"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, March 12, 2013

Untuk Aqeela Dengan ♥

Minggu lepas, masa dpt je surat bahawa ibu kene bertugas di sarawak pd minggu ni, ibu pn mula gigih pump susu buat stok utk aqeela minum dlm minggu ni. Kerisauan ibu terhadap ketidakcukupan susu telah ibu suarakan pd ayah, cewah ayat.huhu.. Tapi ayah tetap membantah ibu membeli fm untuk aqeela cuba. Ayah bertegas supaya ibu gigih menyimpan susu dan tidak putus-putus memberi semangat pada ibu tanpa jemu.
Akhirnya ibu hanya dapat menyimpan sbnyk 13botol sahaja. Terpaksalah ibu membeli fm untuk menampung susu aqeela. Ibu telah memilih jenama enfalac, yang harga satu tin kecilnya mencecah RM66. Dalam hati kecil ibu bersyukur dapat memberikan aqeela susu yang lebih mahal 'nilainya'. Memang hati sedih terpaksa meninggalkan aqeela yang masih bayi, dan menyusu badan.Tetapi kerana tugas.Terpaksalah ibu cekalkan hati untuk tanggungjawab yang telah di amanahkan ini.
Ibu masih gigih meng'pump susu untuk aqeela setiap hari. Waktunya ialah setiap pagi, tengahari, ptg dan mlm sblm tdo. Jadi jumlahnya ialah 4kali setiap hari. Ibu akan mencuri-curi masa rehat untuk meng'pump susu. Ibu tumpang simpan susu aqeela di frezer di kitchen, sbb frezer bilik tak muat untuk bekukan susu yang bnyk.
Jumaat ini ibu akan bawa pulang susu aqeela sebagai 'hand lugage'. Semoga Allah perlihara serta permudahkan ibu bawa pulang susu aqeela yang telah ibu simpan dengan selamat. Inn sya Allah..

2 comments:

- Ms. Izyan - said...

uit, jauhnye...? kursus apakah? poli mukah kah? ciannye 2 beradik tuh..

atie lazis said...

Intan,

ada bengkel..kt kuching je,xsmpai ke mukah pn..
alhamdulillah,dh slmt blk ke jb dh pn..hehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...