Hari Ahad yg lalu, incik husband pulang dari terengganu. Dia dh mula demam dari hari jumaat. Setelah menerima rawatan demam biasa di pelantar, demamnya masih belum kebah malah makin teruk dengan bertambahnya sakit sendi di kawasan belakang bdn, pinggang dan betis.
Hari Isnin setelah saya pulang dari kerja, dia mengadu sudah tidak larat dan mengajakku ke hospital. Untung Hospital Ragency, Masai dah jadi salah satu hospital panel untuk insurannya. Lepas maghrib, terus kami kesana yang hanya mengambil masa tak lebih 5minit dari umah. Alhamdulillah, seorang doktor cina telah mangambil kesnya. Dengan bantuan jururawat, dalam pukul 11 incik husband dah dimasukkam ke ward. Darah dan x-ray pn telah selamat diambil. Paru-paru kanan didapati telah berkuman.
Keadaan yang lebih kurang sama pernah dialami oleh incik husband 2 thn yg lalu di hospital kerajaan. Akibat serik dengan perkhidmatan percuma tersebut, kami telah mengambil 'medical card' untuk masa2 kecemasan seperti ni.
Dia dimasukkan antibiotic setiap beberapa jam pada hari pertama. Doktor telah buat test denggi dan keputusannya negatif. Demam incik husband masih tidak kebah pada hari pertama, siang nmpk sehat sedikit..menjelang malam, suhu badannya naik. Sengal badannya juga turut menjadi-jadi. Sampaikan saya terpaksa mengurut betisnya sehingga tertidur.
Saya tidak mengambil cuti sebab banyak kelas yang terpaksa diganti kerana bengkel seminggu yang ku hadiri di sarawak 2 minggu lalu. Nasib baik mil snggup datang dan temankan incik husband. Mak juga turut masakkan sup ketam. Hari kedua antibiotics incik husband telah dinaikkan dose. Kahaknya telah diambil dan darah turut diambil sekali lagi untuk test malaria pula. Dan keputusannya masih negatif. Saya pulang kerumah pada pukul 12 setiap malam. Aniq dan aqeela dh selamat tidur setiap kali pulang. Kesian mereka, terpaksala saya abaikan buat seketika.
Hari ketiga, khamis..saya ambil keputusan untuk bercuti sebab tiada kelas. Seharian di hospital meneman incik husband. Demamnya ada menampakkan perubahan. Suhu badannya tidak lagi tinggi dan kembali pada normal. Cuma badannya masih lemah dan sengal. Kepalanya turut pening. Doktor ada datang ke ward dan memaklumkan incik husband boleh discharge pada keesokkan harinya. Mak dan ayahku turut datang dari Melaka melawat incik husband.
Jumaat incik husband dapat discharge. Harini incik husband mengadu badannya masih lg ada sedikit sengal dan kepalanya masih sakit. Dia hanya berehat dan tidur selepas makan dan ambil ubat. Kesian incik husband tak dapat melayan aniq yang kerapkali mengajak nya bermain.
No comments:
Post a Comment