Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kelas yang saya hadiri bersama suami iaitu Seminar Asas Menghafal Al Quran dari Bayi 'Kaedah DarwishDarwisya'. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana mungkin plot penceritaan saya yang agak berterabur sebab saya telah menghadiri seminar tersebut hampir 3 minggu yang lalu, jadi penyusunan hasil dapatan ilmu saya dari seminar berkenaan mungkin agak tidak teratur, dan diharap pembaca dapat mengambil setiap perkongsian saya yang saya labelkan 'Islamic parenting' pada senarai label saya di sebelah kanan blog ini.
Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah di bahagian pengakhiran seminar ini. Waktu itu suami kepada Puan Lina (ibu kepada darwish & darwisya) telah tampil dan berkongsi dengan kami tentang perkataan 'Paradigm' atau dalam bahasa melayu nya paradigma. Suami pn.lina sendiri menceritakan bagaimana perasaannya apabila darwisya meminta untuk memakai purdah. Betapa dia kurang selesa pada mulanya kerana paradigma nya kepada golongan yang berpurdah. Pada beliau, mengapa perlu berpurdah sedangkan muka bukan aurat wanita. Tetapi sedikit demi sedikit hatinya terbuka menerima dalam masa yang sama, tidak menghiraukan pandangan orang lain apabila dia berjalan dengan anaknya selepas itu.
Dia juga ada berkongsi tentang visi dan misi..dimana setiap apa yang kita lakukan di dalam hidup ini mesti ber visi. Apakah visi perkahwinan anda? Apakah matlamat akhir perkahwinan anda? Itulah persoalan yang agak terkejut bila diajukan kepada kami (saya dan suami terutamanya). Walaupun umur perkahwinan kami akan menginjak pada angka 4 tahun pada bulan mei nanti, tapi kami berdua belum pernah duduk bersama suami isteri dan berbincang tentang visi dan misi perkahwinan kami. Selama ini kami hanyut dalam urusan seharian, tanpa kami sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dirumah, yang bukan semata-mata mahukan makanan, pakaian, tempat tinggal dan maianan semata-mata. Betapa kami berasa rugi kerana tiada perancangan rapi dalam menuju visi kami. Sungguh lalai nya kami selama ini..
Dari seminar ini, kami mula mencipta visi. Supaya dengan visi kami boleh menyusun misi. Jadilah ibu bapa yang berpandangan jauh. Jauh dari apa yang ada di dunia ini dan segala isinya. Visi untuk anak menjadi tetamu Allah yang istimewa, terpilih dan berkedudukan. Berada di sisi Nya dan para Nabi yang lain. Kerana anak-anaklah saham akhirat kita. Alhamdulillah Allah buka pintu hati dan mata kami untuk mencipta visi baru kami ini. Semoga semangat kami ini menjadi ikutan dan inspirasi kalian juga, dengan rasa rendah hati ingin saya mengajak rakan-rakan pembaca semua bersama-sama kita mengejar mardhatillah dalam setiap perbuatan kita. Insyallah..
Setakat ini untuk perkongsian kali ini, insyallah akan saya sambung penerangan mengenai visi bapa dan ibu almarhum saudara Ahmad Ammar Ahmad Azzam yang telah menjadi tetamu Allah di bumi Turki untuk bersama-sama kita ambil ibrahnya. Sebagai perkaitan bahawa visi & misi yang jelas adalah sangat kritikal buat masa depan anak-anak. Insyallah..

No comments:
Post a Comment