"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, September 21, 2014

Sepetang Di Zoo Johor

Last week incik asben amek cuti panjang sket, nak spend time dengan anak-anak. Kebetulan ada cuti 1 Malaysia pada 16hb yang lalu.Jadi dia ambil cuti pada hari isnin 15hb dan saya terpaksa ambil 2 hari cuti iaitu 14 & 15 hb memandangkan johor tidak cuti pada hari ahad.

Pada mulanya kami plan nak bercuti ke desaru je, tapi incik asben cam malas nak drive jejauh (jauh la sangat)..so kitorang decide pegi Zoo Johor je. Alhamdulillah, akhirnya ibu pun berpeluang dapat pergi ke Zoo Johor bersama anak-anak..hahaha..(ibu yang excited lebih tak pernah gi zoo johor)..best jugak bawak Aniq & Aqeela yang dah banyak kenal binatang..kalau time kat zoo melaka dulu, aqeela still kecil lagi dan aniq baru setahun lebih..ala, rugi pula rasa sebab tak story pasal our trip ke zoo melaka dulu dalam blog ni..maybe next time will share the story kot sebab gambar still simpan lagi dalam fb.

Kami ke zoo johor selepas lunch di Syed dekat belakang Jakel..susah sangat nak pikir nak lunch kat mana, last2 suami bawak ke mamak je..aniq pun suka sangat ngan nasi beriani mamak..saya pn dah lama tak pekena ayam madu..wahh, rindu time bujang2 dulu..antara makanan febret saya dan asben bila poket tengah tenat masa belajar kat kl. Kami akan pilih ayam goreng paling besar, ngan kuah ayam madu..dan nasi putih 2 pinggan..kami kongsi la ayam tu..pehh, kenyang tau..lagi2 makan dengan papadom (dulu free je, skang ni kene charge kalau nak papadom).opss, lari jauh plak ibu aniq ni.




Tiket masuk zoo johor murah je, dewasa RM2 manakala kanak-kanak RM1, saya pun beli tiket untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak berjumlah RM8. Orang sangat ramai memandangkan minggu ini adalah minggu cuti sekolah.

Kami masuk ke zoo dalam pukul3 petang..nasib baik zoo johor agak banyak pokok, jadi tidak terlalu panas untuk kami berjalan. Stroller kami tidak bawa masuk kerana zoo ni agak tidak mesra stroller..keluasan yang tidak terlalu besar membolehkan anak-anak jalan tanpa perlu didukung..alhamdulillah. 



anak itik turut dijual...aniq nak pegang pun takut
Antara binatang yang ada di zoo johor ialah unta, beruang, singa, harimau, tapir, rusa, burung, monyet, ular dan pelbagai jenis burung dan mamalia dalam sangkar yang lain.Gajah masih lagi berkursus ke pahang..hahaha..


harimau

nampak tak beruang atas batang pokok tiruan tu

nasib baik kenal bear

masuk sangkar burung kene RM1 untuk 2 orang

burung jinak sangat..memasing kenyang

the brave aqeela

Gloria the hippo pun ada

phyton sleep

sangkar crocodile 

dah penat, sebelum balik ayah blanje aiskrim

ibu tukang habiskan aiskrim aniq & aqeela yang banyak tu -_-'

Alhamdulillah, dapat juga kami bawa anak-anak berjalan dengan 'tight budget' dalam masa yang singkat. Sangat berpatutan dan sesuai untuk percutian bajet sekeluarga dihujung minggu. Bosan jugak kalau asik ukur shopping mall je kan. Sekali sekala kita bawa anak-anak ke perercutian ilmiah la pula..hehe..




Ohh ya, dalam minggu yang sama..keluarga ayah saya ada rombongan keluarga ke Cameron Highland, gamba diatas diambil ketika mereka singgah di Kalumpang Resort di Tg.Malim..nice place..bleh masuk dalam next holiday list. Keluarga kecil kami tak dapat menyertai mereka bercuti sebab incik asben tidak dapat cuti pada tarikh mereka bertolak. Takpela, tiada rezeki kami kali ini. Lain kali Insyallah.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...