"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, January 7, 2015

Sabah Kami Datang (1) 2015

Alhamdulillah, kami dah selamat pulang dari negeri di bawah bayu. Dengan sedikit trauma kerana 2 hari sebelum, telah berlakunya tragedi penerbangan syarikat A.A yang hilang dan jatuh di perairan Belitung pada 28 Disember 2014..kami tetap meneruskan perancangan kerana tiket telah dibeli dan cuti telah diambil. Janji kepada anak-anak bijak kami perlu di tunaikan. Plan asal hendak cuti-cuti malaysia bawa kereta ke utara terpaksa ditukar kerana cuaca yang tidak menentu dan sedikit kekangan lain.

Kami memilih penerbangan pertama pada pagi Khamis (1 Januari 2015). Kebetulan adik-adik saya ada sepanjang minggu di rumah kerana membantu saya menjaga Aniq & Aqeela disebabkan pengasuh mereka demam denggi. Pagi itu kami dihantar adik lelaki saya dari rumah ke Senai jam 4.30 pagi. Dengan sedikit kalut gara-gara saya tertidur & tidak mengunci jam loceng. Alhamdulillah masih ada rezeki kami ke Sabah bila Allah menggerakkan encik asben pada pukul 3.30 pagi. MasyaAllah.

Penerbangan yang pada awalnya dijadual pada pukul 6.30 pagi sedikit lewat dan ditunda hampir sejam, kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 7.30 pagi dan sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu lebih kurang pada pukul 10 pagi. Cuaca agak mendung dengan sedikit gegaran di sepanjang perjalanan. Cuaca di Kota Kinabalu baik sewaktu kami tiba disana. Menunggu lebih kurang setengah jam sebelum sahabat baik kami, Nina tiba dengan kereta sewa yang kami sewa dari rakan pejabatnya. Saya memilih kereta Myvi untuk digunakan sepanjang percutian dan kami dikenakan bayaran sebanyak RM440 untuk 4 hari. Alhamdulillah.

Saya selaku perancang itinerary, memilih untuk terus ke kundasang pada hari tersebut. Kami memulakan perjalanan setelah mengisi minyak dan membeli sedikit jajan. Saya dan suami dah sarapan di dalam flight, cuma anak-anak terus menyambung tidur didalam kereta. Cuaca sudah bertukar mendung, dan hujan mengiringi kami disepanjang perjalanan. Aniq cuma terjaga apabila kami tiba di Pekan Nabalu, itu pun disebabkan dia dah 'membasah'. Sedap sangat tidur dengan hawa sejuk dan mungkin mereka kepenatan bangun pagi awal sangat. Kabus penuh menyeliputi Pekan Nabalu. Kami hanya berhenti menggunakan tandas dan meneruskan perjalanan.

Suasana setibanya kami di Pekan Kundasang. Tak nampak puncak Kinabalu.

Sampai di Pekan Kundasang sekitar jam 3.30 petang. Kami terus menuju ke KFC sebelum check in hotel. Masing-masing dah kelaparan. Nasib baik ada congee dari dalam flight untuk Aqeela. Sebelum tu, kami sempat tersesat ke jalan mana tah untuk cari hotel yang saya tempah melalui booking.com. Line hp pun tak berapa clear, jangan harap la google map nak berfungsi dengan betul. Nasib baik di pekan kundasang, line celcom clear. Setelah menghubungi pihak hotel dan meminta arah jalan yang betul untuk ke hotel, baru kami senang hati untuk makan.

Gambar dari hotel's website

Sebab percutian last minute plan, hotel favorite Kinabalu Pine Resort dan chalet comel, Kiram Village semua dah penuh. Terpaksalah saya pilih hotel baru yang rare iaitu Celyn Hotel. Malas pula nak pilih hotel-hotel lama. Walaupun banyak komen-komen tak berapa best kat Agoda pasal hotel ni, tapi saya pilih hotel ni sebab satu perkara, iaitu view nya. Memang komen positif yang saya baca pasal hotel ini hanyalah sebab permandangannya yang cantik. So, we pay for the view actually. Sunset sunrise tidak berapa jelas sebab cuaca & kabus tebal sewaktu kami disini. Bukan rezeki kami. Jalan agak mendaki dan tidak berapa elok. Tapi memang jalan-jalan kecil disini memang macam ni, jadi no complaint. Warga sabah memang wajib pakai 4x4 sebagai kenderaan utama mereka.

Celyn Resort berada di puncak

Jauh mendaki

Akhirnya sampai ke lobby hotel

Budak berdua ni dah buat macam rumah sendiri

Lobby dari luar

Hotel sangat 'biasa' dengan harga semalam RM280++ (termasuk cukai). Hotel tiada penghawa dingin (kipas pun kami tak bukak..sejuk wehh!), tiada peti sejuk dan makanan breakfast nasi goreng kosong berlauk sosej dan telur. Tv dan cd player disediakan. (tapi kami takde cd..huhu). Water heater berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, rezeki kami dapat juga sampai dan menginap di hotel ini. Kami check in dalam pukul 5 petang. Anak-anak tidur awal kekenyangan sekitar jam 9 malam. Encik asben juga pengsan awal sebab kepenatan. Tinggallah ibu terkebil-kebil sorang-sorang layan kopi o panas dan megi cup di beranda hotel. Heaven ok..teringat perjuangan closing Shaklee hari sebelumnya. Rasa macam satu reward untuk diri sendiri yang tak berapa nak rajin berusaha sepanjang tahun. Caiyuk untuk 2015! (haha..tetiber masuk hal Shaklee)

Oklah, tamat kisah hari pertama di Sabah. Tiada tempat-tempat menarik yang kami lawati. Lebih kepada sehari suntuk dalam perjalanan. Permandangan indah ciptaan Allah itu adalah hadiah tercantik untuk penat lelah kami sepanjang hari. MasyaAllah.


View dari balcony Bilik K19, Celyn Resort Kinabalu.

1 comment:

BeHappy said...

Slm...boleh bagi contact no utk kereta sewa? Murah la rm440 utk 4 hari.
terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...