"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, January 25, 2015

7 Tips Mudah Untuk Mudah Bangun Solat Subuh



Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.

Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya”. Hadis riwayat Ahmad
Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu.


Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:

1) Tidur awal:
Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh”.

Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.

2) Memelihara adab tidur:
Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.

Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.

3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh:
Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.

4) Menjauhi perbuatan maksiat:
Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.

5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ

Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.
Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.

6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.
Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.

Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.
Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:

((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))

Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.
Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.

Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal.

7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.
Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:

((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))

Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.

___________________________________________________


Artikel ini saya copy paste dari facebook tanpa mengetahui sumber sebenar..untuk peringatan diri sendiri dan pembaca yang sudi singgah. Harap Bermanfaat. InsyaAllah.

Thursday, January 22, 2015

Testimoni Vivix: Pesakit Slip Disc Usaha Kumpul Duit Beli Vivix

Testimoni Min - "..Saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix...Doktor seperti tidak percaya kerana..."

Cepatnya masa berlalu.
Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.

Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.

Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.
Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.

Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.

Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.

Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring.Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.

Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.
Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.
Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah...
Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..
Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.
Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.

Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.

Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah.

SR Vitamin C,
Vitalea,
B Complex,
Vitamin E,
GLA,
Zinc Complex,
Peppermint-Ginger,
Herb Lax,
Omegaguard,
Lecithin,
Garlic
Vivix

Maaf terlalu banyak pula
Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.

Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.

Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang. Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.

Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.

Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.

Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.
Begitulah.. Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu mengubahnya.



Promosi Bulan Januari 2015

_____________________________________________________
Terima kasih kepada Min kerana sudi berkongsi pengalaman beliau disini. Saya doakan moga beliau sembuh sepenuhnya. InsyaAllah.
Saya sendiri turut memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk sediakan ‪#‎vivix‬ kepada mak saya. Kerana kasih sayang untuk melihat mak sihat adalah tidak ternilai harganya. Saya suka bila ada promo vivix, dapatlah jimat sikit. Alhamdulillah.


Thursday, January 15, 2015

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Berkorban Nyawa

Catatan ini ibu & ayah tujukan khas untuk anak-anak kami..
Muhammad Aniq Mikail & Nur Aqeela Mayesa.

Bila sesuatu barang milik seorang anak terjatuh, seorang ibu akan membantu memungut kembali barang tersebut lalu menyerahkan ke tangan anaknya. Bagi seorang ayah, dia akan membiarkan anaknya tunduk untuk mengambil sendiri barang tersebut dan ayah akan mempastikan anaknya boleh tunduk dan bangkit semula dengan selamat tanpa kepalanya terhantuk kepada sesuatu.


Bila seorang anak ingin melintasi satu sungai melalui satu titian, seorang ibu akan memimpin tangan anaknya melalui titian untuk menyemberangi sungai tersebut. Seorang ayah sebaliknya akan melalui terlebih dahulu titian tersebut demi mempastikan ianya selamat dilalui. Kemudian barulah ayah akan menghulurkan tangan untuk memimpin anaknya bagi melintasi titian dengan selamat.

Bila seorang anak terkena panas pancaran sinar matahari, ibu akan mencari sesuatu samada kain atau kertas untuk memayungi anaknya. Ayah pula akan melihat dari mana datangnya cahaya matahari tersebut lalu ayah akan duduk di situ bagi menghalang cahaya matahari terkena anaknya dan meneduhkan anaknya dengan bayang dari tubuhnya sendiri.

Seorang ibu memimpin anaknya supaya selamat melintas jalan. Seorang ayah akan sanggup berada di tengah jalan untuk memberhentikan pergerakan lalu lintas demi memastikan anaknya boleh melintas dengan selamat.

Seorang ibu mungkin berjaga malam bagi mempastikan anaknya dapat tidur tanpa diganggu nyamuk. Seorang ayah sanggup menggadai nyawa di tengah gelombang lautan demi memastikan anaknya dapat menikmati sesuap makanan.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih seorang ayah sanggup bergadai nyawa…

-Catatan Azmanpedia 

Nukilan oleh DrAzmanIbrahim

Wednesday, January 14, 2015

[TESTIMONI PRODUK: VIVIX] Jari Yang Hampir Putus Pulih Selepas 2 Minggu

Ni story tentang anak Master Zura, yang jarinya tersepit pintu. Nyaris-nyaris jarinya mati dan putus selepas doktor cakap yang dagingnya 90% tidak boleh diselamatkan. Kerana kejadian berlaku pukul11 pagi, dan jahitan dibuat ketika waktu hampir maghrib dan jari adik Amsyar sudah biru.

Tapi kuasa Allah melebihi segalanya..yang penting kita berikhtiar ke akhirnya dan tidak menyerah. Jom kita baca perkongsian Master Zura pada status Fb beliau disini. Terima kasih untuk perkongsian beliau.



Ini catatan status yang telah beliau kongsikan pada 15 Januari 2015 (hari ini)..

[Jari 11 hampir tinggal 10]

Hari tu saya ada bagi tahu nak share satu REVIEW vivix kan..! Taraaaa... Inilah dia.. Masih ingat.. Wall FB saya digemparkan dengan jari Amsyar yang tersepit pintu suatu waktu dahulu. 

Masa mula-mula tengok.. I pun scary.. tarik sikit je isi belakang kuku tu memang habis tanggal semua.. Ok dipendek kan cerita. Kejadian ni berlaku kurang lebih dalam pukul 11.00 tengahari dan Doctor memulakan operasi lebih kurang pukul 6.30 petang.

Sebelum itu, Doctor bagi tahu.. "Tengok pada keadaan jari, xtray dan pengalaman saya.. Jari ni tak boleh hidup dah.. Memang dia akan ada kecacatan kekal. "

Erkk saya dah semakin bergetar jiwa raga. TULANG nya hancur.. dan kalau tengok pada isi daging tu memang menyeramkan. TAPI saya kata kat Doc, tak apa.. u just jahit dan buat je. Lain-lain kita tengok camne nanti.

Setelah bincang itu dan ini.. Doc agree nak buat pukul 3.00 petang.. Tunggu punya tunggu sampai ke pukul 6.00 baru di panggil. Time tu dagingnya dah hampir biru. Hati saya Allah sahaja tahu. Amsyar duduk menahan kesakitan.

Alhamdulilahh.. selepas dua minggu.. bila nak cuci luka.. Doc terperanjat tengok Perkembangan jari tersebut.. Dagingnya tercantum rapat dan yang paling best.. dengan izin Allah.. Jarinya hidup seperti sedia kala.. Taraaa dua gambar sebagai bukti.. Dan yang lagi best.. tiada kesan langsung.. Amazing..! Alhamdulillah..

Tulah antara satu dari beribu sebab kenapa saya yakin, sayang dan percaya pada Shaklee 100%. Kerana saya rasakan kesannya sendiri. Sedangkan dulu saya adalah orang yang paling ANTI MLM DAN SHAKLEE..! hahahaa.. tulaa siapa suruh benci sangat.. Kan dah.. Syukran Ya Allah. "



Selain Vivix, Maste Zura turut memberikan Mealshake & Zinc untuk mempercepatkan penyembuhan luka anaknya.



Semoga dengan perkongsian ini, ramai yang mempunyai pengalaman yang serupa mendapat faedah darinya. InsyaAllah.


Wednesday, January 7, 2015

Sabah Kami Datang (1) 2015

Alhamdulillah, kami dah selamat pulang dari negeri di bawah bayu. Dengan sedikit trauma kerana 2 hari sebelum, telah berlakunya tragedi penerbangan syarikat A.A yang hilang dan jatuh di perairan Belitung pada 28 Disember 2014..kami tetap meneruskan perancangan kerana tiket telah dibeli dan cuti telah diambil. Janji kepada anak-anak bijak kami perlu di tunaikan. Plan asal hendak cuti-cuti malaysia bawa kereta ke utara terpaksa ditukar kerana cuaca yang tidak menentu dan sedikit kekangan lain.

Kami memilih penerbangan pertama pada pagi Khamis (1 Januari 2015). Kebetulan adik-adik saya ada sepanjang minggu di rumah kerana membantu saya menjaga Aniq & Aqeela disebabkan pengasuh mereka demam denggi. Pagi itu kami dihantar adik lelaki saya dari rumah ke Senai jam 4.30 pagi. Dengan sedikit kalut gara-gara saya tertidur & tidak mengunci jam loceng. Alhamdulillah masih ada rezeki kami ke Sabah bila Allah menggerakkan encik asben pada pukul 3.30 pagi. MasyaAllah.

Penerbangan yang pada awalnya dijadual pada pukul 6.30 pagi sedikit lewat dan ditunda hampir sejam, kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 7.30 pagi dan sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu lebih kurang pada pukul 10 pagi. Cuaca agak mendung dengan sedikit gegaran di sepanjang perjalanan. Cuaca di Kota Kinabalu baik sewaktu kami tiba disana. Menunggu lebih kurang setengah jam sebelum sahabat baik kami, Nina tiba dengan kereta sewa yang kami sewa dari rakan pejabatnya. Saya memilih kereta Myvi untuk digunakan sepanjang percutian dan kami dikenakan bayaran sebanyak RM440 untuk 4 hari. Alhamdulillah.

Saya selaku perancang itinerary, memilih untuk terus ke kundasang pada hari tersebut. Kami memulakan perjalanan setelah mengisi minyak dan membeli sedikit jajan. Saya dan suami dah sarapan di dalam flight, cuma anak-anak terus menyambung tidur didalam kereta. Cuaca sudah bertukar mendung, dan hujan mengiringi kami disepanjang perjalanan. Aniq cuma terjaga apabila kami tiba di Pekan Nabalu, itu pun disebabkan dia dah 'membasah'. Sedap sangat tidur dengan hawa sejuk dan mungkin mereka kepenatan bangun pagi awal sangat. Kabus penuh menyeliputi Pekan Nabalu. Kami hanya berhenti menggunakan tandas dan meneruskan perjalanan.

Suasana setibanya kami di Pekan Kundasang. Tak nampak puncak Kinabalu.

Sampai di Pekan Kundasang sekitar jam 3.30 petang. Kami terus menuju ke KFC sebelum check in hotel. Masing-masing dah kelaparan. Nasib baik ada congee dari dalam flight untuk Aqeela. Sebelum tu, kami sempat tersesat ke jalan mana tah untuk cari hotel yang saya tempah melalui booking.com. Line hp pun tak berapa clear, jangan harap la google map nak berfungsi dengan betul. Nasib baik di pekan kundasang, line celcom clear. Setelah menghubungi pihak hotel dan meminta arah jalan yang betul untuk ke hotel, baru kami senang hati untuk makan.

Gambar dari hotel's website

Sebab percutian last minute plan, hotel favorite Kinabalu Pine Resort dan chalet comel, Kiram Village semua dah penuh. Terpaksalah saya pilih hotel baru yang rare iaitu Celyn Hotel. Malas pula nak pilih hotel-hotel lama. Walaupun banyak komen-komen tak berapa best kat Agoda pasal hotel ni, tapi saya pilih hotel ni sebab satu perkara, iaitu view nya. Memang komen positif yang saya baca pasal hotel ini hanyalah sebab permandangannya yang cantik. So, we pay for the view actually. Sunset sunrise tidak berapa jelas sebab cuaca & kabus tebal sewaktu kami disini. Bukan rezeki kami. Jalan agak mendaki dan tidak berapa elok. Tapi memang jalan-jalan kecil disini memang macam ni, jadi no complaint. Warga sabah memang wajib pakai 4x4 sebagai kenderaan utama mereka.

Celyn Resort berada di puncak

Jauh mendaki

Akhirnya sampai ke lobby hotel

Budak berdua ni dah buat macam rumah sendiri

Lobby dari luar

Hotel sangat 'biasa' dengan harga semalam RM280++ (termasuk cukai). Hotel tiada penghawa dingin (kipas pun kami tak bukak..sejuk wehh!), tiada peti sejuk dan makanan breakfast nasi goreng kosong berlauk sosej dan telur. Tv dan cd player disediakan. (tapi kami takde cd..huhu). Water heater berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, rezeki kami dapat juga sampai dan menginap di hotel ini. Kami check in dalam pukul 5 petang. Anak-anak tidur awal kekenyangan sekitar jam 9 malam. Encik asben juga pengsan awal sebab kepenatan. Tinggallah ibu terkebil-kebil sorang-sorang layan kopi o panas dan megi cup di beranda hotel. Heaven ok..teringat perjuangan closing Shaklee hari sebelumnya. Rasa macam satu reward untuk diri sendiri yang tak berapa nak rajin berusaha sepanjang tahun. Caiyuk untuk 2015! (haha..tetiber masuk hal Shaklee)

Oklah, tamat kisah hari pertama di Sabah. Tiada tempat-tempat menarik yang kami lawati. Lebih kepada sehari suntuk dalam perjalanan. Permandangan indah ciptaan Allah itu adalah hadiah tercantik untuk penat lelah kami sepanjang hari. MasyaAllah.


View dari balcony Bilik K19, Celyn Resort Kinabalu.

Jurnal Kesyukuran 2014


Alhamdulillah untuk permulaan tahun baru masihi 2015. 
Pejam celik, cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Untuk penutup tahun 2014, dalam segala nikmat kesyukuran yang ada, tidak dilupa calit-calit kesedihan sebelum berlabuhnya tirai 2014.

Pak uda ku Arwah Azizan bin Jaafar telah kembali ke rahmatullah pada 17 Disember 2014. Pemergiaannya akibat kanser pakreas sangatlah cepat. Hanya sebulan setelah disahkan kanser tahap 4, dia pergi meninggalkan kami. Waima, sebotol Vivix yang ku berikan padanya juga belum habis diminum. Katil hospital yang ayah sediakan padanya di rumah nenek hanya sempat digunakan semalaman sahaja. 

Walaupun pak uda ku tiada zuriat sendiri, tapi beliau kaya dengan anak murid. Seorang guru yang sangat dekat di hati anak-anak muridnya. Ramai anak murid nya yang datang dari jauh & dekat. Malah, anak murid yang sudah berkahwin juga turut hadir mengiringi perjalanan terakhir beliau. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya tempatkan beliau di kalangan orang-orang soleh.

Seminggu kemudian, pada 24 Disember 2014. Malaysia pula menangis dengan ujian besar dariNya. Bah terbesar melanda negara. Banyak korban jiwa, harta & tempat tinggal. Pada saat ku coretkan catatan ini, 7 Januari 2015, masih ramai lagi mangsa yang masih belum surut lagi air di rumah-rumah mereka. Pasca banjir lebih perit ujiannya.

Sebenarnya ujian 2014 memang banyak tak terungkap. Ujian sebagai amaran dari Nya barangkali. Dengan tragedi penerbangan lepas satu-satu. Saudara seagama diseluruh dunia yang lebih susah lagi ujiannya dari kita. Allahuakbar. Cuma kita sebagai insan biasa, seringkali cuba lari dari mengingat kembali detik-detik pahit dan hanya cuba mencatat yang indah sahaja. 
Adakah setiap nikmat bahagia sahaja yang perlu disyukuri? 
Bukankah ujian juga satu nikmat?

Rasulullah SAW bersabda:  "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya."  (Riwayat Muslim)




Bagaimana dengan tahun 2015? Apakah ujian yang bakal diberikan untuk kita semua?
Doa saya..Semoga saya, kaum keluarga, zuriat keturunan dan anda pembaca semua diberi pengakhiran yang baik dan sentiasa berada dalam golongan dalam orang-orang yang beriman.
Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...