"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, November 25, 2014

[Aniq: 3y 9mos] Rahsia Aniq Kekal Fokus

Alhamdulillah, Aniq dah menginjak umur 3 tahun 9 bulan pada 21 haribulan haritu. Dah lama tak countdown umur dan catat perkembangan terkini anak-anak. Sejak akhir-akhir ini, saya mula konsisten berikan Aniq & Aqeela Omega Guard, disamping suplemen lain seperti Mealshakes dan VCO.

Aniq mula menunjukkan perubahan yang sangat baik dalam aktiviti menulis mahupun mewarna. Kalau dulu Aniq memang akan refuse untuk mewarna. Dia lebih rela saya warnakan gambar supaya nampak cantik dan tidak comot macam hasil kerjaya. Kalau saya suruh dia pegang pensel warna sekali pun, dia akan pegang sambil dibantu tangan saya untuk menggerakkan tangannya. Sama juga dengan aktiviti mengikut garisan putus-putus. Aniq akan merengek supaya saya 'membantu' tangannya untuk menulis.

Saya mula perasan waktu kami menginap di hotel sewaktu perlawanan JDT vs Tok Gajah bulan lepas. Waktu incik asben tinggalkan saya dan anak-anak di hotel (dia pergi tgk bola dengan geng2 jdt di stadium bukit jalil), Aniq mula berani mengikut garisan titik-titik dalam buku aktiviti yang saya bawa untuk mengisi masa lapang mereka. Pada mulanya, Aniq masih meminta saya membantu tangannya menulis, kemudian saya telah memberi semangat dan akhirnya dia berani menulis sediri. Saya sangat bangga dengan pencapaian Aniq walaupun ia secara relatifnya adalah kecil. At least, perkembangan Aniq telah saya pantau dan catat.

Aniq mula berani menulis ikut garisan putus-putus


Kemudian bila balik kerumah, dia mula menunjukkan minat dia mawarna, habis semua buku-buku warna yang saya pernah beli sebelum ini di keluarkannya. Kalau dulu, nak ajak mewarna, tak sampai 5 minit je dia dah ajak main benda lain. Memang kurang fokus dan cepat bosan.

Abang sibuk mewarna, adik sibuk bercerita..hihi

Dan minggu lepas di rumah mertua saya. amat mengkagumkan, bila Aniq boleh fokus mewarna satu poster ultraman (coloring book anak buah saya, Ammar) hampir 1 jam. (Tiada gambar yang saya ambil pada waktu tersebut). Masya Allah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. ia adalah perkembangan yang amat saya syukuri. Bukan niat untuk membangga dengan perkembangan anak saya, tapi ingin berkongsi dengan semua rasa kesyukuran yang amat sangat dengan perkembangan Aniq. Mungkin usaha memberi Aniq & Aqeela suplemen adalah salah satu ikhtiar saya untuk memastikan yang terbaik buat amanah Allah ini.

Aqeela sibuk dengan permainan

Aniq beberapa kali menukar posisi untuk mewarna dengan lebih selesa...memang cukup fokus!


Itu sahaja yang ingin saya kongsikan kali ini. Semoga anda semua mendapat manfaat dari apa yang saya kongsikan. Harapan saya anak-anak anda semua juga membesar menjadi anak soleh & solehah yang sentiasa mendoakan ibu & bapanya. InsyaAllah.





**Untuk catatan buat pembacaan dimasa hadapan, Aniq dan Aqeela sudah tiada penjaga di rumah, pengasuhnya dah tamat kontrak pada hujung bulan 10 yang lalu. Ibu Aniq tengah cuba menyesuaikan diri dengan beban tugas yang baru disamping beban emosi yang kian bertambah akibat berjauhan dengan suami dah hampir 4 tahun..huhuhu..no complaint, cuma mencatat hal-hal yang berlaku dalam kehidupan seharian...supaya bila Aniq & Aqeela baca kisah ni 10 tahun lagi, diorang mungkin akan hargai kesungguhan ibunya untuk memberikan yang terbaik kepada mereka.




Saturday, November 15, 2014

Tips Otak Genius #2: Anak Ayah

Kali ni saya share tips yang kedua untuk merangsang IQ tinggi kepada anak-anak.

Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibu akan seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu si kecil mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hakikatnya peranan ayah tidak kurang penting dalam mendampingi anak belajar.

Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.

Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.

Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.

Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik anak. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.

Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar.

Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil. Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian positif si anak di sekolah.

Kredit & sumber dari sini 

Anak ayah



Notakaki: Hurmmm, lepas ni akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk merialisasikan impian saya dan encik husband untuk duduk bersama-sama. Semua kerana amanah dari Allah yang kami pikul dalam membesarkan anak-anak. Mengharap doa yang terbaik dari kalian yang sudi baca dan singgah di blog saya ini. Terima kasih.

Friday, November 14, 2014

Tips Otak Genius #1: Hafiz Quran

Sempena promosi #OmegaGuard bulan ni, saya teruja nak kongsi dengan semua tentang pelbagai tips untuk kecerdasan otak atau minda kita. MasyaAllah, otak kita adalah satu ciptaan Allah yang paling bermanfaat pada kehidupan kita. Kita wajib bersyukur bila diberikan otak yang sihat dan mampu berfikir dengan baik. Alhamdulillah.

Tips ini saya dapat dari perkongsian rakan-rakan Shaklee saya dalam secret group kami. Siapa kata group Shaklee kami hanya bincang pasal suplemen sahaja. Banyak yang saya dapat dari group ni, sampai group lain pun saya dah unfollow. Saya seronok bila berada di dalam group yang sokong menyokong ke arah kebaikan dunia & akhirat. Dan bukan sekadar dunia semata..(group lain sekali sekala ok la, tapi kalau selalu...bosan juga saya. Terus saya unfollow..hehe)..mungkin kerana saya rasa waktu saya sekarang sangat berharga dan saya tidak mahu mengsia-siakan dengan perkara yang kurang bermanfaat.

Ok la, panjang pulak mukadimah entri kali ni..mungkin melepas gian sebab dah lama tak update. Ni la perkongsian yang saya dapat. Harap bermanfaat..


Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...


Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.


Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....


Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.



Anak pintar saya..Insyaallah


P/s: Lebih-lebih lagi kalau kita ambil OMEGA GUARD SHAKLEE, kompem fungsi otak kita berada dalam keadaan optimum. Jom baca dan didik anak-anak kita dengan Al-Quran!


Monday, November 3, 2014

Promosi Omega Guard Shaklee

Alhamdulilllah, pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun 2014. Bulan November pun sudah masuk 4 hari. Baru berkesempatan mengupdate blog setelah beberapa hari bercuti & recharge bersama keluarga. Rasa kejap sangat berlalu tahun ni.

Pada bulan November 2014 ni, Shaklee memilih Omega Guard sebagai produk promosi bulanan. Saya sangat suka dengan promosi ni memandangkan Omega Guard adalah produk wajib seisi keluarga saya. Memang wajib borong untuk simpanan sendiri. Almaklumlah, harga memang betul-betul jimat.

Saya memang suka Omega Guard, anda boleh baca sendiri tentang perkongsian saya mengenai Omega Guard pada link ini..bulan ni juga saya akan berkongsi tentang pelbagai faedah, testimoni pengguna dari pelbagai peringkat umur, dan kajian-kajian penyelidikan bagi produk ini. Ohh, sangat teruja untuk berkongsi kelebihan Omega guard dengan semua. Kan benda baik wajib dikongsi!




Harga biasa RM136 sebotol. Faedah berganda jika beli 1set yakni beli 6 percuma 1 anda akan dapat:

  • Keahlian percuma seumur hidup
  • Cash back bonus pada 15.12.14
  • Diskaun 20-30% bagi semua produk shaklee
  • Group sokongan di facebook.
  • Konsultasi selepas pembelian
  • Pembelian omega juga mengikut harga ahli

Jika ingin dapatkan sebotol dengan harga promosi pun boleh. Jangan segan silu untuk menghubungi saya. Saya sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.




Berkongsi dari hati, untuk pelaburan kesihatan masa depan terbaik.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...