"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, April 9, 2014

Manfaatkan Alpha Mode Dalam Mengajar Al Quran

Sebelum saya bercerita panjang mengenai kaedah mengajar Al Quran dalam waktu gelombang Alpha, 

Meh sini saya story sikit apa itu Alpha Mode? 

Alpha – Gelombang ini terhasil semasa kita berada dalam keadaan rehat atau santai. Gelombang yang dihasilkan berukuran 8 – 12 Hz. 

Inilah gelombang ikhlas yang kita cari. Orang yang sedang rileks, melamun, atau berkhayal gelombang otaknya berada pada frekuensi ini. Orang yang berada dalam gelombang ini adalah yang berjaya memasuki subconcius mind (bawah sedar). Contoh orang yang berada pada gelombang ini adalah orang khusyuk berdoa sehingga menangis terutama di waktu tahajjuj. Tanpa gelombang ini, jangan bermimpi untuk masuk ke alam subconcius mind. 


Orang yang berada dalam keadaan gelombang Alpha mampu menyerap pemahaman ilmu dengan cepat, cerdik dan genius. Dalam keadaan gelombang Alpha otak merembeskan hormon serotonin, kontisol dan endorfin yang menyebabkan seseorang merasakan rasa nyaman, tenang, dan bahagia. Hormon ini membuat sistem imun tubuh badan meningkat, pembuluh darah terbuka lebar, denyutan jantung menjadi stabil. Dengan kata berada dalam tenang dan tubuh badan sihat. Inilah gelombang orang berfikiran positif iaitu gelombang kesihatan.


credit dari sini
Waktu mana kita hendak menyerap gelombang Alpha ini? Ia ada kaitan dengan Hadis Nabi iaitu waktu-waktu mustajab berdoa iaitu waktu 2/3 malam (sembahyang tahajuj), dalam waktu sujud solat, waktu awal Dhuha, semasa membaca Al Quran, waktu hujan turun, waktu antara dua kutbah hari jumaat, waktu malam Lailatul Qadar, sepanjang tawaf kaabah, waktu membaca Al Quran dengan tartil tajwid yang betul, waktu bersin dan carilah lain-lain waktu mustajab seperti Nabi Sabdakan.

Nak tahu kenapa waktu ini waktu mustajab berdoa? Ini adalah kerana hukum tarikan gelombang itu sendiri iaitu menarik gelombang yang sama jenisnya. Waktu ini gelombang alam adalah gelombang Alpha, jadi ucapan doa bergelombang Alpha akan di tarik oleh gelombang Alpha alam naik dengan tiada hijab. Hanya hak Allah saja memperkanan doa kita itu.

Nabi Rasulullah sudah faham gelombang ini sejak 1400 dalu lagi tetapi beliau tidak menceritakan dalam bentuk saintifik kerana megelakkan fitnah majnun ketika itu. Cuma Nabi menyatakan waktu-waktu tersebut adalah waktu yang mustajab berdoa. Jadi, mintaklah sebanyak-banyaknya, kerana Allah sebaik-baik pemberi. Insyallah 

Artikel di atas saya petik dari sumber: http://zaipermairesources.com/wp02/?p=666


Bilakah waktu Hypnagogic Moment?

waktu ini ialah waktu antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.


Mengajar Al-Quran Sewaktu Anak Tidur

Dengan penerangan tentang gelombang alpha di atas, kita sebagai ibu bapa boleh menggunakan 'waktu mahal' tersebut untuk menyerapkan Al Quran dalam minda anak-anak kita. Kita masukkan Al Quran dalam hati dan MINDA anak ketika SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS baru bangun dari tidur.

Bagaimanakah Caranya? Ambil peluang ini dengan memasang alunan ayat Al Quran secara perlahan untuk dibawa ke alam tidur mereka. Apa yang otak kita fikirkan atau niatkan sebelum tidur, akan meresap di dalam alam bawah sedar sepanjang malam tanpa disedari dan akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita selepas bangun nanti.

Kajian sains menyatakan, semasa tidur otak manusia tetap menghasilkan gelombang-gelombang secara aktif sebagaimana manusia terjaga. Tidur juga sangat penting kerana pada waktu ini badan menerima arahan daripada otak untuk proses tumbersaran, pemulihan dan pembelajaran.

Jadi, pasanglah ayat-ayat Al Quran ketika anak-anak sedang tidur. Biasakan yang luar biasa untuk menjadi luar biasa. Saya ketika ini masih memasangkan CD Juzuk Tabarak yang mengalunkan ayat-ayat seperti Ar- Rahman, Al Kahfi dan Al Mulk..anda boleh dapatkan CD nya disini. Selepas ini, jika anak-anak sedang dalam proses menghafaz surah-surah tertentu..saya hanya perlu pasang surah tersebut berulang-ulang sampai pagi sehingga tamat proses hafazan surah tersebut.

Setakat ini perkongsian saya pada hari ini. Semoga bermanfaat. Insyallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...