"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, February 21, 2014

[Aniq : 3yo] Catatan Buat Aniq

Bismillahhirrahmannirrahim..


9.05 am 21/02/2014

Cut a long birth story short, Muhammad Aniq Mikail pun lahir..Alhamdulillah harini dah masuk 3 tahun.


Masih ibu tulis post ni, jam 5 pagi..birthday boy tgh lena dibuai mimpi :)

Aniq dah pandai cakap sket, gabungan perkataan pun dah banyak..pampers waktu siang dah tak pakai..malam je aniq pakai. Tadi waktu maghrib aniq tunjuk kt ibu yang aniq dah  boleh pakai seluar sendiri selepas buang air, alhamdulillah..tadi pun aniq tak mengaji, ibu bagi cuti hujung minggu..hehe..aniq masih di buku alfurqan 1, dan dah sampai huruf hijaiyah dengan baris depan (dhommah)..sikit lagi kita dah boleh pindah buku 2 yer nak. No rush, keep calm orang skarang kata ;)..tapi kene bersegera..ibu ada cakap kt aniq esok birthday aniq, nanti ibu beli kek untuk aniq ye, mungkin tunggu ayah balik minggu depan untuk kita sambut sama-sama. Tahun ni ibu tak buat majlis hari jadi macam tahun lepas, sorry ye nak. Ibu dah belikan aniq birthday present, tapi belum sampai lagi. Nanti dah sampai, kita main sama-sama ngn adik aqeela tau. Aniq kene sayang adik aqeela, big hugs n kiss always ok..ibu sayang kalian berdua. Semoga membesar menjadi anak yang soleh & sentiasa dalam lindunganNya..


Ibu sayang Aniq

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...