"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label 4ATrip2Sabah. Show all posts
Showing posts with label 4ATrip2Sabah. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Sabah Kami Datang (2) 2015


Sambungan dari story trip kami ke sabah di sini. Maaflah sebab baru sempat nak update..hehe

Pagi-pagi lagi saya dah bangun sebab excited nak berjalan, Aniq sekarang mudah diajak bangun pagi & mandi. Bagi je alasan nak berjalan..memang laju je dia bangun walaupun mata masih melekat ketat..hehe...anak bujang ibu dah besar. Aqeela je masih menangis bila mandi pagi, tapi kalau laju bersiap..dia ok je. Pujuk2 sikit dan rasuah dengan susu bila waktu pakai baju, terus diam.

Bergambar sebelum meninggalkan bilik


8.15 kami dah terpacak kat cafe untuk sarapan pagi..ingatkan kami dah lambat. Maklumlah, pukul 6 dah terang macam pukul 7 kat sini. Tapi waktu kami turun, belum ramai lagi penghuni hotel yang turun breakfast. Mungkin ramai dari penghuni adalah dari semenanjung macam kami. Tak biasa dengan time yang sedikit awal..hehe..


Selepas check out dalam pukul 9 lebih, kami terus ke Sabah Tea Garden. Berhenti untuk menghirup udara segar sambil menikmati teh tarik Sabah. Masih tak boleh kalahkan teh boh di Cameron Highland. (pendapat saya la). Tak pasti sama ada disebabkan teh atau orang yang buat teh tarik tak berapa hebat untuk menghasilkan teh  tarik yang mabeles. Tapi masih sedap la berbanding dari diri sediri yang buat..hehe..alhamdulillah.





Sebelum sampai ke Sabah Tea Garden ni, kami tersesat sedikit gara-gara terlepas simpang naik ke Tea Garden ni. Saya yang terlelap ketika perjalanan tak perasan ada simpang naik ke kiri jalan sebelum Kampung Luanti (yang ada sungai dengan ikan kelah). Mengharapkan google map yang asik 'signal loss' je memang tak dapat la kat sini. Agak tersasar lebih 5km ke hadapan, kami uturn balik dan akhirnya jumpa jugak Tea Garden ni. Perancangan untuk ke Kampung Luanti terpaksa dibatalkan sebab hujan renyai-renyai dan kami nak ke Poring pula.






Dalam pukul 12, kami bergerak ke Poring.
Tak mandi air panas pun, hanya singgah untuk mengambil gambar dan menggunakan toilet.



Biasalah anak-anak kecil yang kerap minum susu. Dengan cuaca yang sejuk, memang takde kerja lain la. Aktiviti kami di setiap pit stop memang tak lari dari menyinggah bilik air..huhu 



Aniq dah pandai posing sekarang..huhuhu
Depan kaunter pembayaran

Ni lah kereta sewa kami sepanjang berada di sana


Dalam perjalanan pulang (1km sebelum sampai ke Poring) kami nampak satu iklan bunga Rafflesia bunga yang terbesar di dunia, di hadapan sebuah rumah. Kene la bayar sorang RM15 (saya & suami) semata-mata nak tengok bunga ni. Penduduk setempat di sekitar Poring memang pandai buat duit..hehe..pelancong asing dikenakan charge sebanyak RM30 seorang. Bunga tu tumbuh kat belakang rumah penduduk ni je. Alhamdulillah ada rezeki kami nak tengok bunga tu pada hari pertama berkembang. Mengikut budak yang tunjuk bunga tu, bunga ni hanya berkembang selama 7 hari sahaja. Selepas tu dia akan layu dan hitam.






Selepas itu kami bergerak pulang ke Pekan Kundasang. Singgah di Kinabalu Pine Resort untuk gambar yang wajib ada bagi setiap pelancong yang datang ke Kundasang.





Kemuncak kinabalu pada hari itu yang terlindung dengan kabus


Selesai bergambar, terus bergegas ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak pada kaki Gunung Kinabalu. Gigih juga la kereta Myvi yang kami sewa tu mendaki. Kawan saya nina memang suggest Myvi, katanya Viva agak susah sikit nak mendaki kalau muatan penuh. Ketika kami sampai disini, jam dah menghampiri pukul4 petang. Udara yang lembap berwap air seperti gerimis. Tapi tidaklah sampai hujan.






Makan fresh aiskrim merupakan kewajipan disini, lepas melayan dan menghabiskan aiskrim 2 orang anak ni..kami pun mula turun ke bawah. Hajat hati nak ke Kinabalu Park pun terpaksa cancel since kawan saya pesan jangan turun ke K.K lewat sangat. Takut jalan gelap. Haha...termakan hasutan saya.. Saya rase ok je kot kalau singgah kejap, sebab encik husband stakat jalan Mersing Kerteh pun dia ok je..hurmm..takde rezeki kami kali ni.





Sampai di K.K waktu belum gelap sangat pun, waktu tu dalam pukul6 (kat semenanjung macam pukul7 la). Tak singgah pun rumah terbalik yang femes itu. Sebab kawan saya kata yuran masuknya sampai RM10 dan tempat tu takde apa-apa yang menarik pun..jadi, saya pun tak singgah la. Masuk kawasan bandar, waze dah boleh guna. Terus cari Politeknik Kota Kinabalu di kawasan nama Sepanggar. Takdelah susah sangat. Sampai di rumah nina dalam pukul7. Kami terus mandi dan bersiap-siap. 

Malam tu sempat keluar dan dinner seafood di Kawasan Anjung Senja. banyak kedai seafood disitu, kami makan di gerai hujung sekali di kanan. Takde gambar pun waktu makan malam ni. Biasa la..kalut nak suap makanan ke mulut sendiri dan anak-anak. Memang tak sempat bergambar la. Sempat juga la pergi tandas yang berada di hujung sebelah kiri..si abang dan adik masing-masing jenis singgah je kene buang air. Ibu pula tak bawak pampers waktu datang kesini. Haihh, renyah sikit la.. banyak baju kotor sebab ter'shishi'. Nasib baik duduk rumah member. Boleh la tumpang basuh baju bagai. Kalau tak, kene hantar dobi la jawabnya.

Lepas makan pulang ke rumah nina yang dalam 20minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Lepak dan tidur untuk hari kedua. Untuk hari ketiga kita cerita di lain entri ya.




Wednesday, January 7, 2015

Sabah Kami Datang (1) 2015

Alhamdulillah, kami dah selamat pulang dari negeri di bawah bayu. Dengan sedikit trauma kerana 2 hari sebelum, telah berlakunya tragedi penerbangan syarikat A.A yang hilang dan jatuh di perairan Belitung pada 28 Disember 2014..kami tetap meneruskan perancangan kerana tiket telah dibeli dan cuti telah diambil. Janji kepada anak-anak bijak kami perlu di tunaikan. Plan asal hendak cuti-cuti malaysia bawa kereta ke utara terpaksa ditukar kerana cuaca yang tidak menentu dan sedikit kekangan lain.

Kami memilih penerbangan pertama pada pagi Khamis (1 Januari 2015). Kebetulan adik-adik saya ada sepanjang minggu di rumah kerana membantu saya menjaga Aniq & Aqeela disebabkan pengasuh mereka demam denggi. Pagi itu kami dihantar adik lelaki saya dari rumah ke Senai jam 4.30 pagi. Dengan sedikit kalut gara-gara saya tertidur & tidak mengunci jam loceng. Alhamdulillah masih ada rezeki kami ke Sabah bila Allah menggerakkan encik asben pada pukul 3.30 pagi. MasyaAllah.

Penerbangan yang pada awalnya dijadual pada pukul 6.30 pagi sedikit lewat dan ditunda hampir sejam, kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 7.30 pagi dan sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu lebih kurang pada pukul 10 pagi. Cuaca agak mendung dengan sedikit gegaran di sepanjang perjalanan. Cuaca di Kota Kinabalu baik sewaktu kami tiba disana. Menunggu lebih kurang setengah jam sebelum sahabat baik kami, Nina tiba dengan kereta sewa yang kami sewa dari rakan pejabatnya. Saya memilih kereta Myvi untuk digunakan sepanjang percutian dan kami dikenakan bayaran sebanyak RM440 untuk 4 hari. Alhamdulillah.

Saya selaku perancang itinerary, memilih untuk terus ke kundasang pada hari tersebut. Kami memulakan perjalanan setelah mengisi minyak dan membeli sedikit jajan. Saya dan suami dah sarapan di dalam flight, cuma anak-anak terus menyambung tidur didalam kereta. Cuaca sudah bertukar mendung, dan hujan mengiringi kami disepanjang perjalanan. Aniq cuma terjaga apabila kami tiba di Pekan Nabalu, itu pun disebabkan dia dah 'membasah'. Sedap sangat tidur dengan hawa sejuk dan mungkin mereka kepenatan bangun pagi awal sangat. Kabus penuh menyeliputi Pekan Nabalu. Kami hanya berhenti menggunakan tandas dan meneruskan perjalanan.

Suasana setibanya kami di Pekan Kundasang. Tak nampak puncak Kinabalu.

Sampai di Pekan Kundasang sekitar jam 3.30 petang. Kami terus menuju ke KFC sebelum check in hotel. Masing-masing dah kelaparan. Nasib baik ada congee dari dalam flight untuk Aqeela. Sebelum tu, kami sempat tersesat ke jalan mana tah untuk cari hotel yang saya tempah melalui booking.com. Line hp pun tak berapa clear, jangan harap la google map nak berfungsi dengan betul. Nasib baik di pekan kundasang, line celcom clear. Setelah menghubungi pihak hotel dan meminta arah jalan yang betul untuk ke hotel, baru kami senang hati untuk makan.

Gambar dari hotel's website

Sebab percutian last minute plan, hotel favorite Kinabalu Pine Resort dan chalet comel, Kiram Village semua dah penuh. Terpaksalah saya pilih hotel baru yang rare iaitu Celyn Hotel. Malas pula nak pilih hotel-hotel lama. Walaupun banyak komen-komen tak berapa best kat Agoda pasal hotel ni, tapi saya pilih hotel ni sebab satu perkara, iaitu view nya. Memang komen positif yang saya baca pasal hotel ini hanyalah sebab permandangannya yang cantik. So, we pay for the view actually. Sunset sunrise tidak berapa jelas sebab cuaca & kabus tebal sewaktu kami disini. Bukan rezeki kami. Jalan agak mendaki dan tidak berapa elok. Tapi memang jalan-jalan kecil disini memang macam ni, jadi no complaint. Warga sabah memang wajib pakai 4x4 sebagai kenderaan utama mereka.

Celyn Resort berada di puncak

Jauh mendaki

Akhirnya sampai ke lobby hotel

Budak berdua ni dah buat macam rumah sendiri

Lobby dari luar

Hotel sangat 'biasa' dengan harga semalam RM280++ (termasuk cukai). Hotel tiada penghawa dingin (kipas pun kami tak bukak..sejuk wehh!), tiada peti sejuk dan makanan breakfast nasi goreng kosong berlauk sosej dan telur. Tv dan cd player disediakan. (tapi kami takde cd..huhu). Water heater berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, rezeki kami dapat juga sampai dan menginap di hotel ini. Kami check in dalam pukul 5 petang. Anak-anak tidur awal kekenyangan sekitar jam 9 malam. Encik asben juga pengsan awal sebab kepenatan. Tinggallah ibu terkebil-kebil sorang-sorang layan kopi o panas dan megi cup di beranda hotel. Heaven ok..teringat perjuangan closing Shaklee hari sebelumnya. Rasa macam satu reward untuk diri sendiri yang tak berapa nak rajin berusaha sepanjang tahun. Caiyuk untuk 2015! (haha..tetiber masuk hal Shaklee)

Oklah, tamat kisah hari pertama di Sabah. Tiada tempat-tempat menarik yang kami lawati. Lebih kepada sehari suntuk dalam perjalanan. Permandangan indah ciptaan Allah itu adalah hadiah tercantik untuk penat lelah kami sepanjang hari. MasyaAllah.


View dari balcony Bilik K19, Celyn Resort Kinabalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...