"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, June 20, 2014

Ke Korea Kita (2): Tempat Penginapan Di Korea

Disebabkan kami memilih untuk free and easy ke korea, jadi saya pun mula men'survey' di internet pilihan rumah penginapan yang dalam budget serta keperluan kami. Kebanyakkan backpackers ke korea lebih memilih rumah tumpangan yang mempunyai banyak bilik dan berkongsi dapur. Selain itu ada juga yang memilih hotel yang mempunyai ruang dapur. Tetapi saya lebih berminat untuk mencari penginapan jenis apartment kerana saya memikirkan beberapa kesukaran jika menginap di rumah tumpangan yang perlu berkongsi dengan orang lain. Saya perlukan dapur & ruang tamu sendiri untuk anak-anak saya bergerak.

Jadi saya memilih untuk mendapatkan apartment persendirian mengunakan perkhidamatan airbnb. Kami memilih apartment duplex yang mempunyai dapur, mesin basuh & dryer, serta perkhidmatan egg wifi percuma. Internet sangat penting ketika berada di Korea disebabkan kami perlu menggunakan perkhidmatan google maps & whatsapp sebagai medium perhubungan sekiranya berlaku apa-apa disana. Kami memilih apartment milik Uni dari Seoul yang terletak berdekatan dengan Istana Gyeongbuk-gung. Hanya 5 minit berjalan kaki. Apartment nya sangat selesa dan boleh memuatkan kami 5 beranak, sebab mil saya turut ikut bercuti ke sana. Dapatlah kami merasa duduk apartment gaya Korea..pengalaman yang amat berharga. Kalau ada yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan website airbnb, saya amat mencadangkannya kerana ia boleh dipercayai & sangat mudah. Mungkin kami akan gunakan lagi nanti sekiranya ingin bercuti ke luar dan dalam negara dimasa akan datang.


Apartment yang kami pilih adalah jenis duplex, ia memang sebiji seperti yang tertera di website. Ada sebuah katil queen di bahagian bawah, dan satu tilam queen bercantum dengan satu tilam single di bahagian atas. Sangat selesa untuk kami sekeluarga menginap, lebih-lebih lagi Aniq & Aqeela yang sangat teruja main naik turun tangga dan tempat tidur yang cozy di tingkat atas. 

Kami tidak berjumpa dengan tuan rumah sepanjang kami di sana, hanya berhubung melalui email sahaja, seminggu sebelum kami berangkat ke korea, kami telah mengesahkan kehadiran dengan tuan rumah, Uni. Dan beliau menghantar email berkenaan SOP penggunaan alatan di rumahnya seperti pass code untuk access pintu masuk rumah, cara menggunakan dapur, dryer serta cara membuang sampah di tempat yang disediakan. Di Korea, mereka mengamalkan pengasingan sampah barang untuk recycle dengan sampah basah. Jadi kami kena asingkan siap-siap sebelum buang.

Segala kelengkapan penginapan seperti towel, sabun mandi beserta shampoo dan sabun basuh baju turut disediakan oleh tuan rumah. Ohh ya, sebelum terlupa. Di Korea, mereka memakai towel kecil sahaja untuk mengelap badan selepas mandi. Disebabkan saya terlupa tentang perkara tersebut, memang agak kelakar bila encik husband sibuk cari towel besar selepas selesai mandi pada hari pertama kami tiba. Rupanya tidak disediakan. Hehehe..i'm sorry dear. ;)


4 comments:

Norliza Nordin said...

cantik.. ade ole ole takkkk hehhe :p

atie lazis said...

Liza,

Ada ole2, tapi dah habis bagi family & kengkawan opis..hehe

Tak beli apa sangat pun, currency change rate agak mahal. :)

HuRuN^AiN said...

Salam sis.blh x sambung pengalaman ke korea?saya excited nak tau sbb saya akan ke korea next month juga bersama 2 anak kecil, 2 tahun dan 4 tahun..convenient x nak berjalan guna stroller naik subway etc. lagi satu, berapa harga apartment ni ye?tq.. :) kalau sudi reply ke emel saya ukhuwwah86@yahoo.com

atie lazis said...

Wslm sis HurunAin,

Insyallah..saya akan cuba bayar hutang post trip ke korea ni dalam minggu ni..takut gak bnyak dh lupa.adehhh.. Sorry yer..hihi

Btw, tq for drop ur commen here..ada gak orang baca pengalaman trip saya ke sana. *blushimm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...