"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, February 15, 2013

Berbakti Pada Tanah

Projek ni adalah hasil idea incik husband setelah dimomokkan dengan kekayaan seorang sahabat kepada sepupunye..yang telah berjaya menuai hasil dari tanaman gaharu..kebetulan mak ku mempunyai sebidang tanah seluas 1ekar yang tidak diusahakan..memang terbiar menanam hutan, jadi incik husband pn menggunkan peluang yang ada.

Pada permulaannya, projek tanaman nya ini, ingin dikongsi dengan rakan-rakan sekerja yang tiada tanah untuk diusahakan..lagipun tanah emak ni bersebelahan atau berkongsi luasnya dengan tanah maklong ku yang berjumlah hampir 2ekar lebih..jadi incik husband akan menggunakan tanah emak, manakala kawan-kawanya ingin memajak tanah maklong ku. Emak dan ayah ku mengambil jalan tidak mahu campur tangan.

Setelah mendengar penerangan dan faedah penanaman gaharu oleh seorang yang mahir dan lama berkecimpung dalam bidang ini, (mereka sanggup datang dari kelantan sampai ke melaka)..mak dan ayah aku bertukar fikiran..Mereka pula yang ingin berkongsi modal dengan incik husband untuk projek ini. Terpaksalah kawan-kawan incik husband cari tanah lain untuk diusahakan.

Projek ini bermula pada pertengahan tahun 2010, dengan mengupah jentera meratakan kebun ayah aku yang lebih mirip kepada hutan sekunder, sebab sebelum ini ayah pernah meratakannya disebabkan ingin mencari batu sempadan. Tetapi telah naik hutan semula disebabkan tiada aktiviti yang dijalankan disitu..Ayah pernah berangan untuk menanam kayu jati pd suatu ketika dahulu, tapi terbantut begitu sahaja disebabkan kesibukan kerja seharian. Waktu projek ini dimulakan, aku sudah mengandungkan aniq.

Penanaman dilakukan pada awal tahun 2011, tiada gambar dirakamkan sebab masa ni aku bersalin dan beranak kecik. Sekali-sekala waktu cuti dan pulang ke melaka, incik husband akan pergi menjenguk kebun.




gambar diambil pada 22/12/2012, sebelum pembersihan. Rumput naik sangat meriah sebab musim hujan dan lembap. Terpaksa panggil kontraktor untuk mesin semua hutan-hutan yang dah membanjiri kawasan tanaman









Ini gambar terkini yang diambil pada cuti raya cina yang lalu..incik husband yg macam mandor kat laut tu suruh aku ngn bos kecik aniq masuk hutan..mak ayah dan adik laki aku terpaksa la ikut. Tgk hasil kerja yang kontraktor janjikan. "Lepas ni encik dah boleh berlari di antara pokok-pokok..!" katenye..

Alhamdulillah, hasil kerja memuaskan..tapi ada beberapa batang pokok telah didapati dipotong sekali semasa sesi pembersihan. Hurmmm, kene report kt boss ni.

Last but not least, kalau sesiapa yang berminat tentang penanaman gaharu kat area melaka ni, sama ada bermodal besar ataupun ciput je, boleh la contact aku atau incik husband. Mana tau kitorang boleh bantu apa yang patut..nk tanya kat mana beli pokok ke..cmna nk tanam ke..berapa modal ke..tanah cmne nk tanam ke..kitorang inn sya allah akan bantu mana yang termampu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...