"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label ESP (Soy Isolate Powder). Show all posts
Showing posts with label ESP (Soy Isolate Powder). Show all posts

Friday, October 9, 2015

Grey Socks Vs Pink Robe: Baby No.3 Birth Story


Jam dah berinjak ke pukul 3pagi, tapi mata masih tak boleh nak lelap..mungkin sebab saya dah tertidur lama petang tadi. Dapat tidur berkualiti tanpa gangguan aniq & aqeela sangat-sangat dihargai. Petang tadi kebetulan cuaca mendung dan hujan, seronok la 2 beranak tu tidur dengan adik saya. Saya pun ambil kesempatan melelapkan mata sama lah. Lagipun, susu dah agak penuh. Terpaksa berjaga untuk dikosongkan..alang-alang dah tak boleh nak tidur ni, kita buka laptop untuk memenuhi janji, mencatat segala inci peristiwa kelahiran anak ke3 kami sebelum wayar2 di otak si ibu ni tak berhubung dan lupa..huhu

Pada hari jumaat malam sabtu 2 minggu yang lalu, iaitu pada 25hb Sept '15. Saya ajak encik husband pegi ke Pandan City untuk cari dvd yang dikirim kawan-kawan sekerjanya. Memang malam tu saya rasa letih sikit nak berjalan, dan dah mula terasa sakit-sakit pinggang sikit. Tapi masih cuba memujuk baby untuk keluar on EDD which is 5hb (4 hari lepas), sebab banyak lagi kerja opis yang masih tak siap. Balik ke rumah dalam pukul12, anak-anak dan husband bleh layan movie minion sampai pukul 3pagi. Si ibu ni join jugak sekaki, tapi join tidur jela. Mata dah ngantuk sangat..tak larat nak hadap. Tapi still lepak ngan diorg kt hall sampai movie habis baru naik tidur di bilik. Malam jumaat hari sebelumnya tu, sempat berborak dengan mak di telefon. Mak ada kata yang saya kene prepare awal sbb pengalaman bersalin aniq dulu pun awal seminggu. Haihhh, hati dah sedikit cuak, sebab selalunya kata-kata mak ni selalu makbul. 

Pagi esoknya, dalam pukul 6.30 pagi, saya terjaga untuk bangun solat subuh. Buang air dan nampak ada tompokan darah dan sedikit lendir pada panties. Terus kejut husband dan bersiap untuk solat subuh. Usai solat berjemaah, minta maaf dengan husband siap-siap..kebetulan pada harini kami ada planned macam-macam agenda. Terpaksa arrange balik sebab saya dah nak bersalin. Agenda pertama, iaitu white studio photoshoot..saya kengkunun nak amek gamba untuk hari raya (kan cuti hari raya korban waktu ni) dan maternity sekali la since saya takde gamba dengan perut baby no.3 ni yang proper kan. (Macam la preggy sebelum ni ada photoshoot bagai)..hahaha..ngidam la kunun sebab dah no.3 kan. Terpaksa mesej owner studio kat skudai tu untuk cancel photoshoot. Seb baik dia pun ok je, katenya nanti rezeki bergamba dengan baby pulak. InsyaAllah.

Agenda kedua pula, kami ada deal dengan cleaner biasa yang selalu bersihkan rumah kitorang untuk datang spring cleaning rumah sebab saya dah nak start bercuti dan kami akan pindah sementara ke Lumut sepanjang cuti bersalin dan cuti menjaga anak nanti. Encik husband minta mereka datang awal, dalam pukul 9 mereka dah sampai dan mulakan aktiviti pembersihan. Saya pun dah call mak saya siap-siap soh datang ke jb harini juga, untuk mnta tolong jagakan 2 beradik ni dan jaga saya berpantang di rumah sendiri. Kali ni kali pertama mak saya nak jaga saya berpantang sebab dia dah pencen. Sebelum ni memang saya berpantang di rumah mertua di perling.

Encik husband sambung tidur kejap lepas subuh tadi, bangun dan keluar pergi beli breakfast. Dia siapkan aniq & aqeela mandi sambil saya melayan contraction. Saya dengan tenang mandi air panas untuk kurangkan sakit contraction dan mula bersiap dalam pukul 10. Lepas tu makan breakfast yang suami beli. Nasi beriani mamak siap ayam madu tu dia belikan. Dia kata makan berat terus karang nak push bersalin banyak tenaga. huhuhu..Saya juga buat ESP sejuk untuk topup tenaga. Sementara menunggu akak cleaner tu mengemas, saya dok tersengeh-sengeh (saya ada subscribe email dari group bersalin alami, sender tu kata..bila sakit contraction kita kene senyum...sebab ia akan buka jalan di perinium dengan mudah dan meningkatkan hormon ocytocin katanya) melayan contraction yang lebih kurang 5 minit sekali. Encik husband dah mula cuak, katanye ok ke..tak payah gerak ke hospital lagi ke.

Saya rasa macam sakit tu bearable lagi, so macam mungkin petang kot baru bersalin. Dengan kompiden je cakap ngan husband ok je...tunggu sampai kak sal abes kemas. Kak sal abes mengemas dalam pukul 12.30. Waktu tu sakit contraction dia memang dah sangat kerap dan makin sakit, saya yang agak tak tahan terus cari Ostematrix, sebab saya pernah makan oste waktu senggugut memang ia dapat kurangkan sakit. Tapi tak berani nak telan banyak, saya makan 2 biji je. Masa kami nk gerak ke HSI tu, saya dah suruh husband call adik dia untuk ambil aniq & aqeela di HSI terus. Saya dah start risau, takut we can't make it untuk hantar diorang ke rumah mereka di perling dan berpatah balik ke HSI untuk hantar saya pula. Saya pula refuse bila husband kata nak hantar saya dulu dan terus hantar anak2. Saya taknak sebab saya nak dia masuk tengok saya di labor room. Ini juga adalah kali pertama kami rancang untuk dia masuk teman saya deliver sebab waktu aniq dulu ayah tak boleh masuk teman ibu bersalin (polisi HSA) dan time aqeela pula dia tak dapat teman juga sebab tak sempat (time tu dia kerja offshore).

Sampai di HSI dalam pukul 1, saya beri buku mengandung untuk pendaftaran di bilik saringan. Walaupun saya agak skeptikal dengan HSI, kali ni saya memang dah berdoa dari masa mengandung lagi 'birthplan' macam mana yang saya nak. Saya specific minta pada Allah, walaupun saya tidak dapat memilih jantina doktor yang akan membantu saya ketika bersalin (kerana saya bukan bersalin di hospital swasta dan takkan saya nak demand macam-macam bila bersalin di hospital kerajaan) saya minta semoga dipermudahkan bersalin dan doktor perempuan sahaja yang akan merawat saya. Alhamdulillah, syukur sangat doa saya dimakbulkan.

Di bilik saringan, seorang doktor wanita india yang memeriksa bukaan pintu rahim. Dah 6cm katanya. Dia suruh saya tukar kain pink dan terus ada nurse tolak saya dengan wheelchair ke bilik bersalin. Bilik no.11 kalau tak silap saya. Saya sempat melambai encik husband supaya masuk sekali dengan saya. Tapi kelihatan aniq & aqeela masih bersamanya. Mungkin dia akan sedikit lewat menunggu adiknya sampai. Masuk ke labor room, terus nurse tadi pasangkan ctg (mesin yang monitor degupan jantung bayi) pada perut saya. Kemudian dia keluar. Saya melayan contraction yang semakin sakit selepas doktor india tadi memeriksa dilation. Waktu ni saya gunakan teknik J breathing (rujuk link video) untuk mengurangkan rasa sakit.Ilmu ni pun saya dapat dari perkongsian ibu-ibu di group hypnobirthing (bersalin alami). 2 kali contraction, air ketuban pecah sendiri..debushhh rasa dia kat bawah tu..hahaha..alhamdulillah, tersenyum dalam sakit saya waktu tu sebab air ketuban pecah sendiri.

Dalam 5 minit lepas tu, baru masuk sister @ midwife (baju biru) kalut menyediakan perkakas dia atas meja tepi katil bersalin tu (ada sebungkus kertas biru je saya perasan time tu). Masa ni saya masih melayan sakit dan tak berani mengangkang..kengkunun nak hold dulu sebab encik husband tak sampai-sampai lagi..hahaha..ada sorang nurse berbaju putih datang..tanya saya dah rasa nak meneran, jom saya tolong. Terus dia suruh saya kangkang dan suruh saya pegang tumit kaki. Hurmm, kalau dah rasa nak terberak, takkan nak tahan lagi kan. Memang saya push jela sekuat tenaga. Nurse tu suruh saya stop untuk ambil nafas..walaupun saya rasa masih boleh lagi teran..saya ikut jela cakap dia. Time ni ada terangkat buntut sket sebab reflek sakit tu dan katil bersalin ni flat...dia tak incline sikit pun. 2 kali teran, selamat adik aniq & aqeela atas dada saya. Laju je nurse nama Mimperhah Bt Samli tu buat keje. Baru berangan nak minta DCC, sekali tengok dah selamat potong dah tali pusatnya..hehe..nurse tu sedut segala kahak baby waktu baby atas perut saya. Skin to skin kata geng bersalin alami tu. Eh, tapi time tu saya tengah pakai robe pink kot..xdelah skin to skin sangat..hehe..

Nurse tu bawa keluar baby untuk dibersihkan dan diambil ukuran semua, dia masuk balik untuk jahit skinnick. Katanya ada koyak sikit sebab saya ada angkat buntut tadi. Kalau tak, tak koyak. Takpelah nurse,  saya redha je. Next time saya akan buat lebih baik (ewahhh, dah plan untuk next time :p) hahaha..baby MAM keluar pada 2.00pm, 26hb September 2015 bersamaan 12 Zulhijjah 1436 (hari qurban ke 3). Berat 2.94kg. Panjang 49cm. Sambil dia jahit part bawah tu, dia borak-borak gak la ngan saya..tanya kenapa lewat datang, saje eh..saya jawab saje..dia tanya lagi, tak takut terbersalin kat rumah ke. Ekk, time ni baru terpikir, seram juga if terbersalin kat rumah kan. Tula, tak terpikir pula pagi tu..huhu...Nurse pun ada bagitahu husband dah azan kan baby di luar. Husband saya sampai ke laa dia tak masuk ke labor room. Takde rezeki dia lagi kali ni. Takpelah. Nurse bawak masuk baby untuk menyusu, baby MAM sangat pandai. Terus je dia latch mulut dia kat nipple dah terus menghisap. Nurse pun puji cakap dia pandai. Alhamdulillah. Sementara tu, nurse tu siapkan report menggunakan pc sebelah katil bersalin tu. HSI memang hospital baru yang mengamalkan paperless. Saya sempat tanya nurse, tak payah masuk branula atau air ke? Nurse tu explain, tak payah la. Dia tengok saya ok je, so tak perlu. 'Masuk air' tu untuk kecutkan rahim. Alhamdulillah.

Adik hantar gambar di group wasap Aniq & Aqeela syok main dengan Rafiq
waktu kami tumpangkan mereka disana

Dalam pukul 3.30 keluar dari labor room dan dipindahkan ke ward kelas 2 (bilik 4 orang) katil no.5. Lepas tu minta encik husband belikan air milo. (dalam labor room tak dapat air milo). Saya tidur sekejap sementara darah banyak keluar. Risau juga macam nak pitam, nurse soh rehat dan makan je dulu. Sebelum encik husband pulang (habis waktu melawat pukul7), dia sempat tolong saya tukar pad di toilet dan bawa saya check jahitan di bilik doktor. Dia juga ada belikan 2 biji pau untuk di makan. Tapi saya dah perabih makan pau tu awal malam. Waktu tengah malam perut berkeroncong menahan lapar. Terlupa pula hospital kerajaan tak menyediakan supper. Nak call husband, minta bawakan makanan macam kesian pula. Nasib baik ada bekalan kurma yang saya bawa untuk boost tenaga. Jadilah bekalan makanan saya malam tu kurma je, dapatlah bertahan laparnya. Oh ya..biasa lah dok hospital dengan baby memang payah nak tidur, Malam paling panjang saya rasa waktu tu. Dengan 2 orang lagi penghuni yang baru masuk. Memang tidur-tidur ayam jela malam tu. Esok paginya lepas doktor membuat lawatan, saya dan rakan sebilik semuanya boleh discharge. Cepat-cepat call husband suruh datang ambil. Dalam pukul12 jugalah kami selesai semua procedure dan selamat berangkat pulang ke rumah.

Bergambar dengan pink robe & grey sock sebelum discharge

Setakat dah ada 3 orang anak ni..Alhamdulillah, ni lah birth story yang paling cepat dan mudah yang saya alami. Semuanya rezeki dari Nya, kita jangan putus asa untuk berdoa yang terbaik. Sentiasa positif ketika mengandung. Jangan fikir yang bukan-bukan.

Lagi satu tips yang saya nak kongsi, sewaktu mengandung..bila penat letih buat kerja rumah tu. Cuba buat dengan seikhlas hati (sebab kalau tak ikhlas, kita dapat penat je..kerja rumah nak tak nak still kene bereskan, btul tak) dan mohon doa dengan Allah, semoga segala kepayahan ini kau balas la balik dengan kesenangan ketika melahirkan. InsyaAllah dipermudahkan. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Monday, October 20, 2014

Penjual Shaklee Kemaruk ESP

Hehe, tajuk entri tak cukup kontroversi ke? Yup, memang kemaruk sangat dengan ESP ni..mana tak nye? Sebab kami-kami dah rasai sendiri kehebatan ESP Shaklee. Macam-macam cara pembenci ESP cuba nak provoke kami dengan keburukan ESP, tapi kami tetap teguh tegar sukaaaaaaaaaa gilerrrrr kat ESP. Dah jatuh cinta habis dah. Betul, bukan main-main punya cinta. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kalau stakat baru minum setong ESP, tu pun dekat setahun baru nak perabih agak payah la nak jatuh cinta..yer dak?



Saya pun camtu gak dulu...tak berapa nak jatuh cinta sangat ngan ESP, kengkunun takut gak kan pasal agenda yahudi..yela, ESP is Soy Protein Isolate Powder. Diorang dok agung sangat soya ni, apehal kan. Cewah, gitu pandangan ikhlas saya pada ESP dulu..huhu..tapi saya beli gak la, sebab dah dalam Set Menyusu Lengkap ada ESP. Tapi minum gitu-gitu jela, dan tak perasan pun perubahan yang saya alami selain dari membanyakkan susu badan.

Pada entri kali ni saya taknak cerita tentang kelebihan ESP dari segi saintifik dan kajian. Ataupun beza soya ESP dengan soya lain yang terdapat di pasaran yang pernah saya cerita disini. Harini saya nak cerita sequel (susunan) kenapa saya boleh kemaruk dengan ESP ni.




Perkara pertama yang buat saya jatuh cinta dengan ESP ialah menyebabkan saya tak payah bangun malam banyak kali lagi sebab susu saya pekat macam yang saya share pada testimoni fai (nenny shaklee saya) disini. Seriously susu saya memang nampak perubahan dari yang sebelum saya kenal ESP. Warna nya gelap dan macam hijau sikit (bila beku).

Eh, apa kaitan pulak susu pekat & bangun malam?..hehe..ibu-ibu menyusu badan je paham pengalaman ni. Susu saya menjadi banyak sampai baju basah masa saya tidur. Bila susu banyak dan pekat, anak saya akan kenyang..sekaligus dia takdela bangun 2 3 kali sepanjang malam untuk menyusu. Kompem pengsan kekenyangan menjilat bibir...yummie. Satu lagi, saya sendiri tak bangun malam akibat kelaparan menyusukan si kecik macam saya ceritakan pada entri saya disini. Ok, paham tak kesinambungannya?





Pastu kan, ibu-ibu menyusu ni...memang kuat makan. Saya masa menyusukan aqeela sepenuhnya, makan memang macam 'bela hantu' orang opis saya kata. Haha..seyes asik lapar jer..breakfast mengalahkan 'King' dah..pastu antara selang waktu nak ke tengahari, mesti cari kudapan punya. Pukul 12 dah meroyan lapar lagi menggigil nak tunggu lunch. Betul...tak reka cerita tau! Bayangkan, sambil beli nasi berlauk untuk makan tengahari, saya mesti akan beli makanan sampingan lain macam burger ayam special ke..ataupun laksa untuk makan petang..fuhh, bukan buah-buahan mahupun goreng pisang pencuci mulut hokey. Seram orang opis tengok saya makan, saya pun seram tengok diri sendiri makan.hahahaha..




Alhamdulillah, ESP dapat bantu saya kawal rasa lapar. Kadang-kadang takut gak kalau badan meng'gemuk sebab mengketedarah tak kira waktu. ESP tidak menggemukkan. Bila ambil ESP, perut jadi penuh..rasa lapar kurang. Dalam masa yang sama tetap mengekalkan kuantiti susu yang saya pump. Kolestrol juga rendah, tak perlu takut untuk makan apabila lapar lagi. Kalau tak, nak makan telur goreng tengah malam pun seram juga kalau kira kolestrolnya. ESP sendiri mempunyai indeks glesemik yang rendah, dimana ia akan melepaskan tenaga sedikit demi sedikit dan amat baik diambil oleh mereka yang menghidap diabetes. Apa itu indeks glisemik yer? Meh baca apa yang diterangkan pada gambar dibawah.




ESP juga bukan sekadar protein, kandungan ESP juga turut disertakan vitamin-vitamin lain seperti Vitamin B, Asid Amino, Kalsium & Iron. Kelebihan lain selain dari itu, kulit kaki saya yang merekah teruk dari zaman students dulu pun dah lembut kemerah-merahan okey. Yelah, zaman student mana mampu nak pakai losyen bagai. Bila dah kerja, tak berapa nak rajin pulak..(haha, saya memang malas bab losyen-losyen ni).





Stretch mark di perut selepas melahirkan juga turut pudar (belum hilang sepenuhnya) dengan mengamalkan ESP dan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Untuk kulit pula, tak usah cerita la..lebih moist dan cerah berbanding sebelum ini. Mungkin anda boleh google pelbagai testimoni kecantikan selepas mengamalkan ESP dalam tempoh masa tertentu. Bukan hangat-hangat taik ayam, baru minum satu canister terus komplen dengan SID Shaklee, ESP ni tak best. Upss..

Itu jela coretan saya pada hari ini. Yang baik kita sebar dan kongsikan supaya dapat dimanfaatkan untuk semua. InsyaAllah. Yang penting kita berusaha mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sederhana dari segala hal. Itu memang telah diajar dalam agama islam kita sendiri. Istiqamah dan tidak berlebih-lebih dalam setiap sesuatu.

Pastikan anda mendapatkan nasihat dari SID yang benar-benar menjaga kebajikan anda sekiranya ingin mengambil setiap jenis suplemen tidak kira dari Shaklee atau yang lain.




Ohh ya, Promosi Oktober 2014 masih berbaki 2 minggu. Beli 6 tong ESP, percuma 1. Jadi kami pengguna tegar ESP memang takkan lepas peluang untuk borong ESP sebab harga memang betul-betul jimat. Lagipun tarikh luputnya adalah pada Januari 2016. Kurang-kurang pun kami akan buat stok sorang 2 tong. Jika ada di kalangan pembaca yang teringin nak cuba ESP, dan nak dapat harga promosi ini. Jomla pm saya, saya akan jelaskan bagaimana. InsyaAllah saya akan bantu anda dapatkan ESP pada harga terbaik.




Berkongsi dari hati, untuk pelaburan kesihatan masa depan terbaik.






Thursday, October 9, 2014

Tips Membanyakkan Susu Ibu

Tahukah anda Konsep Supply And Demand?

Bila ada permintaan, baru ada penyediaan. Sama juga macam cara nak memperbanyakkan susu ibu. Makin kita beri anak kita minum atau ransang pengeluaran susu melalui pump (bagi yang tidak melaksanakan penyusuan secara terus), ia akan membanyakkan susu ibu. Its the power of giving! ;)

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman.

KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU.


Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi (melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku. BAGI YANG BERKERJA, WAJIB MENGE'PUMP SUSU DENGAN KONSISTEN, sangat membantu dalam pengeluaran susu yg stabil.

Banyak juga makanan penambah susu ibu yang berada di pasaran sekarang, tetapi semua ini tidak akan mendatangkan hasil yang positif sekiranya konsep utama ini tidak dipatuhi. Antara milk booster favorite saya ialah ESP Shaklee. Anda pula bagaimana?

Happy breastfeeding!

Tuesday, October 7, 2014

Kekurangan Protein Ketika Mengandung

TAHUKAH ANDA?

Kekurangan protein boleh menyebabkan kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim, plasenta (uri) dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel.

Kekurangan protein juga dikaitkan dengan peningkatan risiko ‘pre-eclampsia’. ‘Pre-eclampsia’ adalah masalah kesihatan di mana ibu hamil mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing.

Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada pre-eclampsia tetapi penyelesaiannya hanyalah satu iaitu bersalin sama ada secara ‘induce’ atau ‘Cesarean’. Jika tidak, ibu dan bayi berdepan dengan risiko kematian. ‘Pre-eclampsia’ juga boleh terjadi akibat kekurangan asid lemak omega-3, vitamin D, kalsium, dan magnesium. 


Saya pilih protein ESP sebagai pelengkap protein harian saya. Anda bagaimana? :)

DAPATKAN ESP PADA HARGA PROMOSI OKTOBER 2014. Jimat sehingga 25%. Jangan lepaskan peluang!



Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk ESP dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540



*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.


Tuesday, April 22, 2014

[Testimoni Produk] ESP Jadikan Susu Ibu Pekat

Nak share testimoni sendiri.. Semoga ianya bermanfaat untuk semua...

Sebelah kiri tu susu perahan selepas Fai minum ESP..
Sebelah kanan, susu perahan tanpa ESP..

Nampak pekat kan? 





Kenapa minum ESP susu jadi lebih PEKAT??

Kerana ESP ni PROTEIN SOYA.. Komponen UTAMA susu ibu terdiri daripada protein. Bila badan dapat sumber protein yg CUKUP, penghasilan susu akan jadi lebih pekat. Secara tidak langsung akan buat baby rasa CEPAT KENYANG...

Keunikkan ESP Shaklee ni, ialah ianya PROTEIN SOYA SEMULAJADI yg menepati 7 kriteria pemilihan protein soya terbaik... Sebab itu tidak hairan ESP ni adalah OUR BEST SELLER sepanjang tahun. Setiap hari ada jer customer yang akan repeat order ESP.. Yang bestnya, ESP ni bukan sahaja untuk ibu menyusu, ianya untuk KESIHATAN MENYELURUH. Untuk dapatkan kulit cantikkk, flawless dan bebas jerawat.. Untuk yang nak DIET.. Untuk ENERGY BOOSTER.. banyakkk lagi la benefit ESP ni.


** Testimoni ini saya ambil dari upline Shaklee saya sendiri di blog beliau disini.

Saya sendiri telah mengalami kehebatan ESP Shaklee ini, susu badan lebih banyak dan pekat. Anak lebih lena tidur di malam hari, dimasa yang sama saya dapat tidur yang berkualiti kerana tidak perlu bangun kelaparan dimalam hari. Alhamdulillah.. Kini saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana yang ingin mendapatkan susu ibu yang berkualiti untuk si manja anda. Jangan segan silu untuk PM saya tentang ESP, saya bersedia melayan anda pada bila-bila masa, Insyallah



Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk ESP dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540



*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Monday, March 24, 2014

[Info Produk] Apa Beza ESP dengan SOYA JENAMA LAIN di pasaran?

Kebaikan ESP Shaklee

1. Protein dari soya TIDAK DIUBAHSUAI SECARA GENETIK (Non-GMO) yang dipantau oleh proses pensijilan Identity Preserved Program (IPP).

2. Membekalkan kesemua 9 ASID AMINO penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia iaitu histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine.

3. INDEKS GLISEMIK (GI) RENDAH iaitu 39 yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang normal.

4. Terbukti secara klinikal dapat MENGEKALKAN TENAGA selama berjam-jam.

5. Diproses melalui kaedah pemanasan minimum dan pencucian menggunakan air (bukan menggunakan alkohol seperti kebanyakan produk soya lain) yang MENGEKALKAN ISOFLAVIN (bahan organik semulajadi dalam kacang soya yang mudah rosak melalui pemprosesan). Isoflavin memberi banyak manfaat kepada kesihatan manusia.

6. Satu hidangan membekalkan 14g protein dan 50% dari keperluan KALSIUM harian.

7. TIDAK MENGANDUNGI LEMAK TEPU, LAKTOSA dan BEBAS KOLESTROL

8. TIADA TAMBAHAN PERASA, PEWARNA, PENGAWET dan PEMANIS TIRUAN

9. Disahkan HALAL oleh badan yang diiktiraf JAKIM.

10. DILULUSKAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pengambilan ESP langkah bijak untuk membantu anda mendapat kesihatan menyeluruh!




Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk ESP dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540



*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

[Testimoni ESP] Kisah Cinta Saya & ESP

Dulu sblm saya kenal ESP ni, saya selalu kejut husband saya tgh mlm ajak makan..
tak kesah la biskut mayat cicah milo ke, nasi ke, burger ke..siap kalau husband saya keluar ngeteh memalam, mesti tapau roti nan cheese sbb tau bini dia ni akan bgun tengah mlm sbb lapar..guilty pleasure katanya...hehe..

Pernah satu mlm tu, asben saya yang tgh tidur, tetiber dier leh bangun terperanjat sbb nmpk makhluk kat hujung katil tgh siok mkn biskut..saya ler makhluk tu...hahaha 

Bila knal esp, saya suka minum sblm tido..sbb dh tak payah bgun kelaparan di tengah mlm lg..anak kejap je pengsan kekenyangan sebab susu pekat dan banyakl. Sekaligus saya dapat tidur yang berkualiti..Malam-malam nak makan berat, takut nanti badan naik. ESP lah penyelesaiannya.

Alhamdulillah saya dapat menyusukan anak kedua saya sehingga 1 thn 6 bulan berbanding anak pertama saya hanya bertahan sampai 6 bln je.. Kita mencuba & berikhtiar sehabis baik, dan hanya Allah lah sebaik-baik pemberi rezeki.. 

Bulan Mac 2014 ni masih berbaki 7 hari...sempat lagi untuk ibu-ibu yang selalu kelaparan di tengah malam borong ESP dengan promosi BUY 6 FREE 1. Boleh simpan sampai setahun sebab expired date dia penghujung 2015.



Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk ESP dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121


*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Monday, March 3, 2014

[MAC 2014] ESP Soy Protein Isolate Powder

Alhamdulillah..
promosi ESP Shaklee adalah promosi yang paling dinanti-nantikan oleh pengguna-pengguna setia dan bakal pengguna Shaklee..antaranya ialah saya sendiri..hehe..saya adalah pengguna tegar ESP ni sudah hampir 2 tahun. Memang sangat banyak la faedahnya..antaranya anda boleh baca pada post saya di sini
Ia adalah KILLER PRODUCT SHAKLEE. Inilah masa yang sesuai untuk mencuba (bagi yang pertama kali ingin mencuba), dan berjimat bagi pengguna tetap seperti saya.



JIMAT SEHINGGA RM230!! 
Ehh...biar betol?!..Macam tak percaya je...meh saya citer sket mcm mana..

1 Canister berharga RM150

Beli 6 Canister, PERCUMA 1 Canister JIMAT RM150

Beli 6 Canister, PERCUMA KEAHLIAN SEUMUR HIDUP JIMAT RM65

Hepp, jangan lupe postage pun PERCUMA JIMAT RM15 (barang besar & banyak)

Jumlah Penjimatan RM150 + RM65 + RM15 = RM230



Bila dah jadi ahli, bulan hadapan layak mendapat BONUS

Dahla JIMAT, UNTUNG plak lagi..ewahhh

Mereka yang tamak akan penjimatan akan terus membeli 6 canister sekaligus! Mahu harga "istimewa" anda tahu apa yang perlu anda lakukan 




Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
Untuk konsultasi bagi pembeli produk ESP dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Monday, February 3, 2014

[Testimoni Produk] Sesi Mengurut Memang Memalukan Kalau Perut Ada Stretch Mark

Ni kisah minggu lepas, disebabkan bibik sibuk sangat nak panggil orang urut badannya yang letih-letih berkerja kt rumah saya..terpaksalah saya panggil orang datang mengurut ke rumah mertua (kebetulan saya balik ke rumah mertua waktu tu)..

Saya yang memang dah lama tak berurut pun tak lepaskan peluang..sekali sekala apa salahnye kite reward diri yer tak..Pandai juga kak erna (nama tukang urut) itu mengurut, kuat sungguh tenaganya. Saya sebenarnya part paling malu masa mengurut ini adalah terpaksa membuka anggota tertentu untuk tatapan si tukang urut (sila jaga fikiran anda)..anggota yang saya maksudkan ialah perut ya!

Almaklumlah, saya ni bukan jenis orang yang rajin nak pakai cream-lotion-baby oil bagai untuk stretch mark sewaktu kehamilan. Sebab biasanya, waktu mengandung takdela obvious sgt kt perut tu rupa kulit limaunya, tapi setelah habis waktu pantang..stretch mark diperut masih juga tidak hilang sepenuhnya. Rutin berpantang dan berbengkung tidak cukup untuk mendapatkan kembali rupa kulit perut yang asal semasa anak dara..huhu

Dah tentu lah bukan gambar perut saya..hehe


Tapi kali ni lain sedikit, kak erna tu siap puji melihat perut saya yang agak pudar stretch mark nya..masih ada, tapi sudah tidak jelas 'keburukkan' nya (tidak seteruk sebelah kiri seperti gambar diatas)..Alhamdulillah, ini mungkin berkat saya minum ESP lebih kurang hampir 2 tahun, yang pada tujuan asalnya hanyalah untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu kepada anak saya Aqeela. Susu pun pekat, dapat bonus hilang stretch mark lagi.

Resepi favourite saya, ESP + Pati Kurma


Saya taknak overclaim yang sebulan selepas minum ESP anda akan terus dapat perut yang cantik tanpa stretch mark. Tapi penggunaan yang konsisten memang sangat-sangat membantu. Yang penting, penyusuan susu ibu harus diteruskan sehingga anak 2 tahun seboleh-bolehnya...kerana percayalah, itu adalah faktor utama kenapa perut ibu-ibu lepas bersalin kembali kepada asal. Insya Allah..


1001 Kebaikan ESP Shaklee

Kini ESP adalah teman setia saya...walaupun saya sudah tidak menyusukan Aqeela lagi. Sebab ia mempunyai 1001  khasiat yang lain. Sesiapa yang telah terjebak dengan ESP pasti akan repeat order. Anda tak percaya? Jom try sekali!

ESP juga berfungsi sebagai pelengkap untuk setiap set vitamin

Protein yang lengkap, yang baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat.


Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
Untuk konsultasi dan harga terbaik, jangan segan silu untuk hubungi saya. Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...