"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Majlis Kesyukuran Post Raya

Disebabkan tahun ni belum story pasal raya lagi (walaupun dah nak masuk raya haji), tapi nak gak tinggalkan sedikit coretan tentang kenduri yang kami adakan & gambar buat kenangan. Majlis diadakan pada 31 Ogos 2014.

Sebenarnya majlis kesyukuran ni memang banyak tujuan, open house (walaupun dah habis syawal) merangkap sambutan hari kelahiran diri sendiri yang ke 19, housewarming yang dah masuk suam ni (sebab dah duduk 2 tahun) dan sekaligus nak berkumpul mengeratkan ukhwah bersama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Oh ya, dan hari merdeka sekali la sebab tarikh 31 Ogos kan. So, bila orang tanya majlis sempena apa? saya tak tahu nak jawab, sebab banyak agenda untuk diraikan. Alhamdulillah atas rezeki & nikmat untuk dikongsi.

Oklah, kita share gambar sekitar majlis jela eh..enjoy!

Paceri nenas, dalca, daging black papper & ayam merah

Menu kami adalah nasi jagung & set lauk nasi minyak yang biasa. Kami order kat mak siti macam biasa (kedai makan di kebayan air biru). Dapat sekali kuih talam & buah limau sebagai pencuci mulut. Side dish yang dibuat ialah roti jala by mak saya, kuah kari by mak mertua, pulut kuning by mokteh seremban dan kambing golek yang sedap mabeles. Saya lupa apa nama caterer yang buat kambing golek tu, tapi memang recommended oleh kawan-kawan incik asben yang dah pernah menggunakan perkhidmatan dari caterer yang sama. Nanti saya share yer. Dan saya hanya buat air & beli kek sahaja. ;)



Geng Kambing Golek mabeles

Long Chan

Family yang datang dari Melaka, terima kasih mak ayah & adik-adik

Jiran satu lorong ramai Chinese
 Saya ada story tentang gambar kat atas ni, uncle tu time salam dengan incik asben, dia siap tanya mana parents. Then asben tunjuk la our parents kan, mereka ingatkan kami duduk rumah mak ayah kami..mereka tak sangka kami yang empunya rumah..hahaha..agaknya kami berdua ni nampak muda kot walau umur nak masuk 30 an dah..hehe (bukan bangga, tapi nak share testimoni pengguna vivix...ewahh, sempat lagi promote Shaklee..hihi)


Geng Southern ODC

Dengan BFF merangkap Mak Shaklee saya ;)


dan anak-anak

Last but not least, my other half ;)
Terima kasih untuk asben, family, jiran & rakan-rakan yang sudi hadir. Alhamdulillah.

Friday, February 21, 2014

[Aniq : 3yo] Catatan Buat Aniq

Bismillahhirrahmannirrahim..


9.05 am 21/02/2014

Cut a long birth story short, Muhammad Aniq Mikail pun lahir..Alhamdulillah harini dah masuk 3 tahun.


Masih ibu tulis post ni, jam 5 pagi..birthday boy tgh lena dibuai mimpi :)

Aniq dah pandai cakap sket, gabungan perkataan pun dah banyak..pampers waktu siang dah tak pakai..malam je aniq pakai. Tadi waktu maghrib aniq tunjuk kt ibu yang aniq dah  boleh pakai seluar sendiri selepas buang air, alhamdulillah..tadi pun aniq tak mengaji, ibu bagi cuti hujung minggu..hehe..aniq masih di buku alfurqan 1, dan dah sampai huruf hijaiyah dengan baris depan (dhommah)..sikit lagi kita dah boleh pindah buku 2 yer nak. No rush, keep calm orang skarang kata ;)..tapi kene bersegera..ibu ada cakap kt aniq esok birthday aniq, nanti ibu beli kek untuk aniq ye, mungkin tunggu ayah balik minggu depan untuk kita sambut sama-sama. Tahun ni ibu tak buat majlis hari jadi macam tahun lepas, sorry ye nak. Ibu dah belikan aniq birthday present, tapi belum sampai lagi. Nanti dah sampai, kita main sama-sama ngn adik aqeela tau. Aniq kene sayang adik aqeela, big hugs n kiss always ok..ibu sayang kalian berdua. Semoga membesar menjadi anak yang soleh & sentiasa dalam lindunganNya..


Ibu sayang Aniq

Tuesday, February 26, 2013

Aniq : 2 Yrs Old

Alhamdulillah..dah masuk 2 tahun anak teruna aku..
Bersempena birthday aniq yg ke2..saje aku propose hasrat kat incik husband untuk wat majlis smbutan hari lahir kecil-kecil..mestilah kene wat proposal dulu..nk mntk budget dari menteri kewangan la katekan.kalo tak lepas kang, sape plak nk kluar duit beli makanan sume..huhuhu..ingat nk smbut skali birthday mak aku dan mil..sbb diorg nye birthday pn sama-sama bulan februari..tp disebabkan ayah aku kene hadiri majlis di klcc, so terpaksa lah mak aku batalkan hasrat untuk join birthday party ni. Walaupun tak hadir, malam sebelum majlis sempat lagi call aku tanye takde buat pulut kuning ke.. -_-'..huhu..sape yang excited lebih tah..

Majlis ni kitorang plan buat pada hari ahad, 24 Februari 2013..tak dapat buat pada tarikh birthday aniq sebab 21hb tu kn hari rabu..so,buat weekend je senang..tak jemput ramai tetamu pun..cuma keluarga incik husband, rakan rapat kami dan jiran tetangga selang beberapa rumah..

birthday boy

Tujuan asal lebih kepada berkenal-kenalan dengan jiran tetangga yang selama ni dok senyum je bila berselisih pandang..aku balik kerja paling awal pun dah pkul 5.30..selalunya mesti lajak ke pukul 6.00..jadi bila balik dah tak sempat nk join aniq main kt luar..aku akan sibuk bersiap mandi sebelum maghrib..aku akan biarkan aniq bermain dengan anak-anak jiran keliling ditemani bibik..dan masuk je pukul 6.30..aniq akan ku suruh masuk sebab upin ipin kt tv9 dah start..

deko tmpat hidangan..makanan lupe amik gmba

Menu aku pada majlis tersebut ialah meehoon/mee/nasi impit sup..haha..3 dalam 1..sonang keje..itu pun takde la senang mana..bersengkang mata gak la aku menyiapkan resepi nya..tapi sayang satu gamba makanan pun aku tak ambil..sibuk sangat amik gmbar anak..sampai lupa nak abadikan makanan yamg meriah tu...mak masak sendiri uolss!..hari ini dalam sejarah tau..*psst..tp dibantu oleh bibik la gak...haha..main tipu kan aku..berganti-ganti masak sambil menjaga budak 2 orang yang sibuk sama hari tu..

cik aqeela yg sgt bz haritu
Makanan sampingan pencuci mulut aku order je..ada cream puff, apam polkadot, ngn mini coklat cuppies...dadih aku buat sendiri..dan kek beli je kt secret recipe..hajat hati si ibu nk beli kek upin ipin untuk si aniq..tp memandangkan incik husband nmpk aku berjam-jam ngadap laptop untuk decide kek upin ipin yang mana, terus dia hangin -_-'...dengan kuasa veto nye..terus suruh aku beli kek secret recipe jek..hahahahha..

Tetamu aku jemput datang seawal pukul 3..tapi pukul 2 jiran cina aku dah datang, sebab dia nk balik singapore ptg tu untuk celebrate capgomeh malamnya. Aku pn layan jela..jemput makan sume. Tapi si aniq pulak buat hal..sbb pelik ramai2 budak perempuan main permainan dier..aku pujuk2..last2 masuk buai dan terus tido..upenye ngantuk nk tido..huhuhu

Jiran-jiran aku datang sikit-sikit..family incik husband muncul dh dekat pukul 4..dalam 4.30 baru acara potong kek dibuat..tu pun setelah bersusah payah memujuk aniq yang mengamuk sebab baru bangun tido dan culture shock sket sbb tgk umahnye ramai orang...selepas warming up, barulah dier senyum nak potong kek..legaaaaaaaa...

ohh..sesi potong kek la sangat..huhu

Dah abis sesi potong kek dan makan-makan pada pkul 6..ada banyak lagi makanan yang lebih..aku pun dengan laju nye sibuk membungkus..terus encik husband hantar kt pakguard..ader 6 bungkus besar, semua diorg sapu..siap cakap "oh..ni rumah yang buat majlis tadi ya.."..takpela..ader rezeki lebih, dapat la diorg merasa..kita kene berbaik dengan mereka, sbb diorg dh banyak tolong jaga rumah kita kn...

Mlm tu lepas maghrib..sesi bukak adiah plak..seawal jam9 semua dh mengaruk nk tido..termasuk ibu nye skali..hehe..penat woo..esoknya kerja


berebut adiah -_-'

Wednesday, February 20, 2013

Aniq : 23 months, 29 days

Esok adalah hari lahir Muhammad Aniq Mikail, genaplah umurnya 2 tahun..Alhamdulillah, syukur dengan kurniaan mu ya Allah..setiap hari-hari yang dilalui bersama seorang anak yang bernama Aniq menjadikan aku hambamu lebih berguna dan lebih menikmati sekecil-kecil perkara yang berlaku disekelilingku. Moga Kau pinjamkan Aniq padaku sehingga ku menutup mata ya Allah, amin...


my 1st attempt..not bad

ni kerja aku mlm smlm smpai pukul3 pg..huhu

Gambar adalah sedikit persediaan untuk majlis makan-makan kecil bersama keluarga dan jiran terdekat..in sya allah bakal berlansung hujung minggu ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...