Saya menghampiri satu booth ujian kesihatan pada awal bulan ni yang diadakan di tapak pesta konvo di tempat ku bertugas. Mereka melakukan ujian pada tapak tangan dengan satu mesin yang ada aliran elektrik kecil. Ia seakan mengaplikasikan kaedah acupuncture. Tujuan asal mereka adalah untuk mempromosi kan produk kesihatan mereka yang diantaranya ialah tuala wanita berubat.
Termanggu saya seketika apabila banyak hasil diagnosis melalui tapak tangan yang dilakukan memberi keputusan agak kurang baik. Kawasan yang dikenalpasti 'bermasalah' adalah di kawasan perut dan jantung. Sejarah keluarga yang menghidap darah tinggi terus menjadi alasan kukuh yang saya boleh meneruskan sakit warisan ini jika tidak menjaga makanan dari sekarang.
Dengan perasaan sedikit sedih(drama..huhu), saya blk ke opis. Rakan-rakan opis mencadangkan saya mengambil ujian darah sebenar di klinik yang mana keputusannya lebih tepat. Tapi saya belum berkesempatan lagi utk buat pemeriksaan kesihatan buat masa ini.
Saya akui yang saya mmg tidak menjaga pemakanan selama ini. Mungkin kerana saya di zon yang selesa. Menggunakan alasan tubuh badan yang sederhana kurus dan menyusukan Aqeela membuatkan saya makan sesuka hati tanpa rasa bersalah.
Bermula dari hari itu, ia seakan 'turning point' utk saya kembali sedar. Supplement yang selama ni saya makan acuh tak acuh ikut suka dah mula saya ikut aturannya. Sumber makanan seperti telur telah saya tukar kepada jenis omega. Dan untuk kesan yang lebih baik, saya terus mendapatkan Omega guard dari Shaklee. Selama ini saya dapati beberapa opismate ada mengambil omega guard, lebih2 lagi shaklee baru mengadakan promosi omega pada bulan lepas. Tapi saya tak pernah ambil peduli tentang pil tersebut disebabkan harga nya yang agak mahal sikit.
Sekarang saya adalah pengguna baru omega guard ni. Melalui pembacaanku dari incik google, minyak ikan ini bukan shj dpt mengurangkan kadar kolestrol pada saluran darah tetapi saya turut mendapat extra faedah. Ia bagus untuk otakku yang dh mcm makcik tua nyanyuk dan juga menambah kebaikan susu yang saya bekalkan untuk Aqeela. Diperkayakan lagi dengan DHA dan EPA. Sila Google la ek menatang ape 2 beradik DHA ngn EPA tu.
Menjawab kepada tajuk post saya hari ni. Ia adalah penting, dan sama pentingnya dengan memiliki insuran.huhu.. Takkan sok saya dh kene darah tinggi baru aku sibuk cari supplement kan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Saya sekarang mengambil secara konsisten makanan tambahan Vitamin C, B Complex, Vitalea, Alfafa, Ostematrik, ESP dan yang terkini Omega Guard.
No comments:
Post a Comment