"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, February 18, 2013

Shaklee In The House

Aku rase ruang lingkup aku skarang ni bersepah orang dok promote dan consume supplement under brand shaklee..bukan hanya di internet/facebook je aku nampak shaklee ni..kt opis aku pn tak kurang..sejak2 member opis aku skarang dah jadi member shaklee, jadinya satu opis pn dah terpengaruh untuk ambil vitamin tambahan ni.

Mungkin juga umur aku sekarang dh sampai umur-umur mereka yang perlu makan makanan tambahan untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai proses penuaan seperti kurangnya pengambilan makanan yang berzat kepada badan, lebihan berat badan serta mengatasi penyakit yang datang dari persekitaran mahupun makanan yang kita ambil sehari hari. Setiap orang mempunyai alasan tersendiri untuk makan supplemen ni.

Aku berkenalan dengan vitamin shaklee ni waktu sedang berpantang aqeela, dalam bulan mei 2012..waktu tu aku ternampak seseorang post status tentang ubat yang boleh meningkatkan produktiviti susu badan. Aku terus menghubungi penjualnya yang kebetulan senior aku di sekolah menengah dulu. Sejak kegagalan aku menyusukan aniq secara eksklusif sebelum ini, aku nekad untuk ambil set 3M yang terdiri dari ESP, Ostematrix, Alfafa, Vita-Lea, Vit-C dan B-Complex..silalah google sendiri yek khasiat-khasiat vitamin-vitamin yang aku senaraikan ni. Harapan aku, untuk menyusukan aqeela sampai 2 tahun secara eksklusif..amin.

utk protein dan kalsium
b-complex, vitamin c, alfafa, iron formula

Alhamdulillah..Allah telah bagi aku peluang sampai hari ini untuk aku membekalkan susu ibu kepada aqeela..kadang-kadang aku rase sedih sebab aku tak berpeluang berkenalan dengan set penyusuan ni lebih awal iaitu semasa aku menyusukan aniq dulu. Sebab waktu tu pn, pengalaman masih kurang dan tiada rakan-rakan yang menyusukan anak secara eksklusif walaupun berkerja.

hasil pump pepagi

Disebabkan aku bukan pemborong tetap produk shaklee (set 3M yang ku beli masih bertahan sampai hari ini, sebab aku bukan pengguna yang wasatiah..huhu..bila susu ku merudum, baru semangat berkobar-kobar untuk makan ubat..jangan tiru yek! ;p )..jadi aku tak pernah berminat untuk mendaftar sebagai ahli. Tetapi setelah melihat aku membeli produk shaklee, incik husband beritahu yang dia pernah jadi ahli shaklee waktu kami sama-sama belajar di utmkl dulu. Jadi pergi tanya pada stokis shaklee sama ada nama nya masih lagi ahli atau tidak, dan aku diberitahu yang keahliaan adalah seumur hidup. Rupa-rupanya keahliaan incik husband pada tahun 2005 dulu masih boleh diguna pakai.

Jadi, selepas ini..kalau vitamin-vitamin aku tu dah habis, boleh la aku terus ke stokis dan beli menggunakan keahlian incik husband. Sekiranya ada kawan-kawan berminat nak beli, leh la contact aku.Aku tolong korang belikan,ikut harga ahli.Korang bayar postage je.Takpun google je kat mana pengedar shaklee terdekat, mesti boleh hantarkan shaklee ni kat muka pintu umah korang.Tu saje bebelan aku hari ni.Selamat bershaklee ye semua.Bye

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...