"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, September 6, 2014

Tahun Terakhir Sebelum Dipanggil 30-an

Since blog ni dah agak bersawang, terpaksa la meluangkan masa yang ada untuk membersihkan semak samun yang ada dengan bercerita kisah-kisah makan-jalan-raya-anak-cinta.

Hepp, umur dah nak masuk 30 an, adakah blog sudah tidak releven untuk umur sebegini? hahaha..sebenarnya 'time management' saya yang kelaut. Sebab Prof Muhaya kata, kita tak boleh gunakan alasan 'tiada masa', sebab ia adalah tetap 24 jam sehari..semua orang dapat masa yang sama. Macam mana orang lain boleh luangkan masa untuk berblog dan saya masih beralasan.

Sebenarnya banyak benda nak story, tapi macam..."ahh, mana dulu nak tulis ni?"..hahaha..so end up saya membebel gaya makcik-makcik (sebab umur dah nak masuk 30an) hampir 3 perenggan dah sekarang. So, disebabkan malas nak pikir cerita mana dulu dan kemudian (upsss, mungkin kene buang terus perkataan 'malas') jadi cerita-cerita dalam seminggu 2 ni akan berkisar #throwback la ek...hahaha..macam instagram plak..throwback2 bagai.

Untuk post kali ni, (sebenarnya saya sedang mencari isi penting yang agak releven dengan tajuk. Tulis tajuk dulu baru pikir nak tulis apa). Saya rasa nak share something yang agak menarik yang saya dapat setelah membuat pemeriksaan percuma di Shaklee, Jb Branch dalam 2 bulan lepas..(sebelum puasa rasanya) ..atau 22 Jun 2014 lebih tepat lagi (lucky kat gamba ada details kan). Bulan tu ada pemeriksaan kesihatan percuma dengan nutritionist Shaklee, jadi saya ambil peluang ajak opismate saya yang sama-sama consume Shaklee untuk join checkup free ni.

Kitorang di kehendaki isi satu form untuk tulis umur sebenar dan tinggi, lepas tu nutritionist Sherley minta kami berdiri di atas satu mesin yang macam penimbang, tapi ada pemegang rupa macam gamba bawah ni.


Kemudian dapat results, Sherley tu pun terangkan satu-satu keputusan dari mesin tadi. Tanya apa yang saya makan (Shaklee produk) dan beri pendapat yang berkaitan dengan amalan kesihatan yang boleh diamalkan.


Ni la keputusannya
Saya nak share tentang umur sebenar badan yang saya dapat, alhamdulillah badan saya berumur 26 tahun pada tahun ni. 3 tahun lebih muda dari usia. Ni diambil kira dengan semua keputusan yang dapat. (ada lagi satu page belakang, tapi saya tak ambil gambar plak). Opismate saya yang ikut saya tu dapat badan yang berumur lebih tua dari umur sebenar. Dia pun sendiri admit yang dia tak konsisten dalam pengambilan suplemen. Bila sempat atau teringat baru dia makan. Wahh, kiranya takdela sia-sia kita ambil suplemen ni kan. Kadang-kadang orang tak persasan yang anggota dalaman nya kurang sihat. Jadi lepas 2 3 bulan ambil suplemen, terus assume takde perubahan pun. Alhamdulillah dalam circle kawan-kawan saya sentiasa ingat mengingatkan sesama sendiri untuk ambil suplemen. Bukan sahaja suplemen Shaklee ye kawan-kawan...saya juga tak lepas peluang kalau ada orang promo makanan organik & sunnah. Cuba merubah habit pemakanan sedikit demi sedikit kepada yang lebih baik. Insyallah.

Sebenarnya saya pernah menggunakan mesin body age calculator ni waktu ada pameran kesihatan masa di universiti dulu, tak silap saya waktu tu umur saya dalam 22 kot. Tapi saya dapat keputusan umur badan yang  lebih tua. Almaklumla masa student dulu bukan nye jaga kesihatan pun, makan sampai lewat malam..selalu stay up dan tak bersenam. Badan pun tak sihat la. Alhamdulillah kini mampu untuk menjaga amanah Allah ini dengan lebih baik. Menjaga kesihatan tubuh badan yang dipinjamkan ini juga merupakan tanda kita menzahirkan kesyukuran. Betul tak?

Ok la, setakat ni je untuk pos kali ni. Kalau korang berminat nak guna mesin cam kat atas ni, boleh pm kita..atau pengedar Shaklee yang lain. Kita buat arrangement jumpa nutritionist Shaklee di Jb Branch. Yerr, hanya untuk orang jb sahaja tau! ;)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...