"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, October 20, 2014

Penjual Shaklee Kemaruk ESP

Hehe, tajuk entri tak cukup kontroversi ke? Yup, memang kemaruk sangat dengan ESP ni..mana tak nye? Sebab kami-kami dah rasai sendiri kehebatan ESP Shaklee. Macam-macam cara pembenci ESP cuba nak provoke kami dengan keburukan ESP, tapi kami tetap teguh tegar sukaaaaaaaaaa gilerrrrr kat ESP. Dah jatuh cinta habis dah. Betul, bukan main-main punya cinta. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kalau stakat baru minum setong ESP, tu pun dekat setahun baru nak perabih agak payah la nak jatuh cinta..yer dak?



Saya pun camtu gak dulu...tak berapa nak jatuh cinta sangat ngan ESP, kengkunun takut gak kan pasal agenda yahudi..yela, ESP is Soy Protein Isolate Powder. Diorang dok agung sangat soya ni, apehal kan. Cewah, gitu pandangan ikhlas saya pada ESP dulu..huhu..tapi saya beli gak la, sebab dah dalam Set Menyusu Lengkap ada ESP. Tapi minum gitu-gitu jela, dan tak perasan pun perubahan yang saya alami selain dari membanyakkan susu badan.

Pada entri kali ni saya taknak cerita tentang kelebihan ESP dari segi saintifik dan kajian. Ataupun beza soya ESP dengan soya lain yang terdapat di pasaran yang pernah saya cerita disini. Harini saya nak cerita sequel (susunan) kenapa saya boleh kemaruk dengan ESP ni.




Perkara pertama yang buat saya jatuh cinta dengan ESP ialah menyebabkan saya tak payah bangun malam banyak kali lagi sebab susu saya pekat macam yang saya share pada testimoni fai (nenny shaklee saya) disini. Seriously susu saya memang nampak perubahan dari yang sebelum saya kenal ESP. Warna nya gelap dan macam hijau sikit (bila beku).

Eh, apa kaitan pulak susu pekat & bangun malam?..hehe..ibu-ibu menyusu badan je paham pengalaman ni. Susu saya menjadi banyak sampai baju basah masa saya tidur. Bila susu banyak dan pekat, anak saya akan kenyang..sekaligus dia takdela bangun 2 3 kali sepanjang malam untuk menyusu. Kompem pengsan kekenyangan menjilat bibir...yummie. Satu lagi, saya sendiri tak bangun malam akibat kelaparan menyusukan si kecik macam saya ceritakan pada entri saya disini. Ok, paham tak kesinambungannya?





Pastu kan, ibu-ibu menyusu ni...memang kuat makan. Saya masa menyusukan aqeela sepenuhnya, makan memang macam 'bela hantu' orang opis saya kata. Haha..seyes asik lapar jer..breakfast mengalahkan 'King' dah..pastu antara selang waktu nak ke tengahari, mesti cari kudapan punya. Pukul 12 dah meroyan lapar lagi menggigil nak tunggu lunch. Betul...tak reka cerita tau! Bayangkan, sambil beli nasi berlauk untuk makan tengahari, saya mesti akan beli makanan sampingan lain macam burger ayam special ke..ataupun laksa untuk makan petang..fuhh, bukan buah-buahan mahupun goreng pisang pencuci mulut hokey. Seram orang opis tengok saya makan, saya pun seram tengok diri sendiri makan.hahahaha..




Alhamdulillah, ESP dapat bantu saya kawal rasa lapar. Kadang-kadang takut gak kalau badan meng'gemuk sebab mengketedarah tak kira waktu. ESP tidak menggemukkan. Bila ambil ESP, perut jadi penuh..rasa lapar kurang. Dalam masa yang sama tetap mengekalkan kuantiti susu yang saya pump. Kolestrol juga rendah, tak perlu takut untuk makan apabila lapar lagi. Kalau tak, nak makan telur goreng tengah malam pun seram juga kalau kira kolestrolnya. ESP sendiri mempunyai indeks glesemik yang rendah, dimana ia akan melepaskan tenaga sedikit demi sedikit dan amat baik diambil oleh mereka yang menghidap diabetes. Apa itu indeks glisemik yer? Meh baca apa yang diterangkan pada gambar dibawah.




ESP juga bukan sekadar protein, kandungan ESP juga turut disertakan vitamin-vitamin lain seperti Vitamin B, Asid Amino, Kalsium & Iron. Kelebihan lain selain dari itu, kulit kaki saya yang merekah teruk dari zaman students dulu pun dah lembut kemerah-merahan okey. Yelah, zaman student mana mampu nak pakai losyen bagai. Bila dah kerja, tak berapa nak rajin pulak..(haha, saya memang malas bab losyen-losyen ni).





Stretch mark di perut selepas melahirkan juga turut pudar (belum hilang sepenuhnya) dengan mengamalkan ESP dan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Untuk kulit pula, tak usah cerita la..lebih moist dan cerah berbanding sebelum ini. Mungkin anda boleh google pelbagai testimoni kecantikan selepas mengamalkan ESP dalam tempoh masa tertentu. Bukan hangat-hangat taik ayam, baru minum satu canister terus komplen dengan SID Shaklee, ESP ni tak best. Upss..

Itu jela coretan saya pada hari ini. Yang baik kita sebar dan kongsikan supaya dapat dimanfaatkan untuk semua. InsyaAllah. Yang penting kita berusaha mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sederhana dari segala hal. Itu memang telah diajar dalam agama islam kita sendiri. Istiqamah dan tidak berlebih-lebih dalam setiap sesuatu.

Pastikan anda mendapatkan nasihat dari SID yang benar-benar menjaga kebajikan anda sekiranya ingin mengambil setiap jenis suplemen tidak kira dari Shaklee atau yang lain.




Ohh ya, Promosi Oktober 2014 masih berbaki 2 minggu. Beli 6 tong ESP, percuma 1. Jadi kami pengguna tegar ESP memang takkan lepas peluang untuk borong ESP sebab harga memang betul-betul jimat. Lagipun tarikh luputnya adalah pada Januari 2016. Kurang-kurang pun kami akan buat stok sorang 2 tong. Jika ada di kalangan pembaca yang teringin nak cuba ESP, dan nak dapat harga promosi ini. Jomla pm saya, saya akan jelaskan bagaimana. InsyaAllah saya akan bantu anda dapatkan ESP pada harga terbaik.




Berkongsi dari hati, untuk pelaburan kesihatan masa depan terbaik.






Saturday, October 18, 2014

Rahsia Anak Bijak Dengan Omega 3


DHA Tingkatkan Fungsi Otak Bayi

Sangat penting memberi pendedahan kepada kanak-kanak pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum.

Pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi juga perlu dalam memaksimumkan perkembangan otak kanak-kanak bermula dari tahun awal.

Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang baik walaupun di kalangan orang dewasa.

DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik.




DHA adalah komponen struktur yang utama dan juga asid lemak omega-3.

Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius.

Visual penglihatan lebih tajam untuk pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi mendorong keupayaan lebih baik dalam pembelajaran dan ingatan.

Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran bahasa lebih pantas satu asas penting untuk pendidikan masa depan.

Menurut Pengarah Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch, Amerika Syarikat, Profesor Dr John Colombo, otak manusia mengandungi hampir 60 peratus lemak dan asid lemak antara molekul paling penting yang menentukan kemampuan dan kebolehan otak untuk berfungsi.

“DHA adalah asid lemak politaktepu (PUFA) yang penting. DHA juga asid lemak omega-3 paling banyak di dalam otak dan retina merangkumi 40 peratus PUFA di dalam otak dan 60 peratus PUFA dalam retina. Manakala 50 peratus daripada berat membran plasma neuron adalah DHA.

“Sebagai satu komponen struktur bagi sistem saraf utama, DHA berfungsi meningkatkan keutuhan membran neuron dan transmisi isyarat selepas rangsangan.
“Selain berperanan penting dalam pembentukan struktur otak, DHA terbabit dalam biosintesis neurotransmitter (catecholamines).

“Kuantiti DHA tertinggi boleh diperoleh dalam bahagian kawalan motor otak yang memainkan peranan utama dalam memori, perkembangan sosial dan kelakuan,” katanya.

Beliau yang juga tenaga pengajar di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat ditemui di ibu negara sempena Ekspo Minda anjuran Mead Johnson Nurtition (M) Sdn Bhd pada 1 hingga 4 November lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Katanya, 80 peratus daripada pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku dalam 1,365 hari pertama dalam hidup iaitu bermula dari dalam rahim ibu sehingga usia tiga tahun.

Hasil kajian yang meyakinkan menunjukkan hubungan DHA dengan perkembangan cerebral yang cepat ketika dalam kandungan sehingga usia beberapa tahun selepas lahir.

Kajian saintifik menunjukkan DHA adalah komponen penting untuk menggalakkan pembentukan otak, di mana penglihatan visual dan perkembangan mental nampaknya bertambah baik dengan pengambilan makanan tambahan DHA.

“Perpindahan DHA daripada darah ibu ke dalam uri adalah paling laju berbanding asid lemak lain. Justeru, kadar DHA bayi dua kali lebih tinggi daripada si ibu.

“Jika kadar DHA ibu adalah rendah, DHA boleh juga diperoleh daripada punca paling banyak dalam badan ibu iaitu otak,” katanya.

Pertumbuhan otak paling cepat berlaku dalam tahun pertama bayi apabila otak bayi membesar tiga kali ganda saiz asal pada usianya masuk satu tahun. DHA merangkumi 10 hingga 15 peratus berat cerebral cortex seorang bayi.

Bagi bayi yang membesar, kadar DHA lebih tinggi sangat diperlukan untuk pembesaran sel neuron berbanding struktur otak lain.

Komposisi membran dalam sel neuron sentiasa mengalami proses pembinaan dan boleh berubah secara drastik jika wujud perubahan dalam pemakanan.

“Ini terbukti apabila asid lemak yang lain mendatar ketika kelahiran, tahap DHA pula berkembang dua kali ganda, terutama ketika tempoh pertumbuhan pesat set saraf iaitu sewaktu pertumbuhan pesat otak.

“DHA tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan,” katanya.

Beliau bekerjasama dengan rakan setugas, Dr Susan Carlson dan Dr Kathleen Gustafson, masing-masing pakar dalam bidang nutrisi dan diet serta pakar neurologi di Universiti Kansas, bagi menyelidik kesan pemakanan tambahan rangkaian panjang asid lemak politaktepu (LCPUFA) selepas lahir dan kajian itu dinamakan DIAMOND bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai kesan DHA dalam perkembangan kognitif dan intelektual.

Katanya, kajian klinikal DIAMOND ke atas nutrien pemakanan tambahan DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak pada peringkat selepas lahir menunjukkan kesan positif jangka panjang ke atas perkembangan kanak-kanak.

“Kami mengadakan ujian klinikal ‘double-blinded’ secara rambang dan terkawal yang direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak.

“Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah nutrien sama kecuali kandungan PUFA. Semua empat formula ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus.

“Kumpulan yang dikawal menerima DHA sebanyak sifar peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA 0.64 peratus dan yang keempat menerima DHA 0.96 peratus,” katanya.

Dr Colombo berkata, kajian itu mengukur tahap ketajaman penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan dengan laju.

Corak itu menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak yang dicetuskan menghilang dan ini dianggap sebagai titik akhir penentuan ketajaman tahap penglihatan.

“Kajian klinikal DIAMOND mendapati kanak-kanak yang diberi formula tidak mengandungi DHA mencapai tahap potensi ketajaman penglihatan lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.

“Bagaimanapun, tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan DHA berbeza dan dengan kadar DHA 0.32 peratus secara umumnya mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua DHA dan ARA bersaing untuk enzim sama,” katanya.

Dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak sama diuji dengan beberapa ujian kepintaran ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.

“Kanak-kanak menerima pemakanan tambahan DHA menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci, termasuk diskriminasi corak, peraturan pembelajaran dan perencatan di antara usia tiga hingga lima tahun.

“Mereka juga menunjukkan prestasi lebih baik dalam dua ujian piawaian kepintaran yang digunakan secara meluas iaitu Ujian vokabulari Gambar Peabody pada usia lima tahun dan Skala Bijaksana Pra Sekolah Weschler pada usia enam tahun mengatasi kumpulan kawalan dalam semua bahagian darjah kecerdasan (IQ),” katanya.

Ketika lahir, otak berkembang sebanyak 100 billion neuron. Neuron pada ketika ini masih tidak matang dan kebanyakannya belum berhubung antara satu sama lain.
Tidak lama selepas kelahiran, otak bayi baru lahir mula membentuk trilion hubungan dan jaringan antara neuron dalam bilangan mega.

Trilion dipanggil ‘synapses’ sangat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan penglihatan, pendengaran, deria hidu, pembelajaran pada tahap lebih tinggi.

“Synapses dibentuk oleh setiap neuron yang mempunyai serat berbentuk sesungut panjang dipanggil axon yang digunakan untuk menghantar mesej kepada neuron lain.

“Mesej dihantar sebagai isyarat elektrik dan diterima beribu-ribu serat pendek berbentuk seperti rambut dipanggil ‘dendrites’ yang juga dikeluarkan oleh neuron.

“Walaupun proses perkembangan otak bermula dengan gen, pemupukan perkembangan iaitu apa dialami kanak-kanak sekarang akan mengambil alih proses ini.

“Pengalaman ini mencetuskan aktiviti elektrik yang membolehkan otak mengembangkan hubungan dan membesar,” katanya.

Semakin banyak stimulasi atau rangsangan diterima oleh otak dalam pengalaman ini semakin banyak neuron akan berhubung, justeru membolehkan pembelajaran lebih baik dan meningkatkan kepintaran.

Pengalaman berulang kali akan membantu membina hubungan kekal di dalam otak. Mencecah usia lapan bulan, bayi normal dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang mempunyai stimulasi, selamat dan penuh kasih sayang akan mencetuskan 500 trilion hubungan.

“Ketika mencecah usia dua tahun, seorang bayi akan mempunyai 1,000 trillion hubungan. Walaupun hubungan ini terus terbentuk sepanjang hayat, mereka mencapai kepadatan paling tinggi iaitu 15,000 synapses untuk satu neuron.

“Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi di masa depan, sebahagian besarnya siap dibentuk apabila berusia tiga tahun.

“Apabila tiba masa itu, asas untuk pemikiran, bahasa, kebolehan dan perlakuan dibentuk dan struktur dan bentuk otak mencapai 80 peratus sempurna,” katanya.


Oleh ZAITIE SATIBI dalam Harian Metro yang disiarkan pada : 2013/12/01

Dipetik dari artikel ini : http://www2.hmetro.com.my/articles/DHAtingkatfungsiotakbayi/MA/Article




Saya memilih Omega Guard Shaklee sebagai suplemen tambahan kepada anak saya, dari anak saya masih menyusu sehingga sekarang (masing-masing berumur 2 & 3 tahun). Anda bagaimana?


DAPATKAN OMEGA GUARD SHAKLEE ANDA HARI INI


Harga Omega Guard Shaklee ialah RM136.00 untuk harga retail. Dapatkan penjimatan sehingga 20% sekiranya anda mendaftar sebagai ahli dengan saya.

Satu botol mengandungi 90 capsul tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk Omega Guard dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.

Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540


*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Tuesday, October 14, 2014

Ke Korea Kita (4) : Tips Menggunakan Stroller Di Seoul Korea

Kat sini saya nak share sikit la pada parents yang bercadang nak bawa stroller bagi anak kecil untuk berjalan di sekitar Seoul, Korea. Harap bermanfaat.

1. Kalau ada duit lebih, invest la pada stroller yang ringan, kecil dan handy macam Babyzen Yoyo ke. Senang sikit nak lipat, simpan, angkat jika laluan tu takde lift atau anak tetiber rajin nak berjalan. Agak leceh bila nak jaga anak yang tengah seronok nak berjalan sambil tangan kita kena handle satu stroller gabak. tapi saya & suami tak guna pun stroller mahal tu, kami pakai apa yang ada je. Jenis umbrella fold, brand halford dan combi. Redah jela.

2. Kepada yang rasa anak masing-masing ringan dan biasa wearing diorang, that is the best option berbanding stroller. Kami memilih stroller sebab anak kami memang kami tak larat dah nak dukung, dan mereka suka nak tidur dimana-mana ikut suka. Jadi agak payah kalau mereka mengadu penat, mengantuk dan nak tidur kalau takde stroller.

3. Menggunakan stroller a bit tricky untuk naik subway di Seoul. Kita takleh simply nak lalu memane exit, kena cari yang ada lift. Dan TAK SEMUA SUBWAY ADA EXIT YANG MENGGUNAKAN LIFT, terutamanya subway train lama seperti line 1. Untuk subway lama, diorang gunakan mesin lift tepi tangga macam kat KLCC tu, untuk kegunaan wheelchair sahaja. Bukan lift biasa. SETIAP ESCALATOR ADA PENGAHADANG UNTUK STROLLER. Yang ni memang kena bagitahu awal-awal. Sesetengah subway, kami terpaksa lipat stroller dan bawak anak-anak naik tangga/escalator. Lagi-lagi kami bawa 2 stroller, memang agak gigih angkat sorang satu, tapi nasib baik kami masih fit..hahaha. Itu wajib ok. Orang Korea payah nak jumpa yang gemuk, semua kuat jalan. Dari yang kecik semua sah diajar jalan kaki. Boleh kira dengan jari orang pakai stroller baby, yang ada pun dalam bangunan je. Untuk pengetahuan semua, LIFT EXIT SUBWAY HANYA UNTUK AHJUMMA & DISABLE PEOPLE...dan kami la join diorang. Saya tak jumpa pun parents bawa stroller naik train. Mungkin yang pakai stroller diorang tak guna train kot. Memasing pakai kereta maybe.

4. Amaran, subway train di Seoul pintu dia cepat gila tutup..dalam 30 seconds kot..hahahaha..pengalaman sungguh, 2 kali kami terpisah 2 disebabkan kisah pintu train. Pintu subway dia bukan cam lrt kita, terlanggar dia buka balik. Takde nak layan der, lambat ko naik next train la. Pertama kali, saya tak ingat di subway mana dah..saya, mil dan anak-anak dah masuk train, husband nak tolak stroller masuk kedalam train (agak payah sebab ada gap antara train dengan paltform). Stroller lepas, tapi dia tertinggal. Aniq boleh pulak lambai-lambai ayah dia dari dalam..hahaha..Nasib baik kami dah bincang dimana next stop. Jadi kami hanya perlu tunggu di perhentian yang dirancang. Kali kedua waktu tu hendak turun di satu station, tapi mil & aniq terlambat keluar. Terus suami bagi isyarat supaya turun di next station. Mil memang muka cuak nak nangis dah time tu. Husband naik train dan ambil mil di station selepas itu. Saya tunggu di station asal. Sila bincang dengan ahli rombongan/pasangan untuk turun di station mana, supaya lebih bersedia sekiranya berlaku perkara tak diingini macam kami. Kalau bawa anak-anak, sila pegang betul-betul tangan/dukung mereka kalau larat supaya boleh bergerak cepat & pantas. Lebih baik kalau dia stay je atas stroller, tapi paham-paham la anak kecil. Masuk je train, mula la nak turun stroller. Takkan nak biar je dia nangis dan menjerit kan. Adehhh..


Train kosong, tapi memang tak sempat nak duduk Laju dan cepat.

5. Sila naik train menggunakan pintu untuk disable people. Pintu masuk OKU macam kat lrt Malaysia. Sebab tempat macam tu, platform dia lebih rata dan sesuai untuk kita tolak stroller. Kemudian ada tempat khas ditepi pintu masuk untuk kita parking stroller kita. Kalau pintu masuk biasa (bukan untuk OKU), kita kena bersesak-sesak sikit untuk parking stroller. Agak payah sikit, dan nanti macam orang pandang slack..hehe..yang pasti ahjumma & pakcik-pakcik tua je suka tengok & tegur gelagat anak korang. Yang muda-muda macam orang Malaysia gak, jeling seh kalau anak kau wat bising gelak-gelak, lompat-lompat dalam train. Wat dek jela.

6. Pakai kasut selesa seperti kasut sukan atau sneakers. Ni mungkin sama je tips kepada semua pelancong yang berjalan menggunakan kaedah free & easy. Tak kira kemana pun anda berjalan, jangan berangan nak pakai kasut ladylike high heels bagai. Tapi pump shoes atau croc pun dah okay untuk kaum ibu.

7. Ada beberapa tempat seperti ke Namsan Tower yang anda kena naik bas, sila ambil bas yang agak kosong kalau anak-anak anda taknak turun dari stroller. Bas banyak lalu, selang 10 minit kalau tak silap. Dalam kes kami, time tu la anak-anak saya nak tidur. Tak boleh nak suruh mereka turun dan kita lipat stroller. Dah mengantuk sangat la tu. Kat apartment taknak tidur. Excited naik turun tangga. T_T

Panjat bukit Namsan Tower dengan 2 stroller...ibarat nak putus nyawa..huhu

Hahh, cuba tengok anak-anak saya..sedap mereka tidur time kami nak panjat bukit. Yang ni, kalau ambil pakej pelancongan pun still kena panjat bukit gak. Orang kurang upaya pun naik dibantu orang lain (ahli keluarga mereka). Tiada kenderaan awam/individu yang boleh naik. Kalau ada, dah kompem kami naik. Boleh imagine tak kalau nak kene dukung mereka. Tak sanggup nak oi..nasib baik bawak stroller.

**Untuk update (terima kasih kepada yang berkongsi, saya akui saya sendiri tak berapa banyak research waktu nak ke korea ni. Jadi saya termiss pasal Cable Car untuk menaiki Namsan Tower ni, mungkin cara itu lebih mudah dari cara kami. Rasanya saya sudah bertanya pendapat kawan-kawan saya yang menaiki cable car, beliau mencadangkan saya untuk menaiki bas berbanding cable car kerana selepas menaiki cable car kita mesti panjat beberapa anak tangga juga sebelum sampai ke kawasan menara. Wallahualam. Saya tak berapa pasti kebenarannya sebab saya tidak study pasal cable car. Anda boleh dapat tips menaiki cable car di sini atau di sini.. Atau anda boleh google dari blog-blog yang story pasal ni.

Itu jela setakat ni tips yang saya teringat untuk share, kalau ada yang saya terlupa dan ingat kembali. Saya akan update. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh la tinggalkan komen. Saya akan cuba membantu jika saya tahu. Kalau ada sesiapa ada tips lain, boleh la kongsikan yer.

Sudilah tinggalkan komen atau jejak anda sekiranya anda rasa entri ini bermanfaat walaupun hanya dengan ucapan terima kasih. Terima kasih juga kepada anda kerana sudi membaca blog saya. :)

Monday, October 13, 2014

Ke Korea Kita (3): Penginapan Apartment Ala Homestay Di Korea

Saya nak minta maaf banyak-banyak kat pengunjung blog saya yang teruja nak baca kisah saya ke korea, tapi tak berapa informatif sebab banyak hutang cerita yang tertangguh..hehe

Ok lah, post kali ni saya nak cerita dengan lebih lanjut pasal apartment tempat kami menginap di Korea. Apartment ni saya survey dan sewa melalui website Airbnb, pembayaran dan deposit bergantung kepada pemilik apartment dan bayaran yang dikenakan juga adalah mengikut tetapan yang tertera pada website tersebut. Untuk apartment yang kami pilih ini, harga anda boleh lihat pada resit yang saya sertakan di bawah. Nilai dalam Euro untuk 4 hari 3 malam, convert la sendiri untuk nilai matawang terkini.

Kelengkapan rumah seperti toiletries, sabun basuh, towel dan wifi bergantung kepada owner rumah itu sendiri. Macam kita sewa homestay kat Malaysia la juga kan. Apa owner tu nak bagi, ikut suka dia la kan. Oh ya, rumah kami ni takde rice cooker, jadi kami masak je manual guna periuk biasa. Jangan lupa bawak sabun tahirah untuk samak menyamak peralatan dapur sebelum digunakan. ;)

Incik asben saya kata, alang-alang dah ke korea, nak gak rasa camne dok ala korean, ewahh. Tapi taknak version rumah lama pintu kayu tidur atas lantai tu. Feeling modern sket la. Terpengaruh movie korean kat One HD la ni..hihi. Tu incik asben saya la kate, takpe..dia bayar kan. Sebenarnya banyak lagi pilihan apartment lain. Anda boleh memilih mengikut bajet yang bersesuaian. Selamat mencuci mata kat website tu yer. Seronok sungguh pilih-pilih tempat penginapan sambil click-click masuk wishlist. Berangan kan free :p



Apartment kami betul-betul 5 minit berjalan kaki ke istana Gyeongbukgung. Betul-betul terletak di bersebelah dengan bangunan polis kerajaan, dan satu blok di belakang Gwanghamun Square. 1 minit berjalan kaki ke Subway station Gwanghamun (Line 5). Sangat dekat tetapi tenang. Tiada terdengar langsung kebisingan bandar. Sangat selamat dan selesa. Cuma bagi mereka yang ingin mencari tempat makanan halal, tempat ini mungkin tiada kemudahan sebegitu. Anda kene memilih tempat di kejiranan Itaewon kerana di sana ada masjid dan tempat makanan halal. Kami memang merancang untuk masak sendiri sepanjang berada di sana. Cuma ada sekali makan di Muree Muslim Food di Itaewon, anda boleh rujuk entri bagaimana untuk pergi ke restoren ini disini. Saya tak sempat nak ambil gambar sebab paham2 la, berjalan sambil menolak 2 stroller bukan keje mudah. Lebih-lebih lagi dikawasan berbukit di Itaewon. Jangankan nak pegang kamera, pegang handphone pun tak sempat..huhu

Ok, ni gambar ni diambil masa memula masuk ke dalam apartment..excited sungguh anak-anak dapat bilik bertangga, nasib baik anak-anak saya memang pakar naik turun tangga rumah..ibu ayah nye pun teruja sama. Cuma cover2 je, maklumla..ada mak mertua..hihi

Dok turun naik tangga, tapi kena beware sikit sebab tangga agak curam
  
Ni kawasan tempat tidur kami anak beranak

Ni pandangan dari atas tangga, bawah tu katil tempat tidur mil..
bilik sepah sikit..biasalah ada kanak-kanak aktif.

Kami tak ambil pula gambar dapur, toilet dan wardrobe. Tapi anda boleh refer gambar penuh bilik di website. Kami sampai di apartment dalam pukul5-6 petang. Kat sana dah nak macam maghrib. So kami cepat-cepat menyelesaikan solat zohor & asar. Waktu di korea awal 1 jam dari Malaysia, jadi takdela 'jet lag' sangat. Malam tu kami makan lauk yang kami tapau waktu dalam flight AA sebelum tu. Sebab kami order 2 set makanan. Jadi satu set tu memang untuk makan malam kami.

Malam tu lepas dah siap-siap mandi, incik asben ajak kami keluar jalan. Nak tengok-tengok persekitaran bandar dan survey-survey jalan untuk ke subway. Kami tak naik subway pun malam tu. Sempat juga la kami berjalan di Gwanghamun Square sehingga ke Cheonggyechon Stream.


Ada gerai jual juice, Incik asben & mil ambil orange juice, saya pilih pisang 

Satu cawan tu KRW3000 = RM9..nak rasa nye pasal..huhu

Cheonggyechon Stream

Pancuran air & menara siput
Sebenarnya, incik asben ajak saya cari tempat makan macam kak kiah cerita kat blog beliau disini. Tapi sebab dah malam, then kami baru je pestime sampai..tak jumpa plak exit subway yang dia explain tu..adehh, takde rezeki..next time insyallah..ehh.. :p

Kami tak turun kebawah kawasan di sepanjang sungai disebabkan ada jalan-jalan yang agak berbatu dan tak sesuai untuk stroller lalu. Lagipun takde apa sangat, tempat bercengkerama pasangan muda mudi korean je. 

Dan tiba-tiba kami dah di shoplot Myeongdong..ekk, kami main jalan je..time nak balik baru perasan jauhnye kami jalan..huhu..tapi semua shoplot dah tutup, waktu tu dah dekat pukul10pm..sempat juga kami masuk satu kedai eksesori dan beli barang souvenir sikit. Nasib baik saya bukan gila makeup korea, so saya tak kesah sangat pun untuk bershopping kat tempat ni.

Masing-masing tertido, syok naik stroller

Saya beli wallet untuk diri sendiri dan mak..murah je..yang lelong2 je..
hati-hati dengan kulit pig tau..hehe

Kedai yang dah tutup

Pashmina pun ada jual..hehe


Selepas tu kami pun balik ke apartment, jalan kaki ok..haha..tempat sejuk tak rasa penat sangat. Sampai di apartment lebih kurang 12.30pm..banyak gak terserempak dengan warga korea yang mabuk-mabuk..tapi mereka tidak mengganggu kami..banyak juga polis di kawasan apartment kami disebabkan ada embassy dan kawasan polis.

Saya rasa, mesti orang korea tu kompius kenapa ada yang bawak anak-anak kecil lagi memalam ni. Kami buat macam kat Malaysia pula kan, selamba je berjalan malam-malam..hihi..Ok la, cukup la sampai sini. Nanti kita sambung lagi post yang berlabel 4ATrip2Korea yer.


Thursday, October 9, 2014

Tips Membanyakkan Susu Ibu

Tahukah anda Konsep Supply And Demand?

Bila ada permintaan, baru ada penyediaan. Sama juga macam cara nak memperbanyakkan susu ibu. Makin kita beri anak kita minum atau ransang pengeluaran susu melalui pump (bagi yang tidak melaksanakan penyusuan secara terus), ia akan membanyakkan susu ibu. Its the power of giving! ;)

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman.

KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU.


Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi (melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku. BAGI YANG BERKERJA, WAJIB MENGE'PUMP SUSU DENGAN KONSISTEN, sangat membantu dalam pengeluaran susu yg stabil.

Banyak juga makanan penambah susu ibu yang berada di pasaran sekarang, tetapi semua ini tidak akan mendatangkan hasil yang positif sekiranya konsep utama ini tidak dipatuhi. Antara milk booster favorite saya ialah ESP Shaklee. Anda pula bagaimana?

Happy breastfeeding!

Wednesday, October 8, 2014

Resepi Mak: Rendang Ayam Simple

Alkisahnya emak saya boleh demam pula lepas majlis persaraan ayah jumaat lalu. Gara-gara naik kereta antik takde bumbung pada waktu panas terik..huhu..kesian mak.

Selalunya, kalau pulang bercuti ke kampung, saya selalu mengelat untuk masak. Ambil kesempatan keluar berjalan kebandar Melaka. Tinggal lah adik perempuan ku, najwa dan mak memasak dibantu bibik. (takpela berjalan kan, dah bagi mak helper..hihi :p ). Tapi sabtu pagi haritu memang tak boleh ngelak dah, mak demam so nak tak nak terpaksa keluar dari comfort zone saya yang selama ni ngelak masak untuk raya.

Yang lebih malang lagi, saya memang TAK PERNAH MASAK RENDANG atau lauk raya yang lain sepanjang umur dah 29 tahun ni. Selama ni kalau tolong kat dapur pun, tolong selit-selit je..potong itu ini, basuh itu ini, gaul itu ini..gitula saya. Kalau tanya resepi, memang kelaut. Lebih-lebih lagi memang tak pernah tulis dan berguru betul-betul dengan mak apa bahan-bahan dan kekdah nak masak nya. Nangis weh. Nasib baik mak masih ada lagi...kalau mak dah takde lagi haru saya nangis..huhuhuk T_T

Ok la, tu jela kisah syahdu saya raya korban tahun ni. Berkorban dalam erti kata sebenar keluar dari zon selesa saya yang selama ini malas nak masak dan selalu menggunakan alasan tak reti masak untuk mengelak dari kene masak.

Hadap mak yang terbaring dalam bilik, sambil menahan telinga kene bebel dengan ayah sebab satu ape habuk nak masak rendang pun tak tahu..haha..hadoiii..memori sungguh!

BAHAN-BAHAN


  1. 2 ekor ayam
  2. 15 ulas bawang merah
  3. 10 ulas bawang putih
  4. 5 batang serai
  5. 2 helai daun kunyit
  6. 2 inci halia
  7. 2 inci lengkuas
  8. 1 inci kunyit
  9. 1 kg/l santan
  10. 2 helai daun limau purut
  11. kerisik
  12. garam
  13. kayu manis
  14. bunga lawang
  15. Cili padi ikut suka
CARA-CARA

Penyediaan
  1. Siang & basuh bahan 1
  2. Blend semua bahan 2, 3, 4, 6, 7, 8 & 15
  3. Tinggal kan 2 batang serai untuk dihiris, hiris skali bahan 5 & 10
Cara masak
  1. Lebur je semua dalam kuali bahan yang telah di blend (tanpa minyak)
  2. Masuk sekali santan dan kacau hingga mendidih
  3. Masukkan ayam setelah kuah mendidih (masuk lambat sebab taknak bagi ayam hancur)
  4. Masukkan kerisik dalam 4/5 sudu, bahan 13, 14 (ikut suka) dan taburkan bahan-bahan yang telah dihiris
  5. Gaul sehingga kering (ikut memasing nak banyak kuah atau sedikit), jangan sampai ayam tinggal tulang. Jaga masakkan jangan sampai hangus di tengah.
  6. Garam secukup rasa
  7. Done, Siap!

Lorrr, itu je cara nak masak rendang. Senang gak rupenyer..huhuhu..tula, takut sangat nak try selama ni. Alhamdulillah, selesai satu ilmu telah belajar. Komen dari adik rendang kurang garam. Incik suami kata ok, tapi bila balik kampung & makan rendang nenek saya dia kata tu lagi sedap -_-'..haha..takpela, 1st try beb. At least jadi gak kan. Takdela takleh makan, cery bery atau tak sedap lansung.

Ok la, belanja gambar satu. Bukti beb! ;)



Tuesday, October 7, 2014

Kekurangan Protein Ketika Mengandung

TAHUKAH ANDA?

Kekurangan protein boleh menyebabkan kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim, plasenta (uri) dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel.

Kekurangan protein juga dikaitkan dengan peningkatan risiko ‘pre-eclampsia’. ‘Pre-eclampsia’ adalah masalah kesihatan di mana ibu hamil mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing.

Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada pre-eclampsia tetapi penyelesaiannya hanyalah satu iaitu bersalin sama ada secara ‘induce’ atau ‘Cesarean’. Jika tidak, ibu dan bayi berdepan dengan risiko kematian. ‘Pre-eclampsia’ juga boleh terjadi akibat kekurangan asid lemak omega-3, vitamin D, kalsium, dan magnesium. 


Saya pilih protein ESP sebagai pelengkap protein harian saya. Anda bagaimana? :)

DAPATKAN ESP PADA HARGA PROMOSI OKTOBER 2014. Jimat sehingga 25%. Jangan lepaskan peluang!



Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk ESP dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540



*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda & Pengeposan produk Shaklee ke seluruh Malaysia.


Friday, October 3, 2014

Maljis Persaraan Ayah




Alhamdulillah, hari jadi ayah yang ke 60 tahun jatuh pada Hari Raya Aidul Adha 5 October 2014. Jamuan perpisahannya telah diadakan di Air Keroh D'Village pada 2 Oct dan semalam petang (3 Oct 2014) adalah hari terakhir beliau bertugas. Beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah. setelah berkhidmat sebagai pendidik selama lebih 30 tahun.


Kami sekeluarga di Majlis Perpisahan


Kesihatan ayah sejak kemalangan yang berlaku 2 minggu yang lalu sangat memberangsangkan. Walaupun keadaannya agak teruk akibat kemalangan tersebut. Alhamdulillah ayah sudah nampak sihat dan boleh makan seperti biasa. Tulang pipi kanan nya retak, mata kanannya hampir terkeluar. Jahitan di atas dan dibawah mata, hidung kanan, lutut, kaki dan tangan luka teruk akibat kemalangan. Ayah tidak membenarkan gambarnya diambil ketika mukanya bengkak akibat kemalangan.

Saya pulang ke Melaka pada hari khamis selepas kerja, mak kata takpe..ayah ok. Walaupun tidak dapat mengagak keadaan sebenar ayah. Saya agak risau bila suara mak seperti ditahan-tahan untuk menangis bila menceritakan kisah ayah jatuh motor akibat melanggar anjing ketika hendak ke surau pagi selasa 16 Sept 2014. Ketika ucapannya di Jamuan perpisahan beliau, ayah menceritakan bahawa ini adalah pertama kali ayah excident sampai perlukan jahitan dan naik ambulans. Pegalaman yang baru & berharga. Kesian ayah.

Saya tak berani untuk suggest ayah saya sebarang suplemen kerana ayah sendiri mengambil pelbagai ubat doktor seperti darah tinggi, pencair darah dan ubat untuk gaout. Kesian pulak nak bagi makan banyak-banyak pil dan suplemen. Disebabkan mak saya sendiri memang pengguna Vivix, saya cadangkan mak berikan Vivix kepada ayah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Berkat doa semua, ayah sangat positif dan sembuh dengan agak cepat..Alhamdulillah. Semalam ayah dan mak di arak dari rumah ke pejabat dengan kereta antik. Jelas terpancar keseronokan di wajah beliau.


Malam tu, kami sekeluarga bersama-sama buka hadiah ayah yang banyak penuh satu rumah..(haha..tipu je, satu van).

Cik Aqeela yang paling sibuk

Buku & cikgu tak boleh dipisahkan. :)

Semoga dengan mengamalkan Vivix secara istiqamah, ayah diberikan kesihatan yang cemerlang dan dapat menggunakan persaraannya dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan ilmu amalan ibadah. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...