"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, July 16, 2014

Tips Pengurusan Masa Bagi Yang Berniaga Secara Sampingan

Saya copy tips ini untuk menjadi peringatan saya sendiri..artikel asal berbahasa inggeris, saya dapatkan dari sini. Saya telah ringkaskan untuk tatapan saya dan anda yang memerlukannya. Semoga bermanfaat. :)

Tips ini amat berguna kepada mereka yang baru memulakan perniagaan terutamanya untuk mereka yang masih berkerja sepenuh masa dimasa yang sama sedang berniaga sebagai pendapatan sampingan.


1. Pu Phak Man, Che Phak Chan! (不怕慢,子怕站。)
Buat sesuatu SETIAP HARI untuk kedepan, walaupun sedikit. Ya, tepat bacaan anda, setiap hari. Termasuk hari minggu. Lebih banyak masa yang berkualiti anda berikan pada bisnes anda tak kira besar atau kecil, lebih peluang dan lebih cepat untuk berjaya. Dalam bahasa arabnya, Istiqamah. Ye dak? ;)

2. Vision Board/Goals
Cari dan kenal pasti target harian, mingguan, bulanan dan tahunan untuk pencapaian atau jualan. Catat dan letakkan target ini di semua tempat yang anda lihat setiap hari. Real goals focus on outcomes!

3. Buat pelan aktiviti setiap minggu/Checklist
Tentukan apa yang anda nak buat dengan bisnes anda setiap minggu. Bahagikan mengikut hari dan buat apa yang anda telah rancang. Ikut dan disiplin dengan jadual. Biar sedikit tetapi buat, sehingga satu tahap ia menjadi rutin. Contohnya, berzikir setiap hari. Pada awalnya kita boleh set Selawat 100x setiap hari, buat sehingga ia menjadi rutin, dan kemudian kita boleh menambahnya.

4. Pastikan Checklist anda adalah aktiviti yang berkaitan dengan Goals sahaja
Jika anda ada banyak masa terluang, anda boleh menyusun barangan di stor. Rasanya jika anda betul-betul komited dengan bisnes/goals anda. Anda tidak banyak masa untuk dibazirkan.

5. Tutup televisyen
Macam mana anda ingin mengelakkan atau mengurangkan masa menonton tv? Mungkin anda boleh meletakkan vision board anda disebelah televisyen..hehe.. Saya sudah berjaya memotong bekalan astro di rumah saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih bahagia sekarang.

6. Kelab 5 pagi
Pilih sama ada tidur lewat 1 jam, atau bangun awal 1 jam dari kebiasaan. Kalau konsep ini turut diamalkan oleh masyarakat bukan islam. Agak malu lah kita jika kita tidak mengambil peluang ini. Kalau tak dapat bangun 3/4 pagi untuk berkhalwat dengan Allah. Gunakanlah masa 5 pagi ini. Saya sedang menggunakan sekolah ramadhan untuk tidur awal dan bangun awal setiap pagi (waktu sahur). Harapnya akan berkekalan selepas Ramadhan.

7. Catat/rekod setiap aktiviti yang dirancang
Pelan yang bagus tidak semestinya dilaksanakan dengan cemerlang. Catat setiap kejayaan atau aktiviti yang telah anda selesaikan. Berapa hasil jualan. Berapa banyak blog walking. Berapa banyak prospek pelanggan yang anda telah jalinkan hari ini.

8. Tingkatkan Ilmu setiap hari
Jangan lokek untuk ilmu. Sama ada berbayar atau tidak. Fokus. Jangan buat banyak hari ini, dan rehat seminggu. Walaupun agak payah untuk menguruskan masa, tapi and boleh membuat sedikit tindakan setiap hari. Konsisten adalah kunci kejayaan dalam bisnes.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...