"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, May 11, 2013

Genap Sebulan Menggunakan Set Mengaji

Dulu memang saya selalu bukakkan lagu AlifBaTa untuk aniq..disamping lagu-lagu nasyid arab dan bahasa inggeris yang lain..tiada video tertentu yang menjadi pilihan..cuma kadang-kadang kalau kekeringan idea,  saya akan buka kan video Upin-Ipin & Teletubbies pada aniq. Niat dihati saya adalah untuk mengisi keboringan aniq disamping membuatnya leka. Kadang-kadang saya menggunakan kaedah ini dengan niat untuk mengelak bermain dengan nya ataupun untuk 'mendiamkan nya' apabila dia cuba membuat perangai di tempat-tempat awam. Kelebihan tambahan, dapatlah aniq belajar ABC, 123 dan AlifBaTa secara tidak langsung tanpa tekanan pada dasar pemikiranku. Itu adalah satu kesalahan besar yang telah saya lakukan. Saya rasa berdosa kerana telah menanam niat sebegitu dalam mendidik seorang anak yang dikurniakan Allah.

Saya lihat kesan televisyen adalah sangat kritikal terhadap kanak-kanak di bawah 2 tahun. Sebagai contoh, anak buah ku sangat meminati Upin & Ipin sehingga pernah menjadi santapan rohaninya sebelum tidur. Yang seorang lagi pula terlalu taksub dengan keretapi Thomas sehingga segala jenis keretapi dalam watak kartun Thomas tu dikenalinya. Aniq juga tidak terkecuali, saya pernah menghidangkannya video Teletubbies supaya dia leka dan tertidur, agar saya lebih mudah menyusukan aqeela. Ibu ku pernah menegur perbuatan ku ini. Pada mulanya saya rasa leceh untuk membuang 'habit' yang telah saya tetapkan untuk aniq. Ya Allah, sungguh naif nya saya ketika itu. Mungkin kerana kecetekkan ilmu keibu bapaan ku, saya telah tersilap mendidik anugerah Mu ya Allah. Saya harap saya masih belum terlambat untuk berubah.

Setelah mengambil langkah pertama seperti yang saya cerita pada entri yang lalu, cd-cd lagu dari set tersebut telah menjadi 'hiburan' baru untuk anak-anak ku. Paling kurang, aniq akan meminta saya memasang cd mengaji nya sekali sehari. Kebiasaannya jika dia bangun awal pagi, saya akan memainkan cd huruf hijaiyah di televisyen untuk melekakannya serta mengelakkan dia mengamuk dan menangis semasa saya hendak keluar ke tempat kerja. Di dalam kereta turut dimainkan cd yang sama. Waktu malam pula saya akan memasang cd bacaan juzu' amma semasa kami sekeluarga tidur.

Pada awalnya saya berazam untuk membuat sesi flascard dengan aniq setiap hari, tetapi cita-cita saya hanya bertahan selama 2 hari je, sebab aniq dan aqeela tidak dapat duduk diam untuk satu tempoh masa yang lama hanya untuk menghadap flshcard AlifBaTa sahaja. Jadi saya simpam kembali flashcard2 tersebut. Selepas seminggu dimainkan cd pada aniq, saya pun cuba keluarkan kembali flashcard tersebut. Alhamdulillah, aniq dengan eksited sekali ambil flashcard ditangan saya  dan menyebut huruf-huruf hijaiyah dengan lancar sekali. Cuma pada awalnya ada beberapa huruf seperti thoo dan zhoo, sood dan thood agak mengelirukan dia.. tetapi sekarang dia sudah lancar. Subhanallah..tidak sampai sebulan aniq sudah tahu huruf-huruf hijaiyah. Aniq tidak pernah memanggilku dengan nama ibu, tapi sudah pandai membaca huruf-huruf alquran. Alhamdulillah...

Betullah apa yang pernah saya baca sebelum ini, anak kecil umpama span yang akan menyerap segala apa yang kita ajar atau dedahkan kepada mereka, jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita nak meraka serap. Setiap perilaku kita yang mereka lihat akan menjadi sumber rujukan perkembangan perilaku dan peribadi mereka. Ya Allah , Kau peliharalah mata dan hati anak-anak saya supaya menerima yang baik-baik sahaja, Amin.

Sekarang, saya baru cuba mengenalkan aniq dengan buku Al-Furqan dengan menunjukkan huruf-huruf didalamnya kepada aniq selepas dia bermain dengan flashcard, tapi aniq masih lagi mengelak dan tidak berminat membacanya. Tak apalah..kita simpan dulu buku tu dan kita cuba lagi nanti, Insya Allah. Hobi baru aniq ialah bermain dengan aplikasi-aplikasi percuma andriod huruf-huruf hijaiyah yang saya muat turun didalam handphone. Sekali-sekala baru dia minta dimainkan lagu-lagu kanak-kanak bahasa inggeris yang tersimpan didalam handphone ku seperti Twinkle-twinkle little star, 10 Little Indian Boy, ABC dan banyak lagi.

Alhamdulillah.. Inilah perkembangan aniq yang dapat saya kongsikan dengan kawan-kawan semua, diharap sedikit sebanyak kawan-kawan akan cuba ambil mana yang baik untuk dijadikan panduan. Saya tidak berniat untuk berbangga, cuma berkongsi mana yang ada. Setidak-tidaknya dapatlah dipanjangkan blog ibu darwish & darwisya kepada kalian untuk kita sama-sama mencedok ilmu-ilmu yang dikongsikan beliau.

sesi flashcard
fav book..dibawa kemana shj
huruf fav menjadi mangsa gigitan
menari sambil mengaji pun boleh aniq.. ;)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...