkan kami memilih untuk free and easy ke korea, jadi saya pun mula men'survey' di internet pilihan rumah penginapan yang dalam budget serta keperluan kami. Kebanyakkan backpackers ke korea lebih memilih rumah tumpangan yang mempunyai banyak bilik dan berkongsi dapur. Selain itu ada juga yang memilih hotel yang mempunyai ruang dapur. Tetapi saya lebih berminat untuk mencari penginapan jenis apartment kerana saya memikirkan beberapa kesukaran jika menginap di rumah tumpangan yang perlu berkongsi dengan orang lain. Saya perlukan dapur & ruang tamu sendiri untuk anak-anak saya bergerak.

Jadi saya memilih untuk mendapatkan apartment persendirian mengunakan perkhidamatan airbnb. Kami memilih apartment duplex yang mempunyai dapur, mesin basuh & dryer, serta perkhidmatan egg wifi percuma. Internet sangat penting ketika berada di Korea disebabkan kami perlu menggunakan perkhidmatan google maps & whatsapp sebagai medium perhubungan sekiranya berlaku apa-apa disana. Kami memilih apartment milik Uni dari Seoul yang terletak berdekatan dengan Istana Gyeongbuk-gung. Hanya 5 minit berjalan kaki. Apartment nya sangat selesa dan boleh memuatkan kami 5 beranak, sebab mil saya turut ikut bercuti ke sana. Dapatlah kami merasa duduk apartment gaya Korea..pengalaman yang amat berharga. Kalau ada yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan website airbnb, saya amat mencadangkannya kerana ia boleh dipercayai & sangat mudah. Mungkin kami akan gunakan lagi nanti sekiranya ingin bercuti ke luar dan dalam negara dimasa akan datang.


Apartment yang kami pilih adalah jenis duplex, ia memang sebiji seperti yang tertera di website. Ada sebuah katil queen di bahagian bawah, dan satu tilam queen bercantum dengan satu tilam single di bahagian atas. Sangat selesa untuk kami sekeluarga menginap, lebih-lebih lagi Aniq & Aqeela yang sangat teruja main naik turun tangga dan tempat tidur yang cozy di tingkat atas. 

Kami tidak berjumpa dengan tuan rumah sepanjang kami di sana, hanya berhubung melalui email sahaja, seminggu sebelum kami berangkat ke korea, kami telah mengesahkan kehadiran dengan tuan rumah, Uni. Dan beliau menghantar email berkenaan SOP penggunaan alatan di rumahnya seperti pass code untuk access pintu masuk rumah, cara menggunakan dapur, dryer serta cara membuang sampah di tempat yang disediakan. Di Korea, mereka mengamalkan pengasingan sampah barang untuk recycle dengan sampah basah. Jadi kami kena asingkan siap-siap sebelum buang.

Segala kelengkapan penginapan seperti towel, sabun mandi beserta shampoo dan sabun basuh baju turut disediakan oleh tuan rumah. Ohh ya, sebelum terlupa. Di Korea, mereka memakai towel kecil sahaja untuk mengelap badan selepas mandi. Disebabkan saya terlupa tentang perkara tersebut, memang agak kelakar bila encik husband sibuk cari towel besar selepas selesai mandi pada hari pertama kami tiba. Rupanya tidak disediakan. Hehehe..i'm sorry dear. ;)


Tuesday, May 27, 2014

Ke Korea Kita (1)

Alhamdulillah...

Baru berpeluang berkongsi dengan pembaca sedikit sebanyak pengalaman kami sekeluarga ke Korea Selatan..Pengalaman kami mungkin agak berbeza dengan blogger yang lain kerana saya bercuti bersama suami, mak mertua dan 2 kanak-kanak kecil 3 & 2 tahun yang menggunakan 2 stroller untuk berjalan di sekitar Seoul tanpa menggunakan 'travel agent'. Hanya free and easy. Kami telah berjaya melakukannya, anda juga pasti boleh!

Dijadikan cerita masa bulan Mac lalu, tiba-tiba incik hasben kita soh tempa tiket flight ke korea untuk 9 hingga 13 Mei yang lalu. Masa tu saya tanya gak, apsal korea? Incik asben cakap saja nak bawak jalan tempat yang dekat dalam tempoh yang pendek. Sebab incik asben susah nak dapat cuti. Kebetulan 13hb tu cuti wesak, so incik asben hanya perlu ambil cuti 3 hari je iaitu 9hb (jumaat), 10hb (sabtu) dan 12hb(isnin).

Disebabkan percutian kami yang tidak dapat dirancang lebih awal, jadi dapatlah kami tiket airasia yang tak berapa nak jimat, dalam lingkungan 1k untuk seorang. Kanak-kanak pun dikira sama sebab mereka bukan infant, dah lebih 2 tahun kan. Masing-masing dapat seat, jadi harga tiket sama je. Untuk baggage, incik suami ambil 25kg, saya dan mil masing-masing 20kg. Hihi..berat tak beg kami? macam nak bercuti seminggu.. huhu..tapi memang penuh pun baggage, sebab kami bawa makanan sediri dari sini. Masak lauk Brahim je..hehe..separuh bag incik asben yang 25kg tu memang makanan je penuh. Kami dah jimat duit makan disitu, jadi boleh la perabih untuk soping kn..haha ;)

Separuh pampers, separuh brahims & beras..

Sebelum pergi, saya dah buat homework pasal Korea dan tempat-tempat yang saya boleh pergi disekitar Seoul dalam tempoh 4 hari. Alhamdulillah banyak juga perkongsian yang saya di dapat di blog cikgu fir disini. Saya turut whatsapp personal dengan dia untuk bertanya pelbagai soalan. Saya juga turut meminta pandangan kawan sekolah yang pernah belajar disana. Pada mulanya, saya bercadang untuk mengambil pemandu pelancong yang terdiri dari pelajar Malaysia di Korea, tetapi untuk pakej siap penginapan dan pengangkutan agak mahal harganya. Jejak RM1900..dan untuk perkhidmatan pemandu pelancong sahaja, RM500 untuk sehari. (Ini berdasarkan tawaran yang saya dapat, mungkin anda boleh dapat yang lebih murah). Setelah bertanya pelbagai pendapat, kawan saya meyakinkan saya boleh berjalan sendiri sahaja tanpa pemandu pelancong. Saya turut berasa yakin sebab dah banyak blog yang saya baca hanya berjalan sendiri ketika berada disana (perempuan pun ada tau) macam akak ni. Boleh survive la orang kata walau tak reti cakap korea...huhu


Aqeela tidur, Aniq berjaga...kami tengah singgah surau untuk solat subuh
Kebetulan pula penerbangan kami pada 9hb Mei yang lalu adalah di KLIA2, hari pertama KLIA2 dibuka. Penerbangan kami adalah pada pukul 8 pagi, jadi seawal pukul 5 pagi kami dah terpacak kat KLIA2 tu. Nasib baik kami minta pertolongan pakngah saya yang berada di kajang untuk hantar kami ke sana. Kereta pun kami tumpang di rumahnya. KLIA2 agak besar, kami berjalan hampir 45 minit untuk sampai ke flight kami yang berada di pintu P10. Kami menunaikan solat di surau di balai menunggu. Aqeela dah selamat tidur sebelum kami naik ke kapal terbang. Aniq je masih segar walaupun malam sebelumnya mereka memang tidak tidur sebab teruja nak berjalan dan berjumpa ayah mereka.

Masa di tempat pemeriksaan barang

Rasa bersyukur sangat dapat naik di KLIA 2 sebab kami menggunakan 2 stroller, agak leceh juga nak naik flight guna tangga macam di LCCT. Di KLIA 2 ada aero-bridge, so kami dapat tolak aniq dan aqeela yang tengah tidur sampai ke pintu pesawat. Siap dapat laluan express lagi sebab kami membawa stroller. Untuk pengetahuan, stroller tidak dikenakan charge dan tidak termasuk dalam berat baggage yang kita beli ketika beli tiket Air Asia.

Aniq excited sungguh dapat tengok 'endeplain' (aeroplane)

Sebelum kapal terbang berlepas & aniq pun sama pengsan..huhu

Ngantuk sangat aqeela..lepas 3 jam dalam flight baru bangun

Pengalaman pertama saya & incik asben & anak-anak naik kapal terbang

Sampai di Incheon Airport

Penerbangan kami ditunda ke pukul9 pagi..kami sampai disana dalam pukul 3 petang (jam tangan saya). Jadi waktu tempatan adalah pukul 4 petang kerana Korea cepat 1 jam dari Malaysia. Sampai disana, incik asben terus beli T-Money untuk bayaran tambang pengangkutan awam di Korea. Kemudian kami memilih untuk menaiki teksi ke tempat penginapan di Seoul kerana beg kami yang agak besar beserta 2 stroller agak menyukarkan kami untuk menaiki train atau bas ke Seoul. Tambang teksi dari Incheon Airport ke Seoul adalah KRW 90000. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit hingga 1 jam. Saya akan sambung kisah penginapan & perjalanan kami ke Korea dalam post seterusnya dengan label 4ATrip2Korea ...stay tuned guys ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...