"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, March 21, 2013

Balik Ipoh

Kisahnya incik husband dipanggil oleh bosnya untuk meet up kt KLCC pada 1hb awal bulan haritu..ada bende nk bincang sikit, skali incik husband ajak I ngn family ke KL skali, dan terus balik Ipoh sbb incik husband dh rindu sama opahnya..

I pun dengan lajunye, mula la beri bermacam-macam idea untuk mengisi percutian ujung mnggu kami tu. Biasalah, org yang skali-skali berjalan..skali dapat jalan jauh sikit, sume tmpt I nk pegi..hahaha..Siap ambil cuti 2 hari, bermula Khamis 28hb 2 dan Jumaat 1hb 3..Hari Isnin I mls nk bercuti, sbb nanti bnyk sgt kelas nk kene ganti, I malas..huhu

Khamis petang kami baru bergerak ke Melaka, biasalah..nak jimat kos. Umah mak ayah I akan menjadi hotel mewah untuk kami bermalam sebelum bergerak ke KL atau utara..hehe..2 dalam 1, sambil lalu, sambil menyinggah..mak ayah I pun suka je..walaupun selalu la kene bebel ngn mak ayah I sbb selalu sampai Melaka lewat dan bergerak malam. Biasa la risau orang tua, yang sangat concern kt cucu2 nya. Nasib pulak menantu mereka aka incik husband mmg hobi dia suka bwk kereta mlm-mlm..terpaksela redha je..haihh

Jumaat pagi lepas solat subuh, kami bergerak ke KL sbb incik husband nk breakfast dgn bosnya kt KLCC, betul-betul smpai ke KLCC jam 8.30 pagi..merasa gak la kami makan jam kt terowong SMART pagi2 hari tu..rindu jam KL..hahaha..kt JB dh kurang jam skang, lebih-lebih lagi I yg pegi kerje ke opis dengan merempit sbb kuar umah dah pukul 7.45 pagi. Tak jam, tp still lmbat gak :p

I dah propose awal-awal start dari johor lagi untuk pergi Lost World of Tambun. Kami mula bersiap-siap lebih kurang pukul11..agak lewat sebab incik husband kepenatan drive dari KL, so bg peluang dia bangun lewat sikit. Kami smpai ke Tambun lebih kurang jam 12.30tghari.


wahh aniq..pandai lentok skang..hihi
takut kucing besarrrR tu!
sampai jugak kami kesini
beli tiket..mahal gak, dewasa RM45..aniq & aqeela free je

bibik & aqeela

wauu..posing abes..blakang tu hot spring, tu sbb tade org mndi time tghari bute
jerit-jerit sebab kene letak dalam air
ayah jadi mangsa..asik nk berdukung je aniq
aqeela yang always sporting
kawaiii *_*
luncheon

akhirnya..aniq tertidur
amek gamba dulu sblm balik
aqeela dah pengsan
finally..baru ader gmba 1 family..walaupun xberapa nk semenggah -_-'

Lepas balik dari Lost World of Tambun tu..I pun soh incik husband tanya yeop nya tmpt makan menarik sekitar Ipoh, makanan kt tambun tadi tak mengenyangkan perut kami..Jadi kene cari laternatif lain sebelum pulang ke rumah..

Yeop nya suggest Restoren Rojak Greentown yang terletak dekat dengan Dataran Bandaraya Ipoh, berdepan dengan Hotel The Syuen, Ipoh. Seberang jalan je..


ni hah kedainya

hotel the syuen

muke penat dan lapar

ayah & aniq

ibu & aqeela..ehh,mane aqeela? tgk menyorok disebalik tudung..hihi

tada!..tudia rojak dan mee rebus greetown..mabeles!

Aniq makan makanan febret dia roti canai..mee rebus ngn rojak pedas, tak bleh nk makan. Tapau untuk opah sebungkus rojak, dan kami pulang ke rumah opah dengan gumbira. Ahad kami sekeluarga pulang ke JB. Sebelum pulang, I dah rancang dah ke mana next destination kami bila pulang ke Ipoh nanti. 

Jom Terokai Ipoh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...