"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;
dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, April 8, 2014

Toleransi 1: Cut The Noise

Hari ini saya berkesempatan nak berkongsi dengan pembaca yang budiman tentang sharing yang saya dapat dari kelas Pn Lina pada seminar yang pernah saya ceritakan sebelum ini di sini.

Sebenarnya catatan saya pada hari ini lebih kepada pembacaan nota yang saya sendiri dapat waktu seminar berkenaan dijalankan disamping untuk 'refresh' balik apa yang saya belajar. Maklumlah, fitrah manusia kan mudah lupa. Harap dapat memberi manfaat kepada semua ibu-bapa diluar sana.

Sebagai ibu bapa, saya sendiri tidak terlepas dari menghidangkan anak-anak saya dengan kartun untuk mengisi masa lapang mereka, dalam masa yang sama saya mengabaikan tanggungjawab saya untuk bermain secara fizikal dengan mereka, kerana mereka telah asik dengan televisyen.

Perkara pertama yang Pn. Lina tunjukkan pada kami ketika seminar itu berlangsung adalah dakyah utama musuh islam dalam menyebarkan atau dalam erti kata lain merosakkan anak-anak kita dari dalam rumah kita sendiri. Ia bermula dengan rancangan televisyen yang kita hudangkan sehari-hari di kaca mata anak-anak kita. Lihatlah sendiri video di youtube dibawah ini dan nilaikan lah perbuatan kita sebagai ibu-bapa. Semoga dengan kekhilafan saya selama ini menjadi ikhtibar kawan-kawan pembaca sekalian. Anda boleh search dan lihat sendiri di youtube dengan kata carian 'cartoon have the secret message'




Terdiam saya melihat apa yang telah dihidangkan kepada kami pada waktu itu. Terus nekad dalam hati saya akan sedaya upaya untuk pilih apa yang ingin saya hidangkan untuk tatapan mata anak-anak saya di rumah selepas seminar itu.

Bak kata Prof Muhaya dalam ceramah nya yang saya dengar di radio ikim, kita selalu pakai barangan nak branded. Kenapa kita tak pilih yang bermutu/branded juga untuk ditayang pada anak-anak kita. Hidup kita, apa kita dengar, apa kita lihat...Kita yang tetapkan. (lebih kurang macam ni la maksudnya yang saya paham)

Memang ia adalah langkah yang paling besar & paling susah bagi saya, kerana anak-anak saya memang seharian duduk di rumah dengan pengasuh dan televisyen sahajalah sumber hiburan mereka. Memang saya tidak nafikan yang anak-anak saya juga turut belajar abc, 123 dan perkataan bahasa inggeris dari rancangan kartun kegemaran mereka seperti Hi-5 dan Mickey Mouse. Tapi saya nekad untuk cuba 'Cut The Noise' sebanyak mungkin dirumah. Apalah gunanya jika saya pergi berguru dengan Pn. Lina tetapi saya tidak mahu mengamalkan ilmu & tunjuk ajar guru saya.

Langkah pertama yang saya buat adalah mendapatkan sebanyak mungkin CD interaktif yang berkaitan Iqra dan kartun-kartun yang membawa mesej agama. Beruntunglah Pn. Lina sendiri telah banyak berkongsi dan menjualkan pelbagai CD interaktif yang boleh kita beli di laman web islamic parenting disini.

Kemudian, saya cari fungsi 'Parental Lock' pada astro beyond saya untuk saya sekat sedikit demi sedikit (filter) channel tv yang saya benarkan anak saya tengok. Anda boleh lihat step nya disini. Saya mulakan dengan menyekat Disney Channel. Stepnya sangat mudah. Cubalah!

Anak anda pasti meraung dan menangis berguling-guling untuk dibukakan channel kartun kegemaran mereka. Ia juga turut berlaku pada anak-anak saya. Seboleh-bolehnya, mulakan lah 'cut the noise' ni sedari anak kecil lagi dan belum pandai menonton kartun. Tapi jangan risau, tiada istilah lambat untuk ibu-bapa yang ingin berubah. Anda perlu teguhkan hati, kuatkan semangat dan niatkan perbuatan anda demi Allah dan doalah semoga semuanya dipermudahkan. 

Jangan takut untuk berkata "NO" dengan anak.

Hari ini, setelah hampir 3 bulan selepas seminar yang telah saya hadiri. Alhamdulillah, saya telah berjaya menyekat rancangan televisyen sehari-hari yang ada. Saya telah convert astro saya kepada astro NJOI, dimana saya hanya perlu membayar RM99 dan tiada bayaran bulanan selepas itu. Saya bebas bayaran bulanan astro sekarang! Walau bagaimanapun, televisyen saya masih tidak dapat memaparkan channel yang terdapat dalam pakej NJOI sebab saya belum menukar kabel HD kepada kabel yang lama. Jadi anak-anak saya hanya mendapat hiburan dari CD interaktif sahaja setiap hari sehingga hari ini.

Kenapa perlu 'Cut The Noise'?

Antara kesan buruk televisyen kepada anak-anak (selain yang dipaparkan pada video di atas) ialah kelalaian kanak-kanak menonton tv dan terpengaruh dengan rancangan yang dihidangkan di mata mereka. Mereka juga tidak biasa mendengar ayat Al-Quran dan menyebabkan ayat Al-Quran adalah asing dan membosankan. Disamping itu, ia juga boleh menyebabkan masalah pertuturan kepada anak-anak, masalah penglihatan (lazy eyes) dan masalah kegemukan.

Itu adalah salah satu usaha saya untuk mendekatkan anak-anak saya dengan Al-Quran, saya akan berkongsi lagi tips-tips lain yang saya dapat dari Mentor Pendidikan Awal Al-Quran kepada anak-anak iaitu Puan Lina Karim, dengan anda semua di post yang lain nanti. Insyallah. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...