"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, December 22, 2014

22 Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Alhamdulillah, dapat ilmu yang dikongsi dalam group ukhwah bisnes saya. Ingin saya kongsikan disini untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian ilmu untuk saham akhirat kita semua.


1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin



Wednesday, December 10, 2014

[Hidup Untuk Memberi] Reward November

Seronok bila mempunyai support group yang sangat positif. Setiap hari ada sahaja peringatan-peringatan & penambah baikan bukan sahaja dari segi bisnes, tapi yang lebih utama dalam meningkatkan produktiviti saham akhirat. Ini adalah salah satu #ShakleeEffect yang saya terima.

Saya mula memilih kawan dan orang di keliling saya sejak saya mengenali Shaklee. Saya baru sedar akan kepentingan memilih kawan, memilih bahan bacaan, waima memilih apa yang saya lihat dan dengar juga wajib. Bukan sebarangan terima. Tapis setiap perkara. Saya mula unfollow semua kawan-kawan yang bercas negatif. Mereka tetap 'friend' facebook, tapi cuma saya tidak dapat baca status mereka. Saya betul-betul cuba menjaga kolam jiwa saya.




Kawan-kawan yang baik mengingatkan saya untuk berzikir, solat di awal waktu, buat amalan sunnat seperti solat sunat taubat, tahajud & dhuha, sedekah dan sebagainya. Saya tidak katakan saya sudah mengamalkan setiap yang baik dalam amalan harian saya, tetapi sekurang-kurangnya 'cycle' saya sering mengingatkan saya kearah kebaikan. Saya rasa bersyukur ditemukan dengan kawan-kawan 'akhirat' ini.




Mereka bukanlah seorang yang benar-benar saya kenal. Even nama sebenar mereka pun saya tak tahu. Tapi itulah indahnya ukhwah berlandaskan islam. Semua kita bersaudara. Ingat mengingat tanpa prejudis. Kami tidak tahu kisah & peribadi masing-masing. Masih sedang kenal mengenali dalam ikatan bisnes ini. Bisnes itu juga sunnah bukan? Lebih mudah begitu untuk menerima & memberi teguran. Tiada istilah menghakimi dalam perhubungan ini. Siapa beri lebih, dia akan dapat lebih. Kan itu janji Allah.




Ohh ya, sejak mengenali mereka. Saya mula belajar untuk banyakkan memberi. Apa yang kita beri itulah milik kita yang sebenar-benarnya. Yang kita simpan, belum tentu jadi milik kita akhirnya. Siapa boleh jamin umur kita tidak tamat esok hari? Betul tak? Memberi juga bukan terhad dari segi material & wang sahaja. Ilmu & senyum itu sedekah. Banyak benda yang boleh diberi. Berkongsi status yang baik di facebook juga adalah satu kaedah untuk memberi. Memberi semata-mata kerana Allah adalah sangat manis. Kita tidak akan kecewa bila kita tidak dapat pulangannya dari manusia. Sebab redha & rahmat Allah itu yang lebih besar nilainya.

Dengan manusia kita memberi, dengan Allah kita meminta. Jangan lupa!

Berbalik pada tajuk utama, sebenarnya nak cerita pasal reward yang saya dapat hasil usaha 'tak-berapa-gigih' saya pada bulan lepas. Alhamdulillah, rezeki Allah itu adalah untuk orang yang berusaha. Nanny Shaklee saya bagi beberapa keping voucher Aeon dan Al-Mathurat. Mungkin saya belum istiqamah dalam mengamalkan Al-Mathurat. Peringatan kecil dari Allah barangkali. 



Ok, jom gigih berusaha dan tak putus-putus untuk meminta. Fighting untuk December!! Nak join group saya tak? Jomla.. :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...