Tapi lama kelamaan, setelah saya berkenalan dengan Shaklee, saya terpaksa menyelitkan kisah Shaklee yang dah menjadi sebahagian dari keluarga saya..pada mulanya, saya bercadang untuk membuat blog yang berasingan, tetapi saya tidak dapat bertahan lama untuk me'mantain' kan atau menjaga sampai 2 blog..hehe..tak berapa nak supermom la saya ni. Mungkin saya lebih sanggup luangkan masa bermain dengan anak-anak saya berbanding menulis di diari maya ini.
Jadi, inilah dia..blog diari anak+blog produk Shaklee..hehe..takpela, at least..saya jadi diri saya sendiri dan dapat berkongsi kehidupan seharian saya dengan semua pengguna dan bakal pengguna produk Shaklee di luar sana.
Post ni saya dah lama impikan untuk tulis, tapi baru sekarang saya berkesempatan untuk bercerita..selama ini hanya berada dalam draft di kotak minda sahaja. Seperti yang semua sedia maklum..saya berkenalan dengan Shaklee adalah melalui set penyusuan, seperti yang pernah saya ceritakan di entri ini. Saya tidak menjadi ahli Shaklee ketika itu.
Kisah saya menyertai Shaklee bermula apabila melihat rakan sepejabat, iaitu hana mula menjadi pengedar Shaklee di pejabat. Sedangkan waktu itu saya telah terlebih dahulu mengambil produk Shaklee sebelum dia. Melihat dengan perkembangan jualan dia yang sangat memberangsangkan, saya tanyalah dia macam mana nk join member bawah dia. Pada waktu itu, bukan niat saya untuk berniaga sangat (sebab dia telah menguasai market di pejabat). Apatah lagi untuk membeli produk Shaklee dengan harga ahli (sebab waktu tu juga saya boleh beli Shaklee guna keahlian suami). Tetapi saya macam rasa ada 'something' yang luar biasa pada group Shaklee yang hana join. Macam best je..macam menarik je..lagipun saya boleh dapat keahlian percuma kalau saya beli produk lebih RM600, kebetulan pula waktu tu saya memang hendak me'restock' supplemen yang saya makan sendiri. So, why not we give a try kan..rezeki tu kan ditangan Allah.
Dari situ, baru saya tahu saya di bawah group JUTAWAN, dalam group kami..susur galur diatas atau biasa kite dengar 'upline' akan dipanggil sebagai, mak, nenek, moyang dan seterusnya. Nanny saya ialah fai, 'orang luar' yang kini dah macam keluarga sendiri. Kecil orangnya dan lebih muda dari saya, tapi selalu membuatkan saya kagum dengan kewibawaan dan kesabarannya tidak jemu untuk membawa kami cucu cicitnya menjadi yang terbaik. Dan yang paling saya kagumi ialah moyang saya iaitu Presidential Master Shareeza a.k.a P.M Cery..orang biasa, yang mempunyai kuasa magika yang luar biasa. Telah menyuntik banyak jiwa dan membantu ramai warga Jutawan Shaklee untuk sama-sama berjaya macam dia. Dalam Shaklee anda boleh mendapat income lebih dari mak, nanny, atau moyang anda sendiri sekiranya anda rajin, tekad dan tidak berputus asa. Ini istimewanya Shaklee berbanding company MLM yang lain. Anda diberikan bonus berdasarkan susah payah anda sendiri, bukan atas usaha orang lain.
PM Cery, Fai, Hana & Saya ketika di Sesi Magic Sharing, Melaka |
This is the best thing ever happened to me (selain dari kejayaan berkahwin dan berkeluarga laa)..berada di bawah susur galur yang sangat best. Saya belajar macam-macam, bukan sekadar bisnes dan marketing..tapi yang lebih penting kami di group ini dah macam keluarga besar yang saling ingat-mengingati dari segala perkara termasuk amalan 'rohani'. Bukan sahaja saya dapat vitamin untuk kesihatan fizikal, malah vitamin jiwa pun turut diterapkan. Saya rasa sangat bertuah dan merasakan Allah telah salurkan saya pada ruang dan peluang yang betul untuk saya memperbaiki diri saya supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam.
Itulah sedikit sebanyak kisah saya dengan keluarga kedua saya iaitu Keluarga Jutawan Shaklee..jika anda berminat untuk sertai kami. Jangan segan silu tau, saya sedia menerima anda dengan tangan terbuka. Saya sedia memberi dengan sebanyak-banyaknya. Bak kata Dr Azizan Osman, "More You Give, More You Will Get Back". Insya Allah...
No comments:
Post a Comment