"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, March 31, 2013

Sarawak First Time

Lepas Sabah, now Sarawak plak yg femes. Gara-gara pendedahan Global witness. Menarik jugak video tu, sesiapa yg belum lihat. Boleh lah carik kt YouTube. Kt fb pn dh bersepah org share. Tp  pada saya nye own personal view..rakyat sarawak dh lama kot tahu psal bende ni (sbb saya pn dh pnah dgr). Cuma yg ni mmg terbaik la pendedahan nya. Terus terang.

Tp saya bkn nk cerita psal bende tu. Saya just nk post cerita ttg pengalaman kene bertugas kt sana.haha.. org lain dh bersepah ke sana, tp saya je baru nk pegi. Tu pn sbb atas urusan kerja. Alhamdulillah,  dapat jugak merasa berjalan ke tempat orang. Walaupun kurang seronok sbb meninggalkan keluarga. Next time bolehla propose kt incik husband berjalan kesana, sebab dh ramai kenalan di Politeknik Kuching,hehe..Kursus ni berlangsung selama 5 hari, 11 Mac- 15 Mac 2013.

Ambil gambar sblm tinggalkan budak berdua ni..buat pengubat rindu ibu

Saya tak berminat nk story pasal kerja saya kt sana, just nk story je kemana saya merayau selama seminggu kt sana..bukan merayau banyak pun...just curi2 keluar time free sebab saya pergi Sarawak ni bukan untuk berjalan, tapi untuk kerja..hehe

Bersyukur sangat dapat kursus kt Hotel Harbour View Kuching, disebabkan hotel penginapan ni dekat je ngan waterfront so senang la nk jalan kaki naik sampan ke seberang untuk tapau kek lapis sarawak bebanyak..huhu..

Gi makan mee kolok kt seberang sungai

My 1st time..sedap jugak..

Mestila ambil gambar kan..kang org kate saya beli kek kt psr borong pndan, johor je..huhu

Beli seploh..free 1 kot..haruslah borong kan..ramai anak menakan

Alhamdulillah..dapat kumpulkan susu dekat 20 beg gak selama 5 hari berkursus
Semua saya minta tolong cafe hotel simpankan..servis terbaik!
Muzium Sarawak

Fosil Ikan Paus kot..

Sebelum balik, sempat gak la roomate saya ajak ronda2 sekitar Bandar Kuching, sebelum hantar saya ke airport sebab ticket flight saya pukul 3..so, sempat la pergi Parkson (saya lupe pe nama mall nye)..dengan Muzium Sarawak ni..yang tak best nye..saya bleh plak tak ambil gambar dengan kawan-kawan dari Poli Kuching.

Saturday, March 30, 2013

Jom Buat Playdoh

Campurkan;

● 2 cwn tepung
● 1/2 cwn air paip (adjust ikut kepekatan)
● 1 cwn garam
● 3 titik pewarna makanan

Gaul dan uli sampai boleh dimain...yeah..evening saver!

Masuk Ward

Hari Ahad yg lalu, incik husband pulang dari terengganu. Dia dh mula demam dari hari jumaat. Setelah menerima rawatan demam biasa di pelantar, demamnya masih belum kebah malah makin teruk dengan bertambahnya sakit sendi di kawasan belakang bdn, pinggang dan betis.
Hari Isnin setelah saya pulang dari kerja, dia mengadu sudah tidak larat dan mengajakku ke hospital. Untung Hospital Ragency, Masai dah jadi salah satu hospital panel untuk insurannya. Lepas maghrib, terus kami kesana yang hanya mengambil masa tak lebih 5minit dari umah. Alhamdulillah, seorang doktor cina telah mangambil kesnya. Dengan bantuan jururawat, dalam pukul 11 incik husband dah dimasukkam ke ward. Darah dan x-ray pn telah selamat diambil. Paru-paru kanan didapati telah berkuman.
Keadaan yang lebih kurang sama pernah dialami oleh incik husband 2 thn yg lalu di hospital kerajaan. Akibat serik dengan perkhidmatan percuma tersebut, kami telah mengambil 'medical card' untuk masa2 kecemasan seperti ni.
Dia dimasukkan antibiotic setiap beberapa jam pada hari pertama. Doktor telah buat test denggi dan keputusannya negatif. Demam incik husband masih tidak kebah pada hari pertama, siang nmpk sehat sedikit..menjelang malam, suhu badannya naik. Sengal badannya juga turut menjadi-jadi. Sampaikan saya terpaksa mengurut betisnya sehingga tertidur.
Saya tidak mengambil cuti sebab banyak kelas yang terpaksa diganti kerana bengkel seminggu yang ku hadiri di sarawak 2 minggu lalu. Nasib baik mil snggup datang dan temankan incik husband. Mak juga turut masakkan sup ketam. Hari kedua antibiotics incik husband telah dinaikkan dose.  Kahaknya telah diambil dan darah turut diambil sekali lagi untuk test malaria pula. Dan keputusannya masih negatif. Saya pulang kerumah pada pukul 12 setiap malam. Aniq dan aqeela dh selamat tidur setiap kali pulang. Kesian mereka, terpaksala saya abaikan buat seketika.
Hari ketiga, khamis..saya ambil keputusan untuk bercuti sebab tiada kelas. Seharian di hospital meneman incik husband. Demamnya ada menampakkan perubahan. Suhu badannya tidak lagi tinggi dan kembali pada normal. Cuma badannya masih lemah dan sengal. Kepalanya turut pening. Doktor ada datang ke ward dan memaklumkan incik husband boleh discharge pada keesokkan harinya. Mak dan ayahku turut datang dari Melaka melawat incik husband.
Jumaat incik husband dapat discharge. Harini incik husband mengadu badannya masih lg ada sedikit sengal dan kepalanya masih sakit. Dia hanya berehat dan tidur selepas makan dan ambil ubat. Kesian incik husband tak dapat melayan aniq yang kerapkali mengajak nya bermain.

Saturday, March 23, 2013

Art Attack

Pensel color dah guna..crayon pn dah guna..kali ni ibu nak bagi aniq main dengan water color plak..tp dulu time pakai pensel color ngn crayon aniq pernah jilat sume jenis color tu..kalau guna water color ni, mau di isap berus nye kang
..hurrmmm..so, the solution is...guna pewarna makanan!

Pewarna makanan+tepung jagung sikit..dan letak air untuk cairkan campuran...mari kta lihat hasilnya..

tekunnya anak ibu

sampai dahi pun ada color

air color ni macam sedap je..
 
tada..tudia masterpiece aniq...meja pn senang nk lap, color terus hilang

dah penat...layan tv la plak..huhu

Kotoran color kt muka dan baju bersih bila basuh..pergilah bermain puas-puas anakku..ibu tak risau lagi!

Thursday, March 21, 2013

Balik Ipoh

Kisahnya incik husband dipanggil oleh bosnya untuk meet up kt KLCC pada 1hb awal bulan haritu..ada bende nk bincang sikit, skali incik husband ajak I ngn family ke KL skali, dan terus balik Ipoh sbb incik husband dh rindu sama opahnya..

I pun dengan lajunye, mula la beri bermacam-macam idea untuk mengisi percutian ujung mnggu kami tu. Biasalah, org yang skali-skali berjalan..skali dapat jalan jauh sikit, sume tmpt I nk pegi..hahaha..Siap ambil cuti 2 hari, bermula Khamis 28hb 2 dan Jumaat 1hb 3..Hari Isnin I mls nk bercuti, sbb nanti bnyk sgt kelas nk kene ganti, I malas..huhu

Khamis petang kami baru bergerak ke Melaka, biasalah..nak jimat kos. Umah mak ayah I akan menjadi hotel mewah untuk kami bermalam sebelum bergerak ke KL atau utara..hehe..2 dalam 1, sambil lalu, sambil menyinggah..mak ayah I pun suka je..walaupun selalu la kene bebel ngn mak ayah I sbb selalu sampai Melaka lewat dan bergerak malam. Biasa la risau orang tua, yang sangat concern kt cucu2 nya. Nasib pulak menantu mereka aka incik husband mmg hobi dia suka bwk kereta mlm-mlm..terpaksela redha je..haihh

Jumaat pagi lepas solat subuh, kami bergerak ke KL sbb incik husband nk breakfast dgn bosnya kt KLCC, betul-betul smpai ke KLCC jam 8.30 pagi..merasa gak la kami makan jam kt terowong SMART pagi2 hari tu..rindu jam KL..hahaha..kt JB dh kurang jam skang, lebih-lebih lagi I yg pegi kerje ke opis dengan merempit sbb kuar umah dah pukul 7.45 pagi. Tak jam, tp still lmbat gak :p

I dah propose awal-awal start dari johor lagi untuk pergi Lost World of Tambun. Kami mula bersiap-siap lebih kurang pukul11..agak lewat sebab incik husband kepenatan drive dari KL, so bg peluang dia bangun lewat sikit. Kami smpai ke Tambun lebih kurang jam 12.30tghari.


wahh aniq..pandai lentok skang..hihi
takut kucing besarrrR tu!
sampai jugak kami kesini
beli tiket..mahal gak, dewasa RM45..aniq & aqeela free je

bibik & aqeela

wauu..posing abes..blakang tu hot spring, tu sbb tade org mndi time tghari bute
jerit-jerit sebab kene letak dalam air
ayah jadi mangsa..asik nk berdukung je aniq
aqeela yang always sporting
kawaiii *_*
luncheon

akhirnya..aniq tertidur
amek gamba dulu sblm balik
aqeela dah pengsan
finally..baru ader gmba 1 family..walaupun xberapa nk semenggah -_-'

Lepas balik dari Lost World of Tambun tu..I pun soh incik husband tanya yeop nya tmpt makan menarik sekitar Ipoh, makanan kt tambun tadi tak mengenyangkan perut kami..Jadi kene cari laternatif lain sebelum pulang ke rumah..

Yeop nya suggest Restoren Rojak Greentown yang terletak dekat dengan Dataran Bandaraya Ipoh, berdepan dengan Hotel The Syuen, Ipoh. Seberang jalan je..


ni hah kedainya

hotel the syuen

muke penat dan lapar

ayah & aniq

ibu & aqeela..ehh,mane aqeela? tgk menyorok disebalik tudung..hihi

tada!..tudia rojak dan mee rebus greetown..mabeles!

Aniq makan makanan febret dia roti canai..mee rebus ngn rojak pedas, tak bleh nk makan. Tapau untuk opah sebungkus rojak, dan kami pulang ke rumah opah dengan gumbira. Ahad kami sekeluarga pulang ke JB. Sebelum pulang, I dah rancang dah ke mana next destination kami bila pulang ke Ipoh nanti. 

Jom Terokai Ipoh!

Tuesday, March 12, 2013

Untuk Aqeela Dengan ♥

Minggu lepas, masa dpt je surat bahawa ibu kene bertugas di sarawak pd minggu ni, ibu pn mula gigih pump susu buat stok utk aqeela minum dlm minggu ni. Kerisauan ibu terhadap ketidakcukupan susu telah ibu suarakan pd ayah, cewah ayat.huhu.. Tapi ayah tetap membantah ibu membeli fm untuk aqeela cuba. Ayah bertegas supaya ibu gigih menyimpan susu dan tidak putus-putus memberi semangat pada ibu tanpa jemu.
Akhirnya ibu hanya dapat menyimpan sbnyk 13botol sahaja. Terpaksalah ibu membeli fm untuk menampung susu aqeela. Ibu telah memilih jenama enfalac, yang harga satu tin kecilnya mencecah RM66. Dalam hati kecil ibu bersyukur dapat memberikan aqeela susu yang lebih mahal 'nilainya'. Memang hati sedih terpaksa meninggalkan aqeela yang masih bayi, dan menyusu badan.Tetapi kerana tugas.Terpaksalah ibu cekalkan hati untuk tanggungjawab yang telah di amanahkan ini.
Ibu masih gigih meng'pump susu untuk aqeela setiap hari. Waktunya ialah setiap pagi, tengahari, ptg dan mlm sblm tdo. Jadi jumlahnya ialah 4kali setiap hari. Ibu akan mencuri-curi masa rehat untuk meng'pump susu. Ibu tumpang simpan susu aqeela di frezer di kitchen, sbb frezer bilik tak muat untuk bekukan susu yang bnyk.
Jumaat ini ibu akan bawa pulang susu aqeela sebagai 'hand lugage'. Semoga Allah perlihara serta permudahkan ibu bawa pulang susu aqeela yang telah ibu simpan dengan selamat. Inn sya Allah..

Monday, March 11, 2013

Ibu Rindu

Cm mana la aniq & aqeela tidur tanpa ibu mlm ni..

Ya allah..kau peliharalah mereka sepanjang ketiadaan ku, dan kau permudahkan perjalananku sehingga pulang berjumpa mereka jumaat nnti..

Monday, March 4, 2013

Testing

Thanks dear for this phone..♥ u so much..Alhamdulillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...