"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, February 20, 2014

Pentingnya Kita Mempelajari Sejarah

Kenapa Arwah saudara Ahmad Ammar memilih untuk mempelajari sejarah di Turki? 

Bila pertama kali saya Tanya arwah  mengapa  mmilih Turki dan belajar  sejarah. Jawapan arwah  "Turki  dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tiada kuasa dunia yang  lebih lama daripada itu. Negara lain pun respect dan tunduk kepada Turki, mengapa  kita tidak  bangga ?  Itukan sejarah kita. Kita boleh kembalikan  sejarah itu.  Lepas kita  belajar tinggi-tinggi  akhirnya  org yg kurang belajar  pula control kita. Atas sebab itulah  ana belajar sejarah". Cukup tersentak dgn jawpan tajam beliau.
 saya petik dari sini

Dalam buku Sultan Muhammad Al Fatih, Pakcik kepada Sultan Muhamad Al Fatih iaitu Panglima Tharhan ada menekankan kenapa sejarah mesti dipelajari & dikuasai

"Mengigati sejarah membuatkan kita lebih mencintai tanah air kita (Islam). Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan lalu" 
Panglima Tharhan 

Apakah bahan bacaan yang dikongsikan oleh ibu Ammar sewaktu beliau diwawancara?




Inilah bahan2 bacaan yg telah saya sebutkan dalam sesi2 perkongsian ibu Ammar berkaitan buku bersiri yg telah dibelikan untuk anakandanya pada usia sekitar 8-9 tahun. Mudah2an dapat dimanfaatkan.

SIRI TOKOH CENDEKIAWAN ISLAM


Terbitan : Dewan Bahasa & Pustaka
Penterjemah: 
Siri 1-20 : Abdul Karim Mustafa (Terbitan 1998)
Siri 21-33 : Mohd Fakhrudin Abd Mukti &
Mohd Fauzi Jumingan(Terbitan 2002)

1. Ibnu’N-Nafis (Penemu Sistem Peredaran Darah)
2. Ibnu’l Haitham (Pakar Optometris)
3. Al-Biruni (Ahli Geologi & Astronomi)
4. Jabir bin Hayyan (Ahli Kimia)
5. Ibnu’l-Baitar (Ahli Botani)
6. Ibn Battutah (Pengembara Islam)
7. Ibn Sina (Pakar Perubatan)
8. Al-Farabi (Ahli Falsafah Islam)
9. Al-Khawarizmi (Ahli Matematik)
10. Al-Idrisi (Ahli Geografi)
11. Ad-Dumairi (Pakar Haiwan)
12. Ibn Rusyd (Ahli Falsafah)
13. Ibn Majid (Pelaya “Singa Laut”)
14. Al-Qazwini (Ahli Geologi)
15. Ibn Yunus (Ahli Kaji Cuaca)
16. Al-Khazin (Ahli Fizik)
17. Al-Jahiz (Pakar Haiwan)
18. Ibn Khaldun (Ahli Sosiologi)
19. Az-Zahrawi (tiada dalam simpanan)
20. Al-Antaki (Ahli Farmasi)
21. Ibnu’l Awwam (Tokoh Pertanian)
22. At-Tusi (Pengasas Ilmu Trigonometri)
23. Al-Kashi (Perintis Ilmu Pecahan)
24. Al-Wazzan (Penulis Ensaiklopedia Afrika)
25. Ibnu’r-Razzaz (Tokoh Kejuruteraan Arab)
26. Taqiyyuddin (Tokoh Teknologi Kejuruteraan)
27. Ar-Razi (Perintis Perubatan Moden)
28. Al-Kindi (Tokoh Muzik Arab)
29. Al-Khalil (Tokoh Perkamusan Arab)
30. Ibn Hamzah (Perintis Ilmu Logaritma)
31. Az-Zarnuji (Tokoh Pendidikan & Pedagogi)
32. Yuhana bin Masawayh (Pakar Batu Permata)
33. Yaqut Al-Hamawi (Tokoh Ensaiklopedia Geografi)


credit untuk hana di atas perkongsian ini

Saya akan cuba dapatkan buku ini di kedai buku yang mengedarkan buku DAWAMA..kalau search di internet, harga sebuah buku ini bernilai RM8.00. Mungkin boleh dapatkan pada harga promosi jika beli di kedai-kedai buku. Untuk warga johor, boleh cari buku-buku ini di Kedai Buku BADAN (di Angsana)..

Insyallah dipermudahkan kita mengumpul sama-sama buku ini sebagai bacaan awal anak-anak kita kelak..disamping menambahkan ilmu kita yang dah tak berapa muda ni (sebab saya pun belum pernah membaca buku-buku yang dikongsikan)

Untuk langkah permulaan, saya sendiri telah mula membeli buku dari Koleksi Novel Sejarah Islam terbitan PTS, yang ditulis oleh Encik Abdul Latip Talib. Semoga saya dapat mengumpulkan lebih banyak bahan bacaan dari penulisan beliau kelak. Doakan saya istiqamah dalam membaca buku yang telah dibeli ini...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...