Omega-3 dan Susu Ibu
Tahukah anda bila kita mendapat sumber Omega-3 (salah satunya ialah DHA) yang pertama dalam hidup? Ya, sudah tentu daripada ibu kita yang tercinta. Ia bermula sejak di alam rahim lagi. DHA yang tersimpan di dalam badan ibu akan diserap oleh janin sebanyak yang diperlukan. Begitu jugalah dengan nutrien-nutrien lain yang diserap oleh janin sepanjang kehamilan. DHA begitu penting bagi janin untuk memastikan proses perkembangan sistem saraf otak dan retina berjalan dengan baik.
Setelah bayi lahir, pemberian DHA diteruskan melalui susu ibu yang sangat unik dan hebat yang dijadikan oleh Allah Ta'ala. Kurniaan yang hanya dikhususkan kepada kaum ibu. Betapa beruntungnya kita sebagai ibu jika mampu menyusukan anak kerana ia bukan sahaja merapatkan ikatan hati malahan merupakan sumber makanan pertama bagi seorang bayi. Bagi muslim, sangat digalakkan untuk menyusukan anak disertai dengan zikir-zikir atau bacaan al-Quran sebagai satu langkah pertama untuk mendidik anak mengenal Pencipta Semesta Alam.
Tahap Kandungan DHA Dalam Susu Ibu
Umum mengetahui bahawa tempoh penyusuan terbaik adalah selama 2 tahun. Mengapa 2 tahun? Ini kerana selama tempoh itulah merupakan tempoh yang sangat sangat penting bagi perkembangan otak anak. Tahniah diucapkan bagi ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak selama 2 tahun. Bagi ibu yang tidak dapat mencapai tempoh tersebut, usah gusar dan risau. Masih ada cara lain untuk membantu perkembangan otak anak kita. Di samping itu, doa seorang ibulah yang paling penting dalam kehidupan seorang anak.
Terdapat kajian dijalankan ke atas beberapa buah negara mewakili benua menunjukkan perbezaan antara tahap kandungan DHA di dalam susu ibu. Kandungan DHA dalam susu ibu di negara Jepun menunjukkan bacaan yg paling tinggi di antara negara lain yang terlibat.
Kita sedia maklum bahawa penduduk Jepun memang menjadikan ikan sebagai makanan harian mereka. Maka tidak hairan jika kandungan DHA dalam susu para ibu di Jepun mencatatkan bacaan paling tinggi. Begitu jugalah dengan penduduk yang banyak memakan ikan dalam diet mereka. Di US, satu kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu menyusu di Amazonian Bolivia (yang banyak memakan ikan) mempunyai tahap DHA 400 kali ganda banyaknya dari negeri-negeri lain.
Kepentingan Omega-3 Bagi Ibu Hamil dan Menyusukan Anak
Omega 3 bukan sahaja boleh membantu dalam pembinaan dan perkembangan otak dan retina janin. Ia juga sangat penting bagi diri ibu sendiri. Omega-3 boleh melancarkan peredaran darah agar dapat:
• Membantu ibu mengekalkan tekanan darah yang normal
• Membantu memecahkan lemak dan mengawal masalah obesiti
• Membantu mengurangkan tekanan di bahagian leher seterusnya membantu mengelakkan tekanan
(stress) dan sakit kepala yg dialami oleh ibu
• Membantu menurunkan tahap kolestrol dan mengurangkan tahap risiko penyakit jantung
• Membantu meningkatkan tenaga agar sentiasa produktif dan aktif
• Bertindak sebagai anti-radang jika ada masalah alahan, masalah sendi dan sebagainya
• Membantu menghindarkan pembekuan darah dalam badan (vena varikos)
• Membantu mengelakkan daripada berlakunya kelahiran pra-matang
• Membantu mengelakkan daripada berlakunya depressi pospartum
• Terakhir sekali Omega-3 sangat penting diambil oleh ibu hamil kerana Omega-3 yang tersimpan di dalam tubuh ibu akan kehabisan kerana dipindahkan atau diserap oleh anak. Apabila kita kekurangan Omega-3 maka pelbagai risiko akan dihadapai seperti kanser, penyakit jantung dan paru-paru, depressi, insomnia, migrain, anxiety, pembekuan darah dan sebagainya.
Sumber Omega-3
Asid lemak ini boleh didapati daripada pemakanan seharian kita. Ikan sememangnya terkenal dengan kandungan Omega-3 yang tinggi. Antara ikan yg mempunyai Omega-3 yang tinggi ialah ikan laut air sejuk seperti ikan parang (herring), ikan sardin, ikan kembung (mackerel), ikan bilis, ikan salmon dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu yang banyak memakan ikan berasid lemak tinggi mempunyai tahap deperssi yang rendah berbanding dengan yang tidak memakannya.
Namun, hari ni berlaku banyak pencemaran hatta ikan sekalipun terutama ikan yang dibawa jauh dari persisiran pantai. Untuk memelihara fizikal ikan agar nampak segar, satu bahan kimia telah dicampur dalam kebanyakan ikan agar tidak mudah rosak dan kekal segar.
Omega-3 dan OmegaGuard Shaklee
Sumber OmegaGuard -
OmegaGuard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti ikan parang (herring), ikan sardin, ikan bilis dan ikan kembung (mackerel) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari minyak hati ikan dan OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
Kandungan Omega-3 dalam OmegaGuard -
OmegaGuard mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Satu sajian OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
Kaedah penghasilan OmegaGuard -
OmegaGuard tidak dihasilkan seperti kebanyakan produk minyak ikan yang lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mendapatkan minyak ikan. Kaedah ini bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien malah ia tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
OmegaGuard menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Ia melalui proses penyulingan propretari tiga molekul untuk:
• Mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi.
• Menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychloronated biphenyl (PCB)
Oleh itu, para ibu hamil dan menyusukan anak anda disarankan untuk mengambil supplement minyak ikan agar kesihatan anda berada di tahap optimum. Ia juga sangat bagus utk perkembangan sel-sel saraf otak anak anda dan retina mata mereka. Pilihlah minyak ikan yang tertulen dan terbaik kerana diri anda sangat dihargai di seluruh dunia sebagai IBU YANG MELAHIRKAN GENERASI SETERUSNYA. Kesihatan anda menentukan kesihatan bayi anda. Pilihan di tangan anda.
*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Penghantaran produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.
Hubungi saya Izzati Izni (ID No: 927121) di talian +60197736540 (pm/whatsApp) untuk sebarang pertanyaan dan order. Konsultasi pemakanan berterusan akan diberikan khas untuk pelanggan saya.