"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, January 11, 2014

Kenapa Kita Memerlukan Supplemen?

Sebelum saya bercerita dengan panjang lebar kenapa anda perlukan supplemen atau bahasa lainnya makanan tambahan dalam diet pemakanan harian anda, saya minta anda buka mata dan hati menerima apa yang ingin saya tulis. Kalau hati anda awal-awal lagi telah tertutup untuk menerima pendapat orang lain, sila berhenti membaca disini. Anda akan membuang masa anda yang amat mahal itu.

Saya juga seperti anda-anda juga sebelum ini, tidak mempercayai keupayaan supplemen sebagai makanan tambahan. Pada saya kenapa perlu bayar lebih untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan. Bukankah duit itu lebih baik digunakan untuk membeli makanan untuk dimakan.Kenapa saya bermula makan Shaklee? Anda boleh baca kisah saya pada post ini.




Antara sebab lain juga menurut pembacaan & pengalaman sendiri:

1. Tubuh kita memerlukan khasiat yang tinggi daripada sumber makanan kita seharian, tetapi cukupkah kandungan khasiat yang betul-betul kita dapat dari pemakanan sahaja? Adakah anda rasa kandungan vitamin pada pengambilan makanan anda seharian sudah mencukupi? Pada saya yang sangat suka makan nasi, dan kurang makan buah. Saya rasa kandungan vitamin dalam pemakanan saya seharian adalah tidak cukup.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran sekarang berkemungkinan besar banyak yang telah tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualit buah & sayuran yang anda ambil.

3. Zat makanan juga mudah hilang semasa dalam proses, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Adakah anda rasa ayam yang anda makan seharian itu masih banyak kandungan khasiatnya? Bagaimana dengan ayam yang cepat membesar dengan kaedah suntik. Anda boleh baca selanjutnya di sini. Takpelah, kita beri keluarga kita makan ikan. Adakah anda yakin ikan yang anda beli dipasar itu cukup segar? Bagaimana dengan berita ikan yang di'segar' kan menggunakan cecair formalin seperti di sini

4. Gangguan penyerapan zat makanan kedalam tubuh turut berlaku akibat pengambilan pil penahann sakit, laksatif, ubat-ubatan, serta antibiotik.

5. Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolestrol, gula dan garam yang berlebihan telah mengurangkan simpanan mineral & mengganggu peneyerapan mineral kedalam tubuh.

6. Gaya hidup masa kini yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.

7. Kurangnya penyediaan sendiri makanan sihat dirumah dan gemar dengan makanan segera atau dari kedai yang tinggi kandungan MSG serta rendah khasiat merupakan penyumbang utama kepada masalah kesihatan.

8. Persekitaran tercemar dan imunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral & vitamin telah menyebabkan tubuh badan kita mudah dihinggapi penyakit.

Ingat...supplemen adalah bukan ubat. Ia tidak menyembuhkan penyakit, tetapi ia sebagai makanan tambahan yang melengkapkan lompong-lompong ruang khasiat yang anda tidak dapat daripada pemakanan anda seharian.

Hanya kuasa ALLAH jualah yang memberi dan menyembuhkan sesuatu penyakit. Kita sebagai hambanya, hendaklah sentiasa menjaga serta mencegah diri dari penyakit dan berusaha ke arah kebaikan tubuh badan kita sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...