"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, January 25, 2014

Terus Unsubscribe Disney Channel

Actually saya memang dh lame tak jenguk blog maria elana, tapi haritu sebab tertengok raikan cinta pasal wedding dia, so saya pun bukak la, sesaje nk wt hobi masa bujang dulu..sbb haritu mcm ada terbaca dia dh bersalin. So, mne tau dia tetiber rajin nk update pos kan..hehe (sbb dia dah malas/jarang update lepas dia kawen)..haha..follower sungguh upenyer :p

Then, saya tertengok video kt bawah ni time baca pos dia (kalau tak keluar, bleh pegi ke link ini -> http://www.youtube.com/watch?v=v2SdEpHjrjw )..


Terus je lepas tu saya rasa bersalah sangat, sebab subcribe channel cartoon network utk Aniq & Aqeela..Selama ni, saya selalu cuba berfikiran positif dengan memaafkan diri sendiri. Macam-macam alasan saya create, "kesian kt bibik la..", "senang bibik wt kje dapur..bebudak tgk tv..tanpa kawalan".."senang saya buat kje lain while anak2 sibuk tgk cartoon"..ya allah, ibu apakah saya...sedih sangat bila ingat balik..sometimes saya jugak ada terpikir "why not, at least dia blaja english language jugak kn".. sampai satu masa, Aniq & Aqeela dah terlalu dipengaruhi dengan tarian Hi-5..dan saya perasan daya tumpuan mereka pada satu2 perkara adalah sangat singkat..kecuali pada kotak hitam di dinding yang dipanggil tv itu T_T'

Sesungguhnya sekarang saya sedar, perbuatan saya ini adalah SELFISH..beranak nak, tapi tidak bertanggungjawab & abaikan anugerah Allah yang tak ternilai ini. Dari bertangguh nk unsubscribe Disney channel tu, terus saya call astro right after tgk video ni. Sekarang setelah sebulan berlalu, anak-anak saya memang dah kurang tgk tv...cuma waktu malam, diorg akan request video dekat youtube, tu pun video alif ba ta..abc..dan sekali sekala pocoyo...Alhamdulillah, mereka dah boleh adapt berbanding masa awal2 saya unsubscribe tu, kerap kali juga mereka merengek minta dibukakan Hi-5.

Mungkin pendangan dan cara anda dalam pendidikan awal kanak-kanak berbeza..komen dan perkongsian membina amatlah dialu-alukan. Terima kasih :)

Sunday, January 12, 2014

[Testimoni Produk] Badan Aniq Membengkak Selepas Ambil Mealshakes Shaklee

Saya telah menjadi pengguna Shaklee untuk set menyusu sebelum saya cuba memberikan aniq mealshakes.. Pada mulanya, saya amat takut untuk mencuba supplemen mealshakes kepada aniq, memandangkan antibodi aniq yang kurang memuaskan sepanjang dia berumur 4 hingga 12 bulan. Aniq hanya dapat saya bekalkan susu ibu sehingga umurnya 5 bulan sahaja. Selepas itu susu saya merudum dan akhirnya saya terpaksa mengalah dengan susu formula. Mungkin itu juga adalah salah satu faktor kesihatan aniq yang kurang cemerlang berbanding adiknya aqeela yang dapat minum susu ibu sehingga 1tahun 6bulan.

Sebelum aniq berumur setahun, boleh dikatakan hampir setiap bulan aniq akan saya bawa ke klinik akibat demam, batuk dan selsema. Bak kata orang tua-tua (babysitter dan mak saya) untuk menyedapkan hati saya, baby nk beralih bulan atau nak pndai sesuatu memang lah demam. Entah la, yang pasti setiap kali aniq demam saya memang sedih dan agak letih. Berjaga malam tanpa suami disisi memang cabaran yang cukup besar. Lagipun pada ketika itu saya telah hamil anak yang kedua. Pengalaman yang saya alami memang agak mencabar.

Ubat yang diberikan oleh doktor kepada aniq juga bukan calang-calang..Antihistamine untuk batuk semput, antibiotic Zithromax (yang pada pandangan banyak doktor adalah sejenis antibiotic yang agak 'kuat') dan beberapa lagi jenis ubat. Kadang-kadang sedih jugak hati ibu ni bila nak beri anak makan ubat..bila nak bagi anak makan ubat, aniq ngamuk, kalau tak bagi nanti, kita pulak kesian badan si anak letih dan tak bermaya.

Sehingga umur aniq 1 tahun 2 bulan, aniq telah mengalami demam on off dalam tempoh sebulan, waktu malam suhu badannya akan naik dan reda bila hari siang. Saya yang risau telah mengajak incik husband membawa aniq untuk mendapatkan rawatan paediatrician di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. X-ray aniq diambil untuk memastikan yang aniq tidak menghidap pneumonia. 


Alhamdulillah aniq tiada pneumonia, tetapi dia disahkan menghidap resdung. Jadi aniq dibekalkan ubat allergic AERIUS dan aniq dikehendaki makan ubat ini selama 2 bulan. Aduhaii, ni yang lemah ni nak bagi anak makan ubat, kesian pulak aniq..tapi akhirnya aniq semakin lali dan tidak melawan apabila saya hendak suapkan ubat. Aniq dah tak kesah akibat dah terlalu kerap kena makan ubat.


Aniq telah mengambil ubat yang diberikan ini selama 2 bulan. Waktu ni saya masih tidak berani berikan aniq apa-apa supplement mahupun mealshakes. Selepas aniq berumur 1thn 7 bulan, saya dicadangkan oleh mak shaklee saya iaitu hana untuk memberikan aniq mealshakes, saya pn menerima cadangannyamemandangkan semua rakan-rakan pejabat saya telah memberikan mealshakes pada anak dan mereka semua memberikan feedback yang bagus, saya terus yakin untuk mencubanya kepada aniq.

Mealshakes saya campurkan dalam susu anmum aniq, tapi dalam 2 hari kemudian badan aniq sembap..badan dan matanya membengkak..seperti edema..badannya juga naik merah merah..saya sedar mungkin ini adalah healing crisis, tapi hati ibu mana yang tak risau kan..saya sapukan herbal blend pada badannya sebelum saya bawak ke klinik pada keesokkan harinya. 

mata aniq bengkak

badan turut naik merah merah

herbal blend

Esoknya tanda-tanda merah dibadan dah berkurangan, tetapi matanya masih bengkak, jadi saya terus bawa ke klinik. Saya turut membawa bekas mealshakes untuk ditunjukkan kepada doktor, tapi doktor sendiri tidak dapat mengesahkan reaksi elergik aniq ini adalah berpunca dari mealshakes shaklee, doktor hanya menyarankan saya untuk membuat ujian darah di hospital untuk mencari punca elergik aniq. Doktor membekalkan aniq ubat Adezio. Setelah makan ubat ini, merah merah di badan aniq beransur hilang dan pulih sepenuhnya.


Saya yakin edema dan gatal-gatal merah diseluruh badan aniq adalah healing crisis, jadi saya tetap meneruskan memberi aniq mealshakes, tetapi dalam kuantiti yang kurang. Cara penggunaan dan konsultasi akan saya terangkan kepada yang ingin mencuba produk Mealshakes ini.

Alhamdulillah, semakin hari aniq semakin sehat dan antibodinya semakin kuat. Dia sangat jarang sekali demam, selsema mahupun batuk. Dia hanya demam selepas 9 bulan kemudian iaitu akhir bulan lepas, itu pun akibat berjangkit dari demam ayahnya. Selera makan nya juga amat memberangsangkan, sampai setiap sebelum tidur pn dia akan mencari kudapan seperti biskut walaupun telah makan sepinggan nasi pada petang hari. Aniq juga nampak lebih bertenaga dan semangat. Anda boleh lihat sendiri aniq yang sekarang bukan seperti yang dulu lagi. Bila badan anak-anak kita sihat, mereka dapat bermain dan mengeksplorasi dunia kanak-kanak mereka dan sekaligus minda dapat berkembang dengan baik.

Saya telah mencuba Mealshakes Shaklee kepada anak-anak saya, dan ia terbukti berkesan. Jika anda sayangkan anak anda, apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk memberikan multivitamin kepada anak anda. Multivitamin Mealshakes dalam bentuk serbuk amat mudah dicampurkan didalam susu anak-anak sebab berperisa vanilla, dan anak-anak amat sukakan rasanya. Mealshakes juga amat sesuai untuk anak-anak yang ezcema dan picky eater. Tidak perlu berperang untuk memberikan nya 'ubat' demi masa depan mereka. 

Mealshake ini adalah produk tenusu, kanak-kanak yang elergic susu lembu tidak dibernarkan untuk mengambil mealshake. Pastikan anda berjumpa dengan distributor yang bertanggungjawab yang akan menerangakan cara penggunaan mealshake ini dengan sebaiknya. Bukan untuk mencari keuntungan semata-mata. Cubalah, saya yakin anda tidak akan menyesal. 


Harga Mealshakes Shaklee ialah RM113.00 (semenanjung) & RM121.00 (sbh&srwk) untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 3 hingga 4 bulan untuk penggunaan seorang kanak-kanak.
Untuk konsultasi dan harga terbaik, jangan segan silu untuk hubungi saya. Selamat mencuba

__________________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.



Saturday, January 11, 2014

Kenapa Kita Memerlukan Supplemen?

Sebelum saya bercerita dengan panjang lebar kenapa anda perlukan supplemen atau bahasa lainnya makanan tambahan dalam diet pemakanan harian anda, saya minta anda buka mata dan hati menerima apa yang ingin saya tulis. Kalau hati anda awal-awal lagi telah tertutup untuk menerima pendapat orang lain, sila berhenti membaca disini. Anda akan membuang masa anda yang amat mahal itu.

Saya juga seperti anda-anda juga sebelum ini, tidak mempercayai keupayaan supplemen sebagai makanan tambahan. Pada saya kenapa perlu bayar lebih untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan. Bukankah duit itu lebih baik digunakan untuk membeli makanan untuk dimakan.Kenapa saya bermula makan Shaklee? Anda boleh baca kisah saya pada post ini.




Antara sebab lain juga menurut pembacaan & pengalaman sendiri:

1. Tubuh kita memerlukan khasiat yang tinggi daripada sumber makanan kita seharian, tetapi cukupkah kandungan khasiat yang betul-betul kita dapat dari pemakanan sahaja? Adakah anda rasa kandungan vitamin pada pengambilan makanan anda seharian sudah mencukupi? Pada saya yang sangat suka makan nasi, dan kurang makan buah. Saya rasa kandungan vitamin dalam pemakanan saya seharian adalah tidak cukup.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran sekarang berkemungkinan besar banyak yang telah tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualit buah & sayuran yang anda ambil.

3. Zat makanan juga mudah hilang semasa dalam proses, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Adakah anda rasa ayam yang anda makan seharian itu masih banyak kandungan khasiatnya? Bagaimana dengan ayam yang cepat membesar dengan kaedah suntik. Anda boleh baca selanjutnya di sini. Takpelah, kita beri keluarga kita makan ikan. Adakah anda yakin ikan yang anda beli dipasar itu cukup segar? Bagaimana dengan berita ikan yang di'segar' kan menggunakan cecair formalin seperti di sini

4. Gangguan penyerapan zat makanan kedalam tubuh turut berlaku akibat pengambilan pil penahann sakit, laksatif, ubat-ubatan, serta antibiotik.

5. Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolestrol, gula dan garam yang berlebihan telah mengurangkan simpanan mineral & mengganggu peneyerapan mineral kedalam tubuh.

6. Gaya hidup masa kini yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.

7. Kurangnya penyediaan sendiri makanan sihat dirumah dan gemar dengan makanan segera atau dari kedai yang tinggi kandungan MSG serta rendah khasiat merupakan penyumbang utama kepada masalah kesihatan.

8. Persekitaran tercemar dan imunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral & vitamin telah menyebabkan tubuh badan kita mudah dihinggapi penyakit.

Ingat...supplemen adalah bukan ubat. Ia tidak menyembuhkan penyakit, tetapi ia sebagai makanan tambahan yang melengkapkan lompong-lompong ruang khasiat yang anda tidak dapat daripada pemakanan anda seharian.

Hanya kuasa ALLAH jualah yang memberi dan menyembuhkan sesuatu penyakit. Kita sebagai hambanya, hendaklah sentiasa menjaga serta mencegah diri dari penyakit dan berusaha ke arah kebaikan tubuh badan kita sendiri.

Thursday, January 9, 2014

[Testimoni Produk] Saya Tak Suka Makan OSTEMATRIX

OSTEMATRIX

Ini adalah antara supplements yang saya agak payah nak maintain untuk makan..mesti selalu skip2..korang tengok lah size dier..dh la gedabak gitu...pastu kene makan 4 biji skali makan plak tu...haihhh, tak  ke bercinta saya nk telan..nasib baik bentuk dan permukaan dia yang licin tu senang nak masuk je kalau minum air..kalau tak, bluwekk jugak sudahnya.. (ingat org suka makan supplements macam saya ni senang sgt ke nk mkn ubat..huhu)

Tapi nak taknak saya terpaksa jugak makan bila saya tak boleh elak dengan 'after effects' makan Ostematrix ni..saya suka sangat bila bangun pagi je, saya tak payah duduk berejam dalam toilet..mcm makan betik je gayanya..senang dan laju kelancaran pembuangan pagi..(upss...sory yer)

Saya ni mmg jenis pembuangan tak lancar..kalau teringat balik time pregnant & pantang dulu..haihhh, xboleh lupa bila seminggu cuti hari raya saya tak membuang...bleh imagine tak cm mana intake pemakanan time raya..masuk banyak, tp keluar takde...saya siap dh seram sejuk sbb seminggu dah tak membuang, terpaksa incik husband pergi farmasi belikan ubat picit cm bebudak tu...(adehhhh...malu)...tapi syukur sgt bile mkn ostematrix ni..mmg sgt2 membantu

Selain itu, saya betul2 dapat tidur yang berkualiti..pepaham jela kalau ibu ada anak 2..tp husband keje jauh..kalau dekat, bleh la ambil shift layan anak nanges or nk susu tgh2 mlm..takde istilah gitu utk saya..saya memang ngadap sorang2 je bebudak ni..jadi tidur yang berkualiti memang sgt saya hargai..kadang2 kalau lepas bangun buat susu anak, saya payah nk tido balik..tp dengan Ostematrix, tidur yang berkualiti dapat, bangun pagi pn mudah..(mane tak mudah...dh perut ko memulas nk membuang..huhu)..

Kenapa makan Ostematrix boleh buat tidur lena ya?


"Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah"

Oh patut la tidur lena, bangun tidur pun mudah...dengan tidur berimpit dengan anak2..ibu dapat ruang sempit jela..jadi dah pasti selalu sakit-sakit badan..Alhamdulillah dengan Ostematrix, sakit pinggang serta letih-letih badan pun dah kurang...saya juga bekalkan Ostematrix ni kepada incik husband, sebab dia keje penat di yard..bnyk berjalan ke bengkel..jadi utk recharge, saya berikan dia yang terbaik supaya bangun pagi tiada sengal-sengal badan dan keletihan. Dapat pergi kerja dengan cergas semula. Dia pun dh kurang komplen badan letih-letih.

Masa preggy juga, saya selalu kejang kaki..tarik atau simpul biawak orang cakap..alhamdulillah sejak mengambil Ostematrix, takde dah masalah tu..kalsium juga penting untuk ibu menyusukan anak, sebab kita nak menyalurkan kalsium yang cukup pada susu untuk pembentukkan tulang anak yang kuat. Untuk anak saya yang kedua Aqeela, gigi nya memang cepat tumbuh berbanding Aniq.

Kenapa pula Ostematrix boleh mengurangkan kejang?

"Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya."

Apa lagi kandungan Ostematrix ni?


Dan yang terakhir sekali, saya tak boleh tinggal makan Ostematrix ni, sebab rambut gugur saya dh kurang!.. Kalau tak dulu, kemain meriah lagi kt toilet tu dengan rambut saya..incik husband pun perasan perubahan ini..kalau tak dulu, masa basuh rambut kt saloon siap kene tegur sebab rambut saya gugur banyak sangat. Rambut takde masalah lain, cuma gugur yang teruk. Nasib baik tak botak..Ini adalah kelebihan Zinc yang terdapat dalam Ostematrix ni. Saya memang kurang Zinc sebab masa preggy HB darah saya selalu rendah..tahap teruk punya..sampai bacaan 8 dan nurse pernah mintak saya punye stool sample. (kira teruk sgt la ni..). Masa tu tak kenal lagi Shaklee..saya dok la telan Zinc yang K.K gomen bagi berkotak-kotak tu...tapi masih tak dapat atasi masalah. Ehh...ni dh menyimpang cerita lain ni...huhuhu

Oklah..itu je nak story kali ni...kalau korang nk cuba Ostematrix ni..mehla pm kita..Harga murah je, RM61 sebotol (Retail)..ada 120 biji..tahan 1 bln (kalau ambil 4 biji sehari) atau 2 bln (kalau ambil 2 biji sehari)..saya skarang consume 2 biji je sehari..sebab dah stop menyusu. :)

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Saturday, January 4, 2014

Ecopark Bukit Merah Laketown Resort

Seminggu sebelum penutup tahun 2013, kami sekeluarga (read: saya dan anak2) pergi buat lawatan tapak ke rumah sewa encik husband kt lumut..

Kebetulan student cuti seminggu, saya pn amek kesempatan perabihkan cuti tahun kt lumut dari 21 sampai 28 Disember 2013. Saya amek cuti 4 hari je, sbb hari rabu kn cuti krismas. So, ikut plan nye..kami nk ke tmpt percutian yang boleh balik hari dari lumut..sbb hari selasa & rabu tu incik husband kerja..jadi kami pilih Bukit Merah Laketown Resort.

Kami bersiap agak lambat..biasalah family anak 2..huhuhu..sebelum bergerak dari Lumut, kami singgah breakfast merangkap lunch (sebab makan berat terus)..waktu tu pn dh pukul 12 tghari..perjalanan kami mengambil masa dalam 1jam untuk tiba di Exit Bukit Merah jika melalui lebuhraya utara selatan. Selepas tol, belok kanan lepas simpang 3 pertama, dalam 100m akan nampak pintu masuk ke Bukit Merah Laketown Resort di sebelah kanan.



Ada macam2 hiburan boleh dipilih kalau nak bercuti kt sini, tapi kami pilih untuk ke Ecopark sahaja, sebab taknak rushing dan nk explore betul2 kawasan yang lebih kurang petting zoo tu..budak2 kan suka tgk binatang. Dan yang seronoknya, hampir semua binatang di Ecopark ni sudah dikenali oleh Aniq & Aqeela melalui buku atau tv sebelum ini. Tiket masuk ke Ecopark sangatlah mampu milik iaitu RM16(dewasa)..Aniq & Aqeela yang ketinggian belum jejak 90cm adalah percuma.




Sebelum pergi tu..sempat gak la saya survey tempat ni dengan besfren saya yang dah pernah pegi ke sini..katanya tempat ni sesuai utk bawak budak2 kecik..kalau waterpark agak malas & penat sikit...sbb haritu ada pengalaman mandi di tambun yang saya ada story pada entri lama di sini. Setelah kepenatan mandi, kami tak bawak pn anak2 ke petting zoo di tambun..so, taknak menyesal 2 kali..kita pergi tgk binatang je kali ni...next time bila diorg dh besar sikit, baru ibu bawak gi waterpark. Ok, penat bacer bebelan saya..kita layan gambar plak..

Rombongan cik qeela kalut dengan sunglass..hehe

Sebelum masuk ke dalam ecopark tu, incik husband beli makanan untuk diberi kepada binatang. Satu plastik makanan dijual pada harga RM5..macam2 jenis makanan didalamnya, lengkap untuk ikan, burung merak, arnab, rusa dan banyak lagi.

Excited sungguh anak2 & mak ayahnye sekali

Tgk tu cik qeela...kemain suka lagi ngn gibbon tu..sampai taknak jalan..
Aniq plak awal2 dh ajak 'chow'..hehe

Feeding fishes

Feeding peacocks

Feeding rabbits

Parrot Show

Kami menghabiskan masa 2 jam gak kat dalam ecopark tu..pas keluar tu dalam pukul 3, kami yang kelaparan pun makan la dekat foodcourt dalam kawasan Bukit Merah tu..makanannya biasa2 je..tapi sebab dh lapar, kami belasah je..

Malam tu kami singgah di Pantai Remis untuk makan udang lipan..saya memang first time makan, walaupun rupanya kurang menarik, tapi rasanye mabeles!..Alhamdulillah


Udang lipan Pantai Remis

Itu jelah cerita percutian kami sebagai penutup tahun 2013. Semoga Allah kurniakan rezeki yang lebih untuk kami berjalan-jalan lagi tahun depan. In sya Allah..


Friday, January 3, 2014

[Info Produk] Khasiat & Kebaikan Peppermint GINGER Plus


APA KANDUNGAN YANG ADA DIDALAM PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

Peppermint-Ginger Plus merupakan supplement yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk penghadaman. Peppermint Ginger Shaklee ini dapat membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman. Peppermint Ginger mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya.

Apakah 4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee? Apakah Khasiat herba tersebut? 


                                                         1. DAUN PUDINA

❁ Membantu dalam proses penghadaman
❁ Membantu mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness
❁ Membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit
❁ Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi (muntah, hilang selera makan)
❁ Merangsang pengeluaran peluh - mengurangkan risiko demam akibat selsema
❁ Membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus


                                                         2. HALIA


❁ Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
❁ Melegakan sakit perut
❁ Mengurangkan sakit senggugut
❁ Membantu mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss
❁ Mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan






                                                        3. FENNAL (POKOK ADAS)



❁ Membantu menghilangkan kembung perut
❁ Melegakan kesakitan perut
❁ Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus






                                                        4. CEKUR MANIS (ANISE)



❁ Melegakan masalah pencernaan
❁ Mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
❁ Merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan
❁ Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan 




SIAPA YANG BOLEH AMBIL PEPPERMINT GINGER PLUS?


  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
  • Baru pertama kali cuba saya dah teruja dengan product ini. Saya jamin anda tidak menyesal. Jika anda tidak suka halia dan ingin dapatkan khasiatnya, mungkin boleh cuba product ini.

PELBAGAI CARA MAKAN PEPPERMINT GINGER PLUS.

Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee. Yang pertama boleh ditelan begitu sahaja dan yang kedua, yang paling aromatik, boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam teh o panas. Sungguh nyaman dan melegakan. Anda boleh amalkannya 2 atau 3 kali sehari dan dengan izin Allah, masalah anda juga akan selesai.


UNTUK AMALAN TERTENTU.


*Membantu penghadaman  >>  Ambil 3 biji selepas makan

*Mencuci usus dan perut  >>  Larutkan 3biji PAPPERMINT GINGER PLUS dan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum

*Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk  >>  Ambil 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba

*Kelegaan tekak, batuk, sendawa  >>  Hisap 2 biji



**Depetik dari : http://www.healthyfamily9.com/2013/07/peppermint-ginger-plus-khasiat-dan.html

__________________________________________________________________________________

Harga Peppermint Ginger Plus ialah RM45.00 (retail), mengandungi 90 tablet.
Untuk dapatkan harga istimewa|Ingin jadi ahli segera|Hubungi:

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Wednesday, January 1, 2014

[Info Produk] Kepentingan DHA Bagi Ibu Hamil dan Ibu Menyusukan Anak

Omega-3 dan Susu Ibu

Tahukah anda bila kita mendapat sumber Omega-3 (salah satunya ialah DHA) yang pertama dalam hidup? Ya, sudah tentu daripada ibu kita yang tercinta. Ia bermula sejak di alam rahim lagi. DHA yang tersimpan di dalam badan ibu akan diserap oleh janin sebanyak yang diperlukan. Begitu jugalah dengan nutrien-nutrien lain yang diserap oleh janin sepanjang kehamilan. DHA begitu penting bagi janin untuk memastikan proses perkembangan sistem saraf otak dan retina berjalan dengan baik.

Setelah bayi lahir, pemberian DHA diteruskan melalui susu ibu yang sangat unik dan hebat yang dijadikan oleh Allah Ta'ala. Kurniaan yang hanya dikhususkan kepada kaum ibu. Betapa beruntungnya kita sebagai ibu jika mampu menyusukan anak kerana ia bukan sahaja merapatkan ikatan hati malahan merupakan sumber makanan pertama bagi seorang bayi. Bagi muslim, sangat digalakkan untuk menyusukan anak disertai dengan zikir-zikir atau bacaan al-Quran sebagai satu langkah pertama untuk mendidik anak mengenal Pencipta Semesta Alam.



Tahap Kandungan DHA Dalam Susu Ibu 

Umum mengetahui bahawa tempoh penyusuan terbaik adalah selama 2 tahun. Mengapa 2 tahun? Ini kerana selama tempoh itulah merupakan tempoh yang sangat sangat penting bagi perkembangan otak anak. Tahniah diucapkan bagi ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak selama 2 tahun. Bagi ibu yang tidak dapat mencapai tempoh tersebut, usah gusar dan risau. Masih ada cara lain untuk membantu perkembangan otak anak kita. Di samping itu, doa seorang ibulah yang paling penting dalam kehidupan seorang anak.

Terdapat kajian dijalankan ke atas beberapa buah negara mewakili benua menunjukkan perbezaan antara tahap kandungan DHA di dalam susu ibu. Kandungan DHA dalam susu ibu di negara Jepun menunjukkan bacaan yg paling tinggi di antara negara lain yang terlibat. 


Kita sedia maklum bahawa penduduk Jepun memang menjadikan ikan sebagai makanan harian mereka. Maka tidak hairan jika kandungan DHA dalam susu para ibu di Jepun mencatatkan bacaan paling tinggi. Begitu jugalah dengan penduduk yang banyak memakan ikan dalam diet mereka. Di US, satu kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu menyusu di Amazonian Bolivia (yang banyak memakan ikan) mempunyai tahap DHA 400 kali ganda banyaknya dari negeri-negeri lain.


Kepentingan Omega-3 Bagi Ibu Hamil dan Menyusukan Anak

Omega 3 bukan sahaja boleh membantu dalam pembinaan dan perkembangan otak dan retina janin. Ia juga sangat penting bagi diri ibu sendiri. Omega-3 boleh melancarkan peredaran darah agar dapat:
• Membantu ibu mengekalkan tekanan darah yang normal
•  Membantu memecahkan lemak dan mengawal masalah obesiti
• Membantu mengurangkan tekanan di bahagian leher seterusnya membantu mengelakkan tekanan  
   (stress) dan sakit kepala yg dialami oleh ibu
•  Membantu menurunkan tahap kolestrol dan mengurangkan tahap risiko penyakit jantung
•  Membantu meningkatkan tenaga agar sentiasa produktif dan aktif
•  Bertindak sebagai anti-radang jika ada masalah alahan, masalah sendi dan sebagainya
• Membantu menghindarkan pembekuan darah dalam badan (vena varikos)
• Membantu mengelakkan daripada berlakunya kelahiran pra-matang
• Membantu mengelakkan daripada berlakunya depressi pospartum
• Terakhir sekali Omega-3 sangat penting diambil oleh ibu hamil kerana Omega-3 yang tersimpan di dalam tubuh ibu akan kehabisan kerana dipindahkan atau diserap oleh anak. Apabila kita kekurangan Omega-3 maka pelbagai risiko akan dihadapai seperti kanser, penyakit jantung dan paru-paru, depressi, insomnia, migrain, anxiety, pembekuan darah dan sebagainya.



Sumber Omega-3

Asid lemak ini boleh didapati daripada pemakanan seharian kita. Ikan sememangnya terkenal dengan kandungan Omega-3 yang tinggi. Antara ikan yg mempunyai Omega-3 yang tinggi ialah ikan laut air sejuk seperti ikan parang (herring), ikan sardin, ikan kembung (mackerel), ikan bilis, ikan salmon dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu yang banyak memakan ikan berasid lemak tinggi mempunyai tahap deperssi yang rendah berbanding dengan yang tidak memakannya.


Namun, hari ni berlaku banyak pencemaran hatta ikan sekalipun terutama ikan yang dibawa jauh dari persisiran pantai. Untuk memelihara fizikal ikan agar nampak segar, satu bahan kimia telah dicampur dalam kebanyakan ikan agar tidak mudah rosak dan kekal segar.


Omega-3 dan OmegaGuard Shaklee

Sumber OmegaGuard -
OmegaGuard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti ikan parang (herring), ikan sardin, ikan bilis dan ikan kembung (mackerel) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari minyak hati ikan dan OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

Kandungan Omega-3 dalam OmegaGuard -
OmegaGuard mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Satu sajian OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Kaedah penghasilan OmegaGuard -
OmegaGuard tidak dihasilkan seperti kebanyakan produk minyak ikan yang lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mendapatkan minyak ikan. Kaedah ini bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien malah ia tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

OmegaGuard menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Ia melalui proses penyulingan propretari tiga molekul untuk:
•  Mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi.
•  Menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychloronated biphenyl (PCB)

Oleh itu, para ibu hamil dan menyusukan anak anda disarankan untuk mengambil supplement minyak ikan agar kesihatan anda berada di tahap optimum. Ia juga sangat bagus utk perkembangan sel-sel saraf otak anak anda dan retina mata mereka. Pilihlah minyak ikan yang tertulen dan terbaik kerana diri anda sangat dihargai di seluruh dunia sebagai IBU YANG MELAHIRKAN GENERASI SETERUSNYA. Kesihatan anda menentukan kesihatan bayi anda. Pilihan di tangan anda.


*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Penghantaran produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Hubungi saya Izzati Izni (ID No: 927121) di talian +60197736540 (pm/whatsApp) untuk sebarang pertanyaan dan order. Konsultasi pemakanan berterusan akan diberikan khas untuk pelanggan saya.

Start Small, Dream BIG

2013
Bonus pertama saya dengan Shaklee hanyalah RM35..masa tu bulan April..
pada mulanya pada pemikiran saya "dapat beli harga ahli dengan merasa bonus sikit ok la tu"
Sekarang saya mampu dapat dalam lingkungan RMxXx (kalau duduk saje..siapa nk bagi kn?)..setelah saya mula serius dengan Shaklee bulan September lalu..tu pun masih malu2 nk declare secara terang-terangan..takut itu..takut ini..semua takut..haihhh


2014
Saya nk jadi org yang baru..the new me...saya nak bonus lebih dari apa yang saya dapat sekarang..
saya takkan sabotaj diri sendiri dah..taknak toleh kiri kanan..taknak tengok org lain..
nk tgk jalan saya sendiri..saya ada impian saya..saya ada cita-cita saya..
saya akan pegang kukuh impian saya..push factor sebagai pendorong utama kepada impian saya..

Saya nk bantu family & kawan2 yang sakit..supaya diberi kesihatan yang lebih..
saya nak bantu kawan2 yang sikit susu ibunya..supaya dapat beri susu terbaik untuk anak mereka..
saya nk bantu mereka yang inginkan badan yang sihat..pasangan yang ingin mendapatkan zuriat..
niat dihati  nak bantu seberapa ramai org menjana income utk family & tingkatkan ekonomi keluarga..
dan yang paling penting, saya percaya rezeki saya Allah dah tetapkan..saya cume perlu jemput je
Doakan saya ye semua..Insya Allah

Ohh yaa..for the first start..
saya tukar wajah blog saya ke wajah baru..
mcm mana..ok tak?! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...