"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label word to ponder. Show all posts
Showing posts with label word to ponder. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Berkorban Nyawa

Catatan ini ibu & ayah tujukan khas untuk anak-anak kami..
Muhammad Aniq Mikail & Nur Aqeela Mayesa.

Bila sesuatu barang milik seorang anak terjatuh, seorang ibu akan membantu memungut kembali barang tersebut lalu menyerahkan ke tangan anaknya. Bagi seorang ayah, dia akan membiarkan anaknya tunduk untuk mengambil sendiri barang tersebut dan ayah akan mempastikan anaknya boleh tunduk dan bangkit semula dengan selamat tanpa kepalanya terhantuk kepada sesuatu.


Bila seorang anak ingin melintasi satu sungai melalui satu titian, seorang ibu akan memimpin tangan anaknya melalui titian untuk menyemberangi sungai tersebut. Seorang ayah sebaliknya akan melalui terlebih dahulu titian tersebut demi mempastikan ianya selamat dilalui. Kemudian barulah ayah akan menghulurkan tangan untuk memimpin anaknya bagi melintasi titian dengan selamat.

Bila seorang anak terkena panas pancaran sinar matahari, ibu akan mencari sesuatu samada kain atau kertas untuk memayungi anaknya. Ayah pula akan melihat dari mana datangnya cahaya matahari tersebut lalu ayah akan duduk di situ bagi menghalang cahaya matahari terkena anaknya dan meneduhkan anaknya dengan bayang dari tubuhnya sendiri.

Seorang ibu memimpin anaknya supaya selamat melintas jalan. Seorang ayah akan sanggup berada di tengah jalan untuk memberhentikan pergerakan lalu lintas demi memastikan anaknya boleh melintas dengan selamat.

Seorang ibu mungkin berjaga malam bagi mempastikan anaknya dapat tidur tanpa diganggu nyamuk. Seorang ayah sanggup menggadai nyawa di tengah gelombang lautan demi memastikan anaknya dapat menikmati sesuap makanan.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih seorang ayah sanggup bergadai nyawa…

-Catatan Azmanpedia 

Nukilan oleh DrAzmanIbrahim

Wednesday, January 7, 2015

Jurnal Kesyukuran 2014


Alhamdulillah untuk permulaan tahun baru masihi 2015. 
Pejam celik, cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Untuk penutup tahun 2014, dalam segala nikmat kesyukuran yang ada, tidak dilupa calit-calit kesedihan sebelum berlabuhnya tirai 2014.

Pak uda ku Arwah Azizan bin Jaafar telah kembali ke rahmatullah pada 17 Disember 2014. Pemergiaannya akibat kanser pakreas sangatlah cepat. Hanya sebulan setelah disahkan kanser tahap 4, dia pergi meninggalkan kami. Waima, sebotol Vivix yang ku berikan padanya juga belum habis diminum. Katil hospital yang ayah sediakan padanya di rumah nenek hanya sempat digunakan semalaman sahaja. 

Walaupun pak uda ku tiada zuriat sendiri, tapi beliau kaya dengan anak murid. Seorang guru yang sangat dekat di hati anak-anak muridnya. Ramai anak murid nya yang datang dari jauh & dekat. Malah, anak murid yang sudah berkahwin juga turut hadir mengiringi perjalanan terakhir beliau. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya tempatkan beliau di kalangan orang-orang soleh.

Seminggu kemudian, pada 24 Disember 2014. Malaysia pula menangis dengan ujian besar dariNya. Bah terbesar melanda negara. Banyak korban jiwa, harta & tempat tinggal. Pada saat ku coretkan catatan ini, 7 Januari 2015, masih ramai lagi mangsa yang masih belum surut lagi air di rumah-rumah mereka. Pasca banjir lebih perit ujiannya.

Sebenarnya ujian 2014 memang banyak tak terungkap. Ujian sebagai amaran dari Nya barangkali. Dengan tragedi penerbangan lepas satu-satu. Saudara seagama diseluruh dunia yang lebih susah lagi ujiannya dari kita. Allahuakbar. Cuma kita sebagai insan biasa, seringkali cuba lari dari mengingat kembali detik-detik pahit dan hanya cuba mencatat yang indah sahaja. 
Adakah setiap nikmat bahagia sahaja yang perlu disyukuri? 
Bukankah ujian juga satu nikmat?

Rasulullah SAW bersabda:  "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya."  (Riwayat Muslim)




Bagaimana dengan tahun 2015? Apakah ujian yang bakal diberikan untuk kita semua?
Doa saya..Semoga saya, kaum keluarga, zuriat keturunan dan anda pembaca semua diberi pengakhiran yang baik dan sentiasa berada dalam golongan dalam orang-orang yang beriman.
Amin

Tuesday, September 9, 2014

Petua Menahan Marah Terhadap Anak Kecil Dari Prof Muhaya

Mengawal marah terhadap anak-anak...

Saya sendiri secara personal agak sukar mengawal kemarahan bila bersama anak-anak, terutama ketika meraka bergaduh sesama sendiri. Husban saya jarang berada disisi, selalu dia akan tegur saya bila saya mula naik suara dengan anak-anak. Katanya, macam mana kalau dah tua nanti anak-anak buat perkara yang sama pada saya. Insaf kejap ok...sedih pun yer...tapi encik asben memang sangat bersabar dengan kerenah anak-anak..mungkin juga sebab dia jarang berjumpa dengan mereka. Anak-anak pun pandai 'behave' bila bersama ayah mereka. Saya perhatikan antara rahsia nya ialah melayan sama rata aniq & aqeela. Jadi mereka tidak cemburu dan bergaduh sesama sendiri.

Tetapi suami saya tidak selalu ada dengan kami untuk mengingatkan saya dan meredakan kemarahan saya, saya perlukan 'sesuatu' untuk menahan marah saya. Saya sedang belajar memperbaiki diri saya. Kadang kala saya berjaya menahan marah, tapi kadangkala terlepas juga. Walaupun tidak secara fizikal, tetapi saya kerap rasa bersalah selepas 'terlepas' marah kepada aniq atau aqeela secara verbal.

Disini saya petik satu tips dari Prof Muhaya,

Soalan:

 Saya sukar mengawal perasaan marah pada anak yang masih kecil, baru berumur setahun lebih. Mohon nasihat Prof.

Jawapan:

Wanita, jika ada suami, ada anak, ada sumber ekonomi yang bagus sudah ada syurga di dunia sebenarnya. 

Perhatikan berapa ramai wanita yang belum dapat jodoh, sibuk minta jodoh. Yang belum ada anak, sibuk minta anak. Tetapi bila dah dapat, banyak pula komen nak menjaganya. 

Jadi wanita, tolong ada sifat tawaduk. Tolong jangan rasa diri lebih daripada orang lain. Kita hanya berani marah orang jika kita rasa kita lebih daripada orang lain. Siapa kita untuk merasa begitu? Anak kecil itu, jika meninggal, terus menjadi ahli syurga. 

Saya teringat kata-kata Hasan Al-Basri, “Bila aku pandang orang kafir, aku merasa malu dengannya kerana jika dia mengucapkan kalimah syahadah, akan terhapus segala dosanya. Sedangkan aku memohon doa diampunkan segala dosa tetapi belum tentu lagi doaku dimakbulkan.” Begitu juga pandangannya terhadap anak kecil yang belum berdosa. Oleh itu bayangkan anak itu sebagai ahli syurga, oleh itu jagalah mereka dengan penuh kasih sayang. 

Saya ingin cadangkan pada orang yang suka marah, pakai getah pada tangan dan setiap kali ingin marah, tarik getah itu sebagai peringatan. Ini adalah teknik NLP dan boleh menjadi terapi yang baik untuk mengawal marah. 

Begitu juga jika kita suka mengumpat, tampar pipi sebagai peringatan. Lama-kelamaan kita akan boleh tinggalkan tabiat buruk ini. 

Ada lagi dua kata-kata ulama yang ingin saya kongsi di sini, 
Pertama - “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku merasakan semua orang lebih baik daripada diriku.” 
Kedua: “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku bergantung hanya pada Allah.” 

Bayangkan jika kita hanya bergantung pada Allah dan merasakan semua orang lebih baik daripada kita, kita sudah mencapai kesedaran ketuhanan yang sangat tinggi dan InsyaAllah mendapat syurga dunia dan syurga akhirat. Jadi ibu-ibu jangan marah anak-anak di rumah, mereka itu semuanya ahli syurga.



Saya petik petua ini dari blog ini. Penulis blog mencatat isi yang beliau dapat dari salah satu ceramah Prof Muhaya iaitu Reset Minda Penyabar dalam slot Islam Itu Indah di radio Ikim pada 6 Jun 2012. Kadang-kadang bila saya mendengar ceramah Prof Muhaya di youtube, saya ada buat salinan pada buku nota untuk mudah mengingat. Tetapi tidak dicatat secara maya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger berkenaan yang banyak mencatat isi penting pelbagai tazkirah/ceramah.

Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu (muda terutamanya). Sama-sama kita perbaiki diri. Insyallah.



Tuesday, April 2, 2013

Bersegeralah..Sebelum Kesibukan Melalaikanmu

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. 

Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)


credit from PN. Lina Karim

Aku: Ya allah..aku bersyukur Kau telah temukan aku dengan catatan seorang ibu yang telah berjaya menjadikan anak-anaknya penghafaz Al-Quran mu..Semoga aku belum terlambat dalam mendidik amanahmu..dan ku mohon Kau permudahkan jalanku dalam setiap amalanku..Amin

Monday, October 8, 2012

Alam Nashrah

Ada satu masa ni..aku ada terdengar satu ceramah kt tv ni..ustaz tu ckp, cuba kalau kita bukak je al quran secara random..kita tgk terus kt ayat didalamnya..ayat first yg kita tgk tu, mesti ada kaitan dengan apa yang kita tgh alami atau fikirkan..

Dalam kerunsingan dan kesusahan yg tengah aku alami skarang (which is aku mls nk mention secara public kt sini)..smlm ptg, selepas solat mgrib sempt gak aku try petua ustaz tu..niat dihati mmg nk bace alquran sbb hati tgh runsing ni...tp nk baca surah yg panjang2 mmg tak berkesempatan la..sbb aniq ngn aqeela takde sapa yg jaga..aku cuma bertiga je di rumah skang..

Bukak je..ayat yg terpapar masa tu ialah surah al-insyirah ni..atau biasa kita dgr..alam nashrah..
subhanallah,allahuakbar..terasa mcm tuhan berhubung dengan aku melalui ayatnya..sbb selama ni mmg biasa baca ayat ni..tp tak pernah nk dalami atau nk ambil tahu tentang maknanya..

Terjemahan ayat


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ     Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?

2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ    Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ       yang memberatkan punggungmu?

4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ         Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا      Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا       sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ      Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-             sungguh (urusan) yang lain,

8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Kalau rasul junjungan mulai kita pun diuji...apalah sangat ujian yg aku tgh hadapi ni...cuba korang cuba buat apa yg aku dh try buat ni..kagum tau..lega dan gembira aku lepas tu, sbb aku rasa Allah sentiasa ada bersama dan tidak pernah membiarkan kita kesorangan..walaupun aku mmg dah tinggal sorang-sorang ni..
chaiyok2 ati..u can do it, supermom! ;)

Monday, August 13, 2012

Baru Ku Tau

Tak sampai seminggu ramadhan akan pergi meninggalkn kita
Apa yg korang dh prepare utk raya?..baju raya bape psng?..kuih dh berapa balang?..ceciter sket..ceciter.. ;)
Aku takla beria sgt raya tahun ni..mungkin sbb kewangan tak mengizinkan kot

Tahun ni raya ketiga aku sebagai seorang isteri
Raya kedua sebagai seorang ibu kepada aniq
dan raya pertama bersama aqeela..

Ini mungkin raya yang paling sederhana..
aku hanya pakai baju yg mak aku belikan..tudung pn mak bagi
incik husband pakai baju tahun2 sudah..
tp utk anak..habis gak la duit aku belanja..
walau tak seberapa..tp dpt la sorg 3-4 pasang
baju bdk kecik bkn murah..seb baik aku dh beli awal2 sblm puase
masa kursus kt kl..aku sempat serbu sale sogo
blk jb haritu..sblm naik kerja dpt gak meroyan kt aeon card day
hangus dlm RM300..kalau takde sale tu..mau gak cecah RM500..hurmm

Baru lah aku tau atau rase cmne parents kita beraya
Walau sesempit mana pun..anak2 mmg didahulukan..bahulu dikemudiankan..kehkeh
Dulu2 time kecik..aku main petik je baju per nak
kasut main sarung je brand per nak..(time tu bata la pling glame skali)
Mane aku kesah mak ayah aku ade duit ke idak..

Kalau tahun lepas aku tak rasa sgt..bkn sebab bilangan anak
tp sebab tahun nk mmg time raya tu wrong timing sket
sbb rumah aku siap pn time yg sama..
so..duit dh bnyk ke tmpt lain..tujer..
bkn sebab tahun lepas aniq sorg..atau tahun ni tambah aqeela
rezeki anak2 tu tetap ada..jgn risau..

Dlm sempit2 cenggini..bleh plak mak aku merangkap nenek bdk2 ni
siap belikan baju melayu aniq dan baju kurung aqeela
baju aku pn skali..tolong hantar jahit skali..kelllasss
aku tak mintak pun..tah apsal tah mak aku taun nih
excited nk kitorg sume sedondon..
sbb sblm puase haritu aku ada bgtau dier yg ktorg satu fmly kecik ni
taknak sama sedondon ngn fmily aku kt mlk
sajer nk lain..tu yg mak aku beli senyap2
aku tau pn sebab adik aku as informer bgtau..huhu
rezeki jgn ditolak..syukur atas nikmatnya yang tak pernah putus

Walau mcmana sempit pn kite..susahnya kita
baju raya masih berganti..
pagi raya masih sempat bersalaman dgn keluarga tercinta
duit raya insyallah masih mampu diberi
Sbnrnya masih ramai yag nasibnya jauh lebih sedih dari kita
Selagi tangan masih diatas..dan mampu bayar zakat fitrah
kita taklah sesusah mana..
jangan lupa panjatkan terima kasih padaNya..alhamdullillah


hasil tangkapan


bahan bukti penyebab duit hangus



Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah."

(HR. Al-Baihaqi)


Friday, May 11, 2012

Wise Quotes From Prof Dr Muhaya



 Teach our children about the Law of Attraction.
 Teach them to stop worrying about what might happen.
 Instead, teach them to think about what they would like to happen.
 Show them the importance of saying good things about themselves and others.
 Remember, you are their role model.
 Sometimes, you’re even their hero.
 Don’t let them down.

like her page here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...