"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, December 22, 2014

22 Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Alhamdulillah, dapat ilmu yang dikongsi dalam group ukhwah bisnes saya. Ingin saya kongsikan disini untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian ilmu untuk saham akhirat kita semua.


1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin



Wednesday, December 10, 2014

[Hidup Untuk Memberi] Reward November

Seronok bila mempunyai support group yang sangat positif. Setiap hari ada sahaja peringatan-peringatan & penambah baikan bukan sahaja dari segi bisnes, tapi yang lebih utama dalam meningkatkan produktiviti saham akhirat. Ini adalah salah satu #ShakleeEffect yang saya terima.

Saya mula memilih kawan dan orang di keliling saya sejak saya mengenali Shaklee. Saya baru sedar akan kepentingan memilih kawan, memilih bahan bacaan, waima memilih apa yang saya lihat dan dengar juga wajib. Bukan sebarangan terima. Tapis setiap perkara. Saya mula unfollow semua kawan-kawan yang bercas negatif. Mereka tetap 'friend' facebook, tapi cuma saya tidak dapat baca status mereka. Saya betul-betul cuba menjaga kolam jiwa saya.




Kawan-kawan yang baik mengingatkan saya untuk berzikir, solat di awal waktu, buat amalan sunnat seperti solat sunat taubat, tahajud & dhuha, sedekah dan sebagainya. Saya tidak katakan saya sudah mengamalkan setiap yang baik dalam amalan harian saya, tetapi sekurang-kurangnya 'cycle' saya sering mengingatkan saya kearah kebaikan. Saya rasa bersyukur ditemukan dengan kawan-kawan 'akhirat' ini.




Mereka bukanlah seorang yang benar-benar saya kenal. Even nama sebenar mereka pun saya tak tahu. Tapi itulah indahnya ukhwah berlandaskan islam. Semua kita bersaudara. Ingat mengingat tanpa prejudis. Kami tidak tahu kisah & peribadi masing-masing. Masih sedang kenal mengenali dalam ikatan bisnes ini. Bisnes itu juga sunnah bukan? Lebih mudah begitu untuk menerima & memberi teguran. Tiada istilah menghakimi dalam perhubungan ini. Siapa beri lebih, dia akan dapat lebih. Kan itu janji Allah.




Ohh ya, sejak mengenali mereka. Saya mula belajar untuk banyakkan memberi. Apa yang kita beri itulah milik kita yang sebenar-benarnya. Yang kita simpan, belum tentu jadi milik kita akhirnya. Siapa boleh jamin umur kita tidak tamat esok hari? Betul tak? Memberi juga bukan terhad dari segi material & wang sahaja. Ilmu & senyum itu sedekah. Banyak benda yang boleh diberi. Berkongsi status yang baik di facebook juga adalah satu kaedah untuk memberi. Memberi semata-mata kerana Allah adalah sangat manis. Kita tidak akan kecewa bila kita tidak dapat pulangannya dari manusia. Sebab redha & rahmat Allah itu yang lebih besar nilainya.

Dengan manusia kita memberi, dengan Allah kita meminta. Jangan lupa!

Berbalik pada tajuk utama, sebenarnya nak cerita pasal reward yang saya dapat hasil usaha 'tak-berapa-gigih' saya pada bulan lepas. Alhamdulillah, rezeki Allah itu adalah untuk orang yang berusaha. Nanny Shaklee saya bagi beberapa keping voucher Aeon dan Al-Mathurat. Mungkin saya belum istiqamah dalam mengamalkan Al-Mathurat. Peringatan kecil dari Allah barangkali. 



Ok, jom gigih berusaha dan tak putus-putus untuk meminta. Fighting untuk December!! Nak join group saya tak? Jomla.. :)





Tuesday, September 9, 2014

Petua Menahan Marah Terhadap Anak Kecil Dari Prof Muhaya

Mengawal marah terhadap anak-anak...

Saya sendiri secara personal agak sukar mengawal kemarahan bila bersama anak-anak, terutama ketika meraka bergaduh sesama sendiri. Husban saya jarang berada disisi, selalu dia akan tegur saya bila saya mula naik suara dengan anak-anak. Katanya, macam mana kalau dah tua nanti anak-anak buat perkara yang sama pada saya. Insaf kejap ok...sedih pun yer...tapi encik asben memang sangat bersabar dengan kerenah anak-anak..mungkin juga sebab dia jarang berjumpa dengan mereka. Anak-anak pun pandai 'behave' bila bersama ayah mereka. Saya perhatikan antara rahsia nya ialah melayan sama rata aniq & aqeela. Jadi mereka tidak cemburu dan bergaduh sesama sendiri.

Tetapi suami saya tidak selalu ada dengan kami untuk mengingatkan saya dan meredakan kemarahan saya, saya perlukan 'sesuatu' untuk menahan marah saya. Saya sedang belajar memperbaiki diri saya. Kadang kala saya berjaya menahan marah, tapi kadangkala terlepas juga. Walaupun tidak secara fizikal, tetapi saya kerap rasa bersalah selepas 'terlepas' marah kepada aniq atau aqeela secara verbal.

Disini saya petik satu tips dari Prof Muhaya,

Soalan:

 Saya sukar mengawal perasaan marah pada anak yang masih kecil, baru berumur setahun lebih. Mohon nasihat Prof.

Jawapan:

Wanita, jika ada suami, ada anak, ada sumber ekonomi yang bagus sudah ada syurga di dunia sebenarnya. 

Perhatikan berapa ramai wanita yang belum dapat jodoh, sibuk minta jodoh. Yang belum ada anak, sibuk minta anak. Tetapi bila dah dapat, banyak pula komen nak menjaganya. 

Jadi wanita, tolong ada sifat tawaduk. Tolong jangan rasa diri lebih daripada orang lain. Kita hanya berani marah orang jika kita rasa kita lebih daripada orang lain. Siapa kita untuk merasa begitu? Anak kecil itu, jika meninggal, terus menjadi ahli syurga. 

Saya teringat kata-kata Hasan Al-Basri, “Bila aku pandang orang kafir, aku merasa malu dengannya kerana jika dia mengucapkan kalimah syahadah, akan terhapus segala dosanya. Sedangkan aku memohon doa diampunkan segala dosa tetapi belum tentu lagi doaku dimakbulkan.” Begitu juga pandangannya terhadap anak kecil yang belum berdosa. Oleh itu bayangkan anak itu sebagai ahli syurga, oleh itu jagalah mereka dengan penuh kasih sayang. 

Saya ingin cadangkan pada orang yang suka marah, pakai getah pada tangan dan setiap kali ingin marah, tarik getah itu sebagai peringatan. Ini adalah teknik NLP dan boleh menjadi terapi yang baik untuk mengawal marah. 

Begitu juga jika kita suka mengumpat, tampar pipi sebagai peringatan. Lama-kelamaan kita akan boleh tinggalkan tabiat buruk ini. 

Ada lagi dua kata-kata ulama yang ingin saya kongsi di sini, 
Pertama - “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku merasakan semua orang lebih baik daripada diriku.” 
Kedua: “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku bergantung hanya pada Allah.” 

Bayangkan jika kita hanya bergantung pada Allah dan merasakan semua orang lebih baik daripada kita, kita sudah mencapai kesedaran ketuhanan yang sangat tinggi dan InsyaAllah mendapat syurga dunia dan syurga akhirat. Jadi ibu-ibu jangan marah anak-anak di rumah, mereka itu semuanya ahli syurga.



Saya petik petua ini dari blog ini. Penulis blog mencatat isi yang beliau dapat dari salah satu ceramah Prof Muhaya iaitu Reset Minda Penyabar dalam slot Islam Itu Indah di radio Ikim pada 6 Jun 2012. Kadang-kadang bila saya mendengar ceramah Prof Muhaya di youtube, saya ada buat salinan pada buku nota untuk mudah mengingat. Tetapi tidak dicatat secara maya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger berkenaan yang banyak mencatat isi penting pelbagai tazkirah/ceramah.

Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu (muda terutamanya). Sama-sama kita perbaiki diri. Insyallah.



Tuesday, May 6, 2014

Multivitamin Untuk Kanak-Kanak

Alhamdulillah saya telah bertemu dengan Multivitamin terbaik untuk anak-anak saya. Sejak mengamalkan Mealshakes sebagai sumber vitamin tambahan kepada anak-anak saya, mereka menunjukkan peningkatan yang sangat cemerlang dalam aspek kesihatan. Aniq anak saya yang pertama memang sering kali demam ketika dia berumur kurang dari setahun berbanding Aqeela. Mungkin kerana Aqeela mendapat khasiat yang baik atas asbab susu ibu yang dapat saya berikan sehingga dia berumur 1tahun 6bulan.

Percubaan pertama kali saya memberi Mealshakes Shaklee pada anak saya Aniq telah saya coretkan pada coretan saya di sini. Walaupun pada mulanya, Aniq mengalami healing crisis setelah mengambil Mealshakes, sekarang saya telah lihat sendiri perubahan yang ketara pada Aniq . Malah penjaga Aniq juga perasan yang Aniq memang 'kuat makan' dan lebih berselera bila menjamah makanan. Bayangkan, waktu malam sebelum naik ke bilik tidur, Aniq sendiri yang mengatakan perutnya lapar dan mengajak saya ke dapur untuk makan kudapan seperti biskut atau roti. Alhamdulillah, perubahan yang sangat saya syukuri.

Aniq juga jarang-jarang demam, dan kalau demam pun akibat jangkitan dari orang lain. Kadang-kadang kalau kami keluar berjalan agak jauh seperti balik kampung di Ipoh, kesihatan Aniq & Aqeela cukup bagus. Tidak penat dan sangat bertenaga. Saya tidak mereka-reka cerita, saya hanya berkongsi kegembiraan sebagai seorang ibu yang sangat kecewa jika anaknya sering jatuh sakit dan kurang cergas. Ibu mana yang gembira sekiranya anaknya sering jatuh sakit dan asik mendapatkan rawatan di klinik.

Multivitamin yang saya kongsikan disini ialah Mealshakes Shaklee 

Antara kebaikan Mealshakes ialah:


  • Rasa vanilla yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
  • Boleh juga diminum oleh seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur/breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak dan kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Mealshakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan 
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak & orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak-anak
  • Jika anak kerap demam, lazimya mereka akan kembali sihat dengan lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik untuk memberikan anak multivitamin dalam bentuk serbuk (bukan air atau tablet)
  • Amat bagus untuk kanak-kanak obesiti




Saya juga turut memberikan anak saya OmegaGuard untuk sumber Omega 3 bagi perkembangan otak mereka. Untuk yang ingin memberikan khasiat vitamin C kepada kanak-kanak, Shaklee turut mempunyai produk Chewable Vitamin C, tetapi saya tidak memberikan vitamin C ini kepada anak-anak saya kerana mereka bukan jenis makan gula. Jadi mereka kurang minat untuk makan vitamin c ini.

Bersempena bulan Mei ini, Shaklee menghargai pelanggannya dengan memberi PERCUMA satu canister Mealshakes apabila pelanggan mendapatkan 6 canister. Jom berikan kesihatan yang mantap buat anak-anak tersayang.

Promosi Mealshakes Mei 2014


Harga Mealshakes Shaklee ialah RM113.75 satu canister untuk harga retail.

Ingin dapatkan Mealshakes pada harga penjimatan sehingga 20%?
PM saya dan saya akan beritahu anda bagaimana caranya.

Satu canister tahan sehingga 3 hingga 4 bulan untuk penggunaan seorang kanak-kanak.

PERCUMA KONSULTASI & CARA PENGAMBILAN SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk Mealshakes dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.

Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540


*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia


Sunday, April 6, 2014

[SHAKLEE] Syariah Compliance Atau Tidak?

Apa itu Multi Level Marketing (MLM) yang Menurut Shariah?

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat. Dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih, mereka boleh mendapat komisyen lebih daripada upline nya.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


sumber:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

_______________________________________________________________

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana join Shaklee dibawah Group Jutawan. Kami diajar mendekatkan diri dgn Pencipta, Mengharap dan bermohon dgnNya shaja. Tiada lain. Saya juga tidak diajar menayang bonus duit, kereta atau mencari downline untuk keuntungan semata. Upline saya hanya menyuruh saya BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE. 1st time join pada bulan pertama kedua tiada sales pun tidak mengapa. Kerana amalan rohani yang digalakkan sudah pasti diberi ganjaran oleh Allah.

Mentor Kejayaan & Kekayaan saya :)


INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.

..ternyata dari pembacaan saya, Shaklee antara Syarikat MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

Saturday, January 25, 2014

Terus Unsubscribe Disney Channel

Actually saya memang dh lame tak jenguk blog maria elana, tapi haritu sebab tertengok raikan cinta pasal wedding dia, so saya pun bukak la, sesaje nk wt hobi masa bujang dulu..sbb haritu mcm ada terbaca dia dh bersalin. So, mne tau dia tetiber rajin nk update pos kan..hehe (sbb dia dah malas/jarang update lepas dia kawen)..haha..follower sungguh upenyer :p

Then, saya tertengok video kt bawah ni time baca pos dia (kalau tak keluar, bleh pegi ke link ini -> http://www.youtube.com/watch?v=v2SdEpHjrjw )..


Terus je lepas tu saya rasa bersalah sangat, sebab subcribe channel cartoon network utk Aniq & Aqeela..Selama ni, saya selalu cuba berfikiran positif dengan memaafkan diri sendiri. Macam-macam alasan saya create, "kesian kt bibik la..", "senang bibik wt kje dapur..bebudak tgk tv..tanpa kawalan".."senang saya buat kje lain while anak2 sibuk tgk cartoon"..ya allah, ibu apakah saya...sedih sangat bila ingat balik..sometimes saya jugak ada terpikir "why not, at least dia blaja english language jugak kn".. sampai satu masa, Aniq & Aqeela dah terlalu dipengaruhi dengan tarian Hi-5..dan saya perasan daya tumpuan mereka pada satu2 perkara adalah sangat singkat..kecuali pada kotak hitam di dinding yang dipanggil tv itu T_T'

Sesungguhnya sekarang saya sedar, perbuatan saya ini adalah SELFISH..beranak nak, tapi tidak bertanggungjawab & abaikan anugerah Allah yang tak ternilai ini. Dari bertangguh nk unsubscribe Disney channel tu, terus saya call astro right after tgk video ni. Sekarang setelah sebulan berlalu, anak-anak saya memang dah kurang tgk tv...cuma waktu malam, diorg akan request video dekat youtube, tu pun video alif ba ta..abc..dan sekali sekala pocoyo...Alhamdulillah, mereka dah boleh adapt berbanding masa awal2 saya unsubscribe tu, kerap kali juga mereka merengek minta dibukakan Hi-5.

Mungkin pendangan dan cara anda dalam pendidikan awal kanak-kanak berbeza..komen dan perkongsian membina amatlah dialu-alukan. Terima kasih :)

Sunday, January 12, 2014

[Testimoni Produk] Badan Aniq Membengkak Selepas Ambil Mealshakes Shaklee

Saya telah menjadi pengguna Shaklee untuk set menyusu sebelum saya cuba memberikan aniq mealshakes.. Pada mulanya, saya amat takut untuk mencuba supplemen mealshakes kepada aniq, memandangkan antibodi aniq yang kurang memuaskan sepanjang dia berumur 4 hingga 12 bulan. Aniq hanya dapat saya bekalkan susu ibu sehingga umurnya 5 bulan sahaja. Selepas itu susu saya merudum dan akhirnya saya terpaksa mengalah dengan susu formula. Mungkin itu juga adalah salah satu faktor kesihatan aniq yang kurang cemerlang berbanding adiknya aqeela yang dapat minum susu ibu sehingga 1tahun 6bulan.

Sebelum aniq berumur setahun, boleh dikatakan hampir setiap bulan aniq akan saya bawa ke klinik akibat demam, batuk dan selsema. Bak kata orang tua-tua (babysitter dan mak saya) untuk menyedapkan hati saya, baby nk beralih bulan atau nak pndai sesuatu memang lah demam. Entah la, yang pasti setiap kali aniq demam saya memang sedih dan agak letih. Berjaga malam tanpa suami disisi memang cabaran yang cukup besar. Lagipun pada ketika itu saya telah hamil anak yang kedua. Pengalaman yang saya alami memang agak mencabar.

Ubat yang diberikan oleh doktor kepada aniq juga bukan calang-calang..Antihistamine untuk batuk semput, antibiotic Zithromax (yang pada pandangan banyak doktor adalah sejenis antibiotic yang agak 'kuat') dan beberapa lagi jenis ubat. Kadang-kadang sedih jugak hati ibu ni bila nak beri anak makan ubat..bila nak bagi anak makan ubat, aniq ngamuk, kalau tak bagi nanti, kita pulak kesian badan si anak letih dan tak bermaya.

Sehingga umur aniq 1 tahun 2 bulan, aniq telah mengalami demam on off dalam tempoh sebulan, waktu malam suhu badannya akan naik dan reda bila hari siang. Saya yang risau telah mengajak incik husband membawa aniq untuk mendapatkan rawatan paediatrician di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. X-ray aniq diambil untuk memastikan yang aniq tidak menghidap pneumonia. 


Alhamdulillah aniq tiada pneumonia, tetapi dia disahkan menghidap resdung. Jadi aniq dibekalkan ubat allergic AERIUS dan aniq dikehendaki makan ubat ini selama 2 bulan. Aduhaii, ni yang lemah ni nak bagi anak makan ubat, kesian pulak aniq..tapi akhirnya aniq semakin lali dan tidak melawan apabila saya hendak suapkan ubat. Aniq dah tak kesah akibat dah terlalu kerap kena makan ubat.


Aniq telah mengambil ubat yang diberikan ini selama 2 bulan. Waktu ni saya masih tidak berani berikan aniq apa-apa supplement mahupun mealshakes. Selepas aniq berumur 1thn 7 bulan, saya dicadangkan oleh mak shaklee saya iaitu hana untuk memberikan aniq mealshakes, saya pn menerima cadangannyamemandangkan semua rakan-rakan pejabat saya telah memberikan mealshakes pada anak dan mereka semua memberikan feedback yang bagus, saya terus yakin untuk mencubanya kepada aniq.

Mealshakes saya campurkan dalam susu anmum aniq, tapi dalam 2 hari kemudian badan aniq sembap..badan dan matanya membengkak..seperti edema..badannya juga naik merah merah..saya sedar mungkin ini adalah healing crisis, tapi hati ibu mana yang tak risau kan..saya sapukan herbal blend pada badannya sebelum saya bawak ke klinik pada keesokkan harinya. 

mata aniq bengkak

badan turut naik merah merah

herbal blend

Esoknya tanda-tanda merah dibadan dah berkurangan, tetapi matanya masih bengkak, jadi saya terus bawa ke klinik. Saya turut membawa bekas mealshakes untuk ditunjukkan kepada doktor, tapi doktor sendiri tidak dapat mengesahkan reaksi elergik aniq ini adalah berpunca dari mealshakes shaklee, doktor hanya menyarankan saya untuk membuat ujian darah di hospital untuk mencari punca elergik aniq. Doktor membekalkan aniq ubat Adezio. Setelah makan ubat ini, merah merah di badan aniq beransur hilang dan pulih sepenuhnya.


Saya yakin edema dan gatal-gatal merah diseluruh badan aniq adalah healing crisis, jadi saya tetap meneruskan memberi aniq mealshakes, tetapi dalam kuantiti yang kurang. Cara penggunaan dan konsultasi akan saya terangkan kepada yang ingin mencuba produk Mealshakes ini.

Alhamdulillah, semakin hari aniq semakin sehat dan antibodinya semakin kuat. Dia sangat jarang sekali demam, selsema mahupun batuk. Dia hanya demam selepas 9 bulan kemudian iaitu akhir bulan lepas, itu pun akibat berjangkit dari demam ayahnya. Selera makan nya juga amat memberangsangkan, sampai setiap sebelum tidur pn dia akan mencari kudapan seperti biskut walaupun telah makan sepinggan nasi pada petang hari. Aniq juga nampak lebih bertenaga dan semangat. Anda boleh lihat sendiri aniq yang sekarang bukan seperti yang dulu lagi. Bila badan anak-anak kita sihat, mereka dapat bermain dan mengeksplorasi dunia kanak-kanak mereka dan sekaligus minda dapat berkembang dengan baik.

Saya telah mencuba Mealshakes Shaklee kepada anak-anak saya, dan ia terbukti berkesan. Jika anda sayangkan anak anda, apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk memberikan multivitamin kepada anak anda. Multivitamin Mealshakes dalam bentuk serbuk amat mudah dicampurkan didalam susu anak-anak sebab berperisa vanilla, dan anak-anak amat sukakan rasanya. Mealshakes juga amat sesuai untuk anak-anak yang ezcema dan picky eater. Tidak perlu berperang untuk memberikan nya 'ubat' demi masa depan mereka. 

Mealshake ini adalah produk tenusu, kanak-kanak yang elergic susu lembu tidak dibernarkan untuk mengambil mealshake. Pastikan anda berjumpa dengan distributor yang bertanggungjawab yang akan menerangakan cara penggunaan mealshake ini dengan sebaiknya. Bukan untuk mencari keuntungan semata-mata. Cubalah, saya yakin anda tidak akan menyesal. 


Harga Mealshakes Shaklee ialah RM113.00 (semenanjung) & RM121.00 (sbh&srwk) untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 3 hingga 4 bulan untuk penggunaan seorang kanak-kanak.
Untuk konsultasi dan harga terbaik, jangan segan silu untuk hubungi saya. Selamat mencuba

__________________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.



Sunday, December 15, 2013

Kekasih Baruku Shaklee

Alhamdulillah..Setelah lebih setahun berkenalan dengan produk Shaklee dan mengalami sendiri kehebatannya. Harini saya berani nak berkongsi dengan semua bagaimana saya berkenalan dengan Shaklee.

Ia bermula selepas tempoh berpantang anak kedua saya Aqeela. Selepas gagal menyusukan anak pertama Aniq dengan susu ibu selama 6 bulan. Saya nekad untuk mencari 'bantuan' sekiranya susu saya merudum apabila tempoh cuti bersalin tamat. Lebih-lebih lagi saya telah membuat pelaburan besar dengan membeli Medela Freestyle, dan menjual Medela Swing saya yang saya gunakan untuk mengepam susu semasa anak pertama.

Pengalaman saya menyusu anak saya yang pertama 2 tahun yang lalu, saya pernah ke farmasi untuk mencari makanan tambahan untuk memperbanyakkan susu ibu..segala jenis ubat telah saya cuba termasuklah habatussauda dan fenugreek. Nasib saya kurang baik pada ketika itu kerana saya tidak menjumpai supplements dari Shaklee. Akhirnya perjalanan penyusuan susu ibu sampai ke penghujungnya apabila saya mula mengandung anak kedua ketika anak pertama saya baru sahaja mencecah umur 6 bulan. Perasaan kecewa yang teramat sangat kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.

Setelah tamat tempoh berpantang anak kedua, Aqeela..dalam waktu saya masih dalam cuti bersalin, saya ternampak seseorang mempromosikan produk shaklee di page kawan saya. Selepas menjalankan sedikit research dengan google dan membaca testimonial pengedar sendiri, terus saya menghubungi pengedar dan mendapatkan Set 3M dari Shaklee. Set paling lengkap untuk penyusuan. Saya tidak berpikir panjang untuk mendapatkan set ini disebabkan saya tahu kos yang saya keluarkan adalah lebih rendah berbanding membeli susu anak sehingga 2 tahun. Ini berdasarkan pengalaman anak yang pertama yang kini minum susu formula sebanyak satu tin (1.6kg) untuk tempoh seminggu sahaja! Matematik mudah sahaja sudah nampak perbezaan perbelajaan yang perlu kami peruntukkan. Tambahan pula, susu ibu adalah susu yang terbaik. Saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.

Aqeela kini sudah berumur setahun setengah. Syukur saya masih lagi dapat memberikannya susu yang terbaik. Walaupun tidak menyimpan stok di dalam deep freezer yang banyak seperti ibu-ibu yang lain. Saya masih boleh menyimpan susu Aqeela pada hari ini untuk untuk bekalan hari esok. Tidak banyak, tetapi ada secukupnya..Alhamdulillah.

Walaupun pada mulanya, niat utama saya mengambil supplements Shaklee adalah untuk melestarikan cita-cita saya menyusukan Aqeela sehingga 2 tahun, tetapi saya turut mendapat kesan sampingannya. Kulit saya lebih lembut dimana tumit kaki tidak lagi seteruk dulu, rambut juga kurang gugur dan yang paling penting kesihatan  saya lebih baik setelah mengambil supplements ini. Seingat saya, saya belum pernah demam teruk semenjak setahun yang lalu. Ibu kepada 2 orang anak yang perbezaan umurnya setahun sahaja, menuntut saya sihat untuk membesarkan dan bermain bersama mereka. Dan harus diingat bahawa sakit itu dari Allah, ia adalah kafarah. Sekali-sekala berjumpa kita harus mensyukurinya kerana Allah masih sayang pada kita. Ini bagi mengelak tanggapan sesetengah masyarakat yang memandang sinis golongan yang mengambil supplements di dalam kehidupan harian mereka tetapi masih lagi didatangi penyakit. Kita berusaha, Allah sebaik-baik perancang.

Ada sesetengah pengalaman yang saya baca, ibu yang meyusukan anak dengan susu ibu merasa kecewa dengan kesihatan anak yang tidak cemerlang. Ia menjadi bahan tempelak kawan-kawan yang hanya memberi susu formula sahaja tetapi mempunyai anak yang lebih sihat. Jangan sesekali kecewa dan berasa menyesal wahai ibu, itu adalah saranan dari Maha Pencipta. Sekurang-kurangya kita telah berusaha memberikan yang terbaik.

Bagi anak kedua saya, Aqeela. Kesihatannya sangat cemerlang berbanding abangnya. (Disini saya hanya mengambil contoh perbandingan anak-anak saya sahaja). Dalam tempoh umurnya setahun, dia baru sekali mengambil ubat antibiotik. Itupun setelah dijangkiti demam dari abangnya selepas 2 hari. Walaupun telah cuba saya elakkan supaya Aqeela dijauhkan daripada abangnya, Allah itu Maha Kuasa. Siapa saya untuk menidakkan ketetuannya. Saya berpendapat, vitamin tambahan yang saya makan sepanjang tempoh penyusuan telah membantu daya tahan tubuh Aqeela. Lagipun seperti yang kita sedia maklum, kajian menyatakan bahawa apa yang ibu makan..akan disalurkan khasiatnya kepada anak.

Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan saya untuk memberi susu ibu kepada Aqeela. Saya bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan faedah sebenar daripada produk-produk keluaran Shaklee lebih-lebih lagi untuk tujuan penyusuaan. Kini saya turut menjadi pengedar sah Shaklee.Hubungi saya, jom kita borak2 kt whatsapp yuk..



Pengedar sah Shaklee anda,
Atie Lazis
WhatsApp/SMS: +60197736540
Bersedia untuk C.O.D di sekitar Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Masai Johor

Thursday, December 5, 2013

Orang Pegi USS, Aku Pun Mahu

Sempena birthday saya yg ke 28, encik husband tanya saya samada saya nk pergi berjalan kemana-mana ke sbb dier tgh cuti pnjang since raya haritu sebab nk tunggu masuk tempat kerja baru di lumut...oh ya, encik husband dapat job offer yang dia attend interview pada entri saya sblm ni. At first dia suggest kami sekeluarga ke Mersing atau Tioman sebab tu je tempat percutian yang dekat dan tak memerlukan dia drive jauh. Pastu setelah menggoogle dan berpikir panjang (ewahh)..saya termencadangkan kitorang berdua (read: dating mode) ke USS..sebab saya penah suggest bende ni kt dia dulu..dan disebabkan saya sudah ada sedikit kelapangan dari segi anak-anak..maksudnya ada orang boleh jaga aniq & aqeela dan aqeela dah besar untuk saya tinggalkan tanpa susu..jadi saya terus teruja nak pergi ke USS kali ni.

Kami beli ticket online..dapat maybank offer SGD 123 untuk 2 orang..dan bila di convert ke RM..berlaku la pengeluaran sebanyak RM307 dari akaun encik husband..huhu. Agak banyak jugak kerosakan poket disitu..tapi buat2 tak perasan jela kn. Dah 3 taun kawen, ni baru nak merasa dating berdua beb. Apa salahnya spend lebih sikit..yer dak ;).

Untuk duit belanja, encik husband ada simpan lebihan SGD waktu kami pergi ke Singapore 2 tahun lepas. Cukup la buat belanja makan & souvenir sikit untuk family. Saya pilih untuk naik bas ke USS daripada drive sendiri disebabkan atas pertimbangan kos parking dan pergerakan yang agak lembap di imigresen untuk proses pendaftaran kereta. Setelah mengenalpasti pilihan yang ada, kelebihan & kekurangan naik bas di ICQ atau Kotaraya, tambang biasa atau charted, akhirnya saya memilih untuk membayar RM30 seorang untuk perjalanan 2 hala dari Tune Hotel JB ke USS. Bas bertolak jam 7.30 am dan pulang pada 7.30pm. Mls nk pikir banyak,so bayar jela lebih sikit kn..

Kwn saya sblm ni pesan soh bwk extra baju dan raincoat sbb ada main permainan yg akn basah kene air..so, saya dh beli siap2 raincoat ngn payung lipat sorang satu..sebab konon nk habis jimat la taknak spend bnyk di singapore nti..memandangkan duit kita dah makin menurun..huhu..saya mls nk btau korang mainan ape yg basah2 kene air ni..nti korang pergi, korang explore sendiri k..kang saya anticlimax plak..tak siokkk la kn..bekalan lain yang kami bawa ialah telekung, air mineral, dan sandwich saya dh siap pack utk mkn time dlm bas otw ke USS as breakfast..kt umh tak sempat nk mkn..nk kuar awal kn kununnyer..

Hurmm..we all pegi time weekdays..tp still ramai je org..mungkin tak se'crowded' weekend la kot..mybe la..target kami nak naik semua ride..tak kire la Roller Coaster  paling besar Battlestar Galactica sehingga lah ke permainan budak kt Sesame Street tu..huhuhu.. tp kami kecewa sgt impian tak tertunai sbb kedua-dua roller coaster besar tu tutup masa hari tu..pasaipa taktau..maintenance kot..sobsob T_T

Sebelum balik..sempat gak la soping sesikit..beli tshirt ngn fridge magnet la..pe lg..huhu..

Last but not least..mestila gamba sbgai bukti weolss dh sampai USS..nk upload bebanyak mls..sekeping je sudehhh..
me and the other half


Wednesday, November 27, 2013

Long Hiatus katenyer..

Ya Allah..ni adalah tempoh paling lama kot aku tak update blog..last post was in July, and today dah penghujung November..hoho..kemanakah aku menghilang?..Hehe..tak kemana pun..mungkin agak bz menguruskan Kedai Shaklee aku kt facebook..so, aku terus wt2 lupe nk update blog..pada pendapatku blog ni xde pengunjungnye..tp, jgn disangka blog berhabuk tiada sapa yang sudi singgah..ader jugak yang termasuk ke lubang blog ni..huahahaha..

Ohh ya..btw buat semua yang rajin nk singgah blog aku ni kan..mehla rerajinkan tangan gak LIKE page aku kt fb skali ek...tak beli pun takpe..like je..share lg la dialu-alukan..tak salah kn korg support ibu anak 2 ni nk berbisnes..mane tau dgn niat murni korg LIKE & SHARE tu dapat gak aku benti kerja dan berbakti pada anak-anak & husband (Doakan tau semua)..


Your LIKE is greatly appreciated
 جزاك اللهُ خيراً

Sunday, June 2, 2013

99 Petua Tawan Hati Suami

Sebab blog ni dah bersarang sangat..so, 'terpaksa' post something untuk tatapan..cewahh, cam ado je org folo blog ko..huhuhu

Sbb nye aku post entri ni sbb ramai kengkawan aku yg akan mendirikan masjid dalam masa terdekat ni..so, sesama la kite buat revision ek..dh buku tetebal engkorang malas nk bacer..ni aku bg 99 je, jgn mls2 ok..babap kang..lalala


1) Berdoa agar disayangi. 
2) Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah. 
3) Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).
4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat.
5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati.
6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.
7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.
8)Masak makanan kegemaran suami.
9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.
10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.
11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya.
12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.
13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.
14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari.
16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.
17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.
18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.
19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.
22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.
23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.
24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.
25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.
26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau.
27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain.
29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.
31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.
34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.
35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.
36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.
37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.
39)Lebihkan suami daripada anak-anak.
40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.
41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.
42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa.
43)Pergi dating atau berbulan madu.
44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras. 
45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.
46)Selalu urut suami.
47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.
48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.
49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.
50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.
51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.
52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.
53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.
54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.
55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.
56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.
57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.
58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.
59)Jgn dera suami fizikal dan batin.
60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya.
61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.
62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.
63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.
64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.
65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.
66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.
67)Cari masa utk berdua-duaan.
68)Lakukan riadah bersama suami.
69)Pergi berkelah sekali-sekala.
70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).
71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.
72)Berikan apa yg dihajati suami.
73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.
75)Lakukan ibadah bersama.
76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.
77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri.
78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.
79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.
80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.
81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.
82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya.
83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.
84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.
85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.
87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.
88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri. 
89)Jgn cabar suami.
90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.
91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.
92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.
93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.
94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.
95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.
96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.
97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.
98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.
99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.




Copy dari https://www.facebook.com/mumdreams

Saturday, May 11, 2013

Genap Sebulan Menggunakan Set Mengaji

Dulu memang saya selalu bukakkan lagu AlifBaTa untuk aniq..disamping lagu-lagu nasyid arab dan bahasa inggeris yang lain..tiada video tertentu yang menjadi pilihan..cuma kadang-kadang kalau kekeringan idea,  saya akan buka kan video Upin-Ipin & Teletubbies pada aniq. Niat dihati saya adalah untuk mengisi keboringan aniq disamping membuatnya leka. Kadang-kadang saya menggunakan kaedah ini dengan niat untuk mengelak bermain dengan nya ataupun untuk 'mendiamkan nya' apabila dia cuba membuat perangai di tempat-tempat awam. Kelebihan tambahan, dapatlah aniq belajar ABC, 123 dan AlifBaTa secara tidak langsung tanpa tekanan pada dasar pemikiranku. Itu adalah satu kesalahan besar yang telah saya lakukan. Saya rasa berdosa kerana telah menanam niat sebegitu dalam mendidik seorang anak yang dikurniakan Allah.

Saya lihat kesan televisyen adalah sangat kritikal terhadap kanak-kanak di bawah 2 tahun. Sebagai contoh, anak buah ku sangat meminati Upin & Ipin sehingga pernah menjadi santapan rohaninya sebelum tidur. Yang seorang lagi pula terlalu taksub dengan keretapi Thomas sehingga segala jenis keretapi dalam watak kartun Thomas tu dikenalinya. Aniq juga tidak terkecuali, saya pernah menghidangkannya video Teletubbies supaya dia leka dan tertidur, agar saya lebih mudah menyusukan aqeela. Ibu ku pernah menegur perbuatan ku ini. Pada mulanya saya rasa leceh untuk membuang 'habit' yang telah saya tetapkan untuk aniq. Ya Allah, sungguh naif nya saya ketika itu. Mungkin kerana kecetekkan ilmu keibu bapaan ku, saya telah tersilap mendidik anugerah Mu ya Allah. Saya harap saya masih belum terlambat untuk berubah.

Setelah mengambil langkah pertama seperti yang saya cerita pada entri yang lalu, cd-cd lagu dari set tersebut telah menjadi 'hiburan' baru untuk anak-anak ku. Paling kurang, aniq akan meminta saya memasang cd mengaji nya sekali sehari. Kebiasaannya jika dia bangun awal pagi, saya akan memainkan cd huruf hijaiyah di televisyen untuk melekakannya serta mengelakkan dia mengamuk dan menangis semasa saya hendak keluar ke tempat kerja. Di dalam kereta turut dimainkan cd yang sama. Waktu malam pula saya akan memasang cd bacaan juzu' amma semasa kami sekeluarga tidur.

Pada awalnya saya berazam untuk membuat sesi flascard dengan aniq setiap hari, tetapi cita-cita saya hanya bertahan selama 2 hari je, sebab aniq dan aqeela tidak dapat duduk diam untuk satu tempoh masa yang lama hanya untuk menghadap flshcard AlifBaTa sahaja. Jadi saya simpam kembali flashcard2 tersebut. Selepas seminggu dimainkan cd pada aniq, saya pun cuba keluarkan kembali flashcard tersebut. Alhamdulillah, aniq dengan eksited sekali ambil flashcard ditangan saya  dan menyebut huruf-huruf hijaiyah dengan lancar sekali. Cuma pada awalnya ada beberapa huruf seperti thoo dan zhoo, sood dan thood agak mengelirukan dia.. tetapi sekarang dia sudah lancar. Subhanallah..tidak sampai sebulan aniq sudah tahu huruf-huruf hijaiyah. Aniq tidak pernah memanggilku dengan nama ibu, tapi sudah pandai membaca huruf-huruf alquran. Alhamdulillah...

Betullah apa yang pernah saya baca sebelum ini, anak kecil umpama span yang akan menyerap segala apa yang kita ajar atau dedahkan kepada mereka, jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita nak meraka serap. Setiap perilaku kita yang mereka lihat akan menjadi sumber rujukan perkembangan perilaku dan peribadi mereka. Ya Allah , Kau peliharalah mata dan hati anak-anak saya supaya menerima yang baik-baik sahaja, Amin.

Sekarang, saya baru cuba mengenalkan aniq dengan buku Al-Furqan dengan menunjukkan huruf-huruf didalamnya kepada aniq selepas dia bermain dengan flashcard, tapi aniq masih lagi mengelak dan tidak berminat membacanya. Tak apalah..kita simpan dulu buku tu dan kita cuba lagi nanti, Insya Allah. Hobi baru aniq ialah bermain dengan aplikasi-aplikasi percuma andriod huruf-huruf hijaiyah yang saya muat turun didalam handphone. Sekali-sekala baru dia minta dimainkan lagu-lagu kanak-kanak bahasa inggeris yang tersimpan didalam handphone ku seperti Twinkle-twinkle little star, 10 Little Indian Boy, ABC dan banyak lagi.

Alhamdulillah.. Inilah perkembangan aniq yang dapat saya kongsikan dengan kawan-kawan semua, diharap sedikit sebanyak kawan-kawan akan cuba ambil mana yang baik untuk dijadikan panduan. Saya tidak berniat untuk berbangga, cuma berkongsi mana yang ada. Setidak-tidaknya dapatlah dipanjangkan blog ibu darwish & darwisya kepada kalian untuk kita sama-sama mencedok ilmu-ilmu yang dikongsikan beliau.

sesi flashcard
fav book..dibawa kemana shj
huruf fav menjadi mangsa gigitan
menari sambil mengaji pun boleh aniq.. ;)


Sunday, April 7, 2013

Aniq's New Haircut

Aniq dah botak skang..sbb kt telinga belah kanan dia ada naik bonjol angin dh dekat 3weeks..so lastweek saya bwk gi jumpe Dr.Naveen. Rupanya kt rmbutnya ada naik eczema, akibat rambutnya yg dah pnjang sebab dah lama tak potong. Dr.Naveen ada 'explain' satu ilmu kt kami, kalau ada bonjol angin di belakang telinga, bermaksud pesakit ada jangkitan di sekitar kepala. Kalau di bawah ketiak, bermaksud pesakit ada jangkitan di kawasan tangan dan jika bonjol angin di kawasan pinggang/pelvis, bermaksud pesakit ada jangkitan di sekitar kaki. Aniq diberi satu ubat allergic dan satu antibiotics augmentin. Minggu ni Dr nk jumpa balik utk tgk progress.

Tuesday, April 2, 2013

Bersegeralah..Sebelum Kesibukan Melalaikanmu

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. 

Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)


credit from PN. Lina Karim

Aku: Ya allah..aku bersyukur Kau telah temukan aku dengan catatan seorang ibu yang telah berjaya menjadikan anak-anaknya penghafaz Al-Quran mu..Semoga aku belum terlambat dalam mendidik amanahmu..dan ku mohon Kau permudahkan jalanku dalam setiap amalanku..Amin

Saturday, March 23, 2013

Art Attack

Pensel color dah guna..crayon pn dah guna..kali ni ibu nak bagi aniq main dengan water color plak..tp dulu time pakai pensel color ngn crayon aniq pernah jilat sume jenis color tu..kalau guna water color ni, mau di isap berus nye kang
..hurrmmm..so, the solution is...guna pewarna makanan!

Pewarna makanan+tepung jagung sikit..dan letak air untuk cairkan campuran...mari kta lihat hasilnya..

tekunnya anak ibu

sampai dahi pun ada color

air color ni macam sedap je..
 
tada..tudia masterpiece aniq...meja pn senang nk lap, color terus hilang

dah penat...layan tv la plak..huhu

Kotoran color kt muka dan baju bersih bila basuh..pergilah bermain puas-puas anakku..ibu tak risau lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...