"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, February 6, 2015

Salahkan Susu Ibu Bila Anak Sakit

Haihh, kesian si ibu...dahla penat letih bagi susu ibu kepada si anak. Bila anak sakit, susu ibu juga dipersalahkan.

Disini saya nak kongsi persoalan yang diterima oleh Dr. Suriyakhatun yang beliau kongsikan di facebook. Saya hanya copy paste untuk memanjangkan ilmunya kepada semua ibu-ibu di luar sana. Semoga semua mendapat manfaat darinya.

Soalan pembaca : Dr , betul ke, apa yang ibu makan akan pergi ke anak semasa mengandung dan menyusu? Anak boleh terjejas ya ?

Response saya
Seperti yang saya selalu sebut, mutu susu ibu dan mutu nutrisi anak semasa ibu mengandung akan terpengaruh dan boleh terjejas dengan tahap kesihatan dan nutrisi ibu. Lebih dari itu, tahap toksin yang ada dalam badan ibu juga boleh pengaruh kesihatan bayi .

Kita tidak peka bahawa ada banyak toksin dalam persekitaran yang masukki badan kita . Ini termasuk kimia yang berada dalam udara ( termasuk dari asap rokok) terutama bagi tempat-tempat industry dimana kadar pencemaran udara agak tinggi . Jalanraya pun adalah sumber pencemaran udara . Toksin yang boleh larut dalam lemak boleh juga berada dalam air susu . Toksin juga boleh berada dalam makanan. Ada sebuah kajian yang temui sebuah toksin dari racun rumpai ie glycophosphate sudah mula ditemui dalam susu ibu. Racun ini adalah racun rumpai dan boleh berada dalam air minum .

Walau bagaimanapun , susu ibu tetap lebih baik dari susu formula atau susu lembu kerana kadar enzyme pre serta probiotic,dan kandungan lemak karbihidrat dan protein yang optima untuk kesihatan bayi.

Langkah yang ibu boleh ambil seperti berikut

1. Jauhi dari udara tercemar, pasang pembersih udara dalam rumah .

2. Hanya minum air bertapis ( tapis yang baik )

3. Jangan makan makanan yang tercemar atau elak sebaik yang mungkin . Ini termasuk ikan yang telah diawet ( awet haram yang diletakkan untuk segarkan ikan termasuk boric acid dan formaldehyde) . Ikan yang segar juga boleh tercemar dari pencemaran laut maka pilih ikan yang bukan bottom feeders .

4. Pilih daging ayam sama ada antibiotic residue free atau organic dimana cold chain dikekalkan, ( Sudah sembelih segera dibekukan sehingga sebelum dimasak )

5. Pilih sayur oganic tanaman sendiri atau beli . Sayur kampung sudah memang organic . Sekarang ada kit organic hydrophonic dimana sayur boleh ditanam tanpa tanah . Elak tanaman GMO sebaik yang boleh . ( Jagung USA dan soya USA, banyak produk berproses dari jagung dan soya)

5. Pastikan 'detox organs ' ie liver, gastrointestinal tract, kidneys berfungsi dengan optima dengan meminum air secukupnya 2-3 liter sehari serta lawas buang air besar.Bila usus ibu ada masaalah , ini akan jejas mutu air susu. Rawat usus dengan pemakanan dan supplements pre dan probiotics.

5. Lakukan juga aktiviti untuk keluarkan peluh dan guna sauna FIR jika ada peluang sebab toksin akan keluar dari peluh juga .

6. Guna scrub semasa mandi untuk buang daki sebab daki juga cara pembuangan toksin .

7. Makan makanan antioxidant dan yang boleh serap toksin heavy metals , Contoh : serai , kunyit , bawang putih, chlorella dan lain lain

8. Ubat -ubatan jangan dimakan tanpa pengesahan yang ia selamat dimakan semasa mengandung dan menyusu. Ini termasuk ubat ubat herba.

Mungkin ibu akan rasa terlalu susah untuk jaga badannya dari toksin tetapi sebenarnya manfaat kesihatan yang diperolehi setelah mengamalkan apa yang disarankan adalah besar.


__________________________________________________________

Ibu menyusu memerlukan pelbagai zat dalam pemakanan seharian.
Pastikan ibu-ibu mengambil makanan berkhasiat semasa menyusu.


Jangan salahkan susu ibu jika anak yang menyusu selalu sakit.
Jika tidak mampu untuk mengambil zat makanan yang lengkap dalam diet harian. Ambillah makanan tambahan untuk anak mendapat susu yang berkualiti.


Alhamdulillah...sejak menyusukan Aqeela sehingga sekarang (walaupun anak sudah putus susu setahun yang lalu). Saya masih kekal mengambil Multivitamin ‪#‎Vitalea‬.
Multivitamin kedua terbaik 2015 (sumber: http://bit.ly/1BWyxPB )

Dapatkan Vita-Lea Iron Formula untuk harga promosi sepanjang Februari 2015.


Harga seBotol Vita-Lea Iron Formula ialah RM88.75 untuk harga retail.
Satu bekas tahan penggunaan 2 sehingga 4 bulan untuk penggunaan seorang dewasa.
PERCUMA KONSULTASI SEUMUR HIDUP bagi pembeli produk Vita-Lea Iron Formula dengan saya, jangan segan silu untuk hubungi saya untuk harga terbaik.


Selamat mencuba


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...