"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, February 4, 2014

Aniq Si Bijak Jumpa Pediatrician

Pada 28hb Januari yang lalu, saya bawa Aniq berjumpa dengan pediatrician di HSA..setelah membuat appointment sebulan sebelum tu...

Saya dan suami dh lama berbincang untuk bawa Aniq berjumpa doc, disebabkan kerisauan kami melihat Aniq agak special berbanding sepupu-sepupunya yang hampir sebaya yang lain. Kami ingin mendapatkan kepastian bahawa dia tiada 'kekurangan' apa-apa..dan mungkin doc boleh referkan Aniq ke speech therapist sekiranya dia memerlukan bantuan. Pada penilaian kami, dia kurang berkomunikasi, tapi pandai bab mengingat dan membaca.  Jadi sebulan sebelum birthday Aniq 3 tahun, akhirnya dapat juga saya berpeluang membawa Aniq berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak.

Pada hari tersebut, saya memang mengambil cuti sehari untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Saya tidak mahu tergesa-gesa pulang ke opis. Kami sampai ke hospital lebih kurang pukul 9.15 pagi..selepas breakfsast di kafeteria, kami di panggil masuk berjumpa doktor dalam pukul 11pagi.

sewaktu menunggu giliran

Aniq masuk ke bilik doktor macam biasa (sebab 1st time masuk, so dia tak tahu tu blk apa kn). Doktor ajak dia duduk, dan  macam biasa kalau dier pegi ke klinik, dia akan nangis (read: meraung!). Nasib baik doktor yang bijak tu dh sediakan siap-siap block2 alphabet kt atas meja dia. Terus la Aniq berhenti nangis dan capai huruf peberet dia iaitu huruf A. Dia dengan eager nya pegang huruf B pulak..excited la katakan..dia "juga memanggil-manggil saya "Abu..abu (Aniq panggil saya abu)..A..A"..sibuk nak tunjukkan huruf ditangannya. 

Aniq bawa buku numbers yang dipinjam dari cousinnya

Doktor yang attend Aniq tu terus amazed dengan Aniq.."Eh...pandai je!"..."Apa masalah ni ibu, I tengok anak u ok je.."

Ekk..terdiam plak saya bila doktor tanya cm gitu..so, taknak nampak saya ni 'over worried mum' dan gelabah sangat..saya jawablah "Saya lihat dari segi komunikasi doktor, cousins dia semua dh pandai cakap..anak saya macam lambat sikit..kalau ABC, 123 (Alif Ba Ta pun pandai jugak, tapi saya tak inform doktor ni sebab dia doktor cina..hehe) semua dia dh tahu..tapi komunikasi tu kurang"

"Ok, kat rumah dia ni duduk dengan siapa?"...saya explain la dier ada adik..dan ketika saya bekerja,dia duduk bersama-sama pengasuh dan adiknya di rumah

"Dia main tak dengan adik dia, atau dia main sendiri?"..saya jawab "Main...tapi banyak juga bergaduh"..

"See...gaduh is one of the communication..he's doing well ibu..kalau dier gaduh dengan adik dia, means dia berkomunikasi laa.."...oooo,gitu...baru ibu yang naive ni tahu..huhu

Doktor tu explain lagi.."I tengok dia pandai je..dier tunjuk kt u huruf tu pun means dia tgh berkomunikasi juga..".."Dia panggil u abu..abu..kan.."

Saya yang masih taknak nampak macam kurang ilmu ni sibuk nak tanya lagi pada doktor "Saya ada baca doktor, kalau budak autisme pun kadang-kadang pandai juga doktor..dan ada yang lebih pandai dari rakan sebaya mereka, that's why saya just nak make sure baby boy saya ni ok..takde apa2"

"Ohh, kalau budak mcm tu...dia memang akan tahu dan main dengan block ABC, tapi dia main sorang2..dia takde interaksi dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain.."..."ohhh, baru la saya paham apa bezanya"..

"Yess, saya lihat anak puan bagus, ada eye contact..dan tiada masalah..lambat cakap tu mungkin kerana puan kurang bercakap dengannya"..opss, amek sedaas saya kena.."Ye, betul la tu doktor..saya selalu biarkan anak saya menonton televisyen"..."saya akan banyak bercakap dengan dia lepas ni.."..senyum sendiri saya memikir kesalahan diri.

"Takpela, kalau puan risau..saya akan buat satu lagi temujanji 6 bulan dari sekarang..ok, tu je.."...saya pn ajak Aniq keluar dan sebelum tu dia bersalaman dengan doktor dan nurse tersebut..Aniq sangat behave dan patuh dengan arahan saya..."Terima kasih banyak2 doktor.."..

Keluar dari bilik tu..dengan tersenyum, saya berasa sangat bersyukur..dengan tak sabarnya, saya terus menghubungi incik husband untuk menceritakan tentang perbualan saya dalam bilik doktor tadi. Kami sama-sama merasa lega kerana kerisauan kami selama ini tidaklah benar.

Saya berasa amat bersalah kerana telah membandingkan Aniq dengan cousins2 nya yang lain. Itu adalah kesilapan saya paling besar. Nasib baik saya sedar ketika anak-anak masih kecil..selepas ini, saya tidak akan membandingkan anak-anak sesama adik-beradik meraka, cousins mahupun dengan anak orang lain. Setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa..kenapa perlu dibandingkan dengan yang lain..raikan kelebihan yang mereka ada.


Ingat...raikan kelebihan!


Monday, February 3, 2014

[Testimoni Produk] Sesi Mengurut Memang Memalukan Kalau Perut Ada Stretch Mark

Ni kisah minggu lepas, disebabkan bibik sibuk sangat nak panggil orang urut badannya yang letih-letih berkerja kt rumah saya..terpaksalah saya panggil orang datang mengurut ke rumah mertua (kebetulan saya balik ke rumah mertua waktu tu)..

Saya yang memang dah lama tak berurut pun tak lepaskan peluang..sekali sekala apa salahnye kite reward diri yer tak..Pandai juga kak erna (nama tukang urut) itu mengurut, kuat sungguh tenaganya. Saya sebenarnya part paling malu masa mengurut ini adalah terpaksa membuka anggota tertentu untuk tatapan si tukang urut (sila jaga fikiran anda)..anggota yang saya maksudkan ialah perut ya!

Almaklumlah, saya ni bukan jenis orang yang rajin nak pakai cream-lotion-baby oil bagai untuk stretch mark sewaktu kehamilan. Sebab biasanya, waktu mengandung takdela obvious sgt kt perut tu rupa kulit limaunya, tapi setelah habis waktu pantang..stretch mark diperut masih juga tidak hilang sepenuhnya. Rutin berpantang dan berbengkung tidak cukup untuk mendapatkan kembali rupa kulit perut yang asal semasa anak dara..huhu

Dah tentu lah bukan gambar perut saya..hehe


Tapi kali ni lain sedikit, kak erna tu siap puji melihat perut saya yang agak pudar stretch mark nya..masih ada, tapi sudah tidak jelas 'keburukkan' nya (tidak seteruk sebelah kiri seperti gambar diatas)..Alhamdulillah, ini mungkin berkat saya minum ESP lebih kurang hampir 2 tahun, yang pada tujuan asalnya hanyalah untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu kepada anak saya Aqeela. Susu pun pekat, dapat bonus hilang stretch mark lagi.

Resepi favourite saya, ESP + Pati Kurma


Saya taknak overclaim yang sebulan selepas minum ESP anda akan terus dapat perut yang cantik tanpa stretch mark. Tapi penggunaan yang konsisten memang sangat-sangat membantu. Yang penting, penyusuan susu ibu harus diteruskan sehingga anak 2 tahun seboleh-bolehnya...kerana percayalah, itu adalah faktor utama kenapa perut ibu-ibu lepas bersalin kembali kepada asal. Insya Allah..


1001 Kebaikan ESP Shaklee

Kini ESP adalah teman setia saya...walaupun saya sudah tidak menyusukan Aqeela lagi. Sebab ia mempunyai 1001  khasiat yang lain. Sesiapa yang telah terjebak dengan ESP pasti akan repeat order. Anda tak percaya? Jom try sekali!

ESP juga berfungsi sebagai pelengkap untuk setiap set vitamin

Protein yang lengkap, yang baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat.


Harga ESP (Soy Isolate Powder) Shaklee ialah RM150.00 untuk harga retail.
Satu canister tahan sehingga 1 hingga 2 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
Untuk konsultasi dan harga terbaik, jangan segan silu untuk hubungi saya. Selamat mencuba

________________________________________________________________________

Atie Lazis
Sms|Whatsapp: +6019 7736540
ID Member: 927121

*Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Jalan Lembah, Bandar Seri Alam, Johor Bahru dan sekitarnya. Ready to Cash-On-Delivery ke pintu rumah anda. Pengeposan produk Shaklee secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...