"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, December 19, 2013

HomeSweetHome : Kitchen Cabinet di Johor Bahru

Harini nak kongsi pengalaman wt dry kitchen guna khidmat Dewani Design..sebenarnya saya dan suami belum cukup budget pun nk buat dry kitchen ni, tapi waktu kami pergi ke Persada Johor yg kebetulan waktu tu ada HomeFair (sebenarnya selalu je fair ni)..encik husband boleh plak terpengaruh dengan show unit kitchen cabinet kt booth Dewani, tanpa rela terpaksa dia keluarkan sikit down payment kengkunun nk booking la..

Ada beberapa purnama gak la untuk setelkan sketch gambar dan finalize design cmne yg encik husband nk..so, sempat la kumpul budget utk kc ni..sbnrnye simple je designnye, tapi disebabkan incik suami kerja kt laut, so it takes time to proceed.

Untuk material..hurmm..hurmmm..haha..sbnrnye, saya mmg tak cmpur hal kc ni..mmg seratus peratus keputusan encik husband..sket pn dia x tanye pendapat saya ..dari start designer dtg rumah sampai la keputusan muktamad telah ditetapkan, saya mmg tak cmpur lansung, incik husband lg mahir bab2 ni, so kita bg kt dia jela handle..huhu T_T. Kesimpulannye..saya pn xleh nk story material ape sbnrnye yg digunakan..hehe :p

Yg saya tau lemarinye guna plywood kot..kayu yang dicompress gitu..ehh, yeker..btul kot solid wood (husband sy dh baca blog ni dan dia dh betulkan..hihi..maluu)..hahaha..Pintu nye mcm plstik tebal gitu..mungkin dalamnya kayu, dibalut plastik..formeca ke..ntah.... dan permukaan tabletop tu kami guna solid surface..material apa masih tidak tahu..yg saya tahu..kaler hitam de kilat2 kecik2 tu.

Incik husband mintak buat lampu bawah kabinet, sbb dapur kering kami ni di tengah-tengah rumah, so agak gelap sebab tiada sumber pengcahayaan dari luar. Incik husband juga request nk buat kabinet bahagian atas tinggi smpai cornice terus, sbb taknak berhabuk atas cabinet tu..dia tahu saya pn tak berapa nk rajin bersihkan ruang atas yg tinggi..tu jela..quotation harga tidak termasuk sink dan oven sume..kabinet shj.


Pemunggahan barang-barang

Sebelum pemasangan kabinet
Sesi pemasangan
Pintu Almari belum dipasang

Hampir 80%, selebihnya tinggal tabletop & sinki
Done..Alhamdulillah
I like the end result..simple dan memenuhi kehendak hati..untuk harga rasanya sy taknak share kt sini la, takut plak org salah anggap nanti..tp yang pasti price range buat kitchen cabinet kt jb ni agak mahal berbanding dengan kitchen cabinet negeri lain yang saya survey2, saya pn tak sure sbb material ktorg or sbb ktorg dok kt jb, which is semua mahal!..huhu, nasib badan..

Saya nk rate diorg nye service dlm 8/10...pd saya la..pd husband saya , saya xtau..sbb dier lg fussy..tp org2 dewani ni mmg dtg bnyk kali gak la...sbb husband saya bnyk x puas hati psal silicon yg letak2 kt celah2 in between kabinet ngn dinding...Semua celah dan sudut dia akan check..QC ler katekan..dier xnk bg chance pape jenis serangga kecil untuk keluar masuk cecelah kabinet. Then dier check gak semua softclose pintu lemari tu..dh pueh hati bru dier wt final payment. Tu jela nk story. Kbai

 P/s: Ape2 nk tnye, pm kite k ;)

Sunday, December 15, 2013

Kekasih Baruku Shaklee

Alhamdulillah..Setelah lebih setahun berkenalan dengan produk Shaklee dan mengalami sendiri kehebatannya. Harini saya berani nak berkongsi dengan semua bagaimana saya berkenalan dengan Shaklee.

Ia bermula selepas tempoh berpantang anak kedua saya Aqeela. Selepas gagal menyusukan anak pertama Aniq dengan susu ibu selama 6 bulan. Saya nekad untuk mencari 'bantuan' sekiranya susu saya merudum apabila tempoh cuti bersalin tamat. Lebih-lebih lagi saya telah membuat pelaburan besar dengan membeli Medela Freestyle, dan menjual Medela Swing saya yang saya gunakan untuk mengepam susu semasa anak pertama.

Pengalaman saya menyusu anak saya yang pertama 2 tahun yang lalu, saya pernah ke farmasi untuk mencari makanan tambahan untuk memperbanyakkan susu ibu..segala jenis ubat telah saya cuba termasuklah habatussauda dan fenugreek. Nasib saya kurang baik pada ketika itu kerana saya tidak menjumpai supplements dari Shaklee. Akhirnya perjalanan penyusuan susu ibu sampai ke penghujungnya apabila saya mula mengandung anak kedua ketika anak pertama saya baru sahaja mencecah umur 6 bulan. Perasaan kecewa yang teramat sangat kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.

Setelah tamat tempoh berpantang anak kedua, Aqeela..dalam waktu saya masih dalam cuti bersalin, saya ternampak seseorang mempromosikan produk shaklee di page kawan saya. Selepas menjalankan sedikit research dengan google dan membaca testimonial pengedar sendiri, terus saya menghubungi pengedar dan mendapatkan Set 3M dari Shaklee. Set paling lengkap untuk penyusuan. Saya tidak berpikir panjang untuk mendapatkan set ini disebabkan saya tahu kos yang saya keluarkan adalah lebih rendah berbanding membeli susu anak sehingga 2 tahun. Ini berdasarkan pengalaman anak yang pertama yang kini minum susu formula sebanyak satu tin (1.6kg) untuk tempoh seminggu sahaja! Matematik mudah sahaja sudah nampak perbezaan perbelajaan yang perlu kami peruntukkan. Tambahan pula, susu ibu adalah susu yang terbaik. Saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.

Aqeela kini sudah berumur setahun setengah. Syukur saya masih lagi dapat memberikannya susu yang terbaik. Walaupun tidak menyimpan stok di dalam deep freezer yang banyak seperti ibu-ibu yang lain. Saya masih boleh menyimpan susu Aqeela pada hari ini untuk untuk bekalan hari esok. Tidak banyak, tetapi ada secukupnya..Alhamdulillah.

Walaupun pada mulanya, niat utama saya mengambil supplements Shaklee adalah untuk melestarikan cita-cita saya menyusukan Aqeela sehingga 2 tahun, tetapi saya turut mendapat kesan sampingannya. Kulit saya lebih lembut dimana tumit kaki tidak lagi seteruk dulu, rambut juga kurang gugur dan yang paling penting kesihatan  saya lebih baik setelah mengambil supplements ini. Seingat saya, saya belum pernah demam teruk semenjak setahun yang lalu. Ibu kepada 2 orang anak yang perbezaan umurnya setahun sahaja, menuntut saya sihat untuk membesarkan dan bermain bersama mereka. Dan harus diingat bahawa sakit itu dari Allah, ia adalah kafarah. Sekali-sekala berjumpa kita harus mensyukurinya kerana Allah masih sayang pada kita. Ini bagi mengelak tanggapan sesetengah masyarakat yang memandang sinis golongan yang mengambil supplements di dalam kehidupan harian mereka tetapi masih lagi didatangi penyakit. Kita berusaha, Allah sebaik-baik perancang.

Ada sesetengah pengalaman yang saya baca, ibu yang meyusukan anak dengan susu ibu merasa kecewa dengan kesihatan anak yang tidak cemerlang. Ia menjadi bahan tempelak kawan-kawan yang hanya memberi susu formula sahaja tetapi mempunyai anak yang lebih sihat. Jangan sesekali kecewa dan berasa menyesal wahai ibu, itu adalah saranan dari Maha Pencipta. Sekurang-kurangya kita telah berusaha memberikan yang terbaik.

Bagi anak kedua saya, Aqeela. Kesihatannya sangat cemerlang berbanding abangnya. (Disini saya hanya mengambil contoh perbandingan anak-anak saya sahaja). Dalam tempoh umurnya setahun, dia baru sekali mengambil ubat antibiotik. Itupun setelah dijangkiti demam dari abangnya selepas 2 hari. Walaupun telah cuba saya elakkan supaya Aqeela dijauhkan daripada abangnya, Allah itu Maha Kuasa. Siapa saya untuk menidakkan ketetuannya. Saya berpendapat, vitamin tambahan yang saya makan sepanjang tempoh penyusuan telah membantu daya tahan tubuh Aqeela. Lagipun seperti yang kita sedia maklum, kajian menyatakan bahawa apa yang ibu makan..akan disalurkan khasiatnya kepada anak.

Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan saya untuk memberi susu ibu kepada Aqeela. Saya bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan faedah sebenar daripada produk-produk keluaran Shaklee lebih-lebih lagi untuk tujuan penyusuaan. Kini saya turut menjadi pengedar sah Shaklee.Hubungi saya, jom kita borak2 kt whatsapp yuk..



Pengedar sah Shaklee anda,
Atie Lazis
WhatsApp/SMS: +60197736540
Bersedia untuk C.O.D di sekitar Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Masai Johor

Thursday, December 5, 2013

Orang Pegi USS, Aku Pun Mahu

Sempena birthday saya yg ke 28, encik husband tanya saya samada saya nk pergi berjalan kemana-mana ke sbb dier tgh cuti pnjang since raya haritu sebab nk tunggu masuk tempat kerja baru di lumut...oh ya, encik husband dapat job offer yang dia attend interview pada entri saya sblm ni. At first dia suggest kami sekeluarga ke Mersing atau Tioman sebab tu je tempat percutian yang dekat dan tak memerlukan dia drive jauh. Pastu setelah menggoogle dan berpikir panjang (ewahh)..saya termencadangkan kitorang berdua (read: dating mode) ke USS..sebab saya penah suggest bende ni kt dia dulu..dan disebabkan saya sudah ada sedikit kelapangan dari segi anak-anak..maksudnya ada orang boleh jaga aniq & aqeela dan aqeela dah besar untuk saya tinggalkan tanpa susu..jadi saya terus teruja nak pergi ke USS kali ni.

Kami beli ticket online..dapat maybank offer SGD 123 untuk 2 orang..dan bila di convert ke RM..berlaku la pengeluaran sebanyak RM307 dari akaun encik husband..huhu. Agak banyak jugak kerosakan poket disitu..tapi buat2 tak perasan jela kn. Dah 3 taun kawen, ni baru nak merasa dating berdua beb. Apa salahnya spend lebih sikit..yer dak ;).

Untuk duit belanja, encik husband ada simpan lebihan SGD waktu kami pergi ke Singapore 2 tahun lepas. Cukup la buat belanja makan & souvenir sikit untuk family. Saya pilih untuk naik bas ke USS daripada drive sendiri disebabkan atas pertimbangan kos parking dan pergerakan yang agak lembap di imigresen untuk proses pendaftaran kereta. Setelah mengenalpasti pilihan yang ada, kelebihan & kekurangan naik bas di ICQ atau Kotaraya, tambang biasa atau charted, akhirnya saya memilih untuk membayar RM30 seorang untuk perjalanan 2 hala dari Tune Hotel JB ke USS. Bas bertolak jam 7.30 am dan pulang pada 7.30pm. Mls nk pikir banyak,so bayar jela lebih sikit kn..

Kwn saya sblm ni pesan soh bwk extra baju dan raincoat sbb ada main permainan yg akn basah kene air..so, saya dh beli siap2 raincoat ngn payung lipat sorang satu..sebab konon nk habis jimat la taknak spend bnyk di singapore nti..memandangkan duit kita dah makin menurun..huhu..saya mls nk btau korang mainan ape yg basah2 kene air ni..nti korang pergi, korang explore sendiri k..kang saya anticlimax plak..tak siokkk la kn..bekalan lain yang kami bawa ialah telekung, air mineral, dan sandwich saya dh siap pack utk mkn time dlm bas otw ke USS as breakfast..kt umh tak sempat nk mkn..nk kuar awal kn kununnyer..

Hurmm..we all pegi time weekdays..tp still ramai je org..mungkin tak se'crowded' weekend la kot..mybe la..target kami nak naik semua ride..tak kire la Roller Coaster  paling besar Battlestar Galactica sehingga lah ke permainan budak kt Sesame Street tu..huhuhu.. tp kami kecewa sgt impian tak tertunai sbb kedua-dua roller coaster besar tu tutup masa hari tu..pasaipa taktau..maintenance kot..sobsob T_T

Sebelum balik..sempat gak la soping sesikit..beli tshirt ngn fridge magnet la..pe lg..huhu..

Last but not least..mestila gamba sbgai bukti weolss dh sampai USS..nk upload bebanyak mls..sekeping je sudehhh..
me and the other half


Wednesday, November 27, 2013

Long Hiatus katenyer..

Ya Allah..ni adalah tempoh paling lama kot aku tak update blog..last post was in July, and today dah penghujung November..hoho..kemanakah aku menghilang?..Hehe..tak kemana pun..mungkin agak bz menguruskan Kedai Shaklee aku kt facebook..so, aku terus wt2 lupe nk update blog..pada pendapatku blog ni xde pengunjungnye..tp, jgn disangka blog berhabuk tiada sapa yang sudi singgah..ader jugak yang termasuk ke lubang blog ni..huahahaha..

Ohh ya..btw buat semua yang rajin nk singgah blog aku ni kan..mehla rerajinkan tangan gak LIKE page aku kt fb skali ek...tak beli pun takpe..like je..share lg la dialu-alukan..tak salah kn korg support ibu anak 2 ni nk berbisnes..mane tau dgn niat murni korg LIKE & SHARE tu dapat gak aku benti kerja dan berbakti pada anak-anak & husband (Doakan tau semua)..


Your LIKE is greatly appreciated
 جزاك اللهُ خيراً

Thursday, July 11, 2013

Ke Lumut Kita

Pada hari Isnin yang minggu lepas, encik husband dapat email dari satu agency yang offer job di Kencana, Lumut..waktu interview diatur pada petang hari jumaat 5/6/2013..saya dengan excitednye (bkn sbb encik husband interview...tp sbb dpt berjalan)..mula la plan nk bercuti pada hari khamis dan jumaat...hehe..
Awal2 lagi saya dah inform mil saya ..nak ajak dier balik kampung opah encik husband di ipoh sekali lepas habis sesi interview tu..saya mula bertanya rakan opis tentang tempat menginap yang ok di sana..disebabkan kami membawa passenger lebih..(mil juga bawa anak buah ku sekali)..kalau hotel,terpaksalah kami mengambil 2 buah bilik..jadi saya cuba memilih option lain iaitu homestay..

Banyak juga link yang saya dapat bila di'google' keyword homestay lumut... akhirnya saya berkenan memilih homestay di Apartment Bukit Permata, Teluk Muroh, Lumut.. owner rumah sudah saya hubungi..dan saya memaklumkan akan tiba di lumut agak lewat, sebab kami bertolak dari jb dalam pukul 1pm.

Dan akibat hujan agak lebat di beberapa bahagian laluan highway plus jb-bidor untuk ke lumut. Kami tiba di lumut atau apartment tersebut agak lewat iaitu pukul 9pm lebih...saya menghubungi 'person-in-charge' yang pegang kunci rumah homestay nye..tetapi masalah timbul apabila rumah yang berada ditingkat 5 tu lift nya rosak..giler la kami nk menapak anak beranak dengan barang sebeban dan budak kecik yang kompem kene dukung panjat tangga..mak tak sanggup!

Nasib baik encik akma tu ada contact no. homestay lain di kawasan apartment tersebut..kami diperkenalkan pula dengan pemilik satu lagi rumah yang kami panggil kak fiza..rumahnya berada di blok I iaitu blok baru. Pertama kali melangkah masuk ke dalam rumah penginapan di tingkat 6 itu, hati terus rasa tertarik..memang sangat kemas, cosy dan selesa. Rumah yang memuatkan 3 bilik cukup lengkap kelengkapannya untuk kami sekeluarga. Bilik pertama sahaja yang ada aircond, ok la tuuu..sbb tu bilik tidur kami anak beranak. Menempatkan satu katil queen, dan aku ambil tilam single di bilik ketiga untuk diletakkan di lantai. Bilik kedua katil queen, mak dan amar tidur di situ. Dan bilik no.3 memuatkan 2 katil single, jadi bibik dapat satu bilik persendirian yang selesa.

living & dining from entrance
master bedroom


cosy living room
Room no.3

kitchen & dobi area

Rumah lengkap bersofa, tv,meja makan, dapur, rice cooker, kettle, fridge, dan washing machine. Memang sesuai sangat dengan saya yang membawa anak kecil yang ramai sebab mereka memerlukan ruang yang lebih untuk bermain. Bilik hotel yang terhad keluasannya akan menyebabkan mereka boring dan pergerakan terbatas. Masa check in dan check out juga lebih flexible berbanding bilik hotel. Saya mohon jasa baik kak fiza untuk keluar lewat sedikit, dalam pukul 5pm sebab ingin menunggu encik husband habis interview yang bermula pukul3 selepas waktu solat jumaat. Sewa semalam hari biasa ialah RM150, untuk hari minggu saya tak tanya pulak berapa. Tapi mungkin berubah-ubah ikut kehendak tuan rumah, so better give a call & ask the owner for the rate and availability. Planning awal kan lebih bagus..yer dak ;)

Tapi ada satu part yang tak best berlaku bila kitorg nk berangkat pulang. Keluar je rumah semua selipar/kasut yang letak kt luar pintu semua lesap..huargghhhh! my crocs..abes..yang tinggal kasut yang diletakkan dalam almari kasut dalam rumah. Rupanya ada mahkluk bertuah mana dah buang kasut kami ke tingkat bawah. Bukan rumah kami jer yang terkena, ada abang rumah sebelah menyebelah pun keluar bila mendengar kami bising-bising mencari kasut. Dia pun baru perasan kasutnye juga hilang!..hurmmm..nasib badan..peringatan untuk kami selepas ni kalau datang stay kt homestay kawasan ni...ewahhh,dengar cm nak datang lumut selalu je kn..huhuhu

Kami bergerak ke ipoh, dan sebelum tu singgah di perusahaan laut di jeti lumut..macam biasa la saya  memborong ikan bilis dan ikan masin untuk bekalan dapur kami. Sampai di ipoh, rumah opah lan dalam pukul7.30pm. Esoknya kami bertolak pulang ke jb, sbb encik husband nak bertolak ke terengganu ahad malam isnin. Nasib baik gerak dengan bas je, kalau tak letihh sangat la badannye..kesiannn..

Oh ya..sebelum terlupa..if korang berminat nk cari penginapan homestay di sekitar lumut, boleh hubungi Encik Akma kat talian 0125605490. Dia boleh tolong carikkan rumah mana yang available..Contact no kak fiza owner rumah ni: 017-5336316. (latest update on 13/01/2016)

Wednesday, July 3, 2013

Tuesday, July 2, 2013

Air Terjun Sg. Bantang, Bekok

Kami bercuti ni pada hari sabtu, minggu sebelum jerebu melanda negara,
Lebih tepat lagi pada 15 Jun 2013 yang lalu (seb baik kt gambar ada tarikh, kalau tak saya pn luper daa biler..huhu) Tmpt percutian kali dipilih berdasarkan krateria tempat yang senang sampai dalam masa satu hari, tidak perlu tidur sebab masing-masing sibuk dengan komitmen keluarga. Perbelanjaan yang murah dan tempat yang kurang pelancong dan kurang pencemaran..kira back to nature la kn..Air Terjun Bekok ni mmg memenuhi krateria kami

Incik suami dah plan awal sebelum tu, dia ajak mak mertuaku, keluarga abg ipar dan adik ipar ku sekali. Alhamdulillah, time tu semua ada dan bercuti..susah jugak nak buat gathering keluarga mertuaku disebabkan incik husband dan yeop nya kerja di terengganu, isteri nye pegawai imegresen kerja shift hour. Dan adik ipar ku suami isteri adalah doktor. Jadi peluang yang ada memang sangat jarang dapat bersama. Saya yang pada mulanya ada bengkel shaklee pada hari tersebut terpaksa 'burn' je tiket ke bengkel tu sebab plan berjalan incik suami yang last minit nih..hurrrmmm..nasib la labu.

Sebenarnya saya & incik husband dah pernah pegi ke air terjun ni waktu kami bujang2 dulu, bersama dengan 2 org bestfriend ain & pae..hehehe..tp we all just ingat nama tempatnya Bekok je..dah tak ingat jalannya macam mana..
Disinilah google map berguna sangat2..disebabkan kami dari selatan, jadi kami amik exit tol Yong Peng Selatan...takdelah jauh sangat beza dengan Yong Peng Utara. Kalau dari utara boleh masuk exit utara.

Air terjun ni dalam daerah Segamat..nk pergi sana senang je. Lepas tol Yong Peng Selatan tu, masuk kiri dan jalan je straight menghala ke Chaah..pastu terus dan terus lagi..cewahh, pastu akan nampak satu simpang ke kanan, then terus je lalu pekan kecil yang banyak umah cina..(saya lupa nama pekan tu apa..huhu) Lastly ko akan nampak signboard masuk ke Air Terjun Sungai Bantang, Bekok belah kiri jalan..sampai sudahh..

Seperti yang dirancang, saya memang tak payah sediakan makanan..*bahagia mak...sume mak mertua dan kakak ipar ku yang siapkan..yang saya sediakan cuma peralatan bbq seperti bekas tempat pembakar, arang dalam kotak, sepit, kipas dan starter...selain tu saya bwk gak khemah, tikar dan cawan pinggan. Kira saya siapkan barang-barang pelengkap aktiviti la kirenye..huhuhu..tidak dilupa persalinan untuk mandi serta pelampung utk aniq & aqeela..yuhhuuuu..



Kami bertolak pagi, dlm pukul9..ambil adik ipar saya yang bertugas di HSI. Meet up dengan family yang lain di petronas tol skudai. Sampai di air terjun lebih kurang pukul 11.

baru sampai...masing-masing sibuk..(saya pun sama :p)

aniq pun sama sibuk cm ibu dia..hehe

oh..gaya lentok aqeela sangat anak dara ok..alahaii

my lovely mil & sil..sgt baik hati..

aniq & aqeela belum mandi pagi lagi ni..huhu

nasi lemak mak halijah terbbaaekkk!

anak dara yang sibuk membantu opahnye

selepas stengah jam aksi menjerit-melalak-merendam aniq ke dalam air

nk amek gmba..mestila senyum kn aniq ;)

bila servis bertukar tangan...mula la aniq buat2 nangis..sedangkan tmpt tak berubah pun

semua ada (except aku, kak mina jaga baby rafiq & baby rafiq)

happy balik aniq..huhh,drama king ok!

Alhamdulillah..dapat bawa mil berjalan..kesian dia dh lama tak berjalan

dh sesi nk balik dah..


org lain penat angkat barang berat...bdk berdua ni  syok plan main jambatan

masa datang menjerit-jerit ok nk lalu kt jambatan ni...."akutt..akutt!!"

laju jela...dh berani

smile :D

tnggu kereta...


Alhamdulillah...perjalanan kami dipermudahkan...cuaca pun sedang elok je..terang dan tidak hujan..dapat kami sekeluarga berlibur dan lari dari kesibukan serta jerebu kota jb..dalam takut2 dengan pendemik kencing tikus yang banyak berlaku di kawasan air terjun seluruh negara, bersyukur kerana berada di bawah lindungan-Nya.

Insya allah..kalau ada rezeki, kita jumpa lagi ya Air Terjun Sg. Bantang, Bekok....bubye ;)

Friday, June 28, 2013

Tanjung Balau


*Post ini adalah back dated..kitorg pergi Tg.Balau ni penghujung tahun 2012..tp bila tgk balik album gambar lama-lama.. baru aku perasan yang event berjalan ke Tg.Balau ni tak di update di dalam blog. So sorry kalo terpakse baca bende outdated...


Masa ni family aku dr melaka datang 2 kereta, 1 kereta mak ayah dan adik beradik aku dan satu keta lagi nenek, pak uda dan sepupu-sepupu aku 4 orang...time bebudak cuti sekolah, family aku pun ambil kesempatan berjalan ke johor sambil merasmikan rumah baru aku tu..huhuhu..tp incik husband takde kali ni..so, aku dengan bibik la terpaksa bertungkus lumus meng'entertain' kan family yang ramai tuu..

Malam tu kami makan di rumah je..mak turut sama membantu menyediakan makan malam yang sederhana..mak paham situasi aku yang tak menang tangan nak melayan anak disamping menyediakan makanan untuk tetamu. Cewah..sediakan la sangat..mak ngn bibik je bertungkus lumus kt dapur..aku wat konon-konon busy layan aniq..teruk aku ek..hehehe :p

Disebabkan family aku berjalan membawa budak2 bawah umur, jd terpaksa la aku memikirkan satu tempat yang tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak tetapi menghiburkan..USS, Legoland, Hello Kitty Town semuanya ada admission fee..terus jela aku beri cadangan ke desaru..dan lebih specific nye Tg. Balau..lagipun aku belum pernah menggunakan lebuh raya baru yang dibina dari cahaya baru terus ke desaru tanpa melalui kota tinggi,..so, dikesampatan ini memang peluang keemasan la kalau dapat mencuba jalan dan tempat baru. Lain kali kalau ada kawan-kawan dari jauh yang ingin bercuti ke Johor, boleh la beri cadangan ke sini.

Kami bertolak ke Tg.Balau dalam pukul 9 dengan 2 kereta..satu kereta aku yang dinaiki oleh adik beradik dan sepupu-sepupu ku. Dan satu kereta lagi, ayah yang pandu dan membawa mak, nenek dan pak uda. Makanan telah disedikan sedikit dari rumah..disamping bungkusan nasi lemak yang ayah beli untuk sarapan. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang setengah jam..Kami tiba di Tg.Balau lebih kurang pukul 10.

Aku dan ahli keluarga ku yang lain memang tidak berniat untuk mandi laut, cuma ingin berjalan dan berkelah di tepi pantai..Hanya sepupu-sepupu ku Aqif, Aliff dan adiknye Adib yang beria untuk mandi laut...biasalah, budak kecik.

pak uda & ayah

budak bertiga 

hobi aniq kalau jumpa laut
nangis meraung aniq bila adik aku iskandar nk letak dia atas pasir

aku pulak yang tak sabar tgk aniq melalak..meh sini masuk air..

masam terus..huhu

ajak main pasir pun taknak..panjang je muncungnyerr
  
sepupu-sepupuku & nenek

ayah ku bersantai

si manis aqeela bersama nenek

cheaky girl aqeela :)

 Kami pulang jam 1..sampai di rumah melepak je kepenatan..ptg tu family makngah ku sampai ke rumah dari kajang. Kebetulan pula family pakcikku dari kelantan sedang bercuti ke Legoland, mereka pun datang ke rumah ku..semuanya berkumpul di rumah ku petang tu. Malam tu kami makan malam di Singgah Selalu, sebab kepenatan untuk masak.

Keesokan paginye, sepupuku yang tinggal di tampoi datang membawa kacang pol untuk sarapan..keluarga ku bergerak meninggalkan rumah dalam pukul 10. Mereka ke parit raja untuk menghantar adik ku dan sepupuku ke UTHM.


Sunday, June 2, 2013

99 Petua Tawan Hati Suami

Sebab blog ni dah bersarang sangat..so, 'terpaksa' post something untuk tatapan..cewahh, cam ado je org folo blog ko..huhuhu

Sbb nye aku post entri ni sbb ramai kengkawan aku yg akan mendirikan masjid dalam masa terdekat ni..so, sesama la kite buat revision ek..dh buku tetebal engkorang malas nk bacer..ni aku bg 99 je, jgn mls2 ok..babap kang..lalala


1) Berdoa agar disayangi. 
2) Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah. 
3) Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).
4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat.
5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati.
6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.
7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.
8)Masak makanan kegemaran suami.
9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.
10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.
11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya.
12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.
13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.
14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari.
16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.
17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.
18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.
19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.
22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.
23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.
24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.
25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.
26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau.
27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain.
29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.
31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.
34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.
35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.
36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.
37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.
39)Lebihkan suami daripada anak-anak.
40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.
41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.
42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa.
43)Pergi dating atau berbulan madu.
44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras. 
45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.
46)Selalu urut suami.
47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.
48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.
49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.
50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.
51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.
52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.
53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.
54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.
55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.
56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.
57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.
58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.
59)Jgn dera suami fizikal dan batin.
60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya.
61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.
62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.
63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.
64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.
65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.
66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.
67)Cari masa utk berdua-duaan.
68)Lakukan riadah bersama suami.
69)Pergi berkelah sekali-sekala.
70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).
71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.
72)Berikan apa yg dihajati suami.
73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.
75)Lakukan ibadah bersama.
76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.
77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri.
78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.
79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.
80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.
81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.
82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya.
83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.
84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.
85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.
87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.
88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri. 
89)Jgn cabar suami.
90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.
91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.
92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.
93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.
94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.
95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.
96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.
97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.
98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.
99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.




Copy dari https://www.facebook.com/mumdreams

Saturday, May 11, 2013

Genap Sebulan Menggunakan Set Mengaji

Dulu memang saya selalu bukakkan lagu AlifBaTa untuk aniq..disamping lagu-lagu nasyid arab dan bahasa inggeris yang lain..tiada video tertentu yang menjadi pilihan..cuma kadang-kadang kalau kekeringan idea,  saya akan buka kan video Upin-Ipin & Teletubbies pada aniq. Niat dihati saya adalah untuk mengisi keboringan aniq disamping membuatnya leka. Kadang-kadang saya menggunakan kaedah ini dengan niat untuk mengelak bermain dengan nya ataupun untuk 'mendiamkan nya' apabila dia cuba membuat perangai di tempat-tempat awam. Kelebihan tambahan, dapatlah aniq belajar ABC, 123 dan AlifBaTa secara tidak langsung tanpa tekanan pada dasar pemikiranku. Itu adalah satu kesalahan besar yang telah saya lakukan. Saya rasa berdosa kerana telah menanam niat sebegitu dalam mendidik seorang anak yang dikurniakan Allah.

Saya lihat kesan televisyen adalah sangat kritikal terhadap kanak-kanak di bawah 2 tahun. Sebagai contoh, anak buah ku sangat meminati Upin & Ipin sehingga pernah menjadi santapan rohaninya sebelum tidur. Yang seorang lagi pula terlalu taksub dengan keretapi Thomas sehingga segala jenis keretapi dalam watak kartun Thomas tu dikenalinya. Aniq juga tidak terkecuali, saya pernah menghidangkannya video Teletubbies supaya dia leka dan tertidur, agar saya lebih mudah menyusukan aqeela. Ibu ku pernah menegur perbuatan ku ini. Pada mulanya saya rasa leceh untuk membuang 'habit' yang telah saya tetapkan untuk aniq. Ya Allah, sungguh naif nya saya ketika itu. Mungkin kerana kecetekkan ilmu keibu bapaan ku, saya telah tersilap mendidik anugerah Mu ya Allah. Saya harap saya masih belum terlambat untuk berubah.

Setelah mengambil langkah pertama seperti yang saya cerita pada entri yang lalu, cd-cd lagu dari set tersebut telah menjadi 'hiburan' baru untuk anak-anak ku. Paling kurang, aniq akan meminta saya memasang cd mengaji nya sekali sehari. Kebiasaannya jika dia bangun awal pagi, saya akan memainkan cd huruf hijaiyah di televisyen untuk melekakannya serta mengelakkan dia mengamuk dan menangis semasa saya hendak keluar ke tempat kerja. Di dalam kereta turut dimainkan cd yang sama. Waktu malam pula saya akan memasang cd bacaan juzu' amma semasa kami sekeluarga tidur.

Pada awalnya saya berazam untuk membuat sesi flascard dengan aniq setiap hari, tetapi cita-cita saya hanya bertahan selama 2 hari je, sebab aniq dan aqeela tidak dapat duduk diam untuk satu tempoh masa yang lama hanya untuk menghadap flshcard AlifBaTa sahaja. Jadi saya simpam kembali flashcard2 tersebut. Selepas seminggu dimainkan cd pada aniq, saya pun cuba keluarkan kembali flashcard tersebut. Alhamdulillah, aniq dengan eksited sekali ambil flashcard ditangan saya  dan menyebut huruf-huruf hijaiyah dengan lancar sekali. Cuma pada awalnya ada beberapa huruf seperti thoo dan zhoo, sood dan thood agak mengelirukan dia.. tetapi sekarang dia sudah lancar. Subhanallah..tidak sampai sebulan aniq sudah tahu huruf-huruf hijaiyah. Aniq tidak pernah memanggilku dengan nama ibu, tapi sudah pandai membaca huruf-huruf alquran. Alhamdulillah...

Betullah apa yang pernah saya baca sebelum ini, anak kecil umpama span yang akan menyerap segala apa yang kita ajar atau dedahkan kepada mereka, jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita nak meraka serap. Setiap perilaku kita yang mereka lihat akan menjadi sumber rujukan perkembangan perilaku dan peribadi mereka. Ya Allah , Kau peliharalah mata dan hati anak-anak saya supaya menerima yang baik-baik sahaja, Amin.

Sekarang, saya baru cuba mengenalkan aniq dengan buku Al-Furqan dengan menunjukkan huruf-huruf didalamnya kepada aniq selepas dia bermain dengan flashcard, tapi aniq masih lagi mengelak dan tidak berminat membacanya. Tak apalah..kita simpan dulu buku tu dan kita cuba lagi nanti, Insya Allah. Hobi baru aniq ialah bermain dengan aplikasi-aplikasi percuma andriod huruf-huruf hijaiyah yang saya muat turun didalam handphone. Sekali-sekala baru dia minta dimainkan lagu-lagu kanak-kanak bahasa inggeris yang tersimpan didalam handphone ku seperti Twinkle-twinkle little star, 10 Little Indian Boy, ABC dan banyak lagi.

Alhamdulillah.. Inilah perkembangan aniq yang dapat saya kongsikan dengan kawan-kawan semua, diharap sedikit sebanyak kawan-kawan akan cuba ambil mana yang baik untuk dijadikan panduan. Saya tidak berniat untuk berbangga, cuma berkongsi mana yang ada. Setidak-tidaknya dapatlah dipanjangkan blog ibu darwish & darwisya kepada kalian untuk kita sama-sama mencedok ilmu-ilmu yang dikongsikan beliau.

sesi flashcard
fav book..dibawa kemana shj
huruf fav menjadi mangsa gigitan
menari sambil mengaji pun boleh aniq.. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...