"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Keluarga Jutawan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Jutawan Shaklee. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

[Hidup Untuk Memberi] Reward November

Seronok bila mempunyai support group yang sangat positif. Setiap hari ada sahaja peringatan-peringatan & penambah baikan bukan sahaja dari segi bisnes, tapi yang lebih utama dalam meningkatkan produktiviti saham akhirat. Ini adalah salah satu #ShakleeEffect yang saya terima.

Saya mula memilih kawan dan orang di keliling saya sejak saya mengenali Shaklee. Saya baru sedar akan kepentingan memilih kawan, memilih bahan bacaan, waima memilih apa yang saya lihat dan dengar juga wajib. Bukan sebarangan terima. Tapis setiap perkara. Saya mula unfollow semua kawan-kawan yang bercas negatif. Mereka tetap 'friend' facebook, tapi cuma saya tidak dapat baca status mereka. Saya betul-betul cuba menjaga kolam jiwa saya.




Kawan-kawan yang baik mengingatkan saya untuk berzikir, solat di awal waktu, buat amalan sunnat seperti solat sunat taubat, tahajud & dhuha, sedekah dan sebagainya. Saya tidak katakan saya sudah mengamalkan setiap yang baik dalam amalan harian saya, tetapi sekurang-kurangnya 'cycle' saya sering mengingatkan saya kearah kebaikan. Saya rasa bersyukur ditemukan dengan kawan-kawan 'akhirat' ini.




Mereka bukanlah seorang yang benar-benar saya kenal. Even nama sebenar mereka pun saya tak tahu. Tapi itulah indahnya ukhwah berlandaskan islam. Semua kita bersaudara. Ingat mengingat tanpa prejudis. Kami tidak tahu kisah & peribadi masing-masing. Masih sedang kenal mengenali dalam ikatan bisnes ini. Bisnes itu juga sunnah bukan? Lebih mudah begitu untuk menerima & memberi teguran. Tiada istilah menghakimi dalam perhubungan ini. Siapa beri lebih, dia akan dapat lebih. Kan itu janji Allah.




Ohh ya, sejak mengenali mereka. Saya mula belajar untuk banyakkan memberi. Apa yang kita beri itulah milik kita yang sebenar-benarnya. Yang kita simpan, belum tentu jadi milik kita akhirnya. Siapa boleh jamin umur kita tidak tamat esok hari? Betul tak? Memberi juga bukan terhad dari segi material & wang sahaja. Ilmu & senyum itu sedekah. Banyak benda yang boleh diberi. Berkongsi status yang baik di facebook juga adalah satu kaedah untuk memberi. Memberi semata-mata kerana Allah adalah sangat manis. Kita tidak akan kecewa bila kita tidak dapat pulangannya dari manusia. Sebab redha & rahmat Allah itu yang lebih besar nilainya.

Dengan manusia kita memberi, dengan Allah kita meminta. Jangan lupa!

Berbalik pada tajuk utama, sebenarnya nak cerita pasal reward yang saya dapat hasil usaha 'tak-berapa-gigih' saya pada bulan lepas. Alhamdulillah, rezeki Allah itu adalah untuk orang yang berusaha. Nanny Shaklee saya bagi beberapa keping voucher Aeon dan Al-Mathurat. Mungkin saya belum istiqamah dalam mengamalkan Al-Mathurat. Peringatan kecil dari Allah barangkali. 



Ok, jom gigih berusaha dan tak putus-putus untuk meminta. Fighting untuk December!! Nak join group saya tak? Jomla.. :)





Monday, December 8, 2014

[Testimoni Set Menyusu Eksklusif] Pertama Kali Buat Testimoni Sendiri

Alhamdulillah, akhirnya saya sendiri berani untuk membuat testimoni sendiri selepas mendapat galakkan dari group support Jutawan. Saya memang dah lama merasai sendiri kehebatan Shaklee dengan perubahan-perubahan kecil pada tubuh badan saya. Tapi cuma belum berani berkongsi dengan semua.

Sebabnya semua perubahan-perubahan yang saya alami ialah lebih kepada perubahan dalaman. Tidak terpamer di wajah (pada sangkaan saya). Saya sendiri memang tiada masalah pada kulit muka sebelum mengambil Shaklee, cuma agak kusam dan sedikit pigmentasi (takde masalah la sangat). Jadi saya rasa, tiada gambar testimoni yang sesuai untuk dikongsi. Takkan nak kongsi gambar tumit yang bebas rekahan & stretch mark di perut yang semakin pudar pulak kan..aurat tuhhh..hehe

Diasak dengan galakkan dari Kak Cery (PM Jutawan), saya mula menggali gambar-gambar lama yang saya rasa sesuai untuk dibuat testimoni. Taknak la orang cakap, yang lama gambar kat tempat gelap. Yang baru gambar kat tempat cerah. Memang la nampak cerah dan glow kan!..hahaha..(sebab saya sendiri selalu tengok testimoni macam ni)

Cari punya cari, korek punya korek. Jumpa gambar lama menggunakan dslr kamera. Tanpa edit dan filter, saya letak sebelah gambar baru yang saya ambil beberapa bulan yang lalu. Susah juga nak cari gambar baru yang agak sesuai. Banyak gambar yang tidak fokus pada wajah, sebab saya agak jarang ber'selfie. Ibu anak 2 ni sudah menjadi agak pemalu apabila umur semakin meningkat...hehe..taknak juga letak gambar yang di 'zoom' dan pecah seribu..saya mahukan yang terbaik untuk testimoni yang satu ini..

Akhirnya, inilah hasilnya..tadaaaaa


Saya berkenalan dengan Shaklee melalui Set Eksklusif Breastfeeding. Saya pernah story kisah jatuh cinta saya disini. Sebenarnya saya mula menggunakan Shaklee pada tahun 2012 selepas berpantang melahirkan Aqeela, tapi sebab tiada gambar pada waktu tu. Saya pilih gambar tahun 2011 semasa Aniq masih kecil. Saya sanggup mengeluarkan modal yang agak besar untuk Set Lengkap Penyusuan supaya saya tidak berhenti memberikan susu ibu kepada Aqeela seperti pengalaman pertama saya dengan Aniq. (Pada saya modalnya tidak la terlalu besar berbanding harga dapat memberikan susu yang terbaik buat anak saya)

Kini saya adalah salah seorang pengguna setia Shaklee yang telah hampir 2 tahun menjadi SID (Shaklee Independent Distributor). Walaupun anak saya sudah berhenti menyusu badan (Aqeela sudah 2 tahun lebih), saya masih setia dengan Shaklee sebab banyak manfaat yang saya dapat hasil kesetiaan saya ini.

Oh ya, ada yang bertanya tentang set yang saya ambil. Ini adalah set permulaan yang saya laburkan untuk memberikan yang terbaik untuk anak saya. Bukan milk booster semata-mata. Susu juga lebih berkualiti. Insyallah.




Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai suplemen/makan tambahan kegemaran yang menjadi rutin harian anda? Makanan yang baik/suplemen akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan tubuh badan anda. Anda perlu bersabar dan bersederhana dalam setiap perkara. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bak kata kawan baik saya Hana yang pernah menghidap SLE, "Jika anda fikir kesihatan itu mahal, rasailah kesakitan".

Jom sertai saya bersama-sama merasai kamanisan hasil berShaklee. #iHeartShakleeEffect



Monday, September 22, 2014

Bengkel Nutrisi Shaklee

Bengkel ni dah lama saya tunggu, sebab bengkel sebelum ini yang diadakan di johor tahun lepas tak dapat saya sertai disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Sangat tak syiok kalau jadi SID (Shaklee Independent Distributor) tak pernah attend bengkel nutrisi Shaklee ni. Macam tak diikitiraf gitu ko rasa. Nak beri pendapat tentang suplemen pun terpaksa tanya ahli group dan study lebih sikit kalau tak pernah pegi bengkel ni. Takut2 gitu..biasalah, kita deal dengan penyakit orang..kalau apa-apa hal, bahaya la kan.

Beli tiket di Shaklee Jb Branch

Akhirnya pada 22 Jun 2014 saya dapat menghadiri bengkel nutrisi Shaklee dengan tiket berharga RM40. Memang story dah lapuk ehh..sebenarnya banyak story nak share kat blog ni, tapi ada je kekangan (alasan) nak hadap laptop lama2. Saya biasa memang nak free time betul2 untuk update blog..kalau update guna hp tu selalu idea taknak datang..kalau depan laptop, laju je jari menaip.


Buku Nota Produk Percuma

Bengkel dikendalikan oleh Shaklee ini diadakan di 11 @ Century Hotel, JB. Walaupun saya sampai kelas agak lewat (baru bermula)...uhh, typical me..bila la nak berubah.huhu..nasib baik keluarga Shaklee saya dah cop kan tempat siap2 di bahagian hadapan sekali. Alhamdulillah..(bersyukur selalu bernasib baik & ada kawan-kawan yang baik). Talk dikendalikan oleh 2 nutritionist Shaklee Malaysia sendiri, seorang dari Main Branch (saya dah lupa nama) dan seorang dari JB Branch yang selalu melayan pertanyaan saya over counter atau melalui email/phone iaitu Miss Charlotte.


Talk oleh nutritionist Shaklee

Kami didedahkan dengan semua jenis produk supplement keluaran Shaklee termasuk set penjagaan kulit Shaklee. Alhamdulillah, banyak yang saya dapat pelajari dari bengkel ni. Sangat menarik untuk mereka yang agak malas nak study pasal produk macam saya..(upss, kalau mak shaklee aku baca ni..habess)..hehe.. Semua persoalan & kemuyskilan dengan penggunaan produk juga terjawab. Tapi kami tak banyak tanya pun, sebab semua ilmu yang dipelajari pada hari tersebut lebih kepada revision..sebab pelbagai maklumat tentang produk Shaklee memang dihujung jari sekarang. Terpulang kepada SID sendiri sama ada nak study atau tidak.


Produk baru dari Shaklee

Pada bengkel ini juga, kami dapat ilmu baru mengenai produk baru iaitu Phytocol-ST. Produk yang sangat dinanti nanti oleh penduduk Malaysia, dimana negara kita mempunyai pelbagai variasi makanan yang sedap-sedap beserta bonus kandungan kolestrol yang taknak kalah..hahaha..will story about this product later.


Aktiviti berkumpulan

Ada aktiviti berkumpulan juga, setiap kumpulan dikehendaki membuat promo tentang produk masing-masing dan cuba menjual produk tersebut kepada Charlotte. Kumpulan yag menang akan menerima hadiah. Ketua kumpulan kami mendapat hadiah sebagai presenter terbaik walaupun kumpulan kami tidak menang acara keseluruhan.


Keluarga Shaklee saya.

Kelas tamat pada pukul 6 petang selepas acara penyampaian sijil penyertaan bengkel, sebelum bersurai haruslah ada gambar beramai-ramai kan. Now I'm certified Shaklee Independent Distributor. Alhamdulillah untuk ilmu yang bermanfaat. Akan saya kongsikan dengan anda semua, Insyaallah.




Sunday, April 6, 2014

[SHAKLEE] Syariah Compliance Atau Tidak?

Apa itu Multi Level Marketing (MLM) yang Menurut Shariah?

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat. Dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih, mereka boleh mendapat komisyen lebih daripada upline nya.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


sumber:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

_______________________________________________________________

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana join Shaklee dibawah Group Jutawan. Kami diajar mendekatkan diri dgn Pencipta, Mengharap dan bermohon dgnNya shaja. Tiada lain. Saya juga tidak diajar menayang bonus duit, kereta atau mencari downline untuk keuntungan semata. Upline saya hanya menyuruh saya BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE. 1st time join pada bulan pertama kedua tiada sales pun tidak mengapa. Kerana amalan rohani yang digalakkan sudah pasti diberi ganjaran oleh Allah.

Mentor Kejayaan & Kekayaan saya :)


INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.

..ternyata dari pembacaan saya, Shaklee antara Syarikat MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

Friday, February 7, 2014

Keluarga Kedua Saya

Pada permulaan blog ini diwujudkan, saya hanya berniat untuk mencatatkan perkembangan anak-anak saya..kira macam online diary untuk mereka..mungkin bila saya tiada lagi di dunia ini nanti, at least ada la something yang saya tinggalkan untuk mereka baca dan mengimbau balik kenangan meraka sewaktu kecil...adehh, tetiber sebak plak tulis cenggini..hishhh

Tapi lama kelamaan, setelah saya berkenalan dengan Shaklee, saya terpaksa menyelitkan kisah Shaklee yang dah menjadi sebahagian dari keluarga saya..pada mulanya, saya bercadang untuk membuat blog yang berasingan, tetapi saya tidak dapat bertahan lama untuk me'mantain' kan atau menjaga sampai 2 blog..hehe..tak berapa nak supermom la saya ni. Mungkin saya lebih sanggup luangkan masa bermain dengan anak-anak saya berbanding menulis di diari maya ini.

Jadi, inilah dia..blog diari anak+blog produk Shaklee..hehe..takpela, at least..saya jadi diri saya sendiri dan dapat berkongsi kehidupan seharian saya dengan semua pengguna dan bakal pengguna produk Shaklee di luar sana.

Post ni saya dah lama impikan untuk tulis, tapi baru sekarang saya berkesempatan untuk bercerita..selama ini hanya berada dalam draft di kotak minda sahaja. Seperti yang semua sedia maklum..saya berkenalan dengan Shaklee adalah melalui set penyusuan, seperti yang pernah saya ceritakan di entri ini. Saya tidak menjadi ahli Shaklee ketika itu.

Kisah saya menyertai Shaklee bermula apabila melihat rakan sepejabat, iaitu hana mula menjadi pengedar Shaklee di pejabat. Sedangkan waktu itu saya telah terlebih dahulu mengambil produk Shaklee sebelum dia. Melihat dengan perkembangan jualan dia yang sangat memberangsangkan, saya tanyalah dia macam mana nk join member bawah dia. Pada waktu itu, bukan niat saya untuk berniaga sangat (sebab dia telah menguasai market di pejabat). Apatah lagi untuk membeli produk Shaklee dengan harga ahli (sebab waktu tu juga saya boleh beli Shaklee guna keahlian suami). Tetapi saya macam rasa ada 'something' yang luar biasa pada group Shaklee yang hana join. Macam best je..macam menarik je..lagipun saya boleh dapat keahlian percuma kalau saya beli produk lebih RM600, kebetulan pula waktu tu saya memang hendak me'restock' supplemen yang saya makan sendiri. So, why not we give a try kan..rezeki tu kan ditangan Allah.

Dari situ, baru saya tahu saya di bawah group JUTAWAN, dalam group kami..susur galur diatas atau biasa kite dengar 'upline' akan dipanggil sebagai, mak, nenek, moyang dan seterusnya. Nanny saya ialah fai, 'orang luar' yang kini dah macam keluarga sendiri. Kecil orangnya dan lebih muda dari saya, tapi selalu membuatkan saya kagum dengan kewibawaan dan kesabarannya tidak jemu untuk membawa kami cucu cicitnya menjadi yang terbaik. Dan yang paling saya kagumi ialah moyang saya iaitu Presidential Master Shareeza a.k.a P.M Cery..orang biasa, yang mempunyai kuasa magika yang luar biasa. Telah menyuntik banyak jiwa dan membantu ramai warga Jutawan Shaklee untuk sama-sama berjaya macam dia. Dalam Shaklee anda boleh mendapat income lebih dari mak, nanny, atau moyang anda sendiri sekiranya anda rajin, tekad dan tidak berputus asa. Ini istimewanya Shaklee berbanding company MLM yang lain. Anda diberikan bonus berdasarkan susah payah anda sendiri, bukan atas usaha orang lain.

PM Cery, Fai, Hana & Saya ketika di Sesi Magic Sharing, Melaka


This is the best thing ever happened to me (selain dari kejayaan berkahwin dan berkeluarga laa)..berada di bawah susur galur yang sangat best. Saya belajar macam-macam, bukan sekadar bisnes dan marketing..tapi yang lebih penting kami di group ini dah macam keluarga besar yang saling ingat-mengingati dari segala perkara termasuk amalan 'rohani'. Bukan sahaja saya dapat vitamin untuk kesihatan fizikal, malah vitamin jiwa pun turut diterapkan. Saya rasa sangat bertuah dan merasakan Allah telah salurkan saya pada ruang dan peluang yang betul untuk saya memperbaiki diri saya supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam.

Itulah sedikit sebanyak kisah saya dengan keluarga kedua saya iaitu Keluarga Jutawan Shaklee..jika anda berminat untuk sertai kami. Jangan segan silu tau, saya sedia menerima anda dengan tangan terbuka. Saya sedia memberi dengan sebanyak-banyaknya. Bak kata Dr Azizan Osman, "More You Give, More You Will Get Back". Insya Allah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...