Dh lama aku tak update pasal perkembangan aqeela..disebabkan pelajar-pelajar aku tengah bercuti panjang raya cny, dikesempatan ni boleh la aku update sikit perkembangan anak perempuan aku yang pertama tu..
Aqeela memang si kecil molek yg comel..dia murah senyuman terutama dengan orang yang dah biasa dengannya..kalau yang jarang jumpa tu, mungkin kene 'warm up' sket dulu la..contohnya kalau aku balik ke melaka..hari kedua baru nk dia depa tangan didukung oleh mak aku (nenek aqeela)..panggil je nama "Aqeela.."..mesti mulut nya akan ternganga senyum sambil menampakkan 4 batang gigi yang dh tumbuh..2 dibawah dah tumbuh masa umurnya baru 5bln..yang lagi 2 batang di atas baru je menerjah gusi bulan ni..dapat sekali dengan merangkak dan memanjat..sangat cepat perkembangannya..
Dahi kecil dan mulutnya dah berapa kali cedera akibat jatuh tertumus ketika cubaan entah keberapa kali untuk mengangkat buntut dan memulakan rangkak nya...dahi itu juga pernah sujud pada almari televisyen dan sofa sebab gigih nak memanjat dan berdiri..
Aqeela masih takut-takut lagi untuk lepas tangan..hanya sesaat dua tangan dilepaskan, terus dia turun merangkak..tak berani lagi untuk memulakan langkah. Tapi aku dapat rasakan yang aqeela akan 'dapat kaki' lebih cepat berbanding aniq..mungkin sebelum umurnya setahun. Alhamdulillah syukur..
Bila aqeela pegang biskut atau pensil, dia akan pegang menggunakan hanya jari telunjuk dan ibu jari sahaja. Comel sangat jari-jari kecilnya kulihat. Tangan kirinya yang pernah bermasalah ketika lahir dahulu sama aktif dengan tangan kanannya. Alhamdulillah tangan kiri aqeela memang pulih sepenuhnya pada pandangan mata kasar. Cuma doktor di HSA masih lagi mahu berjumpa dengan aqeela yang comel untuk melihat perkembangan tangan kirinya itu apabila umurnya masuk satu tahun pada bulan 4 nanti.
Alhamdulillah..Kau kurniakan kami rezeki anak-anak yang tiada galang gantinya ini..Syukran Ya Allah.
p/s: Jumaat lalu, anak perempuan jiran ku telah kembali ke rahmatullah..bayi berumur 6 bulan itu meninggal akibat lebam dikepala dipercayai jatuh dari buaiannya. Kesian dan sayu aku lihat si ibu menangis mencium baju bayi perempuannya tatkala jenazah dibawa pulang dari hospital. Sesungguhnya daripada Allah dan kepada Allah la jua tempat kita kembali.
No comments:
Post a Comment