"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, September 23, 2014

Majlis Kesyukuran Post Raya

Disebabkan tahun ni belum story pasal raya lagi (walaupun dah nak masuk raya haji), tapi nak gak tinggalkan sedikit coretan tentang kenduri yang kami adakan & gambar buat kenangan. Majlis diadakan pada 31 Ogos 2014.

Sebenarnya majlis kesyukuran ni memang banyak tujuan, open house (walaupun dah habis syawal) merangkap sambutan hari kelahiran diri sendiri yang ke 19, housewarming yang dah masuk suam ni (sebab dah duduk 2 tahun) dan sekaligus nak berkumpul mengeratkan ukhwah bersama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Oh ya, dan hari merdeka sekali la sebab tarikh 31 Ogos kan. So, bila orang tanya majlis sempena apa? saya tak tahu nak jawab, sebab banyak agenda untuk diraikan. Alhamdulillah atas rezeki & nikmat untuk dikongsi.

Oklah, kita share gambar sekitar majlis jela eh..enjoy!

Paceri nenas, dalca, daging black papper & ayam merah

Menu kami adalah nasi jagung & set lauk nasi minyak yang biasa. Kami order kat mak siti macam biasa (kedai makan di kebayan air biru). Dapat sekali kuih talam & buah limau sebagai pencuci mulut. Side dish yang dibuat ialah roti jala by mak saya, kuah kari by mak mertua, pulut kuning by mokteh seremban dan kambing golek yang sedap mabeles. Saya lupa apa nama caterer yang buat kambing golek tu, tapi memang recommended oleh kawan-kawan incik asben yang dah pernah menggunakan perkhidmatan dari caterer yang sama. Nanti saya share yer. Dan saya hanya buat air & beli kek sahaja. ;)



Geng Kambing Golek mabeles

Long Chan

Family yang datang dari Melaka, terima kasih mak ayah & adik-adik

Jiran satu lorong ramai Chinese
 Saya ada story tentang gambar kat atas ni, uncle tu time salam dengan incik asben, dia siap tanya mana parents. Then asben tunjuk la our parents kan, mereka ingatkan kami duduk rumah mak ayah kami..mereka tak sangka kami yang empunya rumah..hahaha..agaknya kami berdua ni nampak muda kot walau umur nak masuk 30 an dah..hehe (bukan bangga, tapi nak share testimoni pengguna vivix...ewahh, sempat lagi promote Shaklee..hihi)


Geng Southern ODC

Dengan BFF merangkap Mak Shaklee saya ;)


dan anak-anak

Last but not least, my other half ;)
Terima kasih untuk asben, family, jiran & rakan-rakan yang sudi hadir. Alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...