"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label love is in the air~. Show all posts
Showing posts with label love is in the air~. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

Suratku Untuk Suami Muslim Yang Mulia


Pesanan dari Dr. Muhammad Badi’, Murshid Am Ikhwan Muslimin kepada para suami sekalian.

Suratku kepada suami muslim yang mulia,

Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah... min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. 

Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “... dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). 

Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai

“Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. 

Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. 

“Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)

Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain. 

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “... Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya. 

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. 

Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegas: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.

Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita...”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu!

Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “... Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka...” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. 

Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.


Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,

Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.

Notakaki: Surat ini saya dapat dari perkongsian Ust. Fatimah Syarha di pagenya. Saya copy & paste disini untuk memudahkan saya membacanya dan berkongsi. Semoga bermanfaat untuk semua. Terutama buat suami merangkap teman seperjuangan di landasan Allah ini, semoga redamu sentiasa bersamaku sebagai kunci kita ke syurga.

Thursday, December 5, 2013

Orang Pegi USS, Aku Pun Mahu

Sempena birthday saya yg ke 28, encik husband tanya saya samada saya nk pergi berjalan kemana-mana ke sbb dier tgh cuti pnjang since raya haritu sebab nk tunggu masuk tempat kerja baru di lumut...oh ya, encik husband dapat job offer yang dia attend interview pada entri saya sblm ni. At first dia suggest kami sekeluarga ke Mersing atau Tioman sebab tu je tempat percutian yang dekat dan tak memerlukan dia drive jauh. Pastu setelah menggoogle dan berpikir panjang (ewahh)..saya termencadangkan kitorang berdua (read: dating mode) ke USS..sebab saya penah suggest bende ni kt dia dulu..dan disebabkan saya sudah ada sedikit kelapangan dari segi anak-anak..maksudnya ada orang boleh jaga aniq & aqeela dan aqeela dah besar untuk saya tinggalkan tanpa susu..jadi saya terus teruja nak pergi ke USS kali ni.

Kami beli ticket online..dapat maybank offer SGD 123 untuk 2 orang..dan bila di convert ke RM..berlaku la pengeluaran sebanyak RM307 dari akaun encik husband..huhu. Agak banyak jugak kerosakan poket disitu..tapi buat2 tak perasan jela kn. Dah 3 taun kawen, ni baru nak merasa dating berdua beb. Apa salahnya spend lebih sikit..yer dak ;).

Untuk duit belanja, encik husband ada simpan lebihan SGD waktu kami pergi ke Singapore 2 tahun lepas. Cukup la buat belanja makan & souvenir sikit untuk family. Saya pilih untuk naik bas ke USS daripada drive sendiri disebabkan atas pertimbangan kos parking dan pergerakan yang agak lembap di imigresen untuk proses pendaftaran kereta. Setelah mengenalpasti pilihan yang ada, kelebihan & kekurangan naik bas di ICQ atau Kotaraya, tambang biasa atau charted, akhirnya saya memilih untuk membayar RM30 seorang untuk perjalanan 2 hala dari Tune Hotel JB ke USS. Bas bertolak jam 7.30 am dan pulang pada 7.30pm. Mls nk pikir banyak,so bayar jela lebih sikit kn..

Kwn saya sblm ni pesan soh bwk extra baju dan raincoat sbb ada main permainan yg akn basah kene air..so, saya dh beli siap2 raincoat ngn payung lipat sorang satu..sebab konon nk habis jimat la taknak spend bnyk di singapore nti..memandangkan duit kita dah makin menurun..huhu..saya mls nk btau korang mainan ape yg basah2 kene air ni..nti korang pergi, korang explore sendiri k..kang saya anticlimax plak..tak siokkk la kn..bekalan lain yang kami bawa ialah telekung, air mineral, dan sandwich saya dh siap pack utk mkn time dlm bas otw ke USS as breakfast..kt umh tak sempat nk mkn..nk kuar awal kn kununnyer..

Hurmm..we all pegi time weekdays..tp still ramai je org..mungkin tak se'crowded' weekend la kot..mybe la..target kami nak naik semua ride..tak kire la Roller Coaster  paling besar Battlestar Galactica sehingga lah ke permainan budak kt Sesame Street tu..huhuhu.. tp kami kecewa sgt impian tak tertunai sbb kedua-dua roller coaster besar tu tutup masa hari tu..pasaipa taktau..maintenance kot..sobsob T_T

Sebelum balik..sempat gak la soping sesikit..beli tshirt ngn fridge magnet la..pe lg..huhu..

Last but not least..mestila gamba sbgai bukti weolss dh sampai USS..nk upload bebanyak mls..sekeping je sudehhh..
me and the other half


Friday, October 5, 2012

9 Stalks of Roses

Back in 2003.. i've got my first bouquet of roses when i was in foundation year..the sender was my ex-boyfriend a.k.a my husband ;) and last week..he brought me roses as a birthday present..together with the cake I(belated celebration..bln lepas xsempat)..as far as i remember, the last bouquet was on my convocation day the past 2 years..wahh,lamenyer..

When i asked him..'kenapa 9 kuntum bunge?'..then he replied, 'awk teka la sendiri'..lorr, jadi sbb kitorg dh bersama almost 9 years, so saya jwb la 'sbb kita dh 9 years together-gather'..pastu incik hubby jwb..'tu mg la, cari la maksud yg betul2 punyer'...ohh,untuk mksud sbnr kene google first la..mane plak saya nak hapal kan.huhu..so, after some research (research la sgt..)..the meaning of 9 stalks of roses is 'Together As Long As We Alive'..ok,baru tahu.hehe...that's soo sweet and romantic la dear..doing some research before buying flowers..which is not my thing..

and that...made him really special to me..


sblm gi keje...smpt gi posing ;)


roses die..but a photo preserve it


masuk dlm vase


5 red..4 pink


dok dendiam atas meja...seb bek aniq tak berminat pn nk capai..huhu




p/s: soryla post ni backdated..dh lame dh type..tp tak nyempat2 upload gmbo..

Monday, May 28, 2012

Our Love : 2 Years



Every Year

Every year that I'm with you
Has been better than before;
It's hard for me to even think
How I could love you more.

Every year you've graced my life
Has been full of happiness;
I love your caring face, your voice,
Your tender, sweet caress.

Every year when this day comes,
I'm filled with love and pleasure;
Happy Anniversary, Love,
My jannah..


Thank you Allah for this wonderful journey..


Wednesday, April 18, 2012

This is so sweet..

Dah lama sangat tak enjoy tgk video clip sweet2 gini
salu dok layan lagu teletubbies ngn thomas je
nmpk sgt dh tua beno aku nih kn..huhu



♥ to dedicate this song special to my hubby...

liriknye sgt la sweet..enjoy!


Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Thursday, February 9, 2012

~♥~


then my hubby is quite perfect ;)

Saturday, August 20, 2011

Kisah Honeymoon Kami

Since blog ni i created after we got married..lebih tepat lagi time i dh pregnant..so,semua kisah-kisah cinta-tunang-kawen kami tidak menjadi topik utama di sini..lgpun sbb tujuan utama I wt blog nih adalah untuk catat perkembangan cinta hati kami..our children..

Cuma kali nih..cm nk bg bonus raya lak kt korg yg rajin baca blog I yg tak seberapa nih..secara tiba2 I terajin lak nk wt entri..huhu..kire cm bumper raya la..(dlu kn ske baca ujang bumper raya..:p)

Kisah bulanmadu we all nih takdela gah mane...(mmg tak gah lnsung pon..huhu)..hanya sekadar 'janji ada kalo org tanya'..lebih kpd nk tutup mulut org yg ske je sibuk2 tanye.."korg takde pegi honeymoon mne2 ke?"..kalo mulut2 yang bertanya tuh nk sponser tiket kapal terbang+3days 2nights stay kt otel takpe gak..ader diorg tau poket ktorg nih kering ke idak..ckup duit nk makan pun dah kira bersyukur pas kawin tau..kalo nk tau sbb per,leh baca entri nih..ktorg dah kawin..hari2 bleh honeymoon per..tak kesah la ktne pon..

So..gaji i yang ader extra sikit time tuh..encik hubby pon ajak gi abeskn (btul..kisah benar nih..i yg sponser okey)..tp i tak kesah..encik hubby dh bnyk berabis utk mjlis kawin kami..senang bersama..susah pon sama2 la kn syg kn..we all pilih tmpt jimat lg mantop..dekat ajek..desaru jer..sejam setengah dh smpai..huhu

Setelah di google dan di survey..we all pilih hotel lotus desaru..alang-alang nk dok otel kn..carik la yang betul2 full with entertainment..haha..bukan jenis we all la pegi hotel dok perap bilik je..nk dok bilik,baik kt umah :p


pict from hotel website

I tak berapa ingt la harga biliknya semalam..sbb ader promotion gak time tu sbb we all booking by phone..tak ingt dh bilik jenis apa ktorg ambil..tp biliknya mmg spacious..2 tingkat lg..bwh hall ngn dapur kecik..tingkat atas katil jer,kire ruang tido la..ader 2 toilet..lengkap barangan letrik termasuk microwave..

Disebabkan percutian budget..kami hanya tido satu malam je..pagi sbtu I masak bagai utk bekal makanan tghari(nasi goreng jek..)..pastu baru bertolak..siap bwk frozen pizza lg..utk masak sendri..huhu..sampai sana lebih kurang pkul1..dan kami check in..dpt free welcome drink n breakfast for 2..ptg tu kami cume bersiar-siar(skema takleh blah ayat..:p) kt pntai jer..ngn minum free wlcome drink kt tepi pntai tuh..kt sea view bar lg..feeling kaya jp walau duit poket takde :)


Sebelum blk ke blk that evening..kami smpat tnya kaunter aktiviti..per yang best kt area nih..so,tourist guide tu ckp mlm2 bleh tgk kelip-kelip..hotel mmg provide service bwk pelancong kesana..tp chrgenye mahal la..so,we decided pegi sendri..ikut je sign board..tu pon kne ketuk gak sorg rm20 untuk naik bot tgk kelip-kelip di sepanjang sg.lebam..dah alang-alang smpai kn..pejam mata jela bayar..


Sok pagi..after breakfast dgn mewahnya...I pn mula lah merengek kt encik hubby nk gi main air..kt hotel ni jer ader 3 pools..tp disebabkan 2 pools standard tu kne pkai swim suit kalo nk mandi..i mndi kt pool kanak2 jela..siap ada lazy river lg cm kt water world tuh..takpe,guard2 tu takleh beza i ngn kanak2 lain..huhu..encik hubby berlagak mndi kolam dewasa yang dalam tuh..cit..jeles I taleh join..
sempt gak gi berendam air laut jp..nk merasa sbb dh lama gile kot I tak mndi laut..


Dlm pukul11..kami naik ke bilik...layan tub seround..pastu bersiap utk pulang..dan checkout around 12pm..


Dh abes citer dh...amacam?..bosan kn ktorg nye honeymoon..ukur baju kt badan sendri..dh tu jer yg mampu..lepas dh balik dari honeymoon...mulut2 tetap bertanya lagi.."desaru je ke"...cit,smpai bile pon tak bleh tutup itu mulut!..mls nk layan~


Layan gamba kt sini lagi baik..dh penat menaip..dan malas nk upload bnyk kali..gmbar telah disusun mengikut sequence cerita...selamat berbuka puasa semua :)



Saturday, August 13, 2011

Kisah Kad Raya

Selepas waktu sahur..I ni payah sikit nk tido balik kalau weekend
sbb time tu la I bleh 'buang-buang' masa sikit sbb aniq tido pengsan
citer nye time hujung minggu di rumah opah aniq di perling
 hajatnya konon-konon nk kemas almari baju
sekali terjumpe kotak surat2 chenta hubby simpan dr zaman cintan cintun dlu
mulala luper niat asal nk mengemas tuh..haha
terus la I bukak satu2 baca..rindu hubby nye pasal ;)
nk gelak pon ader..geli pon yek..malu sei nk baca even sendri yang tulih
ayat gedik-gedik time bercinta dari skudai dlu..hihi


takdela bnyk sgt pon..


ni pon mostly I hantar time we both kt mtrix..
bila dh smbung diploma sama2..mls sket dh..sbb dh salu jumpe :p
lgpun masa berubah..
waktu tu..org sebuk2 hantar e-card..tru email
birthday ke..raya ker..
pastu beralih ke sms/mms plak
mlm raya jer..start la hp ko hang..berjela2 msg masuk
pantun 4, 8, 12 kerat sume keluar..haha..memorable sungguh


skang ni..takde mkne nye sume tuh..get connect anywhere..anytime
amek gmba sketul..tag kawan2 kt fb..wish ke mntk ampun ker
sume kt status fesbuk jer..
makin mudah dan paperless :)
rase2 budak2 skang bercinta hantar lagi ke kad2 cenggini..
hurrmm..*wonder*


this is my favorite one..kad raya 2003
handmade okey!..gigih euuuuww..


tp incik hubby lagi kreatif tau..bg kad raya siap letak pasir2 ngn biji saga lagi..
giler gigih!!..next time I amek gmba kad raya incik hubby kasik ek.. ;)

Friday, July 22, 2011

Aniq turns 5 months old today

Aniq dh masuk 5 bulan harini..
tangguh dulu ek story psal perkembangan aniq..
sbb blom pegi timbang ngan enjet lagi
sok baru nk bawak gi klinik naveen
ibu busy :p

tp yg paling best..


HUBBY IS COMING HOME TONIGHT!!..yeah!!

Tuesday, July 19, 2011

Bila Ibu Rindu Ayah

Tetiber teringat zaman ayah ngn ibu aniq bercinta dolu2..
bukan lah zaman mirc pon..
back in 2003..mase tu dh ada dh icq la..
tapi internet access cm payah sket la untuk si ibu ni..
ayah nya senang sket..sbb tok abah aniq ader langgan
tm.net kot kalo tak silap time tu..
yg dial up tu..punyer la lama kn nk tnggu dier connect..

Masa tu bukan kami takde henpon..
tp mcm sesak jugak la kalo sekali topup 60 hinggit..
sebulan sekali pun tak tentu ibu aniq ni nk topup..
cuma ayah yang kaya sikit rajin menopup..hihi
kalau time kuliah ok la lagi kn..msg sket..
pastu ajak jumpe kt kafe kalo nk borak
bila balik cuti semester...waarrrrghh!..rindu bleh..
 (haha..sila jgn muntah ijau)

Jadi waktu ni lah ibu jd penunggu setia cyber cafe kt pekan alor gajah tu..
ada satu time tu..ayah aniq bg akaun tm dier untuk ibu surf internet dr rumah
dpt la on desktop kt umah tu
pastu..penah gak ayah aniq kirim webcam kt ibu dier ni (post la..)..
sbb rindu nk tgk muka nyer psal..hihi
penah jugak si ibu print ayat2 yang ktorg chatting tu nk blk baca..
hahahaha..gila la time tu (gelak besar sendri.. :p)
bila ingat2 balik..wahh,gigih nye kami bercinta kn ;)

Dah..ckup2 recall kesah lama tuh..kembali ke tahun 2011 pulok..
skrang tak pyh susah2 tnggu komputer connect internet guna dial up..
on lappy, terus on broadband..
tak pyh susah topup 60 hinggit sebulan..pakai postpaid sudah..
umur meningkat, income pn bertambah..tidak lg bergantung kt elaun..
dulu student..skarang ngajo student..
henpon plak dh ada internet access (tapi kami takde la)..
kemera 3g pn lengkap..
hujung jari je kalo rindu tu..tgh dok sign report kt tmpt keje pon
si ayah bleh buat 3g call untuk tgk cinta hati dia..
ibu ngan aniq la..

Tapi bila si ayah bertukar kerja di laut..
semua benda yang mudah tadi Allah tarik balik
walaupun si ayah hanya di perairan malaysia (terengganu) jer..
tapi henpon tak dibenarkan dibawa ke tmpt kerja..
dan internet access tersangat la terhad..
dia hanya boleh menggunakan company email je..
bukak website lain tak bleh..
nk buat call pon gune i-talk...
masa terhad sbb dia kena beratur menunggu giliran untuk buat panggilan
paling lama pon dia rajin nak berborak dalam setengah jam jer..
sbb ramai lagi org lain yg beratur kt belakang

Mula la kaedah lama dipraktikkan..email pon jadilah
so..through email jela kami borak..
lebih2 lagi bila si ayah kt satellite platform (platform anak)
sbb kt situ..telefon yang guna i-talk pun takde..
huh,syahdu je ek
dlm zaman2..stay connected nih..ada lagi orang merindu-rindu nih..
agaknyer..dh lama ilang perasaan rindu tu kot..
tu yang terlebih heart feeling..
yelah, bila masa pulak nk rindu kalau dh kawin kn..
blk kerja jumpa..huhu

Ok lah...cukup la cerita kami ni..
lagi 20 tahun aniq baca kisah ni..mau gelak dier kot..
cinta agung ibu ayah dier ni..hehe.. *malu..blushim2

Tak sabar tnggu ayah aniq reply email esok ;)


Tapis Oilfield Sunset

..kami melihat matahari dan bulan yang sama..


Friday, May 27, 2011

Our Love : A Year Ago


Tuesday, May 3, 2011

ABC for Birthday Boy

This year..on your 26th birthday
No romantic candle light dinner for two
No surprise birthday party with friends
No expensive gadgets as birthday gift
No nice vacation on a cruise
No fancy birthday card
No new golf set
..wish i cud give u all my dear..but I've no money lorr T_T


just home baked chocolate cake..
cos mum says the way to a man's heart is through his stomach.. ~_^




and i named it as ABC..
A for Alan
B for Birthday
C for Cake

Alan's Birthday Cake :)



family...is priceless


Saturday, April 30, 2011

Happy Birthday Dear Husband

Sayang,

How do I begin to tell you how honoured I am
To have you in my life?

I'll start by saying it was a dream come true
The day I became your wife.

You're my best friend in the good times
And my rock in times of sorrow.

You're the reason for sweet yesterdays
And my promise for tomorrow.

I never thought I could feel this loved
Until I became your wife.

You made this year and each other year
The best of my life.

Yesterday, today, tomorrow & always,
ur wife :)

Saturday, December 25, 2010

Last Year..

We were getting engaged on this same date last year..time flies so fast!

pejam celik..dh setahun dh berlalu..kejap sgt rase..now, i'm counting the days before deliver our precious gift from Allah...skejap je dah 29 weeks..am excited for the baby to come out yet, very nervous about it..

present from hubby
thanks syg...love u, mmmuuahhh!

Agaknya hubby dh x larat tgk muke wife dier yg tak  berjaga time pregnant nih...ni utk bg sket semangat kt i jaga muke..hehe

Friday, December 24, 2010

Thank You

Sayang..

Thank you for doing the laundry
Thank you for cleaning the dishes
Thank you for sweeping the garage
Thank you for making sure the house in little order
When I was totally sick and bedridden

Thank you for all the food treats
Thank you for all the take aways
Thank you for made me breakfast and prep my anmum milk
Thank you for getting me out when i crave for late night supper
All the time since i get pregnant and in a swing mood

Thank you for rubbing my back
Thank you for pinch my head when i get headache and nausea
Thank you for soft spoken words of compassion and those healing hands
All the time when I woke up late at night complaining about the unease

Thank you for your eternal love
Thank you for all the little surprises
Thank you very much for everything that has been and will be
Thank you for always being there for me
When I need you most..


Thank to Allah for sending me you my love..



Monday, September 6, 2010

Hi sweetheart..

"Sorry my little one for the lateness...u r already 13weeks old now..mama busy sgt2..ditambah ngn reason2 yg tak dpt dielakkan (haha...i like making reasons..makin menjadi-jadi since pregnant nih :p)"

Dh lama dh i niat nk wt blog nih..hubby pn dh lame bsing2 sebuk tanye "bila awk nk start blogging nih..nti bila anak kite besar,bleh dier bacer blog nih"..alahai suamiku,jauhnyer awk pkir..

So,at last..on one find day..setelah tertangguh berapa minggu..

This is it..the blog that i dedicate special to my dear baby.

Hopefully one day will read this and be reminded of how much u are loved  :)

♥..ur mum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...