Thursday, April 25, 2013
[Testimoni Produk] After a Week with Ostematrix Shaklee
Wednesday, April 24, 2013
Catatan Untuk Aqeela
Anakku Nur Aqeela Mayesa..
Rasanya baru semalam ibu melahirkanmu..pengalaman melahirkanmu memang sesuatu yang baru, berbeza dengan abangmu. Akan terpahat di minda ibu selama-lamanya..
Kecil dan genit nya Aqeela tak pernah menyusahkan. Kurang meragam dan tidak pernah bermasalah pada malam hari. Teringat kembali ibu sepanjang tempoh berpantang. Istilah tak tido malam jarang sekali ibu guna. Kau sangat mudah terlena dan jarang terjaga walaupun abang mu merengek bising inginkan susu. Memang sangat-sangat istimewa.
Kau suka tersenyum dan jarang menangis. Hati ibu cukup sayu bila setiap kali lepas mandikan mu, ibu terpaksa membuat physiotherapy terhadap tangan kirimu yang tersangkut sewaktu kau dilahirkan. Suara kecilmu menangis mendayu-dayu akibat sakit diperlakukan begitu. Mujur Hjh.Normala yang mengurut ibu semasa tempoh berpantang cepat membetulkan masalah tangan itu. Cuma terseliuh sedikit katanya.Kau melalui fasa merangkak dengan cepat pada usia mu masuk 8bulan. 11bulan pula sudah berani melangkah. Kau memang anak yang cepat.
Sesungguhnya kau sangat cepat membesar. Boleh dibilang dengan jari bilangan hari kau mendapat rawatan di klinik dalam tempoh setahun ini. Ibu sangat pasti susu ibu yang dapat ibu berikan kepadamu atas izin Nya selama ini telah membina daya tahan penyakit Aqeela menjadi sangat baik.
Kau sangat sayangkan abang mu. Tak mengira ketika, kau akan terkedek-kedek mengekorinya kemana sahaja. Naik tangga, keluar rumah, pusing meja makan, panjat gelongsor, mahupun ketandas. Walaupun seringkali di langgar sama ada tidak atau dengan sengaja oleh abang mu. Kau tak pernah kecil hati. Tetap setia mengagumi abang mu itu. Pernah sekali ibu lihat kau kebil-kebilkan mata sambil tersenyum comel, langsung membuat abang mu ketawa gelihati, dan kau ulang perbuatan mu itu untuk ke sekian kali. Kau yang masih kecil sudah pandai mengambil hati. Subhanallah.
Ayah masih bekerja di laut. Sejak kau dilahirkan sehingga sekarang. Masih mencari kerja lain untuk lebih dekat dan bermain dengan anak-anak. Belum ada rezeki lagi buat masa ini. Ayah adalah superhero pertama bagi mu. Walaupun jarang berjumpa, kau akan pastikan ayah tidak lupa mendampingi mu tanpa gangguan abang aniq dan ibu. Kau akan hadiahkan ayah satu senyuman yang berbeza dari yang biasa ibu dan abang aniq dapat. Ibu selalu lihat itu, sangat mesra, sangat lain. Hubungan yang sangat bahagia.
Syukur kepada Allah atas kesihatan dan kemudahan menjaga mu.Alhamdulillah hari ini genap setahun kelahiran mu, Cahaya Terbaik Yang Anggun..anugerah terbaik buat kami sekeluarga.
Ibu doakan Aqeela menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah dan Rasulullah. Semoga kau menjadi srikandi harapan kami apabila bertemu dengan Maha Pencipta di sana nanti.
Tuesday, April 16, 2013
Penting Ke Supplement?
Wednesday, April 10, 2013
Playmore Learnmore
Disebabkan rumah kami tiada tanah di luar, ruang kosong yang lain yang kami ada hanyalah di bawah tangga, jadi terpaksalah Aniq & Aqeela bermain di bawah tangga yang kadang kala mengakibatkan kepala mereka terhantuk terlanggar tangga..hehe..kesian anak-anak ibu.
Tuesday, April 9, 2013
Very 1st Step
Sampai je produk yang mereka post ke rumah, saya dengan terujanya terus memasang VCD belajar huruf hijaiyah kepada Aniq & Aqeela, Aniq yang turut gembira bila saya memasang VCD 'lagu' yang baru dapat juga bertahan sampai ke penghujung CD sebelum terlena (sebab waktu tengahari waktu tidurnya).
Buku-buku yang disertakan juga turut saya baca untuk mendapat kesan pengajaran yang lebih kepada anak-anakku. Semoga 'keterujaan' ini akan dapat berterusan untuk saya mendidik anak-anak secara wasatiah dan istiqamah. Semoga Allah permudahkan jalan ini. Amin
Monday, April 8, 2013
Tahniah Aqeela
Sunday, April 7, 2013
Aniq's New Haircut
Tuesday, April 2, 2013
Bersegeralah..Sebelum Kesibukan Melalaikanmu
Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)