"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, September 10, 2014

[Aniq: 3y 5m] Anak Mealshake & Omega Guard Saya

Selepas jumpa paediatric masa temujanji yang last yang saya pernah story disini. Doktor tu ada request saya untuk datang lagi for the next appoinment pada 15 Julai 2014. Mungkin doktor tu nak bagi saya ni tak risau sangat dengan perkembangan Aniq.(ibu-ibu muda yang risau dan selalu refer google kalau perkembangan anak lambat sket :p)..dan doktor nak tengok perkembangan aniq waktu berumur 3 tahun setengah.

Disebabkan temujanjinya jatuh ada hari selasa, berbesar hati la saya ambil cuti nak bawak aniq jalan-jalan haritu. Aniq yang biasanya terjaga kalau saya bangun nak bersiap ke tempat kerja, terus saya mandikan siap-siap lepas saya mandi. Aniq menurut tanpa menangis dan tidak banyak kerenah. Saya cakap pada dia, "jom siap..ibu nak bawak aniq jalan"..jadi seronok la dia..hehe..sebab biasanya ibu akan tinggalkan dia untuk pergi kerja..tapi pagi ni ibu ajak dia jalan naik car.


Aniq di HSA


Kami sampai di HSA pada pukul 8.15..temujanji aniq pada pukul 8.30..selepas mendaftar dan tidak dikenakan bayaran (saya tak bawa GL, tapi staff tu kata tak perlu bayar sebab dia tanya saya kerja gomen ke tak)...sebab biasanya saya bayar je..RM5 je kan..so, malas nak pegi ambil GL. Saya bawa aniq ke kafe di dalam kawasan pesakit luar. Kafe tak penuh seperti selalu sebab bulan ni bulan puasa kan. Seronok aniq dapat makan donut feberet dia. Dalam pukul 9.15 turn kami dah dipanggil.

Masuk je bilik doktor, doktor yang peramah tu terus tanya saya "Macam mana ibu? Cerita sikit progress aniq"..Ibu pun story la aniq dah mula bercakap..dah banyak vocab..mula berborak dengan aqeela walaupun banyak perkataan yang dia belajar dari aqeela..hihi..boleh la aniq kan.

Doktor senyum je dengar ibu aniq bercerita, doktor pun explain mungkin aniq lambat bercakap disebabkan environment dia yang tidak ke tadika, membesar dengan adik je..ayah pun jarang ada..ibu pun kurang rajin melayan aniq bercakap..that's why dia lambat sikit..kalau hantar speech therapy pun diorang akan ajar bercakap juga.


Aniq yang happy lepas jumpa doktor


Doktor kata, "Ibu kene banyak ajak aniq berbual, 2 way communication".."Kalau tengok tv, dia takkan rasa kepentingan untuk bercakap sebab hanya 1 way communication"..."Kanak-kanak lelaki memang semulajadi kurang gemar bercakap berbanding kanak-kanak perempuan, itu juga adalah sebab utama mengapa aniq kurang bercakap".."Aniq normal dan sihat, Insyallah" terang doktor tersebut sambil tersenyum.

"Jadi, saya dah boleh discharge aniq yer?" tanya doktor...ibu pun laju je jawab boleh. Alhamdulillah, aniq sihat dan membesar dengan bijak. Ibu nye je terlebih risau..huhu..mungkin dia behave agak clingy dan kurang independent sebab dia membesar di rumah. Insyallah semakin besar dan bersekolah nanti, dia dapat menyesuaikan diri dan bergaul dengan kanak-kanak yang lain.


Teman ibu pos barang customer


Selepas tu saya pergi ke beberapa buah tempat untuk menyelesaikan beberapa kerja, pulang kerumah agak petang hampir pukul 4. Antara tempat yang saya pergi ialah Pejabat Pos Pasir Gudang untuk mengepos SID Kit untuk customer yang baru daftar ahli. Excited la aniq dapat ikut ibu kehulu kehilir. Aniq sampai tertidur sambil berdiri disebabkan kepenatan..satu hari berjalan dengan ibu.\


Aniq pengsan seharian ikut ibu keluar


Itula cerita anak Mealshake & Omega Guard saya. Saya berikan multivitamin mealshake untuk kecergasan dan kesihatan badan anak-anak supaya mereka sihat dan cergas dalam meneroka dunia luar. Manfaat Omega 3 dalam Omega Guard sudah terbukti membantu dalam perkembangan otak anak-anak untuk lebih cerdas.

Saya sangat positif walaupun aniq agak lambat bercakap, asbab teringat kisah anak Puan Lina, adik Darwish yang agak lambat juga bercakap ketika dia masih kecil, tapi amat 'terang hati' dan mudah menghafaz Al-Quran. Walaupun teman sebayanya sudah pandai ambil remote dan tukar channel astro sendiri, Puan Lina tidak ambil pusing dengan 'kepandaian' anak orang lain. Anak-anak kecil memang dianugerahkan dengan daya ingatan yang sangat menakjubkan, otak mereka menyerap seperti span. Kita lah yang bertanggungjawab menyediakan wadah untuk serapan otak mereka.

Puan Lina sendiri turut memberi pelbagai makanan sunnah dan suplemen kepada anaknya termasuk suplemen minyak ikan seperti yang beliau kongsikan dalam blog beliau di sini. Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, Insyallah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...