Saya dan suami dh lama berbincang untuk bawa Aniq berjumpa doc, disebabkan kerisauan kami melihat Aniq agak special berbanding sepupu-sepupunya yang hampir sebaya yang lain. Kami ingin mendapatkan kepastian bahawa dia tiada 'kekurangan' apa-apa..dan mungkin doc boleh referkan Aniq ke speech therapist sekiranya dia memerlukan bantuan. Pada penilaian kami, dia kurang berkomunikasi, tapi pandai bab mengingat dan membaca. Jadi sebulan sebelum birthday Aniq 3 tahun, akhirnya dapat juga saya berpeluang membawa Aniq berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak.
Pada hari tersebut, saya memang mengambil cuti sehari untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Saya tidak mahu tergesa-gesa pulang ke opis. Kami sampai ke hospital lebih kurang pukul 9.15 pagi..selepas breakfsast di kafeteria, kami di panggil masuk berjumpa doktor dalam pukul 11pagi.
sewaktu menunggu giliran |
Aniq masuk ke bilik doktor macam biasa (sebab 1st time masuk, so dia tak tahu tu blk apa kn). Doktor ajak dia duduk, dan macam biasa kalau dier pegi ke klinik, dia akan nangis (read: meraung!). Nasib baik doktor yang bijak tu dh sediakan siap-siap block2 alphabet kt atas meja dia. Terus la Aniq berhenti nangis dan capai huruf peberet dia iaitu huruf A. Dia dengan eager nya pegang huruf B pulak..excited la katakan..dia "juga memanggil-manggil saya "Abu..abu (Aniq panggil saya abu)..A..A"..sibuk nak tunjukkan huruf ditangannya.
Aniq bawa buku numbers yang dipinjam dari cousinnya |
Doktor yang attend Aniq tu terus amazed dengan Aniq.."Eh...pandai je!"..."Apa masalah ni ibu, I tengok anak u ok je.."
Ekk..terdiam plak saya bila doktor tanya cm gitu..so, taknak nampak saya ni 'over worried mum' dan gelabah sangat..saya jawablah "Saya lihat dari segi komunikasi doktor, cousins dia semua dh pandai cakap..anak saya macam lambat sikit..kalau ABC, 123 (Alif Ba Ta pun pandai jugak, tapi saya tak inform doktor ni sebab dia doktor cina..hehe) semua dia dh tahu..tapi komunikasi tu kurang"
"Ok, kat rumah dia ni duduk dengan siapa?"...saya explain la dier ada adik..dan ketika saya bekerja,dia duduk bersama-sama pengasuh dan adiknya di rumah
"Dia main tak dengan adik dia, atau dia main sendiri?"..saya jawab "Main...tapi banyak juga bergaduh"..
"See...gaduh is one of the communication..he's doing well ibu..kalau dier gaduh dengan adik dia, means dia berkomunikasi laa.."...oooo,gitu...baru ibu yang naive ni tahu..huhu
Doktor tu explain lagi.."I tengok dia pandai je..dier tunjuk kt u huruf tu pun means dia tgh berkomunikasi juga..".."Dia panggil u abu..abu..kan.."
Saya yang masih taknak nampak macam kurang ilmu ni sibuk nak tanya lagi pada doktor "Saya ada baca doktor, kalau budak autisme pun kadang-kadang pandai juga doktor..dan ada yang lebih pandai dari rakan sebaya mereka, that's why saya just nak make sure baby boy saya ni ok..takde apa2"
"Ohh, kalau budak mcm tu...dia memang akan tahu dan main dengan block ABC, tapi dia main sorang2..dia takde interaksi dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain.."..."ohhh, baru la saya paham apa bezanya"..
"Yess, saya lihat anak puan bagus, ada eye contact..dan tiada masalah..lambat cakap tu mungkin kerana puan kurang bercakap dengannya"..opss, amek sedaas saya kena.."Ye, betul la tu doktor..saya selalu biarkan anak saya menonton televisyen"..."saya akan banyak bercakap dengan dia lepas ni.."..senyum sendiri saya memikir kesalahan diri.
"Takpela, kalau puan risau..saya akan buat satu lagi temujanji 6 bulan dari sekarang..ok, tu je.."...saya pn ajak Aniq keluar dan sebelum tu dia bersalaman dengan doktor dan nurse tersebut..Aniq sangat behave dan patuh dengan arahan saya..."Terima kasih banyak2 doktor.."..
Keluar dari bilik tu..dengan tersenyum, saya berasa sangat bersyukur..dengan tak sabarnya, saya terus menghubungi incik husband untuk menceritakan tentang perbualan saya dalam bilik doktor tadi. Kami sama-sama merasa lega kerana kerisauan kami selama ini tidaklah benar.
Saya berasa amat bersalah kerana telah membandingkan Aniq dengan cousins2 nya yang lain. Itu adalah kesilapan saya paling besar. Nasib baik saya sedar ketika anak-anak masih kecil..selepas ini, saya tidak akan membandingkan anak-anak sesama adik-beradik meraka, cousins mahupun dengan anak orang lain. Setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa..kenapa perlu dibandingkan dengan yang lain..raikan kelebihan yang mereka ada.
Ingat...raikan kelebihan! |
No comments:
Post a Comment